Tuesday, 30 April 2024

Merentas Desa @ 16 Syawal

Angah terpilih untuk wakil rumah sukannya untuk Merentas Desa kali ni. Majlis diadakan pada hari Khamis, diserikan dengan kehadiran  Menteri Beliau & Sukan, YB Hannah Yeoh.
 

Sekeping ni je gambar yang ada pun huhu... 

Angah dapat no 28. Katanya 50 peserta terawal dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan. Masa rehearsal dapat no 7 katanya. Takpelah, dapat jadi wakil pun okay dah. Dapat juga pengalaman. 

Gambar Angah Ummi takde, tak cari pula di FB sekolah. Tak macam sekolah rendah, cikgu² rajin share gambar anak²... Dah sekolah menengah ni mak kena intai sendiri di FB la, kot² ada gambar anak 😁


Open House MTM Mart @ 19 Syawal


Ummi dapat jemputan personal dari balu arwah Abe dan Abang pula dapat personal invitation dari Abg Aiman, anak arwah. Memang setiap tahun arwah akan hantar jemputan ke open house kedainya. Dan boleh kata saban tahun kami hadir ke open house MTM Mart ni sebagai tanda sokongan kpd arwah. Last year ada ambil gambar dengan arwah. Kenangan terakhir :( 

Ummi ambil pau sebiji, tapai pulut dan soto nasi. Kenyang lagi, late lunch di rumah. 

Tak jumpa tuan rumah sebab beliau dah balik, nak hantar si bongsu ke asrama juga. Kami pun sekali jalan juga, lepas ni terus ke asrama. 

Terima kasih atas jemputannya. Didoakan agar MTM Mart terus maju 🤲

Monday, 29 April 2024

Majlis Permuafakatan UPKK & PSRA 2024

Sabtu 27.4 ada Majlis Permuafakatan UPKK & PSRA bagi tahun 2024 ni. 

Ummi hadiri Majlis Muafakat untuk Abang dan Angah (online) sebelum ni tapi kali ni Walid pula hadir. Ummi sibuk, kawan² Abang datang beraya

Analisa keputusan 2023; 

Cabaran untuk batch Kakak naikkan semula bilangan calon dapat 8A. Kebiasaannya lebih dari satu kelas (dlm 35 org/kelas) murid SRAI dapat 8A, tapi kali ni jumlahnya menurun. Ada yang kata 

Keputusan PSRA pula... 
Ini batch Angah, separuh batch dia dapat Mumtaz alhamdulillah. 

Simpan sini juga jadual aktiviti UPKK. Kiranya tahun ni fokus pada UPKK Kakaklah. Bulan 5 ni mulalah tuition UPKK dia. 

Last but not leastslide yang menggundah-gulanakan hati Ummi; 
Tarikh UPKK 2024; 16-20 Disember 2024
 Rasa nak demam dah 🤭

Mudah-mudahan yang baik² saja untuk Kakak dan semua anak² yang terlibat 🤲

Sunday, 28 April 2024

Geng GEXXIN Datang Beraya @ 18 Syawal


Balik dari majlis akad nikah Jal & Nadiah, malamnya selepas Isyak Ummi mula memasak. Rebus ayam untuk Nasi Ayam dan buat kuah sup untuk Bihun Sup Utara. Hari tu kan dah janji dengan kawan² Abang Ummi nak masak untuk diorang. Minggu ni PB, jadi jemput diorang datang beraya. 


Bffs Kakak; Geng ADIDAS beraya minggu lepas. 

Menu minggu ni;
Nasi Ayam - 17 pot beras, 2 ekor ayam+ 2 pek Ayam Goreng Ayamas
Bihun Sup Utara - 1 ekor ayam, 3 peket bihun 
Kek Caramel
Tembikai 
Kuih Raya/ Kerepek 
Air Sarsi & Grape 


Aksesori Bihun Sup Utara. Bihun dan kuahnya lupa ambil gambar. 

Kek Karamel Coklat Ummi order dari Mak Ain. Pertama kali makan, sedap. Boleh repeat order nanti. Tetamu pun cakap sedap alhamdulillah. 

Tetamu pertama, Muaz. 

Masa ni tenang lagi... 

Lepas tu, sorang demi seorang sampai. Ada yang dihantar oleh parents, ada yang datang naik Grab 😁 Budak² sekarang kan pandai naik Grab bagai..

