Sunday, 24 November 2024

Ayaq Merah

Hari ni melawat Abang sebelum Zohor sebab ada orang nak datang service aircond sebelah petang. Kakak pun ikut kali ni sebab tuition dia cuti.

Seronok datang sebelah pagi ni sebab kantin lengang dan satu lagi chances nak jumpa kawan² Abang lebih tinggi. Kalau lepas Zohor ramai yang berehat/ tidur di dorm ataupun jumpa mak ayah masing². 


Tadi ada rezeki jumpa depa, tengah main bola. Lama tak belanja depa, Ummi suruh Abang order ayaq merah aka air sirap untuk depa. 

Ayaq merah ni special zaman Ummi kecik² dulu. Dihidang pun waktu kenduri atau bulan puasa je. Susahkan waktu tu, apa² yang special tunggu kenduri, bulan puasa atau raya. Tapi raya selalunya orang kampung Ummi pakat bancuh air oren (Sunquick). Beli Sunquick semata² utk jamu tetamu di hari raya ja. Tak pun Teh Susu, in which susu pekat tu hanya beli bila time raya ja. Kira luxury item, bukan utk kegunaan harian. 

Masing² kemain happy 😁 
Ummi perati je gelagat depa; ada yang pergi bersalam dgn Walid, ada yang datang ucap terima kasih dekat Ummi dan ada juga yang tanya nasi lemak 😆 

Ada rezeki nanti Ummi bawa ye. 

Seronok raikan depa, sambil² tu titip DOA agar Abang sentiasa disenangi dan dipermudahkan segala urusan selalu khususnya pelajaran dia. Result PASA ada yang dah dapat, kena pulun lagi ni Abang 💪🏻


Saturday, 23 November 2024

Hujan + Lapar = Bihun Goreng

Hajatnya nak keluar minum² lepas Asar. Tapi hujan la pulak. Sebab dah set nak minum², perut pun mintalah diisi. Makanya kenalah rajinkan diri masuk ke dapur 😌

Terhasillah bihun goreng. 
Sayur cuma ada kucai sikit. Potong cili merah bagi lebih berseri. 

Konon nak minum petang, dah pukul 6.30 kira dinner la terus :) 

Friday, 22 November 2024

Cooking Prep w Gegirls

Adik dah habis exam, Kakak ada 3 hari lagi. Sepanjang exam Ummi tak 'kacau' depa dengan household chores. Ni dah lapang, Ummi bagi tugasan semula. 

Kalih baju depa dah expert, lipat tak berapa kemas lagi tapi Kakak boleh diharap dah. 

Then Adik tolong siang pucuk paku. 

Kakak pula bersihkan ayam ikan dengan Walid. Ni first time Kakak basuh ayam ikan. Last week Abang Angah buat kerja ni so Ummi ingat bolehlah bagi permanent contract kat depa :p Minggu PB Abang Angah buat, minggu bukan PB Kakak/Adik dgn bantuan Walid 🤗

Ummi as usual, tukang masak. Job ni pun Ummi nak slowly delegate to anak⁴. Seronok tengok TikToker ct.jerai yang mana semua anaknya lelaki perempuan tak kekok di dapur. Dari siang ayam, masak, bancuh air hinggalah menghidang semua depa adik beradik yang buat. Even anaknya yang OKU pun pandai main peranan antaranya ambil pinggan cawan semua. Well trained 👍🏻

Hasilnya; Masak Lemak Pucuk Paku, Cencaru Goreng Bawang Kicap dan Ayam Masak ala Rendang. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, halia dan tumis bersama serai yang diketuk. Tumis hingga betul² masak, tambah air jika perlu. Masukkan asam keping, daun limau purut dan santan pekat. Gaul sebati dan perasakan dgn garam, gula serta serbuk perasa. Masukkan ayam yang telah digoreng. Ummi guna isi ayam. Ayam ni gaul dengan garam kunyit dulu baru digoreng. Dah sebati semuanya, tutup api. Resepi asal letak kacang buncis dan daun kunyit, Ummi letak/ganti dgn bahan yang ada. Olah here and there

Selamat berhujung minggu. 


Bayam Goreng Tepung

Iye, bayam bukan ayam. 
Kot la ada yang ingat typo :D 

Menu dinner malam tadi; regu dengan sup ayam, sambal belacan dan ulam timun & kangkung celur. Kangkung celur inspirasi dari SA 🌹

Ummi bancuh Tepung Goreng Ayam Adabi bersama 1 biji telur dan air sejuk supaya hasilnya lebih rangup. Gaul sebati. Kalau pekat tambah air, kalau terlebih air tambah tepung. Kalau adunan cair sangat pun, satgi tak lekat di bayam. Sesuaikan bancuhan tepung tu. 

Panaskan minyak, celup bayam dalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan. 

Sedap dimakan waktu panas², crunchy

Selamat mencuba 🤗 


Thursday, 21 November 2024

Aiskrim & Yoghurt Farm Fresh

Teracun lagi 😂
Kali ni dengan Mama Tisya :)

RM2.90 satu.

