Monday, 27 July 2026

Sarapan Ramyeon & Pulut Ikan Masin

Sarapan pagi minggu...


Nampak Cie masak megi goreng untuk breakfast, terus Ummi teringat ada instant Mee Korea yang masih berbaki 2 peket. Tq Cie selalu share idea masak² πŸ’

Untuk pastikan tajuk entry betul, Ummi Google dulu 🀭
Sebab Ummi selalu confused ramen, ramyeon dan Samyang. Kesimpulannya instant mee (megi) dipanggil ramyeon (sebutan rah-myun). Manakala Samyang ialah jenama produk ramyeon. 

Ramen pula Japanese noodle dish. Satu Korea, satu Jepun ye Walid πŸ˜‰

Ramyeon ni Ummi masak ikut style Kakak. 
Rebus enoki sampai mendidih, masukkan ramyeon dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan. Api tutup ye, jangan lupa :p 

Dalam mangkuk besar, gaulkan ramyeon bersama perencahnya. Ummi letak 1 je perencahnya, sebab too spicy kalau letak 2. Gaul sebati, kemudian tuang susu krim (full cream milk) sikit sikit. Tujuan letak susu ni untuk kurangkan rasa pedas dan ada rasa lemak² susu tu. Ikut selera nak letak banyak mana susu ni, jangan sampai berkuah sudah 😁 Ummi guna ¼ je kot 1 kotak kecik susu tu. 

Macam tak cukup 2 peket ramyeon tu, jadi Ummi tanak pulut juga. Masak pulut ni sebab dah beberapa teringin nak makan pulut Ikan masin + kelapa parut gara² tengok status WA kawan sekolah menengah Ummi, Su. 

Pulut Ummi tu masak atas dapur gas. Api besr sangat Ummi buka, jadinya bahagian bawah hangit dan berkerak. Bahagian atas yang masih elok Ummi keluarkan dari periuk. Masuk dalam mangkuk, renjis² air sikit then masuk microwave 2 minit. Alhamdulillah masak dan lembut elok pulutnya. Sayanglah kalau nak dibuang jadi kita selamatkan. 

Voila! 






Catatan 12 Safar 1448H

Bekal simple hari ni... Sandwich telur mata w cheese & salad. Walid ada farewell lunch dekat luar jadinya nak makan lite² je sebelah pagi. 

OOTD πŸ–€πŸ’š
Tudung pemberian Nur (blogger Tot) warna olive green ni Ummi padankan dengan set baju seluar Sabella warna hitam. Sabella ni dah tutup ye? Lama tak dengar cerita... Ummi suka baju Sabella sebab material sejuk dan paling penting ironless

Takde angin takde ribut, Uncle S bagi Walid kain pelikat πŸ˜„ 
Nampak gambar  ayam serama tu teringat dulu Tok Wan ada bela ayam serama. Kami panggil ayam katik. Comel² ayam ni. 

Selamat berbuka bagi yang puasa hari ni... Ummi masak ikan jenahak goreng berlada dan masak lemak cendawan tiram putih. Bancuh air teh O gara² komen sis Afzan πŸ‘‡πŸ»

Begitulah ☺️

Abang | STEM Foundation Beach Challenge, World Ocean Week (WOW 2026)


Alhamdulillah Abang antara 100 orang pelajar yang dipilih untuk program Beach Challenge ni. Berlangsung Jumaat lepas, di kampus. Ada pantai dalam kawasan uni ni, tapi bukan pantai untuk mandi. Katanya pantai berteluk. 

Aturcara program. 

Taklimat keselamatan sebelum acara bermula. 

Bacaan DOA oleh Ketua Pelajar Asasi. 

Sarapan dulu. Makan bihun goreng kata Abang. 

Taklimat aktiviti dan pertandingan.
Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 10 orang setiap kumpulan. Abang jadi ketua kumpulan (dipilih secara random) oleh mentor. Ketiga² acara berjalan secara serentak. 

