Showing posts with label Angah. Show all posts
Showing posts with label Angah. Show all posts

Saturday, 8 August 2026

Catatan 24 Safar 1448H

Berita paling dinanti sejak tengah malam tadi semestinya berita dari Abang, dah selamat sampai ke belum di Ganu. Ummi terjaga awal pagi, tengok location Abang share baru sampai di R&R Gambang pukul 3.00 pagi. Apapun alhamdulillah dah selamat sampai di kolej sekitar jam 7.45 pagi tadi. Begitulah mak² ni, selagi anak tak sampai ke destinasi, tak senang hati. 

Selesai bab Abang, marilah bersiap... Ada beberapa perkara nak diuruskan. 

OOTD
Again, tudung pemberian Kak Mulan, one of my favorites sebab match dengan banyak blaus dalam gobok.

Angah pula dah minta dihantar ke asrama hari ni, walaupun MC sampai esok. Alhamdulillah bengkak pada muka dan mata dah surut. Cuma ubat kena continue sampai besok pesan Doc. 

Dah berminggu tak hujan, hari ni cuaca mendung dan alhamdulillah hujan turun sekejap sebelum tengahari di tempat kami. 

Nak balik ke rumah selepas selesai segala urusan di luar, Mak Bee called bagitahu ada letak petai di pagar. Masa keluar Ummi dah jeling² petai di gerai seberang jalan. Tak decide nak beli ke tidak sebab teringat Abang baru balik Ganu. Takde geng petai dekat rumah haha... Tapi itulah, dah tertulis Ummi makan petai hari ni, maka sampai juga di pagar alhamdulillah. 

Teringin pulak nak makan petai mentah, makanya ambillah 3-4 mata buat raso². Nasi goreng ni Walid yang masak untuk dinner. 

Ummi jarang sebenarnya makan petai mentah, paling tidak buat sambal atau masa arwah Tok ada, Tok bakar petai untuk Ummi buat ulam. Setakat ni Ummi tak makan petai rebus atau jeruk petai. Tapi Ummi suka sangat tolong Tok picit tangkai petai rebus yang nak dibuat jeruk petai tu. 

Alhamdulillah untuk hari yang baik. 


Friday, 7 August 2026

Catatan 23 Safar 1448H

Pukul 5.30 pagi, Angah called Ummi.

"Muka Angah bengkak, macam hari tu", katanya

Selesai segala kerja rumah, Ummi ke asrama. Tengok keadaan dia memang nak kena bawa ke kliniklah. Kali ni mata dan pipi bengkak. Hari tu bibir dan dagu bengkak. Dalam gambar tak nampak sangat tapi tengok depan², muka macam kena tumbuk 🫣

Ikutkan esok Angah ada program, jadi 'guru halaqah'/fasi untuk majlis Khatam Madani. Sijil peringkat kebangsaan tu, tapi bukan rezeki Angah lah kali ni. 

Doc bagi 2 jenis ubat untuk allergic. 
Belum tahu punca sebenar allergic Angah ni. Cuma kali kedua ni pun jadi lepas main bola di padang sekolah. Rupanya memang ada allergy disebabkan tumbuhan/rumput. Cuma, dah tahun ketiga Angah di asrama, sekarang baru jadi. Itu yang pelik tu. 

Nak tahu punca sebenar, Doc suggest buat allergy screening test. Mak ai, harganya 🫣 
Ikut pada pamphlet tu pelbagai punca yang boleh menyebabkan terjadinya alergik ni. Simptom pun berbeza. Macam Angah ni mula dengan selsema, batuk² sejak sehari dua lalu kemudian malam tadi muka mula bengkak. Lepas makan ubat, alhamdulillah bengkak mula surut. 

Angah skipped breakfast dan minum pagi (rehat) sebab duduk di bilik sakit. Singgah la kejap di jambatan, beli takoyaki. Lama tak beli, rasa terlebih sedap pulak takoyaki ni :) Berebut pulak makan dengan anak³, rasa tak cukup hihi...

Ni pula keadaan terkini anak cucu Peah. Semua tengah membesar dan melasak. Pening kepala Ummi. 

Share sini poster program ni.
Geng Sri Gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya kot nak donate pakaian & barangan terpakai boleh hantar ke Masjid Al Khairiyyah hujung minggu ni. 

Bye Abang 😘😘😘
Bas patut pukul 2300, pukul 1215 baru sampai. Pukul 7.40 selamat sampai di kolej, alhamdulillah. 

