Thursday, 27 February 2014

Roti Bakar Dangdut


Roti Bakar Dangdut

Pernah lihat roti bakar dangdut? Makan? Inilah rupanya. Saya pernah tengok dalam tv tapi tak pernah nampak kat mana2 kedai yg kami selalu patron. Ini pun kami jumpa di pekan Baling.

Masa singgah minum pagi di Restoran Buhari hari tu hubby order roti ni.  Restoran ni terletak berhadapan stesen bas Baling. Selain roti bakar dangdut ni, kami juga order roti canai kuah banjir, kopi, nescafe tarik & teh ais. Harga semua ini rm8 je. Murah giler!

Sedaplah roti bakar ni. Roti tu sapu dgn marjerin, then bakar macam biasa je atas pan cuma nanti pecahkan telur 1/2 masak atas roti bila roti dah garing. Buat sendiri kat rumah pun boleh. Tapi kena cari roti yg tebal sikit. Yang biasa babu roti jual tu. Roti gardenia x sesuai rasanya sbb lembut sangat. Kena roti yg tebal dan keras sikit.

Pet..pet..pet.. alamak babu dah sampai! Bye..nak kejor babu...:) kot sempat boleh buat utk bekfes esok. 


Tuesday, 25 February 2014

Kenangan balik kampung...


Subhanallah... pemandangan yg sangat mengasyikkan

One of the things that close to our heart is our kampung right? Even thought we are living in a big city but we always miss our kampung kan? Sometimes we are very proud to claim ourselves as a city folk but deep in our heart we never forget our home town. Especially our  home and its surrounding. Our childhood memories remain there. 

I am so proud to bring Abang to one of my fav 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain' masa balik kg hari tu. Sawah atau bendang merupakan tempat bermain saya dan kawan2. Mandi di tali air, menangkap ikan di petak sawah, mengutip siput, mencari ikan laga,  main wau, panjat pokok jambu batu, berkelah di atas titi dan pelbagai lagi aktiviti semuanya masih segar di ingatan. Indah sungguh kenangan zaman kanak2. Lepas bebas tanpa bebanan. Siapkan kerja rumah then off you go. Yang pasti sebelum maghrib mesti ada di rumah. Jika tidak rotan menunggu. 

Kebetulan cuaca sejuk dan berangin, seronok sekali bersiar-siar di kampung. 






Biarlah hanya gambar berbicara, saya emo..:) 

Monday, 24 February 2014

Bayam Goreng Tempura & Ikan Goreng Berempah



Dah lama tak update pasal resepi. Hari2 masak cuma menu biasa2 je. Segan le nak tayang kat blog. Lagipun tak sempat sangat nak snap pic. Lady B ( dah sunat, xleh pangge baby lagi) dah besar, makin kurang tidurnya. Nak ajak main je...:)

Oklah, utk bayam goreng tempura tu saya pinjam resepi k.jee. k.jee goreng cendawan, saya ganti dgn bayam. Tepung pun saya guna tepung gandum sepenuhnya. Sebelum pernah juga cuba goreng tempura, resepi biras saya. Dia guna tepung gogi. Cuma bila saya buat kureng skit, tak rangup. Kot nak bagi anak2 makan sayur boleh cuba resepi ni. Oh ya, bawang Holland goreng tempura pun yameh!

Regunya saya masak kari udang dan ikan goreng berempah. Resepi ikan goreng berempah ni saya pinjam dari resepi k.amie. saya perap dari pagi, malam hari goreng. Terasa rempahnya. Sedap k.amie!

Terima kasih to both k.jee & k.amie for sharing the recipes.

Take care readers. 

Monday, 17 February 2014

Kena Sunat ke Doktor?


Kena sunat ke?
Apa hukumnya?
Bila nak sunat?
Umur berapa?
Sakit tak?
Susah tak nak jaga?