Majoroti berbaju Melayu, sebab tuan rumah satu lagi, WaZu cakap semua kena pakai baju raya. Lepas rumah kami, depa beramai² ke rumah WaZu pula di Bukit Jalil. Sakan depa beraya :) 

Dalam sibuk melayan kawan² Abang, Maklang Di dan family pun sampai. Singgah beraya sebelum balik ke Kedah. 

Terima kasih sudi bertandang. 

Selain 2 group besar ni, kami terima juga kunjungan kenalan dan jiran. Alhamdulillah. 

Kehadiran; 
GEXXIN 21
Mama Adam 3
Maklang Di 4
Makteh Yati 2
Maksu Teh 1
Lek & family 4
Lan & family 6
Jal & Nad 2
Cik Aida 2
Lili 1
Cg Wanie 7
Cik Ayu 2
Cik Leha 3

Alhamdulillah 50 orang lebih yang datang. Rekod sini untuk rujukan. Alhamdulillah makanan cukup cumanya ayam untuk Nasi Ayam tu terpaksa top up dengan Ayam Goreng Ayamas untuk yang hadir belakang². Bajet sedikit tersasar sebab kami ajak Maklang Di & the geng last minute. Depa pun mulanya tak nak datang, nak terus balik Baling, kemudian berubah fikiran. Agaknya sebab Ummi ajak berkali² 😁 Bukan apa, depa pun bukan selalu datang Lembah Klang ni, ralat juga jika tak diajak ke rumah. Kalau balik kampung tu rumah depa yang kami tuju, tak seronok pulak kalau depa mai sini kita tak raikan. 

Kali ni penat, sebab ramai tetamu haha...

Ingat nak tutup dah dapur raya, tapi dengar² ada yang nak datang beraya lagi hujung minggu ni 🤭

Selamat Pengantin Baru ~ Faizal & Nadiah

Alhamdulillah anak kepada 2 pupu Ummi (Maklang Di) selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Jumaat 26.4 kelmarin. 

Majlis akad nikah diadakan di PAID Gombak. Alhamdulillah kami sekeluarga juga dijemput untuk meraikan majlis. 

Tok Imam ajak nikah dalam surau sebab di pejabat ada pasangan lain. Mungkin ada 2-3 orang jurunikah bertugas di sini. Yang nak bernikah pun ada 2-3 pasangan juga Ummi nampak. Rezeki kami, dapat masuk ramai² dalam surau ni. Kalau di pejabat mungkin hanya ibu ayah pengantin je... 

Usai akad nikah, ada majlis meraikan pengantin di Sentul, tapi memandangkan dah lewat petang kami tak join majlis tu. Terus balik ke rumah sebab Walid ada meeting di surau lepas Maghrib. Dengan hujannya, petang Jumaat pula sesaknya luarbiasa jadi lebih selamat kami terus balik ke rumah. 

Maksu doakan Jal & Nadiah berbahagia selalu dan rumahtangga yang dibina disirami sakinah mawaddah dan rahmah 🤲

Saturday, 27 April 2024

Jamuan Raya SRAI & Halaqah UR @ 17 Syawal

26.4 | Jumaat

Hari ni SRAI buat jamuan raya. Tapi kali ni buat di kelas masing-masing saja dan menunya juga terserah kepada parents. 

Ummi masak Mee Goreng. 

Adik: Ummi, kesian kat Ummi, takde orang nak Mee Goreng Ummi. 
Ummi: Rugilah depa, mee Ummi sedap kot :p 
A: Tapi Ummi jangan sedih, Cikgu ambik 

😂😂😂

Kakak pun sama, Mee Goreng Ummi tu tak habis. Ummi tak kisah pun, dah memang banyak makanan pun. Kalau satu kelas 30 orang, 30 menu dah kan? Dan mestilah pakat serbu menu yang rare dan lebih menarik. Cumanya, next time mungkin pek dalam individual pack jadi senang anak² nak makan atau bawa balik. 

Makanan memang banyak, masing-masing bawa balik. Alhamdulillah kenyang Ummi pun tumpang makan :D 

Ustaz Rahim (UR), guru halaqah Abang pun buat makan² raya juga untuk anak¹⁰ halaqahnya. 

Ini pula hadiah Kakak dapat, sempena program NILAM. Dapat towel dengan cermin. 