Kepingan coklat tu rasa mewah. Yang putih tu agak milky & agak tawar, but bila digandingkan dengan salutan coklat tu, sedap! Cumanya bila makan, salutan coklat tu yang habis dulu 🤭 Sebab sedap hihi... 

Lepas tu Ummi try juga yogurt FF. 
Sedap, creamy elok. RM3.00 kot yang ni ±...

Makin banyak produk lokal yang muncul, memberi lebih pilihan kpd pengguna 👍🏻 

Wednesday, 20 November 2024

Tebus Baucar Buku Madani

Bila tengok Sis Ezna post pasal penebusan buku utk siswa, baru teringat anak² Ummi pun dapat baucar buku juga. 

Simpan sini ceritanya, sebab ianya satu inisiatif yang baik dari kerajaan. Semua murid sekolah KPM layak dapat regardless of income status. Sama macam Bantuan Awal Persekolahan. Harapnya kerajaan dapat pertimbangkan lebih banyak inisiatif sebegini yang memberi ruang kpd semua rakyat menikmatinya. 


Alhamdulillah Abang dan Angah layak tebus Baucar Buku Madani (BBM) berjumlah RM100/seorang ni sebab depa dua sekolah KPM (SMKA). 

BBM untuk sekolah rendah diberi kpd murid Tahap 2. Kakak tak layak sebab under KPM , SRAI dikira kategori sekolah swasta. Dok mengeceklah Abang Angah suruh beli novel untuk dia :D 

Nak tebus BBM ni kena ada email MoE (email KPM) untuk access ke applikasi DELIMa. Abang Angah masa di SRAI takde email MoE ni sebab ianya terhad utk murid² sekolah KPM. Bila masuk SMKA, sekolah tolong regi utk murid² yg belum ada email MoE ni. 

Abang since form 1 sekolah dah buatkan (apply dlm sistem) sebab masa tu PDPR memang kena pakai email MoE utk access online classes dan submit tugasan² sekolah. Angah pula belum ada keperluan hinggalah baru² ni baru cikgu buatkan email MoE untuk dia dan kawan² yg belum ada, bagi tujuan penebusan BBM ni. Pihak PIBG banyak bantu sebab tak nak ada murid tercicir dari tebus BBM ni.

Bagus inisiatif PIBG dia 👍🏻
Mana yang dah tebus, belum tebus atau belum ada email MoE depa minta respond dlm GForm ni. Senang nak trace dan bantu. 

BBM RM100 utk seorang murid. Depa spent at the max limit and utk postage ada yg kena top up jugalah. Ada 3 pilihan kurier tak silap Ummi.  Ummi bagilah depa selit 1-2 buah novel. Selebihnya beli buku rujukan, buku latihan, past years exam papers


Alhamdulillah semuanya  diterima sebelum depa exam. 

Penebusan BBM ni sampai 31 Disember. Yang layak tu cepat² tebus ye. 



Tuesday, 19 November 2024

Jalan Dah Siap 💃🏻

Seronok betul warga Sri Gombak bila jalan utama kami dah siap dan dibuka semula. 3½ bulan kami berhadapan dengan "kesusahan hari ini utk keselesaan di masa depan" gitewww :D 

Mula ditutup pada 27 July selama 4 bulan. 

Hari pertama jalan tutup. Depa letak plastic barriers utk halang kenderaan terus ke atas. Nak tak nak kena belok ke kanan. 

Tapi barrier tu dibuka bila waktu puncak persekolahan. Buka sekejap je, dalam sejam dua. 

Yang atas bukit ni pun dibuka juga untuk lancarkan trafik dari jam 6.30 pg- 8.30 pg. 

Alternative roads yang dicadangkan. 

Alhamdulillah, 13/11 hari tu jalan dah dibuka. Excited la 💃🏻 Siap puji contractor sebab berjaya siapkan projek awal dari schedule i.e ±2 minggu awal. Jarang berlaku kan kerja² awam ni siap awal. Selalu delay 🫣

Rupanya ada event di Gua Damai Batu Caves yang melibatkan DYMM Tuanku Sultan Selangor pada Sabtu 16/11. Perasmian Gombak Hulu Langat (GHL) as the 7th National Geopark in Malaysia dan the first in Selangor. 

Mungkin sebab Tuanku Sultan nak lalu sini, makanya jalan ni disiapkan lebih awal. Alhamdulillah rahmat utk kami juga :) 

Sibuk ye sehari dua sebelum event tu pihak MPS bersihkan jalan utama ni. 

Traffic light atas flyover ni, dah bertahun kot terlindung di balik ranting & daun² pokok, ni baru nampak rupanya. 

