Thursday, 31 October 2024

Wedding @ Taman Koperasi Polis

Alhamdulillah penuh jadual weekend kami dengan undangan majlis perkahwinan sepanjang Oktober. 


Minggu ke-4 ni, kami dijemput oleh rakan jemaah surau, En Mail. Tak cukup dengan jemputan di surau, EM cari Walid nak 'jemput mulut'. Bersungguh² beliau nak kami hadir ke majlis perkahwinan anakandanya. 

Majlis di Taman Koperasi Polis. Dah beberapa kali kami makan kenduri di dewan ni. Jadi, lepas Zohor baru kami ke sini. Tempat dah biasa, dah boleh bajet masa nak sampai pukul berapa. 

Tu dia, penuh pinggan... 
Orang lelaki (Walid) ambilkan, memang ikut portion depa la kan 🤭

Ada juga bihun sup. Laksa dah habis. Sedap bihun sup ni, ala² Utara. 

Pengantin nak potong kek ... 

Kami pun usai makan terus minta diri. Nak ambik Kakak pulak dari Perkampungan UPKK. 

Alhamdulillah, rezeki beras pula :D 
Kenduri di Hijrah Banquet Hall tu dapat sos cili dan kicap, kali ni beras pula. 

Bagus ada detail PIC sekali, manalah tahu ada yang nak berurusan dengan Syarikat Faiza ni. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih sekali lagi En Mail atas jemputannya. 

Wednesday, 30 October 2024

Kakak Turns 11 y/o 🎈


Bertambah setahun lagi usianya. 
Anak yang baik, bijak dan disenangi ramai alhamdulillah. 

Dia request nak kasut macam Mel. Here you go Kakak! Mujur kena dengan taste dia, sebab mek sorang ni cerewet sikit 🤭 Bukan cerewet sebenarnya but she got taste, orang kata. 

Bukak hadiah dulu sebelum pergi sekolah. Happy sungguh dapat hadiah idaman dari Walid :) Ini pun dia dah pilih awal, cuma Walid belum order masa tu. Then Walid order senyap², surprised la dia 😁

From her little sister 🤗
Angah pun sampai dari asrama semalam, Ummi nampak ada bagi hadiah juga dekat Kakak. Pensil tekan kot... 

Balik dari sekolah bawa paper bags berbondong², geng Adidas pakat bagi hadiah. 

Bff Nurin bagi jersi Selangor ❤️💛
Bday Nurin sehari sebelum Kakak. Masing² tukar bday present la. 

Bff Medina minta uminya masakkan Laksa Goreng; satu utk bekal dia, 1 lagi utk Kakak . 
Tq Medina, tq Cik Tah lebiuuuu  😘

Tq Amni doakan Kakak. Aunty doakan Amni pun dapat 9A UPKK nanti 🤗

Brownies Ummi order dengan Cik Isma. 
Sedap 👍🏻

Kakak bawa ke kelas, share dengan classmates dia. 

Sanah helwah Kakak sayang 🌹 
Semoga Allah makbulkan segala DOA/hajat Kakak, sentiasa dlm lindungan-Nya dan Kakak berjaya selalu 🤲🏻 




Tuesday, 29 October 2024

Balik Cuti Deepavali

Cuti Deepavali 2024: 30 Okt - 2 Nov (Rabu-Ahad) 

Semalam (29/10) kami berbagi tugas untuk ambil anak⁴. Walid ambil cuti ½ day ambil the boys di asrama while me ambik the girls dekat SRAI. Syukur juga kelas mengaji dan tuition UPKK dibatalkan (ramai guru pergi Mukhayyam Perdana JAIS) jadi balik awal sikitlah. Serik dengan pengalaman cuti Deepavali tahun lepas, Ummi keluar awal dari rumah dan sampai di sekolah 45 minit awal 😅 

Alhamdulillah ujian sesak takde kali ni tapi ujian cuaca pula. Hujan lebat selebatnya masa tunggu anak² keluar sekolah tapi syukur hujan makin reda. Cumanya air naik jugalah dekat certain tempat :( 

Syukur juga berbagi tugas sebab Abang pun rupanya pukul 3 baru boleh balik. Kalau tak rushing la nak ke sana ke sini sebab waktu balik lebih kurang pulak semalam. Macam Auntie Shaz, dari SRAI nak berkejar ke Sg Buloh pula jemput anak balik naik bas dari Perak. 