Alhamdulillah rezeki anak² di hari Jumaat. 

Thursday, 25 April 2024

Shawl Untuk Gegirls

Agaknya Walid suka kot tengok gegirls pakai shawl, maka semalam dibelinya shawl sorang sehelai :D 

Asalnya masuk kedai spek, langsung masuk ke butik tudung bersebelahan. Owner sama katanya. Siap VC dengan Ummi nak pilih yang mana satu. RM10 je sehelai shawl² ni... 

Tapi, untuk Ummi takde pulak 😅 

Euyne Boutique, Glenmarie Shah Alam 
 U1, No.6, Jalan Presiden F U1/F, 
Accentra Glenmarie
40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia.
(Sebelah Bank Muamalat) 




Tot ~ Prem Labour

Macam belon kata Cik Ita 🤭 

Risau sungguh nak tinggalkan dia balik beraya tempohari. Setiap hari Ummi doa bagi dia bersalin sebelum kami balik kampung atau selepas raya sebab risau nak tinggalkan dia sendirian. 

4.4 Khamis dia bersalin. Keluar sekor je, kami namakan Baby temporarily 

Sebab dia pernah bersalin seekor je sebelum ni jadi kami taklah harian atau syak apa²... Hinggalah Jumaat malam dia bersalin seekor lagi, tapi this one didn't survive dan belum cukup sifat. Susah betul nampak dia nak bersalin tu, macam dah takde tenaga. Makan tak nak, minum je. Nampak lemah... Ummi syak ada lagi dalam perutnya sebab nampak berombak² sekali sekala. Jadi, Sabtu pagi rushed dia ke klinik. Klinik suruh bawa ke hospital sebab depa takde kemudahan x-ray. Bertambah risaulah Ummi ni. Tot memang nampak lemah sangat dah. Tahap yang Ummi menangis sepanjang jalan nak sampai ke hospital tu 🤭

Doktor akan buat x-ray untuk pastikan ada/tak stillborn baby. Kalau ada kena operate. Allahu! 
Sementara tunggu namanya dipanggil, tiba² Tot mengerang and keluar lagi satu. Masih kemerahan dan belum sempurna kejadiannya juga. After the x-ray, the Doc confirmed-kan dah takde janin dalam perutnya. Alhamdulillah lega tak perlu operate. 

Lepas jumpa Doc she looks better
Yang dalam bungkusan tu, her stillborn baby

Sepatutnya nak hantar Tot ke rumah Cik Ita that evening tapi bila dah jadi macam ni, we decided to monitor dia dulu for a night. Esoknya tengok dia dah okay baru hantar ke rumah CI sebelum balik kampung beraya. CI orang Gombak, memang tak balik mana² kampung. 

Dijaga dengan penuh perhatian esp by Dedek. Makan pun bersuap :D 
 
Walaubagaimanapun, Baby didn't make it. Petang tu juga dia pergi tak kembali. Ini bukan kali pertama anak² Tot mati lepas beranak jadi this kinda expected. Tot ni dah 2-3 kami beranak tapi semua anak²-nya mati. Sempat hidup 4-5 hari je. Mungkin Tot pun kurang experience. 

Buah hati pengarang jantung kami sekeluarga ❤️

Sekarang ni dalam proses nak sunatkan dia.  Sebelum ni Ummi hold sebab kesian nak mandulkan tapi lepas tengok apa jadi baru ni, risau pulak Ummi. Ibunya Ayu dulu mati sebab pendarahan dalam rahim 😭 Taknaklah ambil risiko utk Tot. 

Semoga dipermudahkan. 

Wednesday, 24 April 2024

Raya 6 @ 13 Syawal

Alhamdulillah selesai sudah Puasa 6 Ummi dan Walid. Ummi raya sehari awal, manakala Walid raya semalam. Sebab Rabu lepas Walid ada Open House Ofis jadi tak puasalah hari tu. 

