Tuesday, 26 June 2012

Piknik @ Lake Garden


Jom serbu! Kata Opal...:)
Sudah lebih seminggu tak update blog nie. Maklumlah, sekarang sibuk uruskan DAPUR dan KEDAI saya. Yang dapur tu tengah nak naik manakala kedai pulak baru nak buka.. wish me luck dear readers...:)

Hujung minggu lepas sempat kami sekeluarga meluangkan masa beriadah di Lake Garden. Saya suka sangat kalau hubby habis exam, boleh enjoy! Kalau tak sebulan sebelum exam, semua kegiatan luar dibekukan...hahahah... saya sempat menyediakan nasi lemak & the geng untuk riadah kali ini. Awal-awal kami bagitau abang, kita nak piknik kat Lake Garden. Suka bebenor bujang 3T++ tu. Hari-hari sebut pasal itu je...:)

So, di pagi minggu yang cuaca masih agak berjerebu tu, seawal jam 7 kami bertolak ke Lake Garden. Sampai di sana masih ada few parking lots kosong, so takde masalah untuk parking. Mula-mula kami lepaskan anak-anak biar puas main dulu. Bawak round keliling dulu sebelum makan. Hampir jam 9 baru kami cari port untuk piknik plak. Dah jumpa port baru B turunkan bekal dan tikar. Suka betul anak-anak, sampaikan bujang 1T++ tu asyik mengusung gelas ke sana sini sambil berpusing-pusing tempat piknik tu. Huhuhu bunyinya sambil menayang-nayangkan gelas tu. Agaknya Opal nak air kot...:)

Cubaan 'lari dari ummi'...:)
Selain kami sekeluarga, ada juga 4-5 keluarga lain yang berpiknik. Seronok makan bawah pokok, dah lama tak buat macam ni...:) 

Mari kita layan gambar ye...

Sambal Bawang Resepi Sifu...:)

Udang goreng kesukaan Bujang #1

Nasi Lomak

Kawan baru Abang - seekor tupai yang sangat sporting. Hala je kamera, terus pandang...:)
'Party Tupperware'....:)
Untuk resepi nasi lemak & the geng, klik SINI. Kalau nak jamu mata dengan bekas-bekas Tupperware tu "pun boleh, pun boleh.." (A R Tompel dalam Anak Bapak)... jemput ke SINI

Ok, selamat semuanya...:)

Monday, 18 June 2012

Makanan Kota Bandung


Hampir tiga minggu meninggalkan kota Bandung, hati saya masih teringat-teringat. Bukan sahaja kepada keramahan, kemesraan dan ketulusan yang di pamerkan oleh warga Bandung, tetapi keenakan makanannya juga mengusik perasaan. 

Ingin saya rakamkan di sini antara makanan tradisi Bandung yang telah dihidangkan kepada kami sepanjang bertugas di sana. Saya amat mengagumi cara mereka mengkomersilkan makanan tradisional mereka seperti kuih muih sehingga ia menjadi makanan 'kelas atasan' dan dihidangkan di hotel! Kuih tradisional seperti bengkang contohnya di jual di outlet berhawa dingin. Saya tidak pernah melihat atau mengetahui mana-mana kedai kuih atau bakeri di negara kita yang menjual bengkang... yang ada hanyalah cream puff, curry puff, muffin dan seangkatannya. 
Ini yang saya maksudkan. Pelbagai kuih muih tradisional seperti bengkang, lepat, ketayap dan sebagainya dipamerkan diruang kaca yang berhawa dingin - menarik kan?
 Jom, jamu mata dengan foto seterusnya! 

Dessert - sungguh saya lupa namanya! Minuman penghilang dahaga ini di jamu sewaktu kami makan malam di Gedung Sate. Menurut Ibu Sari & Mas Hendro, ia adalah salah satu signature dish masyarakat Sunda
Mee Ayam - simple yet delicious

Aneka kuih muih sedia untuk di pilih

Yang ala-ala ketayap tu namanya semer mendem - lebih kurang gitulah bunyinya. Rasanya lebih kurang pulut panggang / udang
Sungguh comel kuih ini - namanya kuih bangkok. Rasanya seperti kuih kacang tapi kuih bangkok ni lembut. Nak makan pun sayang sebab rupanya tersangat comel
Ini pula makanan t/hari kami - nasi putih, ayam panggang dan sayur mayur. Packaging sangat menarik bukan? Alangkah baiknya jika pengusaha makanan kita juga mampu menyediakan packaging seperti ini

Nasinya tersangatlah sedap - mungkin mereka menggunakan beras padi bukit

Satu lagi contoh packaging yang menarik & komersil

Setiap hidangan lengkap dengan pencuci mulut - buah dan puding

Kalau tak salah ini bubur bakso - nasi impit bersama kuah kacang & tauge

Mee Kocok
Makaroni bakar
Sekian, siri akhir untuk Bandung, yang penuh kenangan!