Selamat berhujung minggu ❣️





Sunday, 2 August 2026

Angah | Lawatan Form 3

Angah ada lawatan sambil belajar ke Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Baru dan Kilang Proton di Tg Malim. Bayaran lawatan RM40/seorang. 

Singgahan pertama di DQ. 

Diraikan oleh pihak DQ. 
Ada aktiviti brisk walk keliling tasik dalam DQ ni. 

Selain makan tengahari, ada juga acara makan durian 😍 Ustaz buka tabung untuk parents menyumbang dan alhamdulillah sambutan dari parents sangat memberangsangkan. Tapi katanya ramai pelajar yang tak makan durian. Pulak 😅 

Angah kata dia makan 1 ulas sahaja sebab takut muntah. Angah ni ada history muntah dalam kereta sebab makan/minum something. Contoh dia tak boleh minum minuman coklat kalau nak travel. As a precaution, dia tak makan banyaklah durian ni walaupun dia hantu durian. 

Lepas tu ada pula yang menyumbang untuk Cendol Viral Pak Samad KKB. Rasanya kami pernah singgah makan di kedai Pak Samad ni. Kedai Pak Samad tutup hari ni (Rabu) tapi sebab special order ie utk 4 buah bas rugilah kalau tolak kan... Cumanya tak makan di kedai lah, cendol dihantar ke DQ. 

Usai lawatan di DQ, mereka bertolak ke Kilang Proton pula. 

Gambar kenangan dalam Kilang Proton.
Kena pakai safety helmet kata Angah.

Tak banyak gambar menarik dan tak banyak cerita dari empunya badan, jadi tak dapatlah Ummi nak mengarang panjang² 😁

Apapun pasti mereka mendapat pengalaman yang menarik sepanjang lawatan ke dua tempat yang menjadi kebanggaan begini.

Thursday, 23 July 2026

Angah I Program Jauhi Zina

Bagus ada program begini. 
Lebih elok lagi bila diasingkan sesi pelajar putera dan puteri. Senang dan lebih telus nak present/discuss isu² berkaitan dengan jantina masing². 

Ada pelbagai masalah sosial berlaku di negara kita terutama di kalangan remaja. Kadang tak terbayang dek akal. Dengan penggunaan smart phone yang berleluasa, kandungan tidak bermoral (yang boleh merangsang perkara tidak baik) boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak² remaja. Penting untuk mereka tahu bahawa perkara tidak bermoral begini boleh membawa implikasi yang besar dan hendaklah dijauhi. 

Penceramah Ummi Ros dari Raudhatus Sakinah. Raudhatus Sakinah ni dari zaman Ummi muda dah ada. Konsisten Ummi Ros ni berjuang dalam membangkitkan kesedaran tentang masalah sosial seperti zina ni. Penyampaiannya bagus, seronok kata Angah. Baguslah kalau begitu. Biar cakna dan tahu jaga batas dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam khususnya berkaitan larangan zina. 


 

Sunday, 12 July 2026

Early Dinner @ Nas Bistro

Usai membeli barang keperluan dan print tugasan anak³, kami singgah di Nas Bistro. Alang² dah lewat petang, terus dinner aje. 

Menu baru; Ayam Penyek Classic pilihan Angah. Sedaplah 👍🏻
Sambal hijau tu pedas, tapi buat kita nak menambah² makannya. Sambal merah ni masam² sikit, rasa tomato barangkali. Diberi juga sup kosong semangkuk. Satu set ni harganya RM12.90. Berbaloi dari segi rasa dan porsinya. 

Walid order rojak. 
Sedap dan porsinya juga besar. Mengenyangkan 👍🏻
Ummi order nasi goreng kampung tapi minta bungkus je. Masih kenyang. 
Anak dara berdua macam biasa megi. Sorang megi sup, sorang megi goreng. 

Perasan tak bibir Angah tu? Bengkak macam kena gigit serangga. Tapi dia kata takde pulak kena gigit dengan apa² serangga. Bangun tidur petang tu tengok dah jadi gitu. Risau juga sebab pagi dia keluar dengan kawan, main bola dekat padang. Kot la tersengat dengan lebah ke... Sebab dia kata tak sakit, biarkan dulu. 

Tapi, malam tu Ummi perasan dagu pun bengkak. Macam orang buat plastic surgery tak jadi dah Ummi tengok, pelik jadinya muka Angah. Apalagi bergegas ke klinik la dalam pukul 11 malam tu. Doc kata most probably allergy. Dapatlah ubat 2 jenis. Alhamdulillah semalam balik asrama dagu dah okay, dah surut bengkaknya. Bibir masih bengkak tapi dah tak ketara bengkaknya alhamdulillah. Sepanjang pengetahuan Ummi Angah ni takde alergik tapi tak tahulah kalau ada benda pelik yang dia makan masa keluar tu. Tapi itulah dia cuma makan roti canai dan kopi ais. 

