Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

Wednesday, 29 July 2026

Ummi | Sakit Mata

Ahad lepas Kakak tegur, "merahnya mata Ummi" 
Tak perasan pun, tapi bila tengok cermin memang merah mata kiri Ummi ni. Ummi sekadar titiskan Eye Mo je, tak ke klinik pun. Isnin tu mata mula rasa gatal. Gatal ya amat! Kalau boleh nak garu sepuasnya tapi sebab mata ni sensitive jadi gosok² manja je la. Tapi ada ketika tenyeh² juga mata ni, tak tahan gatal πŸ˜…

Ummi tak ke klinik pun. Dah makin baik agaknya sebab mata dah tak merah tapi gatal tu masih ada. Hari ni bawa Adik ke klinik, jadi Ummi pun jumpalah Doc sekali. Doc tengok biasa je mata Ummi, takde merah² dan tak bengkak. Kalau mata merah tu conjunctivitis kata Doc. Mata Ummi ni dah tak bengkak dan merah sebab on road to recovery la kot., Dah hari ke-4 sakit. Tapi Ummi bagitau mata masih gatal. Doc bagi ubat titis dan pil untuk kurangkan gatal. Doc tanya, selalu tengok screen ke? 
Adoi la, kantoi 🀭 

Ubat Ummi 2 je. Selebihnya ubat Adik. Tonsil Adik bengkak, probably bacteria jadi Doc tak bagi antibiotics. Dekat kelas Adik ramai demam dan selsema, memang mudah berjangkit la sesama diorang ni. 

Ummi pernah sakit mata yang teruk. Bukan gatal tapi sakit sampai berdenyut² mata tu. Bila sujud, rasa macam biji mata nak terkeluar. Dan sakitnya lama, prolonged. Sampai kena jumpa doctor pakar mata. Bila dah lega sakit mata tu, kesannya mata Ummi jadi silau sangat. Bila tengok lampu waktu malam esp lampu jalan, imej jadi kembang. Tak nampak lampu tu tapi nampak objek yang kabur dan silau (macam tengok bunga api). Lama ye ambil masa untuk mata Ummi pulih semula. 

Mudah-mudahan kembali sihat 🀲🏻







Friday, 24 July 2026

Catatan 9 Safar 1448H

Muka banyak senyum, dapat air Tealive idaman hati. 

Kasut Ummi tu dia pakai... 
Kisahnya dia pakai sandal ke sekolah. Half way baru perasan. Mujur ada sport shoes Kakak dalam kereta Walid tu, pakai aje la walaupun besar. Syukur cikgu pun tak perasan 😁
Masa nak ke Tealive ni dia tukar, pakai kasut Ummi pula. Besar memang besar tapi dia kata better than pakai kasut sukan Kakak tu. 

Kemudian kami ke satu kedai nasi beriani ni. Tapau lunch. Adik order nasi beriani ayam masak merah. Ummi pula nasi beriani ayam goreng berempah. 

Puashati dengan ayam masak merah ni...

Tapi sedih tengok ayam goreng berempah ni :( 
Tak memenuhi jangkaan dan presentation pun failed. Mujur ada rasa. 

Adik ubatkan kecewa Ummi dengan bawak balik hadiah lagi, alhamdulillah. Kali ni dia dapat tempat ketiga kuiz Bahasa Arab sempena Minggu Bahasa Arab. Tahniah Adik  πŸ‘πŸ»

Si Abang outing ke pantai lagi. 
Makan kepok lekor kali ni πŸ˜‹

Bubur Caca.
Favorite arwah Tok Wan ni. Arwah Tok buat sendiri je 'caca' tu, bancuh tepung kemudian lenyekkan di atas penapis jarang (lubang pada penapis tu besar²). Tepung yang dilenyek akan jatuh ke dalam besen berisi air. Sama macam buat homemade cendol. Bubur caca Tok takdelah berwarna warni tapi tetap sedap di tekak kami. Airtangan ibu kan, mestilah the best in the world :D 

Wednesday, 8 July 2026

Adik | Johan Sajak @ Kelas


Pelbagai aktiviti sempena Minggu Bahasa di sekolah Adik. Untuk murid Tahun 4, acara deklamasi sajak selain beberapa acara terbuka yang lain. Setiap acara ni sekolah sediakan hadiah. Pertandingan dibuat dalam kelas masing². 

