Monday, 2 March 2026

Al Fatihah ~ Naim

11/2 Ummi ada ke Hospital Sg Buloh melawat dua pupu Ummi yang mengalami komplikasi selepas pembedahan di kepala. Terima kasih semua yang mendoakan. Sejak hari tu, saudara Ummi ni (Naim namanya, gelaran Pakteh Naim utk anak²) ditidurkan dan menjalani beberapa kali lagi prosedur pembedahan. Semalam, keadaannya semakin kritikal. Dan hari ini 12 Ramadhan Naim kembali ke negeri abadi sekitar Zohor. 

± jam 6 ptg tadi jenazah dibawa pulang ke kampung kami di Baling. Arwah muda lagi, baru 39 tahun. Anak sulong sebaya Angah, anak kedua muda setahun dari Kakak dan si bongsu sebaya Adik. 

Banyak kenangan manis Ummi dengan arwah sebab kami membesar sama². Ummi berkawan rapat dengan kakaknya, Maklang Liza manakala arwah pula kawan baik dengan Abg Anas. Kali terakhir jumpa arwah raya tahun lepas, di rumah ayahnya Wan Kob. Orangnya ceria dan suka senyum. Memang dia disenangi ramai. 

Perjalanan akhir yang memilukan. 

Selamat tiba di kampung sekitar jam 1 pagi. Semoga tenang di sana Im 🤲🏻

Semoga seluruh ahli keluarga khususnya anak³, isteri, ibu ayah dan adik beradik arwah diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian berat ini. Semoga dipermudahkan urusan akhir arwah dan rohnya ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻 



Terima Hadiah Top Commentator dari Blogger Mulan

Alhamdulillah hadiah dari Kak Mulan selamat diterima Jumaat lepas. Ummi antara top commentators di blog Mulan. 

Cantik kotaknya...

Ada macam² hadiah dalam kotak cantik tu; kurma ajwa, keychain Korea, fridge magnet Taiwan, tudung dan pot holder. Alhamdulillah tqsm Kak Mulan 😘 

Lurv sangat tudung ni...memang taste Ummi color² gini. Alhamdulillah suits pulak dengan jubah yang Ummi dah ada.

Hadiah ni pun Ummi sukaaaaa sangat. 
Sebab 👇🏻

Cenderamata unik yang dibawa balik jauh dari Kazakhstan sana. Alhamdulillah terima kasih sekali lagi atas pemberian ni. Semoga bertambah berkat dan mewah selalu rezeki Kak Mulan sekeluarga 🤲🏻 



Sunday, 1 March 2026

Kisah & Menu 11 Ramadhan

Sekejap je dah berlalu 10 terawal bulan Ramadhan kan... 

Kawan² Adik nak datang buat tugasan Gerko. Adik kemas beranda. Siap letak goodies dari Langkawi atas setiap kerusi :) 


Sahur semalam sambal ikan keli dan leftovers berbuka. Gambar pun tak ambil sebab kalut. 

Untuk berbuka, Ummi masak tomyam dan daging goreng + kacang panjang. Sayur pun dah habis, nak kena top up. Tomyam Ummi guna serbuk tomyam Seri Aji. Pertama kali cuba. Sedap kata anak². 

Popia inti daging dan dim sum. Dua² ni Kakak request. Selain tu, menu wajib murtabak dan bubur lambuk untuk Walid. 

Balik hantar anak² asrama, singgah beli megi goreng. Moreh di rumah je, malas nak makan di kedai. Cinderella mana boleh tidur lambat :p