That are among the questions in my mind. Balqis is our first girl. W/pun anak ketiga, tapi banyak perkara baru yg saya & hubby pelajari dlm membesarkan puteri tunggal (so far) kami. Antaranya perihal berkhitan. Saya memang tak ingat langsung bab ni sampailah di tanya oleh hubby di akhir tempoh berpantang tempohari.  Then it was a panic attack. Tanya Mak, katanya tunggulah besar sikit. Tanya pulak bff saya yg ramai anak pompuan, sama je jawapannya. 

The memori that I have regarding berkhitan for girl is quite traumatic. Adik kawan saya menangis tak henti2 lepas disunatkan oleh bidan kampung. Umurnya ketika itu kira-kira 6 bulan. Saya yg ketika itu bersekolah rendah fikir ianya pasti sesuatu yg menyakitkan.

Being me, saya pun mula survey. Tanya few doctors reg this matter. Jawapan mereka?

Dr R, Klinik S
Me: Dr, bila (umur brp) boleh sunat ye Dr?
Dr R: Apa hukumnya?
(Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Belum sempat saya jawab, Dr R meneruskan perbualan)
u find out OK? Anak perempuan saya semua tak sunat. Husband saya surgeon kat GH encounter byk cases reg this, bleeding lepas sunat.
Me: err... (dlm hati x jd lah nak sunatkan Balqis)

Dr S, Hosp P
Hubby: kena sunat ke Dr?
Dr S: kena...kena... sini pun boleh. Tapi saya tak buat, Dr N buat.

Dr S, Klinik S
Me: kena sunat ke doc?
Dr S: wajib mama.. majlis fatwa dah buat statement

 Akhirnya kami buat appointment dgn Dr N. Tapi sempat lagi kami suami isteri bersoal jawab dgn Dr N.
Hubby: Apa hukumnya doc?
Dr N: wajib, ikut mazhab Shafie
Me: kena bius ke doc?
Dr N: ish takdelah..(sambil ketawa kecil)
Me: byk ke potong doc?
Dr N: sikit je..ni ha.. (sambil tunjuk)

Lama ke? Tak sampai 5 minit pun!
Sakit? Taaaak....Balqis langsung tak cry. He he.
Kessahnya...:)

Anak dara saya dah boleh meniarap. How time flies...






Thursday, 13 February 2014

Majlis Aqiqah Balqis




2/2/2014

Balik kampung hari tu,  kami juga mengadakan kenduri kesyukuran dan aqiqah utk Balqis.

Memandangkan majlis ni berturut2 dgn kenduri Yanti, saya minta hubby maklumkan pada umi utk order je food. Tak larat nak masak bagai. 

Kami tempah kambing dan minta tuannya masakkan sekali kambing tersebut. Itupun wakilkan pada Ayah utk tempah dan akadkan. Nasi goreng pun Ayah tempah dgn kawannya.  Menu lain spt kuih muih kawan2 umi buatkan. Umi pulak buat yong tau fu. K.long dgn kek oren dan Ina tempah tart telur. Yang kami sediakan di rumah hanya salad, kangkung tempura dan air. Memang Umi sengaja pilih menu ringan & simple je sbb clash dgn kenduri lain. Maklumlah cuti raya cina hari tu agak panjang, ramai yg mengadakan kenduri.

Buaian dan dekorasi disiapkan oleh
Uda & K.Long

Bunga telur penyeri majlis ni saya sediakan
Majlis bermula dgn acara marhaban oleh kaum ibu pada pukul 10. Pukul 11 jemputan lelaki tiba dan diteruskan dgn bacaan yasin dan tahlil. Ramai yg datang hari tu..termasuk kawan- kawan sekolah menengah dan uni saya. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca elok, food pun sedang elok and Balqis pun behave... lega. Terima kasih Umi ayah dan ipar duai semua yg menjayakan majlis. 







Tuesday, 11 February 2014

Wedding Yanti & Faiz

Bunga telur 3 warna
Punya cerita tersendiri
Yanti, anak buah saya selamat menjadi isteri orang 31 Jan lepas. Alhamdulillah majlis nikah dan kenduri diadakan selang sehari tanpa banyak halangan/ kekangan. 

