Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
Rancangan asal, cuti sekolah ni kami nak ke Mersing. Dah booking hotel sejak 2-3 bulan lepas. Kali pertama Ummi & Walid ke Mersing masa cuti CNY, bulan 2 tahun 2008. Cadangnya kali ni nak revisit Mersing bersama anak⁴. Makin dekat dengan cuti sekolah rasa macam ada kekangan ke sana, berat hati. Walid pun asyik outstation ke Johor sejak bulan lepas, banyak belanja. Cancel booking hotel di Mersing, kami tukar plan ke Pahang pula, cari tempat yang dekat² sikit dengan Selangor, jadi tak perlu travel jauh dan dapat kurangkan kos harapnya. Masa dah suntuk, tak banyak tempat yang available. Akhirnya dapat juga booking homestay di Jengka, Pahang. Tapi hati masih berkira² nak bayar deposit, as if ada juga halangannya. Teragak² kata orang Kedah :D
Rupanya ada undangan istimewa, dari seseorang yang istimewa juga ke majlis perkahwinannya. Maka, berubah lagi destinasi percutian kami. Lagi struggle nak cari tempat bermalam, sementelah jemputannya hadir seminggu sebelum cuti sekolah.
Sabtu 14.9.2024
8.30 pagi di Sri Gombak, trafik dah sesak. Kiranya kami sebahagian penyumbang kesesakan luar biasa jalan raya kali ni.
Lama dah tak kena traffic jam teruk macam ni, kalah balik raya gayanya. Pukul 11 lebih baru sampai Behrang. 3 jam tak keluar dari Selangor lagi huhu... Singgah for toilet break sekejap, itu pun kemain sesak tandasnya.
Anak⁴ dalam kereta dah macam² ragam, macam² aktiviti depa...
Abang ada tuition Math. Mampu dia joined online class tu 2 jam dalam kereta. Kalau Ummi pening dah 😅
Ni sorang lagi, baca komik dalam kereta. Ummi tengok phone dalam kereta pun pening, inikan pula nak baca buku :D
Nak hilangkan stress, penat dan mengantuk hadap traffic jam ni, makan la jawabnya. Cheese tart memang Ummi order utk makan sendiri, bukan nak dibawa ke rumah kenduri.
Trafik sesak kedua² hala.
Ada beberapa kali juga kami nampak accident :(
Akhirnya, jam 3.00 ptg baru kami sampai di rumah kenduri. 6 jam ½ ye perjalanan kami dari Gombak ke Ipoh kali ni. Bak kata Husin,
"Dahsyat gilerrr" :D
Kenal Husin? Ala, Dato' Awie, dalam Zombie Kampung Pisang tu :)
Alhamdulillah terlaksana hajat meraikan jemputan kesayangan Ummi sorang ni, walaupun pelbagai rintangan dilalui :D
# Tak sempat blog walking, soon Insha Allah 😌