Abang ada Hari Kerjaya. Geng Pengawas buka gerai jualan itu yang dia lambat boleh balik, nak mengemas gerai dsbnya. Depa jual kek tu, Abang  boronglah bawa balik 3-4 pek. Dengan mini cupcakes Ummi buat lagi, kenduri kek lah kami petang semalam haha... 

Selamat bercuti & take care semua 🤗



Mini Chocolate Cake Kukus

Excited anak⁴ nak berkumpul sempena cuti Deepavali ni, Umminya terlebih rajin hari ni 😁 Mini choc cake versi kukus ni Ummi buat awal pagi tadi. Teruja nak mencuba sebenarnya :) 

Bahan² semua sedia ada di dapur itu yang laju je... Bahan lain yang diperlukan ialah sarang (?) mini cupcakes. 

Gaul Bahan B ni hingga sebati semuanya. 
Kemudian, campurkan Bahan A. Sebelum campurkan Bahan A tu, Ummi susun dulu sarang cupcakes dalam loyang kukus.

Kalau ada acuan lompang tu lagi sesuai.

Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, gaul hingga sebati semuanya guna sudu/senduk kayu je. 

Ambil sudu bulat (sudu sup) dan sudukan ke dalam sarang cupcakes. Dalam masa yang sama, hidupkan api dan panaskan kukusan. Bila air mendidih, baru letak loyang pengukus. Kukus dalam 15 minit atau sehingga masak. 3-4x juga kukus sbb comel² je kan saiznya. Mujur pengukus Ummi besar, 2 layer cepatlah sikit. Itu pun yang last Ummi masukkan dalam bekas taufufah 🤭

Dapat banyak ni alhamdulillah. Bolehlah buat minum petang dengan anak².
 Terima kasih Ilyana88 atas perkongsian resepi 🌹

Sambil mengukus, sambil menggulai. 

Siap kukus kek, lunch teruslah alang² Gulai Ayam (Kari Ayam) pun dah siap. Makan gulai, kena ada kicap baru umphh :)

Selamat mencuba 🤗 







Monday, 28 October 2024

Breakfast Croissant

Selamat pagi! 

Breakfast pagi semalam. Ringkas tapi kenyang. Cukup segala nutrisi yang diperlukan. 
Walid beli croissant dekat Giant Taman Permata. Ummi panaskan dalam air fryer ±3 minit, sekali dengan sosej tu. Sosej ni biar dlm 5 minit baru keluarkan dari AF

Bukan idea sendiri menu ni, Ummi tiru 👇🏻 

Tq Pn Azi, bagi idea 🤗

With Kopi O. 
Alhamdulillah rezeki, syukur Allah masih bagi segala nikmat utk kita di bumi Malaysia ni. Masih mewah dengan makan minum, tempat tinggal dsbnya. Sungguh, hati tersayat tengok keadaan saudara kita ni bumi barokah khususnya di غزه, sejak sehari dua ni makin berat tekanan dan kezaliman yang terpaksa dihadapi. Hasbunallahu wanikmal wakeel nikmal maula wanikman nasir 🤲🏻


Angah ~ Kursus Asas Bomba

Angah joined Kursus Asas Bomba, anjuran Pengakap Daerah Segambut kot. Lupa dah Ummi pun 😅 Asalnya ada 3-4 orang lagi dari sekolah dia nak join tapi dia sorang je turned up that day. Minggu PB, mungkin ada urusan lain agaknya. 