Tuesday, 12 June 2012

Makan Malam di Punclut, Puncak Kota Bandung


Gerai Teh Ita, gerai yang paling sedap menurut Maria
Salah satu tempat makan istimewa terutama di waktu malam sekiranya anda berkunjung ke Kota Bandung ialah Punclut atau pun puncak, untuk kita melihat seluruh Kota Bandung. Namun, tempat ini jarang di kunjungi oleh orang luar, mungkin kerana ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ini. Kami bertuah kerana di temani oleh Maria yang sudi membawa kami ke sini. Perjalanan mendaki bukit di waktu malam dengan jalan yang sempit (di kiri kanan jalan adalah rumah-rumah penduduk) dan lampu jalan yang terhad agak mendebarkan. Menurut Maria beliau pernah ke sana membonceng motosikal. Pastinya ia lebih mencabar kerana bukitnya agak curam dan jalannya menegak.

Punclut di lengkapi dengan deretan gerai-gerai di puncak bukit. Kebanyakannya menjual menu yang sama, makanan tradisi masyarakat Sunda. Kedai-kedai di buka 24 jam sehari! 

Kami di bawa ke satu gerai yang menaik dan sedap masakannya menurut Maria. Pelbagai menu di sediakan seperti ayam, ikan, tauhu, oncom (taucu), petai, lalapan (ulaman) dan sebagainya yang tidak dimasak sepenuhnya . Anda hanya perlu memilih item tersebut dan pilih sama ada ingin di goreng atau di bakar. Pilihan nasi pula terdiri dari nasi putih, nasi perang atau nasi merah. Kami memilih nasi merah. 

Pilihan lauk pauk
Saya agak kalau di sini kita panggil beras pulut hitam, di sana panggilnya beras merah
Sebelum...
Lebih enak, hidangan di nikmati dengan duduk bersila/bersimpuh di atas tikar rotan yang di sediakan maka inilah hasilnya...:)

Selepas...:)

Monday, 11 June 2012

BIFIS Day 3

Sesi pembentangan dan perbincangan BIFIS masuk hari kedua dan terakhir. Bilangan peserta agak berkurangan hari ini tetapi masih terdapat beberapa peserta yang mendaftarkan diri untuk mengikuti forum ini. 

Walaupun terdapat sedikit perubahan jadual bagi hari ini, namun ianya tidak mencacatkan perjalanan keseluruhan program untuk hari ini. Sebanyak 3 ucaptama, 2 sesi pembentangan dan 1 sesi forum khusus untuk membincangkan isu-isu Shariah berkaitan kewangan Islam telah dilaksanakan.

Keynote Presentation 2: Developments of Islamic Banking in Indonesia - Update and Opportunities
Presenter: Dr Halim Alamsyah (BI)
Deputy Governor BI, Dr Halim Alamsyah having a light moment with the speakers
Sesi 4: Investment and Islamic Liquidity Management - Market Updates & Trends
Moderator: Dr M Razikun
Panelis
  1. Mohd Radzuan Tajuddin (SC)
  2. Allan Redimerio (S&P)
  3. Etsuaki Yoshida (JBIC)
  4. Donna Chang (Deutsche Bank)
  5. Rushdi Siddiqui
Presentation from Yoshida-san


Keynote Presentation III : Ethics and Islamic Finance
Presenter: Dr MOhd Daud Bakar (Amanie) 

Dr Daud during his  presentation
Keynote Presentation IV: Islamic Capital Market in Indonesia - The Way Forward 
Presenter: Dr Etty Retno Wulandari (BAPEPAM-LK)