Alhamdulillah Adik berjaya jadi johan dalam kelasnya. Pemenang lain;

#2 Fahim
#3 Anas
#4 Lokman
#5 Iffah 

Semua dapat hadiah yeay

Adik dapat set alatulis, bekas plastik, buku Silang Kata & Cari Kata serta fail plastik. 

Mai la Ummi rasmikan dulu 😁
Ummi minat buat teka silang kata dan word search ni. Lama tak uji minda. Dulu kalau beli surat khabar atau majalah kanak² bahagian silang kata ni yang Ummi cari dulu. Zaman sekolah dulu ada majalah kanak² namanya Bambino, siapa ingat? Ummi dengan Cik Yah kumpul duit untuk beli majalah ni setiap bulan. Dah cukup duit, kami jumpa PK HEM minta tolong belikan sebab Cg duduk di SP (Sungai Petani). Di pekan Baling takde dijual. Pekan SP that time kira dah maju la nak banding dengan pekan Baling. 

Congrats Adik! 
Mudah-mudahan Cg nampaklah bakatnya sebab dia target nak masuk acara sajak untuk KAMIL. Tahun ni dia tak join choral speaking dah. Malas dan penat nak berlatih. Banyak skipped kelas. Tapi dia terpilih untuk wakil rumah biru dalam acara sajak untuk KAMIL peringkat sekolah. Tapi tak sempat buat KAMIL sekolah ni sebab tup² terus KAMIL Zon. Tak cukup masa ke camne Ummi pun tak pastilah. Takpelah, Adik ada 2 tahun lagi di SRAI untuk serlahkan bakat tu In Sha Allah. 

Wednesday, 17 June 2026

Catatan 1 Muharram 1448H


Cuti Awal Muharram @ Maal Hijrah 1448H kali ni jatuh pada hari Rabu. Ummi cuti masak hari ni, sebab semua orang pun cuti 😁

Pagi pergi Giant. Ikutkan malas nak keluar tapi ada beberapa urusan perlu diselesaikan. Ini pun tunggu hujan reda baru keluar.

Nampak sedap sushi ni, beli satu pek. 
Ummi dengan Abang je makan pun... 

Lepas Zohor hantar Adik ke BBS, ambil exam Kancil Science Competition. Sementara Adik exam, Ummi Walid merayap ke TF Value Mart. 

Otw balik nampak Azhan Rani dekat² Stadium MPS. Shooting ke buat live ke tak sure.  

Singgah juga Asean Dessert di Selayang Mutiara. Semua makanan harga RM3. Beli itu sikit ini sikit buat raso². 

Rezeki Awal Muharram.
Cik Aida muncul depan rumah bersama 2 bekas puding mangga 😍

Alhamdulillah hari pertama tahun 1448H yang lancar. 

Sunday, 31 May 2026

Happy 10th Birthday Adik 🎈🎈🎈


Last day before school break 22/5 Adik bawa goodies untuk kawan² sekelas dia. Nak celebrate in advance birthday dia, sebab birthday-nya masa cuti sekolah ni. 

Semua dia plan dan prep sendiri. Ummi cuma bawa dia ke kedai beli barang yang dia nak. Ongkos pun dia guna duit poket dan duit raya dia. 

Dia requested brownies.
Ummi tempah dengan Mama Aa'fa. 
Tq Cik Ita 🌹 

Bergambar dengan Cg Zainab, dapat hadiah dari Insyirah dan Ummu serta gelang dari Aa'fa. Tq semua 🫢🏻

Balik Jitra hari tu, belikan kek untuk makan sama² dengan family

Dapat hadiah tumbler dari Maksu. 
Plushie tu Kakak bagi. 