Abang joined Mini Turbine Challenge. Sepatutnya 4 orang ahli kumpulannya, tapi seorang tak hadir. Simple je hasil kerja team abang. Tak tahu kena hias bagai kata Abang. Takpe, inilah namanya pengalaman. In future kalau ada lagi program/pertandingan begini boleh improve. Kena buat presentation juga kata Abang. Baguslah tu, boleh tambah keyakinan diri untuk bercakap di depan. Dah masuk uni ni, banyak presentation kena buat jadi nak tak nak memang kena bercakap di depan. Asah sikit² skill tu ye Abang πŸ€—

Water Filter Challenge 
Untuk task ni, ahli kumpulan yang lain pula terlibat. Bagus, semua dapat merasa siapkan tugasan. 

Well done semua! 

Sementara anak² Asasinya berprogram, Ibu (Puan Pengarah Pusat Asasi) bersilat di dapur. Anak² pelajar request ikan patin masak tempoyak lagi. Ibu pun layan je πŸ‘πŸ» Selain tu ada juga ayam goreng berempah dan sambal penyet.

Priority untuk peserta program ambil makanan dulu. Yang tak join program ambil kemudian. 

Abang dah beli pinggan plastik :) 
Beli di Mr DIY, guna duit Acik Faiza bagi πŸ€—
Masa hantar dia dulu dah nak bawa pinggan, mangkuk dsbnya tapi dia kata nanti dulu. Dia cuma bawa kole, tapawΓ© dan sudu garfu je. Bila dah settle down tu, apa² keperluan baru beli sendiri di sana. 

Alhamdulillah. Semoga banyak lagi peluang untuk Abang terlibat di masa depan. 

 


Sunday, 26 July 2026

Catatan 11 Safar 1448H

Alhamdulillah berkesempatan mengunjungi Cik Ana yang bakal ke tanah suci mengerjakan Umrah. Rezeki Cik Ana, elok habis edah elok dapat jemputan dari-Nya. Cantik aturan Allah. 

Hari ni piknik di asrama. Menu tomyam, telur dadar, sayur campur dan ulam & sambal belacan. 

Ummi beli udang siap kopek di Giant semalam. Okay juga isinya, tak liat macam udang kopek frozen

Jadual puasa sunat minggu ni, termasuk puasa hari putih. Alhamdulillah Kak Shikin setia mengingatkan ❤️





Wedding @ Grand Ammara Event & Hall Avenue Crest, Shah Alam

#DaniaIzinLove, sweet hashtag-nya...

Terima jemputan dari bekas rakan sepejabat Walid, En Razak ke majlis perkahwinan anak lelakinya di Shah Alam. Semestinya kami berbesar hati untuk meraikan jemputan istimewa ini. 

OOTD ❤️🩷

Kami tiba di dewan majlis pada waktu puncak, menjelang waktu Zohor. Suasana dalam dewan agak padat dengan tetamu jauh dekat yang datang meraikan pengantin baru. Dengarnya ada tetamu sejauh Bangkok turut hadir. 

Setelah beberapa kali pusing, alhamdulillah dapat tempat duduk. Cantik bunga di meja ni, lembut je warnanya membangkitkan mood romantis, sesuai dengan majlis. 

Dari jauh nampak pengantin baru sedang bergambar dengan tetamu. 

Kami makan dulu...
Sedap lauk pauknya; kari daging, ayam goreng berempah, dalca, papadom, ulam salad dan nasi minyak yang sangat enak. Air pun istimewa, air blue lagoon katanya. Pertama kali rasanya Ummi minum 'air biru' di majlis kenduri. Selalunya air merah (panggilan orang kampung kami untuk air sirap). 

Walid ambil mee kari. Ayam ketul besar², puashati makan. Nampak tetamu di depan Ummi ambil laksa. Ummi malas nak bangun ambil, kongsi je makan mee kari ni. Perut pun dah kenyang, sekadar nak rasa juadah yang dihidangkan. 

