Banyak betul aktiviti di sekolah minggu ni...
Anak soleh ni terlibat dengan Majlis Khatam Quran T6 di sekolah semalam. Kena pakai baju Melayu putih dan sampingnya kain pelikat atau songket. Angah pakai kain pelikat. Mafla Palestine pinjam dengan Ibrahim. Angah kena baca Surah Al Fil. Tak silap, majlis di berlangsung serentak semalam bagi semua sekolah di bawah JAIS.
Dapat cenderamata dari sekolah. Alhamdulillah dapat senaskhah Al Quran di samping jajan dan bunga telur.
Dapat sijil juga...
Lepas majlis, ada jamuan sikit secara potluck. Tapi itulah, Ummi lupa nak bagi makanan 🙆 There's a lot of things going on lately, kelam kabut sikit.
Usai majlis ni, bergegas pula tukar baju untuk sesi fotografi tahunan.
Credit: Sir Zarul |
Sepatutnya sesi bergambar T6 Jumaat ni, tapi dipercepatkan, semua Tahap 2 semalam. Kesian ada yang tak dapat join sebab UKKM.
Dalam minggu ni juga, ada Minggu Bahasa Arab di sekolah. Adalah few activities yang diadakan. Antaranya kuiz BA semasa perhimpunan pagi.
Alhamdulillah.
kagum dengan anak2 tahun 6 betul2 struggle...moga dapat membentuk anak2 semua bertambah hebat pd masa akan datang
ReplyDeleteBetul, macam2 dugaan. Pasti ada hikmah dihujungnya nanti 🤲
DeleteMujur mereka dah takde upsr
ReplyDeleteTak mujur juga Wak, kena ambil exam lain pula utk masuk asrama penuh & MRSM :)
DeleteAlhamdulillah dah khatam Al-Quran. Meriah pentasnya bunga telor ke tu?
ReplyDeleteYup, bunga telur. Ada juga parents sedekah 1-2 pahar
DeleteMeriah majlis khatam quran.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kenangan utk anak² T6.
DeleteCantiik panggung untuk Acara khatam alquran nya ❤️. Ungu dan berbunga 👍😍. Dikasih sijil dan goodie bag pula.
ReplyDeletePintar adik, bisa menjawab quiz dari cikgu. Dulu bahasa arab termasuk yang susah sangat saya pelajari 😅