Friday, 31 December 2021

Warna-warni 2021

Allah, sekejap saja rasanya tup-tup kita dah berada di hari terakhir tahun 2021. Jujurnya, tahun 2020 dan 2021 seolah berlalu begitu sahaja. Much to be blamed, the pandemic yang telah merubah hidup kita ke norma baharu. Nonetheless, setiap yang berlaku dengan izin-Nya, pasti ada hikmah dalam setiap ujian dan musibah. 

Sedikit coretan warna-warni kehidupan kami di tahun 2021... 

28/1 Ayu lahirkan anak4. Tapi di hujung tahun 2021 hanya tinggal 2 anak Ayu; Moq-Tot & Tya. Juju & Baim hilang manakala Ayu pun dah pindah ke rumah Adim. Biasalah, dia tu nomad :D 

Bulan dua birthday Ummi  Mami Zya hantar birthday present untuk Ummi beserta kek lapis air tangan adik iparnya. Sekejapan je licin 😂 

Bulan 3 sambut birthday Angah di Wira Tomyam. Terserempak dengan Aunty Syima dan anak2-nya. Dia setelkan bil makan kami, sebagai hadiah birthday untuk Angah. Moga sentiasa murah rezeki hang, beb 😘

Nota rindu dari Abang yang memulakan fasa baru dalam hidupnya, masuk asrama bulan empat tempohari. 

Petang raya, bulan lima hari tu TV rosak. Elok kedai buka lepas cuti raya, Walid terus beli baru, sementara TV lama tu dibaiki. Musim raya dan PKP, mana tahan takde TV :D 

Kenangan bulan enam... Tebang pokok betik besar belakang rumah sebab asyik berputik tapi tak lekat buahnya. Pokok pun dah tinggi cecah tingkap bilik. Sayang memang sayang tapi risau juga bila pokok makin besar. Ditakdirkan patah timpa rumah jiran, satu hal pulakkan. 

Got our first shot of the COVID-19 vaccine. Bulan tujuh ni tak boleh rentas daerah. Jadi, bila diarahkan ambil suntikan vaksin di Kajang, excited! Dapatlah tengok dunia luar haha... 

Bulan lapan complete 2nd dose vaccine, alhamdulillah. 

Bulan sembilan turn Abang pula vaksin. Alhamdulillah cuma lengan lenguh sikit. Tak demam cuma day 1 dia pening-pening sikit. 

Bercuti di PD bila sempadan negeri dibuka bulan sepuluh lalu.  

Bye-bye King! Bulan sebelas sedih sebab berpisah dengan King. Tapi, selepas hujan muncul pelangi. Alhamdulillah.

24/12 baby Tya, Tiger mati selepas 3-4 hari dilahirkan 😭😭😭 Moq-Tot beranak bulan 11, pun mati juga anak3-nya. Dua-dua ibu muda, inexperienced agaknya

Secara keseluruhan tahun 2021 better bagi Ummi. Tahun lepas, tahun duka sebab kehilangan dua orang ahli keluarga tersayang;  Pakcik dan Tok berselang 10 bulan. 

Selamat menyambut tahun baru 2022. Mudah-mudahan ianya lebih baik untuk kita semua aamin. 



  









Thursday, 30 December 2021

Petak Padin Cottage by the Pool


Kali ni Petak Padin Cottage by the Pool di Kepala Batas, Penang dipilih sebagai lokasi Family Day kami.

Alhamdulillah semua unit kabin di sini, kecuali studio room kami booked. Seronok tak perlu campur dengan orang luar. Bagi Ummi, satu kelebihan jika tak perlu mingle with outsiders/strangers, demi keselamatan di musim Covid ni. Bonusnya pula, lebih privacy. 

Unit 1-5 dilengkapi katil queen size manakala bilik 6&7 ada bunk bed. Sengaja ditempah untuk cucu-cucu Tok Ayah yang dah besar dan remaja.

Ada tv, serba sedikit toiletries, kettle, mug dan minuman (air mineral & 3-in-1 coffee) 

Walaupun dekorasi sangat minimalist tapi selesa. Tempat ni bersih dan terjaga. Sangat jauh beza dengan chalet kontena yang kami pernah bermalam dulu. Lantainya tile warna seakan kayu. Cantik! 

Rain shower laju, macam ayaq terjun :D 

Ini bunk bed tu... Bilik ni pun selesa.  Semua unit ada attached bathroom dan balkoni beserta kerusi meja untuk kita lepak. 

Swimming pool di tengah-tengah, very easy to access.  

Open kitchen. Sebelah kanan tu ada dapur gas, peti ais dan sinki serta serba sikit peralatan memasak dan makan minum. 