Makan juga kuih lapis warna warni dan popia sura sorang seketul. Alhamdulillah kenyang. Marilah kita bangun bagi ruang untuk tetamu yang baru sampai pula. 

Dewan ni cantik. Cuma Ummi tak banyak ambil banyak gambar, tetamu tengah ramai. Segan :) 

Candy corner 🍭🍭🍭

Ummi ambil cookies sepeket. 

Selepas keluar dewan, kami ambil gambar dulu di photo booth yang disediakan. Dapat 2 keping printed photo. Sekarang ni kalau pergi kenduri/event jika ada photo booth begini memang kerap kami ambil peluang bergambar. Seronok sebab dapat gambar bercetak on the spot

Cenderahati dari tuan rumah... 
Walid dapat balang kaca cantik. Dalam tu ada biskut bunga. Selain tu dapat tasbih dan tisu. 

Ummi dan Adik dapat beras dan tisu.

Alhamdulillah tahniah sekali lagi untuk kedua mempelai. Terima kasih ER atas jemputan.

Selamat Pengantin Baru Izzhar & Dania ❤️
Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair 🀲🏻 





.


Saturday, 25 July 2026

Catatan 10 Safar 1448H

Lepas breakfast di Restoran Tuu Dok Ko di Batu Caves, kami kembali ke Sri Gombak. Nak beli barang dapur dan ziarah kubur Tok. 

OOTD for grocery shopping and running errands today 🩷🀍
Tudung ni Maklong bagi. Bawal bidang 60, best pakai sebab kainnya sejuk dan awning senang bentuk. 

Dekat jalan masuk ke kubur Bukit Permata tu ada orang jual air. Berhampiran dengan kubur ni ada trek hiking dan jogging. Ummi tak pernah try jogging di sini tapi kalau pernah dengar Air Terjun 7 Puteri tu dekat area sini lah. Hari minggu ni nampak banyak kereta dan motor parking di depan pintu masuk ke kawasan kubur ni. Dengarnya penjual air ni pun berniaga weekend je di sini. Patutlah Ummi tak pernah nampak sebab Ummi selalu datang  hari biasa. 

Tertarik nampak ada jual jus markisa, itu yang berhenti beli tu. Sedap! Rasanya masam² manis. Acik sebelum Ummi beli terus sebotol pati air durian belanda. Selain air markisa dan durian belanda, ada jugak air kelapa laut. Air balang biasa seperti grape pun ada. 

Balik dari kubur, setelkan kain baju kemudian kami keluar semula. Walaupun padat jadual hari ni tapi semuanya berjalan lancar alhamdulillah. 


Breakfast @ Restoran Tuu Dok Ko, Batu Caves

Pagi tadi breakfast di Restoran Tuu Dok Ko untuk ke sekian kalinya. Suka makan di sini. Selain makanan sedap dan service pantas, ada pelbagai pilihan makanan. Ada goreng² (masakan panas), masakan bersup (bihun, kue tiew, mee etc), laksam, nasi ayam dan semestinya nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan roti canai Melayu. Awal² pagi semua makanan ni dah ada, itu yang best tu. 

Kami order roti canai sorang satu. 
Roti lembut, kuah pun sedap.
Saiz rotinya tidaklah besar jadi masih ada ruang untuk makanan Iebih berat seperti nasi lemak πŸ‘‡πŸ»

Ummi makan nasi lemak telur mata, Walid nasi lemak gulai ayam. 

Mee goreng pilihan Adik. 
Ummi yang kecur tengok mee goreng panas² ni. Memang sedap, mewah dengan sayur dan rencah; udang, fish balls, fish cake. Adik makan sikit je sebab banyak sayur. Rezeki Ummi Walid le hehe ... Dia nak roti canai pulak. Layan... 

Suasana dalam restoran agak padat, penuh dengan pelanggan. Tapi order makanan semua sampai cepat. Memang cekap para pekerja restoran ni. 

Walid sila bayar 😁