Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Tuesday, 8 September 2026

Sarapan Lontong

"Lontong ada, nasi lemak ada" , kata pelayan kedai. 
Ikutan hati nak nasi lemak, tapi ubah selera sikitlah sebab nampak kuah lontong panas berasap lagi. 

Lontongnya ada keropok warna-warni ni ... 
Telur rebus pun sebiji. Nampak sambal tumis tu sikit, ingat nak minta lebih. Sekali, bila dah gaul dah cukup pedasnya. Mujur tak tamak, kalau tak hilang rasa seimbang lemak dan pedas pada kuah lodeh ni. 

Walid masih setia dengan nasi lemak :)
Nasi lemak pandan, nice color hijau tu. 
Ada kari daging baru masak juga, Walid ambil semangkuk. Dalam kari tu ada jumpa seketul hati dan seketul paru selain daging. Ala² gulai kawah tapi kuahnya tak sepekat gulai kawah. Macam kari daging biasa.

Teh o ais untuk ma'am, banker minum air kosong je :D 
Takdelah, ada je air panas sebelah teh o ais Ummi tu :p 
Makanan dan minuman kami berdua ni RM23.00. 

Tempat kami sarapan ni Restoran DeFaza yang kami selalu pergi dulu. Cuma sejak ianya berpindah untuk kali kedua (sejak kami jadi pelanggannya) ini baru pertama kali kami jejak kasih restoran ni. Tempat baru ni tersorok sikit, dekat lorong belakang sekali menghadap entrance ke Wira Seafood, Jees dsbnya tu... Masih di Fasa 1 SG. 

Belum ada pelanggan, cuma kami berdua dan seorang pelanggan wanita. Tenang² je kami makan.

Kedai baru ni nampak lebih kemas, bersih dan tersusun dari tempat lama tu.

Bahagian luar.
Kalau waktu puncak macam lunch hour tu tak tahulah keadaannya macamana. Sebelah restoran ni ada chinese restaurant, di corner lot. Mungkin crowded dan busy la kot area ni. 

Hari Jumaat ada promo. 
Nampak menarik nasi ayamnya tu. Kalau di tempat lama dulu, selalu juga kami makan nasi ayamnya. Sedap juga. Ada kesempatan nanti boleh try set promo ni. In Sha Allah. 


Wednesday, 2 September 2026

Cool Blog pulak...

"Jom Ummi kita cari pemanis mulut", ajak anak #2 :D 

Layankan aje... 

Anak #2 kami yang makin meninggi... 

Beli Combo Treats ni 2 set;

1. Harimau Brown Sugar Tea w Peanut Waffle 
2. Fruit Smoothie (Ummi pilih honeydew) w Choc Waffle 
Harga: RM 9.90 x2 

Harimau Brown Sugar Tea sebab belang-belang macam Pak Belang agaknya :) 
Depa berebut minum yang tu. Lega Ummi boleh nikmati sepuasnya honeydew smoothie ni 😁

Waffle pun sedap. Apatah lagi makan time panas². Lepas tu berebut² pulak waffle tu, lagilah sedap jadinya :D 


Tuesday, 1 September 2026

Lunch @ Bumbu Babah, TF Value Mart Batu Caves

Cerita hari Ahad, sehari sebelum Merdeka


Kali ni kami ke Bumbu Babah di TF Value Mart Batu Caves. Ini kali ketiga kami makan di Bumbu Babah. Dua kali sebelum ni di Melawati Mall. Bagi kami sekeluarga, makanan di sini sangat kena dengan tekak kami dan sedap sekali. Dan ianya sangat mesra poket. 

Bumbu Babah di TF Value Mart ni occupies lot depan main entrance, berhadapan dengan TCRS. Prime lot la ni kan... Dulu sini kedai barang² rumah.  

Adik yang ceria sokmo... 