Happy Birthday Adik sayang 
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
Semoga Adik membesar dgn baik, sentiasa dlm lindungan-Nya dan berjaya selalu 🀲🏻 




Sunday, 19 April 2026

Adik | Tugasan Sejarah

Akhir² ni Adik banyak dapat tugasan subjek Sejarah. 

Ini tugasan Family Tree. 
Nampak simple tapi susah juga nak ikat tali tu πŸ˜…
Syukur dapat idea, lekatkan dulu dekat lidi then tutup dengan hiasan bentuk ❤️ tu. 

Ini pula buku scrap Sekolah Saya. 


Tak susah mana tapi nak kena buat comb binding. Kenalah juga campur tangan Ummi. Tapi sebab Abang ada, dialah jadi runner bawa ke kedai untuk binding

Bila Cg share gambar ni beserta caption tu, terus rasa kembang (baca: bangga). Terasa Cg sangat hargai hasil usaha dan penat lelah anak² semua. Semua yang hantar ikut tarikh ditetapkan Cg bagi markah 100. Yeay! 

Ni tugasan Seni pulak. Nampak senang tapi serabut juga tengok Adik nak siapkan. Tapi bagus latihan ni semua, dapat bina kemahiran berfikir, cari idea, jadi kreatif dsbnya. Cuma kalau last minute tu baru nak buat dan perlu pulak bantuan Ummi (nak beli barang, kena print etc) boleh jadi gaduh jugalah haha πŸ˜† 




Thursday, 16 April 2026

Adik | KESUSRAI 2026

Manja Ummi terpilih untuk acara 4x100m bagi Kejohanan Sukan Sekolah SRAI (KESUSRAI). Tahun ni acara balapan dan olahraga. Tahun lepas acara sukan berpasukan (Kakak wakil BoJa). Lagi dua tahun 2028 Gombak akan jadi tuan rumah untuk acara balapan  dan olahraga ni. Ada rezeki Adik boleh join lagi In Sha Allah. 

Para atlet πŸ’ͺ🏻

Kali pertama melepaskan Adik tanpa pengawasan Kakak, berat juga perasaan Ummi. Bertolak lepas Jumaat, balik Ahad petang. Rasa berat dada macam melepaskan Abang pertama kali dulu, ke KESUSRAI di Salak Tinggi. Bila kena bermalam tu yang bercampur baur perasaan tu. Rindu pun bertandang juga ☺️
Sabtu tu wajiblah Ummi pergi jenguk.

Kejohanan diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor, di Banting. Jauh yakmat huhu... 

Hampir 2 jam juga dari SG ke sini. 
Waktu balik lagi lama, sebab gerak dari sana dalam 12.30 t/hari. Sana sini sesak, salah simpang lagi, berhenti solat dan lunch, pukul 4 baru sampai rumah. 

Kami datang bagi sokongan dekat Adik walaupun acaranya hari Ahad. Nak datang Ahad tak boleh ada agenda lain.

Masa saringan quartet depa dapat no 3, dapat pergi final. Masa ni masing² lari laju. Masa final, nampak slow sikit Adik pun lari. Cikgu dan parents yang pergi Ahad tu share video. Adik pelari pertama. Mungkin penat dah kot, dari Jumaat lagi dah berkampung di SRA Seri Jugra (tempat penginapan) dan KMS ni. Trek pun basah, tengah bertanding hujan turun. 

Alhamdulillah ada beberapa kejayaan yang diraih oleh atlet sekolah Adik. Selain beberapa pingat emas, perak dan gangsa, ada yang berjaya pecah rekod kejohanan dan ada yang terpilih sebagai Olahragawan KESUSRAI edisi 2026. Alhamdulillah tahniah! Adik pula berjaya bawa balik pengalaman dan kenangan ☺️





Monday, 30 March 2026

Back to School @ 10 Syawal

Cantik poster sekolah buat untuk raikan pembukaan semula sekolah. Disenaraikan tips dan pesanan untuk murid² menghadapi cuaca panas sekarang ni... 

Ummi pun pesan dekat Adik kena minum air kosong banyak². Sementelah dia terlibat dengan latihan KESUSRAI (sukan SRAI) lagilah kena banyak minum. 

