Showing posts with label SPM25. Show all posts
Showing posts with label SPM25. Show all posts

Saturday, 6 June 2026

Abang | Permohonan & Tawaran Pasca SPM

Credit source 

Memandangkan Abang sendiri tak ada bidang khusus yang dia minat dan kami pun belum ada pengalaman berkaitan permohonan melanjutkan pelajaran selepas SPM, kami mohon pelbagai institusi. Cuma, target utama ke Matrikulasi atau Asasi di IPTA. 


Permohonan & Keputusan 

1. Darul Quran JAKIM 
Keputusan: berjaya 🤲🏻 

Banyak kelebihan DQ ni. Antaranya elaun RM550/sebulan, yuran pengajian dan asrama percuma. Cuma bayar yuran pendaftaran ±RM2080. 
Tarikh pendaftaran 4 Mei yang lepas. DQ paling awal keluarkan offer, hanya seminggu lepas temuduga, keluar keputusannya. Pendaftaran pula 2 minggu selepas keputusan keluar. 

2. IPG 
Keputusan: kandas di fasa UKCG (ujian bertulis online


3. Matrikulasi 
Keputusan: tidak berjaya > buat rayuan 
Abang mohon course kejuruteraan + tahifz. 

Timeline Matrik 


15/6 nanti baru tahu keputusan rayuan. 
In Sha Allah banyak kekosongan sebab ada yang pilih Asasi/IPG.

4. UPU 
Keputusan: berjaya 🤲🏻 

Tak tidur malam menunggu keputusan UPU ni 😅 

Selain tu, kami juga mohon IPTS/MARA. 

1. UniKL
Keputusan: berjaya 
Course ditawarkan Digital Imaging 


2. KPTM
Keputusan: berjaya 
Course pilihan Abang Islamic Banking & Finance

3. UNITEN 
Keputusan: berjaya (surat tawaran dapat on the same day kami ke open day UNITEN hari tu)
Abang pilih Foundation in Management w tahfiz. Kos untuk 1 tahun pengajian foundation ni RM14k. 

4. UIS 
Keputusan: berjaya 

Untuk IPTS ni tak susah untuk dapat tempat, cuma kena sediakan duitlah. Tempoh nak bagi jawapan pun panjang. Mungkin bagi peluang untuk lepasan SPM ni tunggu keputusan Matrik/UPU dulu. Kebanyakan pun Julai baru masuk, lewat sikit dari Matrik/UPU yang kebanyakannya mula sesi pengajian bulan Jun.  

Dan Ummi juga baru tahu yang pelajar lepasan SPM yang layak akan dapat tawaran Tingkatan 6 secara automatik ke Kolej Tingkatan 6.

Calon yang layak juga boleh mohon F6 di UKM dan USM ( ikut region). 

Ada juga peluang untuk sambung F6 di KISAS dan SMAP Labu bagi pelajar aliran agama. 


All the best Batch 08! 
Ummi tumpang happy bila dengar kawan² SRAI, kawan² SMKA Abang dapat tempat di pelbagai institusi pengajian tinggi ni. Ada yang ke Utara, Selatan, Pantai Timur, central region/Klang Valley berterbangan mengejar impian dan cita-cita masing². Esok lusa ada yang dah mula mendaftar. Tahniah juga untuk anak Mama Yan, Iris, Kyra dan anak rakan² blogger yang lain.
Selamat maju jaya! 

# Share sini untuk self record/reference dan mudah-mudahan boleh jadi rujukan esp bagi inexperienced parents macam kami 🤗

Monday, 27 April 2026

Abang | Majlis Pengiktirafan Murid Cemerlang 2026 (MPMC 2026)

Alhamdulillah rezeki Abang dapat naik pentas lagi. MPMC 2026 ni mengiktiraf kecemerlangan murid bagi sesi 2025. Ada 3 kategori;
> Ulul Albab
> Akademik
> Murid Cemerlang SPM 2025 

Aturcara majlis.

Alhamdulillah Abang antara 15 orang terawal dalam batch yang khatam hafazan. Biasanya hanya 15 orang terawal yang dapat anugerah ni, tapi rezeki Gexxin, sekolah bagi hadiah untuk 20 orang terawal yang khatam. Dapat sijil dan duit RM40. 

Tahniah Abang! 

Paling dinanti semestinya anugerah murid cemerlang SPM. Semua yang dapat 8A dan ke atas dapat naik pentas 👏🏻👏🏻👏🏻
Tahniah semua! 

Tokoh Akademik 👍🏻👍🏻👍🏻
Tokoh lelaki tu classmate Abang, Ummi tumpang bangga :) 

Alhamdulillah terima kasih pihak sekolah, PIBG, KSIB, ibu ayah Gexxin yang semuanya supportive dan sporting, bersama menggembleng idea, usaha, tenaga, masa, wang ringgit demi kejayaan anak¹⁴². Ummi nak rehat kejap tahun ni, tahun depan Angah F4, sambung balik "stress anak nak SPM" :D 




Tuesday, 30 December 2025

Abang ~ Last Day School

Suasana di luar dewan sekolah. 
Ibu bapa dan ahli keluarga berhimpun menunggu anak² Gexxin keluar dewan. Sebaik pintu dewan dibuka, terdengar laungan takbir dari anak² pelajar. Alhamdulillah selesai sudah SPM 2025. 