Token of appreciation to Dr Etty
Sesi 5: Update on Sukuk - Global and Indonesia Issuance 
Moderator: Farouk Alwyni
Panelis:
  1. Fatati Sriwahyuni (MOF Indonesia)
  2. Dr Engku Rabiah (IIUM)
  3. Syed Alwi Mohd Sultan (BNP Paribas)
  4. Roslinda Ahmad (CIMB Islamic
Dr Engku, Pn Roslinda, Ibu Fatati, Pak Farouk & Syed Alwi during photo session
Sesi 6: Shariah Session 
Moderator: Dr Akram Laldin
Panelis:
  1. Shiekh Nizam Yaqubi
  2. Sheikh Esam Ishaq
  3. Sheikh Dr Al Olama
  4. Dr Mohd Daud Bakar
The audiences having great moment with the eminent scholars
Keesokkan harinya, diadakan Master Class Workshop dikendalikan oleh Dr  Engku Rabiah dan Pak Farouk Alwyni.

Master class led by Dr Engku Rabiah
 Alhamdulillah, berakhir sudah BIFIS 2012. Panjang umur kita jumpa lagi...:)

Sunday, 10 June 2012

BIFIS Day 2

BIFIS bersambung untuk hari kedua. 

Sesi pendaftaran yang sangat lancar dan efisien 


Pak Riawan Amin dan Pak Ahmad Heryawan sejurus sebelum majlis bermula,
Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pak Charmeda, Ahli Majlis Wakil Wali SEBI. Seterusnya ucapan aluan oleh tokoh perbankan Syariah Indonesia yang juga Pengerusi Asosiasi Bank Syariah Indonesia (ASBISINDO), Dr A Riawan Amin. 
Pak Charmeda sedang memberikan ucapan aluan bagi pihak SEBI

Ucapan aluan oleh Pak Riawan Amin
Acara pembukaan sekali lagi telah disempurnakan oleh Bapak Ahmad Heryawan, pendokong utama untuk program berprestij ini. Video majlis pembukaan boleh di lihat di SINI

Sejurus selepas gong di ketuk, kedua-dua wakil dari SEBI dan ISRA telah dijemput naik ke pentas untuk menandatangani MOU kerjasama antara kedua belah pihak. Majlis ini disaksikan oleh Bapak Gubernor.

Pak Sigit dan Dr Akram bertukar-tukar MOU
Majlis seterusnya berhenti rehat seketika dan bersambung semula untuk sesi pembentangan dan perbincangan oleh pembicara-pembicara yang telah dijemput khas dari serata dunia termasuk USA, Jepun, Singapura, Bahrain, UAE, Malaysia dan Indonesia. 

Bapak Ahmad Heryawan sedang ditemuramah oleh Amilin TV, media rasmi dari Malaysia
Keynote Presentation I : Global Updates on Islamic Finance 
Presenter: Rushdi Siddiqui, Thomson Reuters USA

Bro Rushdi 'in action'..:)
 Sesi 1: Islamice Finance - Future Direction and Expansion
Moderator: Handi Risza Idris (ZISWAF)
Panelis: 
  1. Dr Dhani Gunawan Idat (BI)
  2. Kemal Azis Stamboel (House Rep, Republic of Indonesia)
  3. Sheikh Nizam Yaqubi
  4. Dr (HC) A Riawan Amin
  5. Rushdi Siddiqui
Rushdi, Sheikh Esam, Pak Aziz, Dr Dhani, Pak Riawan and Pak Handi presenting their insight & views
Sesi 2: Islamic Micro Finance - Update and Appraisal
Moderator: Adril Hakim (SEBI)
Panelis:
  1. Dr Irfan Syauqi Beik (IPB)
  2. Dato' Mohd Redza Shah Abdul Wahid (BMMB)
  3. Dr Mohd Daud Bakar
  4. Herwin Bustaman (HSBC Amanah Indonesia)
Pak Herwin, Pak Azril. Dr Daud, Dato Redza and Dr Irfan during the photo session
 Sesi 3: Takaful and Islamic Wealth Management - Prospect and Opportunities 
Moderator: Ernawan Priarto (PT Syarikat Takaful)
Panelis: 
  1. Sheikh Esam Ishaq
  2. Dr Mohd Akram Laldin
  3. Iggi H Achsien (Asuransi Jiwa Bumiputera)
Pak Iggi, Dr Akram. Sheikh Esam and Pak Ernawan during the Q&A session
Majlis berakhir sekitar jam 5.45 petang. 