Rombongan lelaki tiba dgn sebiji bas dan beberapa buah kereta. Sakan betoi..:)


Majlis akad nikah diadakan selepas asar di masjid. Dengan sekali lafaz sahlah Yanti jadi isteri Faiz. Kemudian ada jamuan sikit, nasi bersama lauk kampung. Dap dap...

Malamnya kami berewang membalut telur dan menyiapkan goodie bag. Lauk kenduri disediakan oleh caterer. Senang keja. Dah jadi tradisi di tempat saya menghadiahkan sekurang-kurangnya sepokok (sepahar) bg telur utk tuan rumah. Itu sebabnya bunga telur Yanti berwarna warni...:)

Bunga telur dari Tok
Bunga telur dari puanhazel
Baju pengantin yg dia pakai pun sangat cantik bagi saya. Warna royal blue bersulam manik gold. Memang menyerlah. Mula tu saya kurang setuju takut x sesuai dgn pengantin. Tapi dah namanya pengantin, seri depa lebih sikit. She looks stunning. 

Cantikkan color ni?
Harus kena cari sepasang buat baju raya..:)
Lauk istimewa, gulai batang pisang menjadi tarikan utama. Tak sah kenduri di sini jika tak dihidangkan gulai batang pisang ni. Gulai batang pisang ni actually kari/gulai ayam/daging yg dicampur dgn umbut pisang. Tapi org sini panggil batang pisang...:) 

Gulai batang pisang lawan dgn nasi putih
dan ulam sambal belacan memang tebaek.
Selamat Pengantin Baru Yanti & Faiz!










Sunday, 9 February 2014

Cik Balqis balik kampung...


Sempena cuti raya cina minggu lepas kami balik kampung. Selain menghadiri kenduri anak buah saya, Yanti kami juga mengadakan kenduri aqiqah Balqis di kampung. 

Pertama kali Cik Balqis balik kampung jadi saudara mara memang teruja nak berkenalan. Dah jadi macam retis anak mokcik...:) sekejap orang ni cium, kejap orang tu dukung bertukar- tukar tangan. Kebetulan ramai yang berkumpul time kenduri. Alhamdulillah she was well behaved all the time. Sepanjang journey tido je memanjang...


Ini first time gantung 'curtain' dalam keta. Abang2 dia mokcik tak kesah tapi hat ni pompuan...mokcik concern lebey, takut gelap...:)

Wajah kesayangan hamba 


Balqis makan kenduri. Baju ni uncle Akmal bagi.. siap pesan suruh ambik gambar bila Balqis pakai..nak tengok. hikhik


Semasa majlis berendoi. Lena atas buai tapi kejap je. Tak biasa kot. Baju hadiah dari untie atiqah. Sama kes macam kat atas, wassap gambaq bila pakai...:) sponsor nak tengok bukti. He he

Nanti kita sambung cerita kenduri ye...



Thursday, 6 February 2014

Langkawi Day 4


Langkawi-day-1
Langkawi-day-2
Langkawi-day-3

Selepas bersarapan, kami biarkan anak2 mandi pool sebelum check out jam 10. Sebelum ke airport, kami sekali lagi meronda di Pantai Cenang. Kebanyakan kedai baru mula beroperasi. Singgah sebentar di warung berhadapan Fave Hotel, tempat penginapan kami semasa di sini. Warung ni menjual pelbagai jenis kuih muih dan nasi lemak bungkus pelbagai lauk. Pilihan saya nasi lemak GI. Apa tu? Scroll ke bawah ye...:)

 Disini juga saya terjumpa kuih kesukaan saya, karipap inti kelapa. Sedapnya..
.
GI = gulai ikan :)


Setiap bungkus nasi ditanda dgn kod di atas


Then kami terus ke airport. Serahkan kunci kereta kemudian terus check in.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah sekitar 2 ptg. It was a wonderful and amazing trip for us. Insha Allah next 10 years will be there again.

The end.