Monday, 2 December 2019

Makan malam di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar


Awal kami sampai di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Awor ni sebenarnya dari perkataan aur seperti dalam peribahasa 'bagai aur dengan tebing'. Sebutannya mengikut loghat orang tempatan 'awor'. Sama juga Muar disebut Muo. Gitu...


Ada menara tinjau. 
Tenang sungguh berada di sini. Pemandangan Sg Muar yang mengasyikkan seolah menjemput kita terus berlama-lama di sini. Tapi disebabkan hampir Maghrib kami memilih untuk terus menjamu selera.




Ada seorang warga emas sedang memancing. 

Medan ikan bakar dilihat dari menara tinjau. 

Berdasarkan carian di Internet, ramai mencadangkan agar mencuba masakan di Gerai Ikan Bakar Wak Jos (Gerai #8). Jadi, kami juga tidak melepaskan peluang untuk memilih Gerai Wak Jos. Sebenarnya ada juga Restoran Wak Jos yang terletak berhampiran dengan medan selera ini. Kami pun mulanya tersesat, terus ke Restoran Wak Jos. Tapi sebab dah set untuk makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor kami tetap juga ke sini. Ingin melihat kemeriahan suasana medan ikan bakar di sini pula.


Ikan dan seafood segar. Terasa keenakkan dan kesegarannya bila dijamah.




Menu standard kami order every time makan ikan bakar; sotong goreng celup tepung, butter prawn dan siakap bakar bersambal. Cuma kali ni ada tambahan kupang rebus. Sedap rupanya kupang rebus ni. Cicah pula dengan sos pencicah Wak Joss atas tu. Pilihan nasi ialah nasi putih atau nasi lemak.






Seperti yang Ummi pernah sebut sebelum ni, Muar ni sangat bersih. Tak terkecuali di Medan Ikan Bakar Sabak Awor ni. Makan pun asyik dan tenang sahaja. Tambahan pula makanan yang dihidangkan pun sedap.


Ada juga lot kedai yang menjual cendera hati, pakaian dan semestinya mainan :)




Jamu mata je lah Kakak ye :) 

Dari segi harga, lebih kurang di Melaka juga. Cuma bonusnya di sini pilihan ikan/seafood lebih segar dan kebersihannya sangat tip top. Juga tiada kesesakan trafik dan manusia hihi... Penting juga tu supaya dapat menikmati makanan dengan tenang :D

Terima kasih 'lanjer' Ummi 😘

Kalau ke Muar, sudi-sudilah ke sini ye.


11 comments:

  1. Sedapnya.. Harga pun berbaloi. Pertama kali dengar restoran ni, mungkin tak berapa viral di kalangan orang luar Muar agaknya. Ke saya je tak tahu? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tanya Pakcik Google, itu yang tahu hihi... Kalau ke Muar boleh try :)

      Delete
  2. bestnya makan kat sini menikmati makanan sambil menikmati view yang cantik. tak pernah tahu tempat ni sebab jarang benar ke muar tu

    ReplyDelete
  3. pengasuh anak-anak ammi org Muo...jadi anak ammi especially yg paling kecik mmg banyak vocab Muo. tiko, lapo...macam2 lagilah

    ReplyDelete
  4. Saya cukup pantang pesan makanan keluar satu, Satu sekang 10 minit. Tak boleh ke siap semua sekali baru keluar macam kedai cina or kedai tomyam
    Ni aku di kedai no 4 Isa Jos rasa tak tahu lagi.

    ReplyDelete
  5. Makan kat sini sedap, murah dan amat memuaskan hati,

    ReplyDelete
  6. Baru pergi mgu lepas, kedai no8..xtau plak popular wak jos ni..kebetulan kn

    ReplyDelete
  7. Kalau nk book utk iftar boleh X?

    ReplyDelete