Tali air depan main entrance. Kalau jalan-jalan sini bolehlah nampak sawah padi. Lembu dok makan rumput pun ada :D 

Petak Padin ni juga sebenarnya lokasi untuk event macam wedding. Siang atau malam cantik tempat ni. Belah malam depa pasang lampu-lampu di pokok-pokok, nampak meriah dan cantiklah. 

Tempat nak lepak dan bergambar pun banyak dan lawa-lawa...

Tetamu tak diundang... 

Mujur kami nak balik dah, kalau tak risau juga sebab nampak agresif juga kera ni. But don't worry, staff depa on duty 24 hours, anything just let them know. 

Untuk ke sini, kena perhati betul-betul signage ni. Kalau ikut Waze dibawanya kita ke kawasan perumahan, which is next to this place tapi tak boleh direct access ke sini. Kena ikut jalan atas ni 👆 Lokasi Petak Padin ni berhadapan (across the road) dengan Din Ikan Bakar yang terkenal di Kepala Batas ni. 

Alhamdulillah we had a great stay here. Staff pun helpful. Dari segi kebersihan, penyelenggaraan tempat dan keselamatan bagi Ummi tip top. Jika nak ditambah baik mungkin elok juga dipasang selak di pintu (on top of tombol) supaya anak-anak kecil tak boleh keluar sendiri terutama di waktu malam. That's the main reason why we didn't allow Adik & Anis to sleep in the bunk bed unit with their sisters. Takut malam-malam buka pintu cari mak ayah, termasuk pulak dalam pool, nauzubillah... 

Petak Padin Cottage by the Pool

Wednesday, 29 December 2021

Tanam Cendawan Tiram

Maklong bagi 2 pek kit cendawan tiram untuk dijaga. Maklong beli dari PesTec (Perlis Special Teens Center) satu organisasi yang berperanan melatih remaja/beliau OKU dalam pelbagai bidang kemahiran. 

Kit tanaman. 

Senang je nak tanamnya ... 

Ummi letak dalam kotak dan setiap hari Kakak & Adik bergilir spray air ke atas medium tanaman. 

Selepas seminggu dapat tuai hasil pertama. Cendawan Kakak tumbuh dulu...

Cantik hasilnya. 

Jadilah sup chicken ball + cendawan...

Jangan tak tau, daun bawang tu pun iols tanam sendiri tau ☺️

Sebelum balik kampung Ummi sisihkan bawang yang dah bertunas, tanam dalam bekas dan lepas seminggu dah boleh diambil daunnya. 

Ini batch kedua, lepas balik kampung. 

Ini cendawan Alya. Ibunya masak bersama bayam. 

Cendawan Anis paling awal tumbuh. Sebelum ke Penang, dia dah toreh kit dan siram. Terkejut ibunya bila balik, dah kembang cendawannya.

Ini pula cendawan tuan tanah haha ... Cendawan Asyraf & Amani pun rancak tumbuh. 

Bila Ummi up status ni, ramai pula yang berminat. Ummi tak jual ye, tapi Shopee ada :D Maksu dah survey, RM10-15/pek. Tapi, kalau nak support PesTec ni boleh tengok FB depa. Maklong contact thru FB je.  

Dapat beg dan buku aktiviti...

Tq Maklong, a new learning experience for us esp for the kids 💝




Tuesday, 28 December 2021

Air Bunga Telang

Pokok telang yang Ummi tanam hari tu dah berbunga! 

Sebelum balik kampung dah nampak macam kudup bunga. Dalam hati, janganlah kembang lagi. Kalau boleh bunga pertama tu Ummi nak jadi saksi 'perkembangan-nya' :D 

Bunga sulung, yes! 

Tapi pokok belakang rumah berbunga dulu sebenarnya ...

Perkara pertama yang Ummi nak buat dengan bunga telang ni ialah air bunga telang. Dah lama teringin nak merasa. 

Percubaan pertama. 3 kuntum bunga je. Daun pandan (pucuk lagi) tu Ummi petik dari pokok pandan Aunty Sopiah hadiahkan. Ummi nak minta tolong tanam dalam pasu Ummi, sebab asyik tak hidup je Ummi tanam. Tup-tup dengan pasu sekali Aunty Sopiah bagi :D 

Rebus dengan daun pandan hingga mendidih. Pastu masukkan gula ikut kesesuaian. Bila gula larut, tutup api. Tapis ke dalam jug. Masukkan ais dan perah lemon ke dalam air tadi. Kacau sebati. 

Hasilnya ... 

Pudar warnanya tapi rasanya sedaplah. Rasa pandan & lemon. Bunga telang ni sebagai pewarna ja kot.  

Sebab kurang puashati dengan hasilnya, hari ni petik lagi. Dapatlah 5 kuntum gabungan pokok depan dan belakang. 

I made it! Haha ... Very nice color kan? 

Dan terlaksana juga hasrat Ummi nak tengok pokok-pokok di pagar ni berbunga serentak 😍