Rezeki hari pertama sekolah, dapat hadiah dari Cg Afiqah. Sebelum cuti raya ada ujian subjek akhlak, Adik antara yang dapat markah tinggi. Alhamdulillah. 

Sampul raya cantik dari RHB, pemberian duit raya dari Rafiq. Alhamdulillah terima kasih. 

Time balik sekolah, hujan lebat mencurah²... Ni dekat Greenwood. Dekat sekolah mana yang lambat sikit jemput anak, terpaksa hadap banjir kilat. Ummi balik tadi hujan baru nak mula. Sampai Greenwood dengar kata sekolah dah banjir 😟

Semoga dipermudahkan urusan semua 🀲🏻 

Wednesday, 11 February 2026

BAP 2026


Alhamdulillah ketiga² anak yang sedang bersekolah dah dapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP). 

Angah dan Kakak dapat awal, depa sekolah KPM. Duit diletakkan dalam sampul Madani. Tak pastilah semua sekolah KPM dapat duit dalam sampul Madani ni. 

Untuk Kakak ada taklimat oleh Tn Pengetua dulu, sebelum sesi penyerahan BAP. Angah pula boleh terus ambil di kelas. Sebelum² ni, guru kelas serahkan kepada pelajar saja tapi sebab minggu dia dapat BAP ni minggu PB, ibu bapa/penjaga dijemput ke kelas untuk serahan BAP. 

Adik pula gilirannya 6/2. 
Ambil di dewan sekolah. Yang bestnya, lepas ambik BAP boleh bawa anak balik ke rumah. Balik awallah Jumaat lepas. Dek kerana itu, Ummi dah dapat BAP terus menonong keluar dewan, nak ambik Adik di kelas. Rupanya tertinggal MyKid Adik dekat cikgu πŸ˜… 
Syukur juga tak tercicir. Kalau tak lagi haru... 

Top up kelengkapan Tunas Puteri Adik guna duit BAP dia. 

Hari ni Gerko Unit Beruniform, semangatlah nak ke perjumpaan Tunas Puteri, dah ada uniform lengkap :) 
Sebenarnya Adik selang 3 minggu sekali baru pakai baju Unit Beruniform. Gerkonya berselang seli antara Unit Beruniform, sukan/permainan dan Kelab/persatuan. Itu yang tak beli baru untuk dia. Buat masa sekarang, pakai dulu baju Kak Medina. Kalau ada keperluan untuk beli baru nanti, barulah kita beli. Hidup sekarang keras, kena bijak mengurus kewangan dan prioritize. Gitewww... 



Tuesday, 10 February 2026

Barter

Uniform BBSM ni kepunyaan Khai (anak Cik Ita Fun Run). Ummi pinjam untuk Kakak pergi Mukhayyam Perdana Unit Beruniform hujung tahun lepas. Sebab nak pakai uniform ni untuk 1 hari je jadi pinjam je la. Tapi tak muat dengan Kakak, terpaksa juga beli. Nak pulangkan, Cik Ita suruh sedekah je sesiapa yang hendak. Dah hujung tahun masa tu, Gerko pun dah habis jadi Ummi simpan dulu. 

Dalam pada tu, Adik try uniform ni. Padan elok dengan dia. Jadi, dia kata nak join BBSM juga, senang uniform dah ada. Tapi, takde rezeki Adik. Kuota terhad. Dia tak dapat BBSM, dapat Tunas Puteri. 

Jadi merisiklah dengan Medina. Alhamdulillah uniform Tunas Puteri Medina masih ada.  Jadinya Ummi bagitau Cik Tah, kita barter je la... Kakak dulu ahli BBSM, adiknya (Adik) Tunas Puteri. Medina pula ahli Tunas Puteri, adiknya Marwa BBSM. Elok sangatlah :) 

Medina bagi t-shirt juga, serta seluar panjang untuk dipadankan dengan kemeja hijau πŸ‘†πŸ» Tinggal belikan Adik tudung hitam 2 lapis dan scarf leher. 

Cik Tah as usual la, mesti ada extra² dia bagi... 

Tqsm dear ❤️