Harapnya pihak MPS sentiasalah pantau dan pastikan jalan, longkang, pokok semua dalam keadaan terjaga. 
Barulah cantik Sri Gombak ni 😎

Breakfast Lempeng Cicah Sambal Tumis

Breakfast semalam, hari ni baru up entry :D 

Sambal Tumis ikan Bilis regu nasi lemak kelmarin tu ada lebih, jadi Ummi buatlah lempeng. Hari tu nampak Cie sarapan lempeng, alang² Ummi pun ada lebihan sambal tumis tu, elok sangatlah melempeng. Bancuh 4 sudu tepung je, dapatlah 4 keping. Makan 2, tinggalkan dekat Adik Kakak 2 keping. Depa balik sekolah lapaq, macam piranha 😂

Ummi sorang² boleh je makan gini. Meanwhile, Walid dan anak⁴ depa prefer heavy breakfast. Jadi,  weekdays Ummi layan selera sendiri, weekend raikan selera depa pulak. 
Hidup ni kena ada gift & take, gitewww :p 

Monday, 18 November 2024

Hati²

Pagi semalam Ummi dapat mesej dari Paklong, nak minta pinjam duit. 

 Ish, very unusual of him and almost mustahil kot Paklong nak pinjam duit. Nak pinjam tu pun utk tolong kawan, lagilah peliklah. 

Ummi dah suspicious tapi utk kepastian, Ummi tanyalah anak² Paklong sendiri. 

Betullah, scammer rupanya :( 

Dan dia dah berjaya contact ramai esp dalam group keluarga besar kami. Kecohlah semalam dok bercakap pasal hal ni. Even dalam 1 group WA tu Paklong bukan ahli, tetap juga scammer ni dapat access kpd Contact List Paklong dalam tu. Alhamdulillah setakat yang Ummi tahu takdelah yang terpedaya. 

Hati² ye semua. 
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dari segala bentuk tipu daya dan kejahatan 🤲🏻


Sunday, 17 November 2024

Anak⁴ UASA

Minggu paling getir 😅

By the time entry ni published, Abang dah selesai rasanya exam Hifz. Yang dah khatam hafazan semua kena uji hari ni kata Abang. Malam ni dia akan sit for paper Kimia yang dia missed masa pergi program Huffaz Hour. Alhamdulillah so far dia boleh follow subjek Kimia dengan baik. Fizik, Bio & Add Math masih struggle. One of the factors yang dia suka maybe sebab Cg A kot. Cikgu muda yang happening & ceria je orangnya. Abang macam Ummi, tak boleh belajar dgn cikgu garang². Kitonya manja wak 🤭

Angah sepatutnya ujian Hifz minggu ni tapi Ustaz kata postpone ke first week December. Lambat lagi la nak habis exam 😅 Lama dah tak menghafal ayat² baru sebab Ustaz suruh murajaah (ulangkaji) utk exam. Harapnya minggu ni Ustaz bagilah hafal ayat² baru, takut lama² tinggal hilang pulak momentum nak menghafal. 

Kakak ni back to back exam-nya ... 


Jadual trial UPKK, habis Jumaat lepas. 

Selesai trial UPKK , sambung dengan UASA pulak. Steady Kakak 💪🏻


Minggu depan ada lagi 😅

Hidup ni memang penuh dengan ujian ye Kakak :p 

Adik pun start UASA hari ni. 
Tapi kali ni dia relax betul. Tanya dah study ke? Dah² Adik dah baca semua...

Sekali bila Ustaz share silibus utk exam (Muzik) ni, satu pun tak hafal lagi 😇

As usual, Ummi pun kenalah  study sekali :) 
Dia hafal, Ummi dengar. 

Jadual UASA Adik. 

All the best anak⁴!
Masing² dah ada target kan, work for it okay 💪🏻

Nasi Lemak for Lunch

Setiap kali anak² PB (pulang bermalam), menu nasi lemak memang ada dalam meal plan Ummi. Kali ni tak sempat nak masak untuk breakfast, tak cukup bahan, jadi Ummi masak untuk lunch :D 
Rupanya hari ni geng nasi lemak dengan Kak Rawiwa :D 

Nak guna santan segar, sebab tu tak sempat buat sebelah pagi. 
Serai, halia, 4 sekawan, daun pandan semua Ummi letak, ikut cara arwah Tok. Semerbak wangi serai dan daun pandan tu bila buka periuk, terus teringat arwah 🥹

Alhamdulillah elok hasilnya...

Goreng ayam sebagai lauk utama ... 
Masing² dapat drumstick, takdelah nak berebut :p 

Sambal Tumis Bilis.
Malam tadi bertandang ke dapur SK, cedok ilmu sambal tumisnya. Alhamdulillah puashati dgn hasilnya. Ummi  tambah ikan bilis, sebab anak² suka Sambal Bilis. Ikan bilis goreng tak berapa sangat. Tqsm SK, minta halal ye resepinya 🤗

Dalam balang tu Sambal Bilis Rangup kiriman Tok Umi. TU pesan suruh pakat rasa sambal tu, jadi Ummi simpan dulu tunggu Abang Angah PB baru buka. 

Yang ini Angah bawa balik. Dia tolong abang senior jual sambal ni. Katanya dekat 10 pek dia berjaya jual, abang tu bagi free 1 pek, upah utk  dia :D 

Ayam Gunting.
Abang ajar dan tolong Angah buat. Angah nak bawa balik ke asrama. Ummi lepas tangan je, menu ni Abang dah pro. Balik pasar dgn Walid pagi tadi pun, Ummi suruh depa dua cuci ayam tu. Alhamdulillah boleh diharap dah.