Jam 6.30 petang para delegasi dan speaker berkumpul di ruang lobi hotel untuk menaiki bas ke Gedung Sate bagi menghadiri jamuan makan malam yang disediakan oleh Pak Gubernor.

Setiba kami di Gedung Sate, kami dibawa masuk ke dewan besar bangunan tersebut dan diraikan dengan persembahan arumba dan nyanyian lagu asli masyarakat Jawa Barat. Amat mengagumkan kerana kumpulan muzik ini terdiri dari anak-anak muda, bukan golongan veteran seperti biasa di lihat di negara kita. 

Kami dijemput menikmati makan malam yang lazat, terdiri dari pelbagai menu masyarakat setempat. Semua hadirin termasuk panitia, sekuriti, pekerja Gedung Sate semuanya menjamu selera secara serentak. Budaya ini seharusnya diterapkan di dalam majlis-majlis seumpamanya di negara kita. Tiada pilih kasih dan protokol yang membebankan - ia lebih memberi ruang kepada jemputan untuk bermesra dengan tetamu khas dan tuan rumah. 

Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan oleh Pak Gubernor. Disusuli pula ucapan oleh Sheikh Esam Ishaq mewakili para delegasi BIFIS.

Delegasi bergambar kenangan bersama Gubernor di hadapan Gedung Sate
Majlis bersurai sekitar jam 10 malam.

Thursday, 7 June 2012

BIFIS Day 1

Seperti juga KLIFFBIFIS 2012 adalah rangkuman beberapa acara seperti simposium, main forum, master class workshop dan exhibition.

Untuk hari pertama, acara yang diadakan ialah Simposium Internasional Fiqh Keuangan Syariah (Simposium). Kehadiran peserta untuk acara ini menjangkau 300 orang kebanyakannya dari Indonesia sendiri.

Acara pembukaan telah dimulai dengan sambutan oleh Ust Taufik Ridlo dari SEBI yang juga Penasihat BIFIS 2012. Ini disusuli dengan ucapan aluan oleh Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah BNM & SC. Seterusnya ialah ucapan khas oleh Dr Kiyai Hj Maaruf Amin, Pengerusi Dewan Shariah Nasional, Majlis Ulama Indonesia (MUI).Akhirnya Bapak Ahmad Heryawan selaku Gubernor Jawa Barat telah dijemput untuk merasmikan acara ini.

Paluan gong oleh Pak Ahmad Herwayan menandakan majlis ini bermula secara rasminya. Turut kelihatan ialah Dr (HC) K H Maaruf Amin.
Pihak SEBI juga telah menghadiahkan buku 'Fatawa' yang diterbitkan dalam bahasa Indoneia, Arab dan Inggeris sebagai simbolik kepada pennyatuan dan pengukuhan kerjasama di antara pakar-pakar Shariah antarabangsa. Buku ini disampaikan oleh Bapak Ahmad Heryawan. 

Dari kiri: Dr Mohd Daud Bakar, Tan Sri Sheikh Ghazali, Sheikh Al Olama, Sheikh Nizam, Bapak Ahmad Heryawan, Sheikh Esam, Dr K H Maaruf Amin dan Ust.Taufik
Bapak Gubernor kemudiannya di bawa melawat ke ruang pameran yang disediakan. 

Gubernor melawat booth Cert Publications
Program satu hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh penceramah jemputan yang dijemput dari negara-negara Nusantara dan juga Timur Tengah. 

Sesi 1: Peranan Fiqh dalam Perkembangan Keuangan Syariah Global (Arabic session)

Sheikh Nizam, Sheikh Al Olama, Dr Anwar Ibrahim, Ust Taufik, Dr Daud dan Sheikh Esam berkongsi pentas membincangkan isu-isu semasa kewangan Islam global
Moderator: Ust Taufik Ridlo (SEBI)
Panelis: 
  1. Sheikh Nizam Yaqubi (Shariah Advisor Bahrain)
  2. Dr H M Anwar Ibrahim (Shariah Advisor Indonesia)
  3. Sheikh Esam Ishaq (Shariah Advisor Bahrain)
  4. Sheikh Dr Mohamed Abd Rahim Sultan Al Olama (Shariah Advisor UAE)
  5. Dr Mohd Daud Bakar (Shariah Advisor, Malaysia)
Sesi 2: Maqasid Syariah Dalam Keuangan Syariah dan Fleksibilitas Fiqh Islam 