Rebus Ketupat Palas  yang Ummi buat sebelum raya sebagai juadah Raya 6. Malas nak merendang, kita cicah Kari Ayam saja. Tradisi di kampung Ummi bila Raya 6, memang akan rebus Ketupat Palas. Tapi, yang fresh bukan yang disejukbekukan. Ialah, di kampung mudah nak dapatkan daun palas. Tak puasa atau raya pun boleh je nak makan Ketupat Palas, cuma feel-nya tak macam time raya :) 

Puasa 6 ni lain cabarannya. Walaupun 6 hari je tapi nak habiskan 6 hari tu bercinta! Nak bangun sahur pun liat sungguh beza dgn puasa Ramadhan lepas. Kebanyakan hari, Walid bangun sediakan sendiri sahurnya, sebab Ummi kalau puasa sunat cukup setakat minum air je. Itu pun hujung² nak masuk imsak pun sempat lagi. Walid pula memang wajib makan berat. 

Apapun syukur dapat juga selesaikan Puasa 6 ni. Selamat berjuang untuk Abang, ada 2-3 hari lagi tak silap. Angah masih sesuaikan diri dgn jadual asrama jadi dia belum mula Puasa 6. Bagi yang berpuasa, makanan kena ambil awal kemudian simpan dulu di Dewan Makan (DM) dan lepas Maghrib datang ke  DM semula untuk makan. Nak adjust masa tu dia belum pandai jadi tak puasalah dia. Takpa, yang penting Angah settle down dulu dengan kehidupan di asrama ❤️

Tuesday, 23 April 2024

Salam Takziah ~ Nahas TLDM


Pastinya seluruh negara berduka dengan tragedi yang berlaku di Lumut semalam (23.4, Selasa).

Salam takziah buat keluarga 10 perwira negara yang gugur. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan diberi kesabaran dan kekuatan dlm menghadapi ujian berat ini. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban. 




Semoga Terus Berkhidmat

Peti sejuk Haier Ummi yang hari tu tak sejuk bahagian bawahnya dah elok pula 🤭 Lepas kita cuci bersih, keluarkan semua barang dalam tu, bila biarkan kosong dan kemudian baru on semula suisnya, sihat elok dia :D 

Cumanya, Ummi dah ada pengganti ☺️ Ialah, bulan puasa, kira kritikal juga bila peti ais rosak kan... Jadi, belilah yang baru. 

Peti ais lama ni kami lelong... Bukan jual tapi nak bagi percuma pada yang berminat. Antaranya kami offer pada Ust Ahmad, orang kuat Syabab Care

Sempatlah berbakti untuk majlis raya Geng ADIDAS kelmarin. Ummi simpan dadih sumi dalam ni. 

Alhamdulillah semalam 22.4 dah ada orang datang ambil. Team Hulu Klang katanya. 

Semoga panjang lagi umur peti ais ni untuk terus berkhidmat. 

Ikutkan hati nak simpan je, guna sendiri hingga betul2 rosak. Tapi, perlahan² ajar diri untuk melepaskan. Mungkin ianya lebih berguna untuk orang lain. Mudah-mudahan. 

Monday, 22 April 2024

Geng ADIDAS Datang Beraya @ 12 Syawal

Kakak jemput bff dia (geng ADIDAS) datang beraya semalam. Kalut jugalah Ummi sebab pagi tu masak nasi lemak untuk Abang, pergi ziarah dia hingga pukul 12 lebih lepas tu balik ke rumah hanya ada 1 ½ jam sebelum tetamu datang. 

Ikutkan Kakak tak bagi jemput orang lain, nak ajak geng² dia je. Tapi Ummi jemput juga few other people incl jiran² & geng ofis Ummi dulu. Lebih kurang 30 orang juga semuanya; 

1. Nurin & parents 3
2. Aufa & dad 2
3. Izz & bros 3
4. Shaq & siblings 3
5. N, D, A 3
6. Adam bersaudara 3
7. Cik Ana & Kak Yaya 2
8. Uncle Apai & fam 3
9. IH family 4
10. Uncle Kimi & kids 3

# Tulis sini utk rekod & rujukan. Senang nak bajet masak utk 30 org next time
## Geng Main dgn Cik Aida kita jemput next time, semalam depa takdak. 

Menu semalam;

Kimchi Jjigae & Ayam Korea by Kakak.
Dia minat Korea, jamuan raya pun ala² Korea 😇 Kimchi Jjigae tu makan dengan mee segera. Cik Isma cakap sedap. Ummi entahlah, tak tahu  nak komen sebab tak pernah makan K-food :) 

Ummi pun tak nak kalah ahak! 
Buat Mee Sup ☺️
Makan dengan Chili Oil tu letopsss sangat kata Cik Isma lagi :D 

Menu raya kenalah ada juga kan... 
Selain tu, Ummi jamu  buah, dadih sumi dan kuih² raya. Alhamdulillah semuanya kenyang perut suka hati :D 

Belum cukup korum, depa lepak di luar dulu. 

