Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah untuk join sekali lagi Kursus Umrah Percuma. Kali ni anjuran syarikat Madani Umrah & Tours.
Cumanya kali ni sambutan kurang berbanding kali pertama bulan lepas. Mungkin kurang hebahan atau ramai yang dah join hari tu. Bagi Ummi Walid, ini peluang untuk kami refresh balik ilmu. Dah 9 tahun sejak kami balik dari Tanah Suci. Walaupun belum ada rezeki kembali ke sana, sekurang-kurangnya terubat juga rindu bila datang kursus sebegini.
Ustaz tak bawa replika Kaabah, bagasi tu sebagai ganti. Kali ni juga takde praktikal. Masa pun suntuk, 2 ½ jam je, berbanding hari tu, 4 jam.
Alhamdulillah seronok dapat luangkan masa di hujung minggu dengan aktiviti sebegini. Lebih seronok, Carneyz dan suaminya pun join sekali. Walaupun tak dapat bersembang panjang, tapi dapat juga bersua muka :)
Mudah-mudahan ada rezeki kami (dan kawan-kawan semua) ke Tanah Suci 🤲
Mudah2an dapat menziarahi tanah suci menjalani ibadah umrah
ReplyDeleteAamiinn... mudah-mudahan ada rezeki ke Tanah Suci.
ReplyDeletesmoga kita smua ada rezeki dijemput sbg tetamu allah swt...aamiin
ReplyDeleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
ReplyDeleteTerima kasih sis, share info pasal kursus umrah percuma ni 🥰
Aaamiiin. Semoga kakak bisa ke tanah suci lagi yaa. Saya pun masih ingin bisa umroh kembali dengan suami
ReplyDelete