Dr Oni Syahroni, Tan Sri Sheikh Ghazali, Bapak Izzuddin dan Dr Akram ketika sesi soal jawab
Moderator: Izzuddin Abdul Manaf (SEBI)
Panelis: 
  1. Assoc Prof Dr Mohd Akram Laldin (ISRA)
  2. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (JAKIM)
  3. Dr Oni Syahroni (MUI)
Sesi 3: Fleksibilitas Fiqh Islam  dalam Mengembangkan Produk dan Instrumen Investasi Keuangan Syariah - Realitas dan Tantangan 

Dr Engku Rabiah, Prof Dr Jaih Mubarak, Dr Hasanuddin, Prof Fathurrahman dan Ust Hanif ketika sesi penggulungan oleh moderator (Dr Hasanuddin)
Moderator: Dr Hasanuddin (MUI)
Panelis: 
  1. Prof Dr Jaih Mubarok (MUI)
  2. Prof Dr H Fathurrahman Djamil (MUI)
  3. Assoc Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (IIUM)
  4. Ust Muhammad Hanif Hassan (NTU)
Selesai pembentangan setiap sesi, sesi soal jawab dibuka kepada delegasi. Sepanjang pengamatan saya, sesi soal jawab yang berlangsung lebih aktif berbanding di KLIFF. Kebanyakan peserta juga fasih berbahasa Arab menjadikan Simposium ini istimewa sekali.  

Acara ini berakhir sekitar jam 6.00 petang. 

Wednesday, 6 June 2012

Sepekan yang Panjang


Ucapan Pembukaan oleh Gubernor Jawa Barat, Bapak Ahmad Herwayan
Catatan ini saya dedikasikan untuk imbauan kenangan suatu hari nanti. Akan ditemukan dalam coretan ini nilai pengorbanan, persaudaraan, persahabatan dan kasih sayang. Sungguh benar sekali firman Allah di dalam surah Al Hujurat (49:13),

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal…”


Tugasan sempena Bandung Islamic Finance & Investment Summit 2012 (BIFIS 2012) membawa saya ke daerah aman dan tenang, kota Bandung. Kunjungan saya kali pertama boleh di baca di SINISINI dan juga SINI . Jika kali pertama ke sini saya hanya berada 3 hari tapi untuk kunjungan kedua ini saya berada di sini sepekan lamanya.

Hari Pertama

Seawal jam 6.30 pagi saya melangkah meninggalkan anak-anak dan suami untuk ke KLIA, kerana pesawat kami akan berlepas ke Jakarta jam 9.10 pagi. Saya dijemput oleh A dan suaminya kerana suami saya tidak dapat menghantar saya ke KLIA. Tangisan Fawwaz sedikit sebanyak menggoncang naluri keibuan saya. Ditambah pula keadaan Nawfal yang tidak sihat menjadikan perpisahan sementara ini sungguh berat. Tanpa sedar, saya juga lupa menyalami tangan suami. Mujur kami telah berjemaah Subuh bersama dan beliau telah menitipkan pesan dan memberi keizinannya kepada saya ketika itu. Hanya kepada Allah saya sandarkan seluruh harapan agar kami semua bertemu semula.

Jam 7.30 pagi kami tiba di KLIA. Suasana amat sesak sekali. Kebetulan ia hari pertama cuti sekolah bermula jadi ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Kami bergegas ke kiosk untuk self check-in. Malang, perlu mendapatkan dulu nombor e-ticket. Bergegas pula kami ke kaunter untuk mendapatkan nombor tersebut. Kami dinasihatkan membuat self check in kerana que terlalu panjang. Selesai check in kami beratur untuk drop luggage. Entah dimana silapnya, perkhidmatan MAS terlalu lembab pada hari itu. Tiada kaunter khas untuk check in bagasi sahaja. Samaada anda sudah self check in atau belum, anda perlu beratur bersama-sama. No point to do self check in!

Jam 8.15 pengumuman dibuat kepada sesiapa yang akan ke Jakarta sila ke kaunter F. Aduh, bergegas lagi saya dan A menarik bagasi masing-masing. Melewati jam 8.40 iaitu waktu pintu pesawat dibuka tetapi kami berdua masih beratur… Tiba-tiba pegawai di kaunter menjerit memanggil sesiapa yang ingin ke Jakarta sila ke kaunter. Barulah kami dapat check in. Selesai prosedur, kami diminta terus ke Gate 4 kerana pintu pesawat akan ditutup bila-bila masa. Jam sudah menunjukkan pukul 9. Berlari kami berdua ke Gate 4, lagaknya seperti peserta Amazing Race. Alhamdulillah, kami selamat masuk ke pesawat.