Layan Tot pulak... 

Ikutkan ada jemputan dari cikgu PASTI Kakak dulu, tapi tak sempat nak 'lari' sekejap ke rumah Cg W pun...Budak² ni stay sampai pukul 6 lebih :) 

Jemputan dari CW. 

Alhamdulillah tak penat sangat sebab jemputan pun mostly budak² je hehe ... Jemputan Ummi Walid selit² je, malas nak buat open house  atau pun jemputan terbuka macam tahun lepas. Konsepnya tahun ni siapa nak datang tu hello² je:) Kita terima dengan hati terbuka إن شاء الله 

Terima kasih daun keladi semua 🌹


Sunday, 21 April 2024

Nasi Lemak Kena Serbu

Sabtu pagi Abang tiba call, waktu prep pulak tu... Cuak jugalah Ummi ni...

Nak request nasi lemak rupanya hihi...

Ummi pun onz je la sebab hari tu nak keluar ke  open house US, jadi tak payah masak untuk lunch for that day. Ummi terus buat Sambal Tumis Bilis. Sambil² tu masak rendang dan rebus nasi impit segera untuk kawan² Kakak yang nak datang beraya esoknya, Ahad juga. Alhamdulillah setel sebahagian menu ni, barulah lega nak keluar beraya. 

Alhamdulillah, siap nasi lemak, bajet untuk  lebih kurang 15 orang. Lauknya telur mata. 

Kami orang terawal kot sampai di asrama haha... Pintu pagar bukak pukul 11.00 terus masuk 😆 Terus ke kantin, yang baru je dibuka. Sebelah kantin ada court  bola. Boys F4 tengah main bola tongah hari tongah paneh tu. Yang tak main jadi penonton pun ramai... Ummi nampak Adli tengah main, ajak dia makan sekali. Abang pun panggil juga 3 orang lagi kawan² termasuk IR yang request nasi lemak ni. Yang dok lepak meja depan kami pun ajak la sekali. Dalam dok perati anak² ni cedok nasi lemak sorang demi sorang, eh makin lama makin ramai yang datang. Semua yang dekat court bola tu mai serbu  😂 Dapatlah merasa sorang sikit. Mujur juga bawa nasi lemak bungkus dan roti canai 4 keping. Share² je la sorang sikit. Walid top up telur mata & nasi putih sikit dari kantin hihi.. nak beli banyak pun kantin baru nak start operasi juga :D

Seronok tengok gelagat masing-masing. 
Cara diorang makan, cara depa mai sorang² ucap terima kasih buat kita rasa happy sangat. Rasa macam nasi lemak Ummilah terpaling sedap hahaha... Padahal depa tengah lapaq, budak² asrama kan... Lapaq sedia² 😆 Ummi dulu pun dok asrama, paham sangat. 

Jumaat ni depa PB, Sabtu tu Ummi ajak depa mai beraya. Ummi nak masak banyak² bagi depa makan puas² إن شاء الله 

Semoga dipermudahkan segala rancangannya 🤲

Open House Syed @ 11 Syawal


Ada 2 jemputan open house raya hari ni, 20.4. Tapi kami hanya mampu memenuhi jemputan Uncle Syed saja, manakala jemputan lagi satu dari Paklong AP terpaksa dilepaskan. Adik tiba² demam malam tadi. Hari ni pun tak berapa sihat tapi ikut jugalah ke OH Uncle Syed sebab dia kata nak pergi. 

Majlis di lokasi yang sama macam tahun lepas. Ikutkan tahun lepas majlisnya 10 Syawal, tahun ni lewat sehari :D 

Ambil serba sikit makan share². Semua nampak sedap jadi kita rasa semua :) Kakak siap tambah char kue tiau tu. 

Ada kupi-kupi :) 

Kami pergi lewat kali ni sebab Walid ada fisio hari ni. Cuma jumpa Cik Pah dan Cik Nurul je. Yang lain semuanya datang awal dan balik pun awal :) 

Thanks again Syed & Farah for having us. Jumpa lagi tahun depan إن شاء الله