Sembang² sebelum masing² bawa haluan sendiri. 

Bergambar kenangan... 

Abang pun sempat bergambar dengan beberapa orang Ustaz.

Anak² Halaqah Warsh bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Rozie Rejab. Ustaz bagi tanda kenangan untuk anak¹¹ ni... 

Dapat kain pelikat, face towel dan set minyak wangi. Semoga bertambah mewah dan berkat rezeki buat Ustaz sekeluarga 🤲🏻 

Terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Sekarang dah selesai fasa sekolah rendah dan menengah Abang. Alhamdulillah.



Saturday, 27 December 2025

Abang ~ SPM 2025

SPM 2025 sudah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun di awalnya Abang diuji dengan lutut terseliuh 😅 

Jadual SPM 2025 (bertutur, amali dan bertulis) bermula 23.11 - 23.12.2025. Sebelum tu dah mula beberapa siri ujian lisan dan trial SPM

Simpan sini kenangannya... 

Minggu pertama back to back peperiksaannya... Setiap kali nak masuk dewan, depa baca doa depan dewan sekolah. Adalah murid yang ditugaskan untuk baca doa. 

Minggu kedua lagi tough, 4 paper 💪🏻

Minggu ke-3 relax sikit, 2 paper. 

Abang ditugaskan baca doa sebelum masuk exam Add Math ni. Habis paper Add Math ni budak² kelas Sains tulen hip hip hooray jap. Gap 8 hari untuk paper seterusnya dan yang terakhir ie BA. Kawan² Abang yang kelas akaun, agama eko dan agama pula yang berasap kepala. Sebelum ni depa rehat lama. 

Paper terakhir alhamdulillah. 

Sujud syukur sebelum keluar dewan. 
Semua dah buat yang terbaik. Kita serahkan kepada Allah SWT dan teruskan berdoa ❤️

Wednesday, 17 December 2025

Taklimat Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2026/27

Maaf ye, entry banyak berkisar tentang anak² khususnya Abang dan Kakak sebab kedua-duanya akan beralih ke fasa seterusnya dalam alam persekolahan mereka. 

Ummi kongsikan di sini input yang Ummi dapat sewaktu joined sesi Taklimat Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM pada 17/12. 

Permohonan dah dibuka bermula 10 Nov 2025 hingga 10 Feb 2026 (Fasa 1). Kami belum isi, tunggu Abang balik nanti bolehlah sit down dengan dia. Tak perlu upload result trial sebab semua data ada dengan KPM. Begitu juga keputusan SPM nanti, tak perlu upload. Yang perlu di download dan upload adalah borang² berkaitan seperti sijil tahfiz, borang pendapatan dll. Borang² ni perlu disahkan terlebih dahulukan.  

Kursus² di Matrikulasi KPM ada 5. Ada tambahan subjek baru iaitu Hifz Al Quran. Menarik untuk aliran TMUA macam Abang. 

Selalu dengar pasal Matrik setahun (2 sem) vs Matrik 2 tahun (4 sem) ni. Baru faham. 

Bidang pengajian ke peringkat seterusnya (degree)

Jurusan Kejuruteraan; syarat² minima dan halatujunya. 

Jurusan Sains Komputer. Syarat wajib kena ambil subjek Sains Komputer masa SPM. 
Abang kalau minat IT tak cukup syarat untuk mohon jurusan ni tapi masih ada peluang untuk ambik Degree in Science Technology dengan ambil Jurusan Sains di Matrik. Ummi catit di sini supaya Ummi tak lupa dan pembaca juga boleh rujuk. Sebab ada yang give up bila tahu syarat ni. Still ada peluang, no worries. Ummi Walid memang takde experience jadi taklimat ni sangat membantu. 

Akaun dan JPPro. 

Bagus course ni utk sesiapa yang nak buat ACCA. Masa di Matrik pun dah ambil 3 paper ACCA . 

Untuk pelajar cemerlang 10A. 
Ada yang bertanya kalau anaknya ambil 9 subjek SPM dan semuanya dapat A (9A) masuk ke kategori ni. Tidak ye. Tapi masih berpeluang utk dapat tawaran ikut meritocracy. Tough betul ye.

Simpan sini info berkaitan subjek Hifz Al Quran. 

Subjek² untuk setiap jurusan. 

Timeline.
Lepas Fasa 1 ditutup, ada 5 hari je lepas dapat result SPM (jangkaan end of April) untuk buat kemaskini maklumat. Pendaftaran Matrik dijadualkan pada 7 & 8 Jun. 

Info lain yang sempat Ummi catat. Ada elaun untuk yg berpendapatan RM10k dan ke bawah.  Yuran pendaftaran sekitar RM500 manakala yuran penginapan dan pengajian percuma. 

Mudah-mudahan diberi rezeki yang terbaik untuk Abang dan anak² Batch 08 semuanya 🤲🏻