Jam 11.30 kami selamat tiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta. Mas Yana telah sedia menunggu kami untuk dibawa ke Bandung. Kami menaiki kereta Innova yang disediakan pihak PT Saga. Terasa lega perasaan setelah berada di dalam van tersebut. Perjalanan ke Bandung akan mengambil masa 3-4 jam. Sungguh ia hari yang sungguh panjang.

Bunting BIFIS menyambut kedatangan kami
Kami tiba di GRP jam 3.30 petang. Kami disambut mesra oleh Kang Romy, salah seorang urusetia. Tiada yang amat didambakan saat itu, kecuali katil untuk melepas lelah.

Sambil berehat di hotel kami juga menunggu khabar seorang lagi rakan, B yang akan menyertai kami. Beliau datang dengan pesawat AirAsia, terus ke Bandung. Sepatutnya beliau sampai jam 4.45 tetapi kami masih tidak menerima berita dari beliau. Jam 6 kami mendapat tahu dari pegawai atasan, Hj C bahawa B ditahan Imigresen kerana muatan berlebihan. Jadi, kami bergegas ke airport bersama LO kami, Kang Romy untuk membantu B. Lega sungguh bila memandang B sedang menanti dengan senyuman. Kami gusar kerana ini kali pertama B ke Bandung, seorang diri pula. Inilah bahana kerana sepatutnya buku-buku tersebut di courier sahaja tetapi pihak pentadbiran mahu ianya di bawa oleh staf. Nasib baik B tidak ditahan, beliau hanya diminta membayar denda.

Kami pulang ke hotel dan menjamu selera bersama-sama Ibu Ayu, Ibu Sari, Kang Billy dan Kang Hafiz. Romy turut menyertai kami. Ini kali pertama kami semua bersua muka tetapi keramahan dan kemesraan yang di pamerkan menambat hati.

Selesai menjamu selera, kami berpisah ke bilik masing-masing untuk melepas lelah.

Hari Kedua

Kami dimaklumkan bahawa jam 10 akan diadakan mesyuarat untuk mengkoordinasi tugasan antara CERT, SEBI dan PT Saga.

Orang kuat BIFIS sedang bermesyuarat
Jam 10 kami melaporkan diri di bilik sekretariat. Kami bertemu semula dengan Mas Hendro dan Pak Sigit yang telah kami kenali sebelum ini. Mesyuarat di serikan dengan hidangan istimewa masyarakat Sunda. Untuk makluman, populasi terbesar masyarakat Bandung terdiri dari suku Sunda. Mesyuarat berjalan dalam suasana santai sekali.
Hidangan tengahari yang amat lazat
Hidangan tengahari juga disajikan di bilik sekretariat. Sungguh saya kagum dengan cara mereka menjaga kebajikan urusetia dan tetamu. Makanannya amat enak sekali. Saya juga tertawan dengan cara pembungkusan makanan mereka – sungguh menarik dan komersil sekali. Walaupun lauk campur, tetapi makanannya di bungkus kemas di dalam kotak. Nasi dibalut daun pisang, manakala sayur di bungkus di dalam sealed plastic lengkap dengan dessert dan buah sekali.

Persiapan dewan juga mula mengambil tempat sekitar jam 3 ptg. Ianya persiapan yang sungguh mengujakan.

Backdrop sedang disiapkan oleh pekerja-pekerja yang sangat dedikasi
Di malam hari pula diadakan rehearsal bagi emcee. Keadaan agak kurang teratur dan meletihkan kerana terpaksa beberapa kali merombak skrip. Kami juga perlu memastikan tagging yang betul disediakan di dalam holding room dan di kerusi VVIP. Namun, kerana jumlah urusetia yang ramai, kerja dapat dibereskan dengan lebih cepat. Mereka ada coordinator untuk setiap tugasan seperti floor manager, PA system, welfare, usherer, registration dan sebagainya. Berbeza dengan KLIFF, organisasi mereka lebih tersusun. Inilah juga yang saya bisikkan kepada YM Tengku, Dr Daud dan En Aziz agar perkara yang sama dapat diaplikasikan kepada KLIFF.