Pengakap Laut T-shirt biru. 
Ada juga pakai T-shirt hijau, tak sure pengakap apa tu. Banyak sangat versi...

Badan kecik, kena usung fire extinguisher tu :D 

Macam² pengisian yang dibuat. Tapi paling best of course naik lori Bomba, kot 😁 Masa kami tunggu nak ambil Angah tu, nampaklah diorang bergilir² naik lori Bomba. Bomba siap bunyikan siren, bawa lalu dekat main road tepi Balai tu.  Memang excited la Umminya pun haha... 

Acara penyampaian sijil. 

Tahniah Angah.
Ummi bangga sebab walaupun sorang² dia boleh bawa diri. Makin besar dah anak Ummi sorang ni ☺️


Sunday, 27 October 2024

Mi Segera utk Dormmates

Tiba² anak soleh #2 tu cakap nak bawa makanan dekat dormmates dia sebab abang² F4& F5 tak boleh balik that week. Kesian katanya 😁

Tak cakap awal², Ummi goreng mi segera je lah utk tunaikan permintaan dia tu... 

Bekas pun takde, Ummi letak dalam plastik je. 

Jenama ni lah jadi pilihan sekarang. 
Sedap dan murah. 
Ummi goreng style goreng mee/bihun; tumis cili kisar bawang semua... Perencah pun tak letak. 

Ummi sebenarnya tak berapa keen on sharing food yang dah siap masak ni, prefer makanan kering macam biskut ke buah ke... Bukan apa, kalau bagi packed food macam ni risau nanti budak² ni simpan, malam² baru nak makan ke... Nanti sakit perut, susah dan panjang pulak ceritanya 😌 

Kalau bagi/belanja makan depan Ummi macam Ummi selalu jamu kawan² Abang tu takpe, sebab makan depan kita. Kita tau lah diorg makan terus, bukan simpan. Insha Allah takdelah mudarat. 


Al Fatihah ~ Maksu Limah @ Toksu Limah

Menerima berita kematian lagi :( 
Kali ni sepupu arwah Tok Wan, adik kepada arwah Wan Haji iaitu Toksu Limah (Ummi panggil Maksu Limah) dijemput kembali oleh Pencipta-Nya malam tadi. Arwah dah lama sakit lumpuh dan usianya juga sudah lanjut. 


Cantik orangnya. Dari muda hingga ke tua, wajahnya sentiasa manis dengan senyuman dan lembut tutur katanya. Salah satu sebab Ummi suka dgn arwah. Kecik² dulu Tok suka ajak Ummi ke rumah Toksu ni. Suami Toksu, Toklang Ched sepupu dengan Tok, jadi hubungan keluarga tu kuat dan rapat. 

Ada satu masa tu Ummi rindu sangat dengan Toksu, alhamdulillah sempat ziarah, bawa Tok sekali. Beberapa tahun lepas, sebelum Tok pun 'berpindah' ke negeri abadi. Masa tu Toksu masih tinggal di rumah kampung depa, dijaga oleh cucunya. Kemudian bila Toksu makin kurang sihat, beliau bergilir² dijaga oleh anak²-nya. Dan malam tadi, sekitar jam 9.45 mlm Toksu menghembuskan nafas terakhir. Pergi dalam keadaan amat mudah kata Ndak. Rezeki Toksu meninggal di rumah Paklong Cha, berdekatan rumah pusaka mereka. 

Takde rezeki nampaknya Ummi nak berjumpa lagi dgn Toksu di dunia ni. Mudah-mudahan di akhirat nanti dikumpulkan semula dengan seluruh keluarga besar kami, di syurga hendaknya aamin. Rindu pada semua wajah dan watak khususnya yang pernah menghiasi zaman kecil Ummi. 

