Alhamdulillah keputusan PSRA dah diumumkan Khamis 27/11 lepas. Alhamdulillah keputusan PSRA Kakak seperti diharapkan walaupun masa exam hari tu dia demam pada hari pertama dan kedua.
Secara keseluruhannya, murid yang mendapat pangkat mumtaz dan jayyid jiddan masing² meningkat. Alhamdulillah.
Pengiraan markah PSRA ni tinggi, untuk mumtaz setiap subjek kena skor 90% ke atas. Jumlah markah setiap subjek dicampur kemudian dibahagi dgn 5 (purata). Markah yang dipuratakan ni akan tentukan pangkat. Kalau ada 1 subjek jayyid jiddan pun ada harapan untuk dapat pangkat mumtaz sekiranya markah 4 subjek lain tinggi². Angah dulu 4 subjek mumtaz + 1 JJ dapat juga mumtaz alhamdulillah.
Kalau mumtaz semua subjek dipanggil mumtaz sofi (mumtaz gemuk kata Cik Ita 😁). Maksudnya semua subjek dapat markah 90% dan ke atas.
Kakak, Izz, Nuha & Nurin (4/6 Adidas members) Mumtaz alhamdulillah. Dua lagi pangkat jayyid jiddan. Tahniah semua!
Lain² pangkat. Tetap dipanggil naik ke pentas seorang demi seorang, diraikan semuanya tanpa pilih kasih. Terima kasih pihak sekolah 👍🏻
Alhamdulillah selesai bab PSRA. Dah ada result PSRA ni bolehlah mohon untuk ke sekolah² JAIS. Permohonan dah dibuka lama, tapi nak kena tunggu result PSRA dulu baru boleh submit. Semoga ada rezeki Kakak dan kawan² ke sekolah impian masing² 🤲🏻