Hari Ketiga

Meja registrasi dan penyambut tetamu
Hari ini Simposium Antarabangsa Fiqh Keuangan Islam akan berlangsung. Memandangkan masa di Bandung lewat sejam dari waktu Malaysia, kami punya banyak masa sebelum proses pendaftaran bermula.  Semangat setiakawan panitia dan semua pihak yang terlibat memudahkan urusan pendaftaran, sambutan VVIP dan lain-lain. Setiap Ketua panitia dibekalkan dengan walkie-talkie, memudahkan lagi urusan komunikasi.
Mereka memang sungguh berbakat
Satu live band telah diletakkan di penjuru pentas utama khusus untuk menghiburkan tetamu. Ini amat jangkal pada mata kami delegasi Malaysia tetapi suatu yang biasa pada masyarakat setempat. Band ini akan membuat persembahan di setiap waktu senggang – tea break dan lunch time. Antara lagu yang dinyanyikan termasuk Dealova, Isabella, Insha Allah dll.

Majlis pembukaan dilaksanakan oleh Gubernor Jawa Barat sendiri, Bapak Ahmad Heryawan. Beliau fasih berbahasa Arab, English dan semestinya Bahasa Indonesia. Seorang delegasi Malaysia menyatakan kekaguman beliau kerana jarang sekali pemimpin yang mempunyai kebolehan seperti Bapak Ahmad Heryawan. Paluan gong oleh beliau menandakan Simposium ini dibuka secara rasminya.

Sesi seterusnya adalah sesi perbincangan antara ahli-ahli penasihat Syariah antarabangsa termasuk Sheikh Nizam Yaqubi, Sheikh Esam Ishaq, Sheikh Dr Al Olama dan Dr Mohd Daud Bakar. Kemudian disusuli dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh penceramah jemputan dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Untuk malam hari, sekali lagi diadakan rehearsal untuk acara kemuncak iaitu Bandung Islamic Finance & Investment Summit (BIFIS). Keadaan agak terkawal kerana masing-masing telah mendapat pengalaman dari Simposium siang tadi. Pihak urusetia juga mengadakan post-mortem untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan siang hari tadi.

Hari Keempat

VVIP sedang berehat di holding room sementara menunggu majlis bermula
BIFIS sebenar berlangsung hari ini. Sekali lagi Bapak Gubernor sudi menghadirkan diri untuk merasmikan majlis ini. Semuanya lancar sekali.

Gedung Sate - mercu tanda Kota Bandung adalah pejabat pentadbiran Governor Jawa Barat
Pada malam harinya kami bertolak ke Gedung Sate, mercu tanda Kota Bandung yang juga merupakan pejabat pentadbiran Gubernor Jawa Barat. Beliau berbesar hati meraikan tetamu BIFIS ke pejabatnya. Makanan yang disediakan amat menarik sekali seperti bakso tauhu, mee kocok dan lauk pauk tempatan.

Persembahan arumba - Alunan Rumpun Bambu
Juga diadakan persembahan khas arumba – alunan rumpun bambu. Menjadikan kebiasaanya masyarakat Indonesia untuk menggunakan short form bagi perkataan-perkataan tertentu, menjadikan bahasa mereka sungguh unik.

Hari Kelima

Pak Sigit sedang memberikan ucapan penutup BIFIS 2012
BIFIS bersambung untuk hari kedua. Sesi pembentangan dan perbincangan di teruskan untuk hari kedua dan terakhir. Pak Sigit selaku Pengerusi BIFIS 2012 telah memberikan ucapan penutup dan dengan rasminya acara BIFIS 2012 berakhir tepat jam 6 petang.

Pada malamnya kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar kota Bandung dengan ditemani Maria. Beliau membawa kami ke Jalan Riau, Paris van Java dan ke puncak bukit untuk menikmati makan malam. Ianya satu pengalaman yang amat manis. Saya akan kongsikan dalam entry yang lain, insha Allah.