Kakak yang ke sekian kalinya pinjam baju Ummi 🙃

Jom la order... Lapar, sebab kami datang lepas Zohor. Tapi memang sengaja simpan perut, nak menikmati makanan yang enak belaka di sini.

Setiap set dapat nasi putih, sayur kobis, pucuk ubi rebus, sambal merah, sambal ijo dan ½ biji telur rebus. Lauk tambahan tu yang kita order ikut pilihan. Ummi pilih lauk gulai urat. 

Sedap, lembut dan empuk uratnya. 

Ini pilihan Walid. 
Lupa nama masakan ayam tu... Rasanya rendang kot. Takpun gulai ayam. 

Pilihan Adik, ikan keli goreng. 
Sedap set ni 👍🏻


Paru for life ... Siapa lagi, Angah la :D 
Sedap paru tu, garing elok dan tak liat.  

Kakak pilih ayam goreng sambal hijau. 
Sedap yang ni pun... tambahan pula ayam tu baru diangkat dari kuali. 

Tak pasti sama ada tahap kepedasan sambalnya dah dikurangkan atau rasanya berbeza ikut outlet, sambal di Bumbu Babah TF Value Mart Batu Caves ni tak terasa pedas sangat. Pedas tapi tak sampai tahap menggagau cari air atau keluar air mata/air hidung  macam makan di outlet Melawati Mall beberapa bulan lepas. Apapun conclusion nya, sedap as always for us 👍🏻👍🏻👍🏻

Untuk air, kami ambil air mineral 5 botol . Air yang dijual hanya air mineral botol kecik dan beberapa jenis air tin yang diletak dalam chiller. Takde air bancuh atau air manis. Ais dan cup disediakan.

Jumlah keseluruhan makanan dan minuman kami RM 75.80. Untuk lebih jimat, regi sebagai ahli. Harga ahli lebih murah, jimat dalam RM 1-2 untuk setiap hidangan tu. 

Alhamdulillah. 


Monday, 31 August 2026

Food Hunting Edisi Merdeka 🇲🇾

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 

Acara wajib pagi hari Merdeka semestinya menonton perarakan. 

Abang pun tengok perarakan juga 😁
Dah diasuh sejak kecil hihi... 

Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh 😅

Mula-mula kami ke Ayam Gepuk Top Global, di Urban 360. 
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni 🤭

Sedap ye AGTG ni....
Nanti boleh dine in di sini. 
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni. 

Second stop, CU. 
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99. 

Posing sebelah Kak Mira Filzah nampak :p
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer. 

Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake. 

Marrybrown pulak. 
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita. 

Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak. 

Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer 👆🏻
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap. 

Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :) 

Alhamdulillah mission accomplished. 
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni 😁

Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya 🤲🏻 





Sunday, 30 August 2026

Sarapan @ Nasi Kerabu Kak Yah 3, Batu Muda

Pagi tadi Ummi dan Walid running errands and grocery shopping di sekitar Sri Gombak.

Kemudian Walid bawa Ummi ke kedai makan Nasi Kerabu Kak Yah 3 yang terletak di Batu Muda. Kedai makan ni berhadapan dengan pintu masuk Raudhatus Sakinah yang lama dan bersebelahan dengan pejabat UMNO Cawangan Batu WPKL.

Sabtu semalam Walid breakfast di sini dengan Uncle Apai dan Uncle Zaki. Itu yang hari ni bawak Ummi pula sebab sedap makan di sini. Sanggup ye drive dari SG ke sini sebab hari ni jalan dah clear. Seronok orang belah sini sebab jalan dah lengang, tak macam Jumaat dan Sabtu semalam. 

Makanan utama nasi berlaku, nasi kerabu dan nasi lemak. Ada juga roti canai. 

Daging bakar 

Kambing bakar

Tukang bakar 😁
Ramah dan sopan orangnya. 
Dua lagi cawangan di Kota Bharu katanya. 