Lepas ni kena lebih hati² la Angah ye. Kadang persekitaran pun boleh jadi penyebab. 


Thursday, 2 July 2026

Angah | Gotong Royong Asrama 2.0

Bila tak dapat joined gotong royong asrama masa cuti Awal Muharram tu, tidaklah ralat sangat sebab dah dimaklumkan akan ada fasa kedua pada 28/6. Ummi Walid dah target nak join edisi kedua ni. Nak jugalah kita sumbang tenaga untuk keceriaan dorm Angah tu. 

Walaubagaimanapun, keadaan tak mengizinkan bila mana kami dua2 kurang sihat. Ikutkan nak buat kerja tu boleh cuma kita takut berjangkit dengan anak². Both Ummi Walid masih batuk² dan sakit tekak. Risau berjangkit pula dengan anak² dorm. F5 pun akan/sedang trial SPM. Berisiko, jadi kami ambil keputusan tak hadir. Angah pun tak joined gotong royong bilik, tolong Ustaz cat luar surau. Untuk fasa 2 ni lebih kepada siapkan kerja yang berbaki dan dekorasi. Lebih ringan kerjanya. 

Carta organisasi bilik wajib ada. 

Orang lidi berterbangan, cute je haha 😂 
Simboliknya masing² nak terbang kejar cita² la kot :D 

Pagi ada parents sponsored nasi lemak Angah kata. Petang, Aunty B belanja sandwich dengan roti & kuah durian. Kemain anakanda kami makan 😁

Alhamdulillah tqsm ibu ayah dan anak² dorm semua ❤️

Friday, 26 June 2026

Angah | Gotong Royong Asrama

Cuti Awal Muharram tempohari Angah ada gotong royong asrama. Parents pun dijemput tapi Ummi Walid tak dapat hadir. Alhamdulillah parents lain ramai yang hadir. Jadi, berjalanlah gerak kerja mencantikkan dorm Angah ni. Ummi pun pesan berkali², tolong pakcik makcik tu semua, jangan mengelat. 

Setiap dorm ni ada 'warden angkat'. Segala perbincangan, kutipan dana, tugasan dsbnya dibincang bersama 'warden angkat' ni. Sesama parents ramai yang belum kenal jadi elok sangat warden jadi perantara. 

Dos and don'ts 

Pakat tong-tong duit untuk beli barang dan peralatan. Alhamdulillah semua parents pun bagi kerjasama yang baik. 


Ada yang sumbangkan jam 

Yang sumbangkan makanan dan minuman pun ada 👍🏻

Alhamdulillah terima kasih banyak anak² dorm dan parents yang terlibat. Juga kepada Ustaz K selaku 'warden angkat' dorm Angah. Good job semua 👍🏻👍🏻👍🏻

Sunday, 14 June 2026

Angah | Projek RBT F3 ~Ergonomic Organizer Bag

Mencabar betul tugasan RBT F3 ni 🫣

Ergonomic tu apa Angah? 

Buat beg pun tak pernah, ni nak kena buat yang ergonomic pulak. Jenuh! 

Satu kumpulan 2 orang. 
Task Angah order barang (dia order di TT), fikirkan idea dan buat beg tersebut. Kawannya bahagian cantum dan jahit beg nanti. Kos beli barang kongsi berdua. 

Jom la kita buat apa yang mampu...

Mujur Abang cekap sikit bab² RBT ni... 
Ummi bab teknikal gini tak minat. 

Buat tote bag je la ... 
Manalah reti nak buat knapsack bagai... 

Nak dapat hasil gini pun sakit pinggang aih  😅

Ummi: Okay ke gini Angah?
Angah: Okay dah Ummi 👍🏻
U: Aerodynamic tak?
A: Bukan aerodynamic la Ummi, ergonomic 
😂😂😂

Ikutkan nak pasang zip dekat beg. Sekali kepala zip je yang sampai 😂
Tak pastilah Angah order kepala zip saja atau kena scam huhu... 

Beg ni dah passed dekat W, untuk jahit. Siap dah katanya, tunggu nak present dekat cikgu. Jarum peniti ni Ummi suruh simpan, takut tercucuk ke, buat main ke ... Jadi, W pulangkan semula dekat Angah. 

Bila dapat tugasan mencabar gini, nak tak nak kena tolong juga. Tapi itulah, sekadarnya sajalah sebab honestly Ummi tak pandai bab rekacipta ni. 