Hari Keenam

Seawal jam 7 pagi kami bersiap untuk bersarapan dan terus check out. Sedang enak bersarapan B datang dan memohon bantuan untuk menguruskan Masterclass. Kami bergegas ke bilik sekretariat. Rancangan awal kami ingin ke Tangkuban Perahu tetapi memandangkan masa terlalu suntuk, kami hanya akan ke Pasar Baru – tempat tumpuan warga Malaysia untuk membeli belah.
Outlet Amanda - malangnya brownies kukus yang menjadi signature menu Amanda habis dijual. Ini menunjukkan peningkatan pelancong dari Malaysia sempena cuti sekolah ini
Jam 8.30 pagi kami bergerak meninggalkan GRP dengan membawa segala kenangan manis yang akan menjadi rakaman peribadi yang amat tinggi nilainya. Kami berputar-putar di sekitar Kota Bandung dan singgah di outlet Amanda untuk mendapatkan brownies kukusnya yang istimewa itu. Malangnya, tiada stok. Bergegas pula ke Kartika Sari untuk mendapatkan banana roll, juga kehabisan. Singgah sekali lagi di Kartika Sari, juga stok banana roll habis. Mungkin tiada rezeki sanak saudara di Malaysia untuk menikmati keenakannya.
Outlet Kartika Sari - banana roll juga habis terjual!
Terus kami menuju ke Pasar Baru, dengan ditemani Maria. Beliau memang handal dalam tawar menawar dan kami Berjaya mendapat harga yang sungguh istimewa untuk kain batik, kain pelekat dan kain batik lepas. Hatta untuk membeli buah salak dan kerepek juga Maria yang menjadi jurucakap dan juru tawar. Thank you Neng!

Jam 11 pagi kami terus bergegas ke Bandara (Soekarno-Hatta Airport) untuk pulang ke KL. Perjalanan yang awalnya lancar mula tersangkut-sangkut setelah menghampiri Kota Jakarta. Macet! Dua jam terakhir perjalanan kami adalah very the very heavy traffic jam, merangkak-rangkak atau pun bumper to bumper. Kesian Mas Yana, keretanya hari ini kereta manual. Sungguh, saya, A &  Hj C sudah kehilangan modal untuk berbual. Masing-masing hanya membisu melayan lelah. Kami sampai di Bandara jam 4.30 ptg, terus bergegas untuk makan tengahari dan seterusnya check-in luggage. Setelah selesai, kami menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak.

Saya sempat membeli sedikit cenderahati untuk keluarga dan teman-teman di kedai Duty Free yang disediakan sementara menunggu panggilan masuk ke pesawat. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan selamat tiba di KLIA jam 10.30 malam, dalam suasana hujan renyai-renyai.

Sekali lagi saya menumpang kereta A untuk pulang kerana anak-anak dan suami masih berada di kampung. Tepat jam 12.30 saya tiba di rumah.

Hari Ketujuh

Suami telah membelikan tiket bas untuk saya pulang ke kampung kerana beliau dan anak-anak masih berada di sana. Ini pengalaman baru bagi saya kerana sudah terlalu lama saya tidak menaiki bas, mungkin hampir sepuluh tahun lamanya. Kali pertama juga saya menaiki bas di Hentian Duta, sebelum ini saya kerap menghantar ibu ke sini.

Sekali lagi saya perlu melalui perjalanan yang panjang, selama 7 jam dari ibu kota menuju ke utara tanah air. Perjalanan saya tersangkut di tol Alor Star (U) dan (S) kerana kebetulan pada hari yang sama diadakan ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya” di Alor Star. Jarak antara kedua tol yang hanya lebih kurang 5km mengambil masa hampir satu jam. Dalam hati saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan urusan kerana saya terlalu rindu menatap wajah anak-anak.

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat kembali ke pangkuan suami dan anak-anak tercinta. Senyuman dan dakapan mesra anak-anak menjadi pengubat rindu.
Kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur panjang, boleh kita berjumpa lagi
Sungguh saya melalui minggu yang amat panjang. Namun hati saya masih rindu dan terkenang-kenang  budi bahasa, tutur kata dan kemesraan warga Bandung. Semoga ketemu lagi Bu Ayu, Bu Sari, Pak Ramram, Mas Hendro, Pak Sigit, Pak Hadian, Romy, Billy, Maria, Mimi, Pak Hendra, Ustaz Taufik, Tina, Yusuf, Rais, Herwin, Ilham, Trisya, Siska, Putri, Dana, Nadia, Pak Dede, Pak Cecep, Dani dan lain-lain. Budi baik kalian amat dihargai.

Sungguh, hati saya tertinggal di Bandung…

sepekan = seminggu...:)