Dalam dan luar kedai bersih 👍🏻 

Sebab nama kedainya Nasi Kerabu Kak Yah 3, jadi wajiblah Ummi ambil nasi kerabunya. Ummi ambil telur masin dan hati goreng sebagai lauk. Sedap, cukup segala bahan dan aksesorinya. 

Walid ambil nasi lemak telur mata dan daging goreng. Ummi tak rasa tapi nampak nasi lemak berderai, bukan jenis melekat/lembik jadi sedaplah nampaknya tu. Walid cakap sedap. Untuk anak³ kami tapau nasi lemak lauk paru dan sambal telur rebus. Sedaplah tu, semua makan habis licin sorang sebungkus. 

Roti canai kosong, nak cuba juga. Kongsi berdua. Ada rasa marjerin. Kalau ditanya, Ummi prefer roti canai kedai lagi satu yang kami selalu makan. Bukan tak sedap, lebih kepada citarasa masing-masing. Bagi Walid sedap, Ummi pula rasa biasa je. Begitulah. 

Minuman pula Ummi order teh ais dan Walid minum air panas (lupa air apa 🙏🏻). Air kosong boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. 

Jumlah keseluruhan RM50.50. 
Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. 

Wednesday, 26 August 2026

Sarapan di Tajria Cafe, Bandar Baru Bangi

Pagi Isnin kelmarin kami bersarapan di Bangi. Adik tak sekolah, SRAI cuti extra sempena Maulid Nabi. Walid pun cuti, ambil sehari dapatlah bercuti 4 hari. Ada beberapa urusan hendak diuruskan. 

Konsepnya terjah saja mana² cafe yang nampak menarik untuk disinggahi. Tajria Cafe ni letaknya di sebarang jalan Komplek PKNS Bangi, sebaris dengan Restoran d'Limau Nipis yang terkenal tu. Walid familiar dengan area ni, jadi ke sinilah kami melilau cari kedai yang dah dibuka dan sesuai dengan citarasa. 

Ada lempeng dan ubi rebus. 
Tapi kami tak order pun sebab kami team nasi lemak for life :D 

Sebelum makan nasi lemak, kami jamah dulu bingka ubi warna warni ni. Sedap, tak manis sangat just nice. Lama dah nak try kuih ni. Ini baru pertama kali jumpa, terus ambil. Ada resepi yang orang share, Ummi surrender la awal². Takde bakat buat kuih muih ni 🤭

Cantik dan selesa keadaan dalam cafe. Ada je pelanggan cuma tak masuk dalam gambar ni. 

Walid pilih nasi lemak telur mata. 
Nasi lemak bungkus ni ada pelbagai lauk; sambal udang, sambal sotong, paru dll. Soto, nasi dagang, mee, kuih muih semua ada. Banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing. 

Ummi pilih nasi lemak dalam pinggan begini. Lauknya sambal kerang. Nasi lemaknya cukup lengkap dengan telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang. 

Adik pula nak lauk paru sikit, sambal sotong sikit. 
Sedap secukup rasa semuanya. 

Untuk roti, hanya ada pilihan roti canai kosong dan roti tampal. Jadi Walid order roti tampal satu. Makan kongsi² sebab nak rasa je. Kuah karinya ada daging dipotong kecil-kecil. Sedap dan puashati makan. 

Bingkai lukisan menghiasi dinding kafe.
Tak estetik tapi mampu mengembalikan nostalgia. Main tarik upih salah satu permainan kegemaran Ummi kecik² dulu. Juga terselit pantun, sarat dengan pesanan untuk kita bersyukur dengan nikmat kenyang selepas makan. Terbaik! 

Selain  makanan sedap, suasana dalam kafe ni sangat selesa. Boleh makan pun dengan tenang, tak rushing dan tak crowded. Staff pula mesra dan cekap. Kedai pun bersih 👍🏻 

Tajria Cafe 
No., 171, Jalan 8/1, 
Seksyen 8 Bandar Baru Bangi 
43650 Kajang, Selangor