Thursday, 14 May 2026

Angah | Lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan AJK Debate BI

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hatinya nak jadi pengawas :D 
Pilihannya Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), pengawas yang paling kurang sibuk antara semua kategori pengawas di sekolahnya. Dia juga ditawarkan jawatan Quarter Master (QM) tapi kena pilih salah satu, jadi dia pilih Pengawas PSS. Good choice Angah 👍🏻

Menerima watikah pelantikan dari Tuan YDP PIBG. 

Bersama rakan² seangkatan dan guru² PSS. 
Selamat menjalankan tugas 💪🏻

Ikutkan sejak tahun lepas ada beberapa orang cikgu nak tawarkan jawatan Pengawas Sekolah (tertakluk pada permohonan dan kelulusan) tapi dia tak minat. Angah nak fokus study katanya. Ummi pujuk² juga suruh apply jawatan sebab ada markah PAJSK, selain nak dia asah leadership skill. Biar ada penglibatan dan pencapaian selain akademik. 

Target Angah nak jadi Ketua Dorm (KD) je. Jawatan KD bukan jawatan rasmi sekolah dan takde markah PAJSK pun, macam Ketua Kelas. 

Ketua Kelas masa F2 :) 
Tahun ni dia jadi Ketua Kebersihan pulak. Dia nak jawatan simple gini je. Kalau Pengawas Sekolah tu kadang kena skip kelas bila ada tugasan/meeting/program. Itu yang dia tak nak. 

Ini dia terpilih untuk jadi AJK program Debat Bahasa Inggeris di TAR UMT College. Selain jadi usherer, Angah kena baca doa. 

Training dengan Ummi la dulu :D 
Sambil tu try baju Pengawas PSS tu. Selain kemeja kuning tu, beli juga sehelai slack hitam. Dah jadi Pengawas PSS ni, kena pakai kemeja kuning dan slack hitam. 

All the best Angah! 







Tuesday, 31 March 2026

Happy 15th Birthday Angah 🎈

His 15th birthday jatuh pada 1 Syawal tahun ni. 
Semoga Angah sentiasa dlm lindungan-Nya selalu dan dipermudahkan urusan khususnya dalam berjihad menuntut ilmu dan menjadi al hafiz. Semoga tercapai segala hajat dan cita². Makin besar makin menurun gaya dan karakter arwah Pakcik dia. Sampai kadang² Ummi ter-menangis sebab nampak persamaan karakter tu. Cita² pun tinggi macam arwah Pakcik, nak jadi pilot. Arwah Pakcik pernah masuk KTU dulu. Ummi sokong apa juga impian dan minat Angah. 

Birthday Angah dan Tok Ayah selang sehari. Ni hadiah untuk Tok Ayah dari anak²nya. Takde pulak kek untuk Angah, walaupun dah pesan pada PIC. 

Jadinya kami beli kek untuk Angah esoknya. Dia nak celebrate dengan sepupu² dia... 

Member happy la dapat potong kek birthday :D 
Tq Maksu, tq Kak Una accommodate our request nak celeb bday Opal dekat rumah depa hari tu. 

Makin meningkat remaja, semoga Angah semakin matang ya sayang. Tak mau dah gaduh² dengan Adik 😘


Monday, 26 January 2026

Karnival Hadis 40 Imam Nawawi


Karnival ni diadakan pada bulan 10 tahun lepas. Lama Ummi simpan draft entry ni sebab menunggu sijilnya. Masa cuti sekolah hari tu Ustaz dah bagi link untuk download sijil. Sayangnya nama Angah takde. Bila follow up dengan Ustaz, Ustaz tak berani janji Angah akan dapat sijil tu, sebab sijil tu dikeluarkan oleh pihak BPI. Sayang, sebab sijil peringkat kebangsaan. Pasrah je la sebab Angah kata namanya mungkin tercicir sebab dia ganti orang. Mungkin sijil tu ikut nama peserta asal. 

Untuk program ni Angah dapat jadi guru halaqah, diberi tugasan untuk talaqqi bacaan Al Quran murid² darjah 6 dari sekolah² rendah berhampiran. Selalu dia tasmik depan guru halaqah, kali ni dia pula dengar murid² sekolah rendah tasmik depan dia. Best juga kan, jadi guru untuk sehari. Dapatlah pengalaman. 

Alhamdulillah akhirnya ada rezeki Angah dapat sijil untuk program ni. Balik PB minggu lepas Ustaz bagi sijilnya. 


Terima kasih Ustaz 👍🏻