Didoakan agar arwah Toksu ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻 


Saturday, 26 October 2024

Kakak ~Perkampungan UPKK

Non stop cikgu² pun, habis saja PSRA Jumaat, Sabtu sambung pula Perkampungan UPKK untuk anak² Tahun 5. Hebat pengorbanan cikgu² 👏

Sarapan dulu sebelum masuk sekolah. 

Kakak makan roti telur. Ummi makan nasi lemak ayam goreng. 

Teh O

Habis program pukul 4. Ummi tunggu luar dewan, tengok semua keluar mata merah! Insaf belaka 🤭 Rupanya slot terakhir ni penceramah cerita pasal mak ayah, itu yang mata masuk habuk semuanya. Dahsyatlah penceramah tu sebab Ummi tengok boys pun mata merah juga. Semoga masing² ingatkan pesan penceramah² tadi; usaha sungguh² utk UPKK ni, jangan sia²kan harapan ibu ayah. 

Abang kakak Tahun 6 dah merdeka, Kakak dan kawan² T5 jauh lagi perjuangannya. UPKK bulan 1, 2025 (jika tiada perubahan). Tapi trial dah dekat, 11.11 ni mula. Kali ni trial ikut daerah katanya. Ada daerah dah buat, ada yang belum. 

Semoga kejayaan menjadi milik Kakak dan kawan² 🤲🏻

Friday, 25 October 2024

PSRA & Oden

Anak² balik awal sepanjang minggu PSRA. Pukul 12, jadi ada working parents  yang tak dapat ambil anak balik sekolah macam biasa, sbb terikat dengan tugasan pejabat kan. Antaranya Uncle Shah dan Mama Nurin. Makanya Ummilah jadi driver depa minggu lepas :D Okay je, sehala je jalannya dgn kami. 

Uncle Shah macam biasalah, mesti bagi upah. Kali ni oden pulak 😅 

Sepanjang PSRA ni, sekolah buat majlis bacaan Yasin secara online, utk parents sertai. Baguslah sebab sekarang sekolah dah tak buat solat hajat bersama parents pagi² sebelum exam macam Abang ambil UPKK dulu jadi ada juga peluang untuk parents sertai bacaan Yasin ni, w/pun hanya secara maya. Angah ambil PSRA tahun lepas pun hanya guru² dan murid² buat solat hajan dan bacaan Yasin pagi² sebelum exam. Rasanya tahun ni pun sama juga. 
 
Ummi joined sekali, tapi hari Isnin je. Hari² lain lupa 😅 Depa pun blast info dekat WA group hari first je, itu yang tak ingat tu. Lagipun bukan anak sendiri yg exam, itu yang terlepas tu. 

Apapun Ummi doakan semua yang baru sat for PSRA ni beroleh kejayaan cemerlang, Mumtaz hendaknya 🤲🏻

Selamat berhujung minggu semua. 

Thursday, 24 October 2024

Wedding @ Dewan Komuniti Bukit Damansara

Alhamdulillah rezeki makan nasi minyak lagi :) Kali ni jemputan dari member ofis Walid, ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Asbab ke majlis inilah kami singgah Solat Zohor Masjid Saidina Umar Al Khattab yang berdekatan je dengan Dewan Komuniti ni. 

Luar dewan pun dah cantik... 

Apatah lagi dalam dewan, lagilah cantik 😍
Lurvv sangat dengan dekorasinya...

Curtain putih yang digantung tinggi membuatkan dewan ni tampak mewah dan luas 👍🏻

Kagum dengan keindahan dewan, lupa nak makan :p 

Sedap² belaka... Ada juga cendol, memang terbaiklah sebagai pemanis mulut. Abang & Angah pun ikut sekali jadi Ummi tukang makan je, depa rajin ambik itu ini untuk Ummi :) As usual, kitorang share² je makanan jadi bolehlah rasa serba sikit. 

Tahniah buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih sekali lagi buat ibu ayah pengantin atas jemputannya.