Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali ke ibu kota setelah lebih seminggu menghirup udara segar di kampung. Perjalanan yang sungguh panjang, dari Perlis singgah Ipoh bermalam dan keesokannya kembali ke KL. Penat tapi sangat berbaloi...
Untuk tahun ini, kami beraya tanpa kehadiran orang tua di kedua-dua belah pihak. Umi, ayah dan mak bonda terpilih menjadi tetamu Allah makanya mereka semua beraya di Tanah Suci. Kami beraya dengan , adik-beradik dan sanak saudara sahaja. Suami memilih untuk beraya di TP makanya saya ikut je.. redha je, diakan pemegang kunci syurga saya, tak gitu? It's OK B, lagi 10 kali raya kita raya kat Berlin ye...:)
Awal-awal lagi kami dah set kan senarai ziarah untuk menjadikan Aidil Fitri ini sebagai medium untuk kami mengeratkan silaturrahim, menambah pahala ziarah dan memberi lebih makna pada sambutan kali ini. Waktu inilah yang sesuai untuk kami kenalkan anak-anak pada kaum keluarga. W/pun tak sempat print, senarainya melekat dalam kepala.. namun dek beberapa kekangan dan halangan, tak semua rumah dapat dikunjungi. Kita hanya merancang...
1 Syawal 1433
Hidangan pagi raya kami adalah lemang, rendang dan soto. Entah apa yang tak kena, soto yang saya masak tidak menjadi - mesti salah rempah nie...:) nasib baik keluarga suami saya tak cerewet, makan je apa yang dihidang. Tapi dalam pada tu, ada jugak SMS nakal dari kazen, hantar ke MIL bagitau "kak ngah buat soto tak jadi!" Hahahaah.... Nasib kau la labu...:)
Abang saya titipkan pada suami untuk ke masjid sembahyang raya. Suka benar dia, maklumlah dapat ke masjid ngan sepupu aka kembar dia, Haziq. Balik dari masjid, sesi bermaafan dan bergambar seperti biasa. Inilah juga sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak buah - sesi mendapat duit raya. Budak-budak sekarang, dapat je sampul terus dibuka, ambil duit je. Sampul buang gitu je... esp Abang nie, nak kena tarbiah lagi ni...:)
Seterusnya sesi ziarah kami bermula. Dengan rumah jiran di depan rumah menjadi mangsa yang pertama, almaklumlah orang tua takde, terpaksalah menumpang kasih dengan jiran-jiran mertua yang semuanya amat baik hati. "Jemputlah, Mak Pah masak soto Singapore" kata tuan rumah.. dalam hati saya, janganlah sapa-sapa bagitau "rumah kami pun buat soto, tapi tak jadi".. heheeheh... kemudian kami ke rumah Mak Normah, juga jiran merangkap best friend MIL. Aik, soto lagi! Macam perli den je... gelak lagi sekali ye... hahaahahaah (panjang skit).
Kemudian, kami masuk kereta masing-masing dan berpecah ikut haluan masing-masing. Adik ipar ke rumah mertua sementara kami sekeluarga ke rumah saudara-mara. Destinasi pertama ke rumah P.Cik Dat. Apa yang saya jumpa? Lemang pulut hitam! Tapi sebab ramai sangat tetamu, segan pulak nak snap gambar, jadi pinjam ngan En Google je.. tq Bang!

Seterusnya, kami ke kampung Wan. Rumah wajib singgah semestinya rumah Ngah Mah. Aiseymen, tahun ni takde plak 'kuih buih tembikai' hidangan raya wajib rumah Ngah. Mungkin faktor usia membuatkan Ngah hanya menyediakan kuih tunjuk-tunjuk je. Alah, kita yang muda ni pun main tunjuk sana tunjuk sini je kan? Kami makan mee tomyam kat rumah Ngah. Kemudian ke rumah Lang Pian, hanya mampu minum air je. Dah sengkat sangat perut, sementelah matahari pun terpacak atas kepala. Melintasi rumah pusaka Wan, rupanya sekarang di sewa mat-mat Bangla. Uish, international betul kampung Wan sekarang! Kemudian kami jenguk sekejap Ngah Yam sekeluarga, duduk kat pangkin luar je. Borak-borak sambil minum air oren, fuh memang meletops!
Menjelang zohor, kami ke rumah Mak Kodiang. Inilah saat ditunggu-tunggu sebab dah lapar nasi. Tak kira raya atau tidak, selagi tak dapat nasi perut mesti dok nyanyi-nyanyi lagu Hindustan. Even nak eat-eat macam, soto, tomyam, lemang ketupat dia nak jugak nasi. Kami makan nasi tomato dengan dalca dan rendang. Tengah suap Abang, tetiba dia batuk dan muntah. Oh, sungguh tak rela ai! Ai memang alergik dengan muntah. Terbantuk selera tau. TQ Mak Su tolong mandikan Abang and tukar baju..dah baru separuh hari dah tak boleh pakai baju melayu. Next raya kena standby 2 pasang baju melayu agaknya...:)
Masa ni anak-anak dah layu je.. masing-masing tak larat nak buka mata.. tapi misi ziarah mesti diteruskan sebab ada beberapa lagi rumah wajib yang perlu diziarahi. Kami menuju ke rumah Long Em, namun pintu tingkap semua terkatup rapat. Agaknya beliau sekeluarga tiada di rumah. Langsung kami ke rumah A dan AS. Tujuan utama ingin menziarahi Wa yang sedang sakit. Sampai di rumah AS, abang dah lena, siap berdengkur lagi..hihihi.. penat raya betul. Angkat, letak depan tv rumah AA je.. tidur ye sayang, Umi nak makan nasi tomato. Tinggal Opal je sibuk main sudu garfu. Lepas makan, kami ke rumah AS. Wa nampak uzur sekali. Kali terakhir jumpa, beliau masih boleh duduk. Namun kali ini hanya mampu terbaring. Tak lama di sini, kami pulang ke Jitra. Singgah sebentar di Kg Hijrah, bertemu sahabat baik suami. Abang masih lena... Makan sate 1-2 cucuk kemudian kami berangkat pulang dengan penuh kepenatan namun amat puas sekali kerana berjaya melaksanakan misi ziarah raya dengan cemerlangnya - 10 buah rumah dalam 1 hari!
Lebih kurang jam 9.30 malam, saya bersiap untuk tidurkan Opal, terdengan riuh-rendah di ruang tamu. Rupanya ada tetamu - 1 biji kereta & 1 biji van! Amek kau. rupanya anak-anak sedara ayah datang beraya! Kelam kabut ngan bibit sediakan apa yang patut. Bila tetamu dah balik, kami semua terus masuk tidur. Esok misi raya ke-2 bersambung, nak ke Berlin plak. Till then...