Sunday, 30 August 2015

Nasi Lemak Kukus (Amie's)



Here comes a long weekend for us. I took the opportunity to try out making nasi lemak kukus this morning. This time I used a recipe from Amie's Little Kitchen. Tq k.Amie for the recipe. 


Though the rice is not as soft as I wanted it to be, alhamdulillah it turned out to be a worth effort. It seems that 2 pots of rice is not enough to fill our hungry stomach :) 

The nasi lemak was accompanied with ayam goreng berempah, telur rebus, timun and of course sambal tumis, which I prepared last night. 

Happy weekend and selamat hari merdeka everyone! 


Sunday, 23 August 2015

Stew Ayam Resepi Tengku Puan Pahang



Resepi stew ayam yg sangat sedap ni saya ambil dari blog Azie Kitchen. Menurut k.Azie, resepinya disalin dari sebuah rancangan di TV yg memaparkan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah memasak stew ayam ini. Memang sangat sedap & mudah menyediakannya. 



Untuk memudahkan kerja, saya masak dlm rice cooker. Selain tu daging ayamnya lebih empuk dan sedap. Utk full resepi, please visit HERE. Tqvm k.Azie for sharing. 

Teknik memasak dlm rice cooker ni semakin menjadi kebiasaan saya kebelakangan ni especially bila masak daging@ayam. Saya suka hasilnya bila masak daging/ayam semuanya empuk elok. Time raya hari tu pun 2-3 kali saya buat rendang guna rice cooker je. Pressure cooker takde, rice cooker pun jadilah. Lagipun rice cooker saya ada function buat bubur so kl nak rendang daging tu empuk elok saya turn je button 'porridge' tu. Memang menjadilah. 

Selain teknik memasak yg semakin mudah, nak copy resepi sekarang ni saya buat screenshot je. Tak payah susah2 salin dlm buku. Of course ada setback nya he he. Tapi syok juga bila nak share dlm blog tak payah type semulakan. Senang keja! 

But I wonder juga semakin malas ke mokcik ni? :p

Thursday, 20 August 2015

Memori Haji ~ keperluan harian utk dibawa...


Selain dari keperluan sampingan, keperluan harian tatkala di tanah suci tak perlu dikesampingkan. Saya kongsikan disini berdasarkan pengalaman saya. Namun perlu diingat, setiap individu punya keperluan yg berbeza. Mana yg rasa perlu tu bawalah, yg rasa x perlu sila abaikan. Berat muatan yg dibenarkan hanya 25kg. Pihak airline kita OK tapi disana nanti agent yg dilantik TH utk urusan check-in bag agak fussy. 

OK back to the list;

1. Jubah
Saya hanya bawa 3 helai jubah termasuk satu dipakai semasa berangkat ke Madinah. Selain tu saya bawa sepasang baju kurung pemberian biras saya, KL dan 2 helai blaus beserta seluar dan skirt labuh. Ramai yg menasihatkan agar beli shj jubah ditanah suci, murah2 katanya. Namun saya fikir lebih baik bawa 4-5 helai sbg pakaian harian di sana terutama bg mereka yg biasa pakai jubah dan ada banyak koleksi jubah. Saya rasa ralat terpaksa beli 2 jubah utk di pakai di sana. Harganya tidaklah murah SR30-50 sehelai bg yg biasa2. Ralat sbb saya ada byk jubah di rumah yg boleh dipakai di sana jadi rasa rugi beli. Mujur saya tinggi jadi tidak perlu nak potong @ jahit bahagian bawahnya. Satu kerja pulakkan? Tapi jika nak beli jubah yg cantik2 utk special function mmg berbaloi beli di sana. Lebih murah jika dibandingkan di sini. 

Jika anda tak biasa berjubah boleh saja berbaju kurung. Cuma baju kurung mungkin perlu lebih ruang sbb ianya 2-pcs garment. Utk blaus tu rasanya cukuplah jika bawa sehelai T-shirt lengan panjang utk dipakai sbg basahan. 

2. Telekung
Saya bawa 2 helai telekung putih dan 2 helai telekung berwarna (gold & turquoise) serta sehelai kain sembahyang, utk dipakai bila bersolat di bilik atau surau hotel. Jika nak ke masjid, cukup sekadar bertelekung bersama jubah & stokin. Mudah utk bergerak. Berdasarkan pengalaman saya, telekung putih lebih sesuai utk kita org Malaysia. Selain disangka jemaah haji dari Indonesia @ Thailand, terasa agak ganjil bila saya berada dikalangan jemaah senegara sbb telekung color sgt outstanding warnanya bila bersama mereka yg bertelekung putih. Saya bawa telekung berwarna kononnya supaya mudah suami cari bila ramai2 kan... tapi sekali tu saya tunggu suami di tempat yg dijanjikan sambil tersengih2 melambai kpdnya tapi dia x perasan saya sedangkan saya satu2nya jemaah yg pakai telekung turquoise ketika itu! Mujur juga saya pakai niqab, idaklah malu sangat :p

3. Tuala
W/pun nanti kita ditempatkan di hotel jgn lupa bawa tuala. Pihak hotel tidak menyediakan tuala mahupun toiletries. Saya bawa 2 helai towel sbb dah jadi kebiasaan menukar tuala seminggu sekali sekurang2nya.

4. Kasut
Cerita kasut paling best. Saya bawa 3 pasang kasut; kasut sukan utk melontar, kasut casual utk ziarah dan sandal bertumit utk urusan harian. Sandal ni w/pun bertumit tp sgt comfortable. Sewaktu di Madinah semuanya lancar sbb tinggal dekat dgn masjid (60m) shj. Tapi di Mekah jarak dari hotel ke Masjidil Haram 750m, antara yg terdekat dgn masjid. Seminggu berulang alik ke masjid, tumitnya lekang! Terpaksalah saya beli sandal ala Asadi sbg ganti. Alhamdulillah sandal ni mmg tahan sampai skrg boleh digunakan.

5. Kain batik
Kain batik biasanya dipakai sewaktu bersantai di dlm bilik juga utk kain salin ke bilik air. Juga sbg kain basahan. Saya bawa 3 helai termasuk yg dihadiahkan oleh kerajaan negeri. 2 helai sudah memadai.

 6. Tudung ziarah @ mini telekung
Saya bawa 2 helai, warna hitam & putih dan kedua2-nya ready solat. Kadang2 kalau cuaca terlalu panas, saya pakai tudung ni saja ke masjid. Tudung ni ada dijual dikedai yg menjual keperluan haji & umrah. Ianya juga sesuai dipakai ketika ziarah dan sesi ceramah atau taklimat.

7. Stokin kaki/lengan
Pembimbing ibadah haji yg kebanyakan Ustaz/ustazah sentiasa menekankan kepentingan memakai stokin kaki & lengan agar aurat benar2 terjaga. Hatta ke bilik air semasa di arafah & Mina juga! Jadi elok sediakan stokin utk keperluan ini. Lagipun di sana banyak debu. Elok sediakan sepasang stokin basahan supaya stokin solat kekal bersih.

8. Tudung basahan
Bawa juga sehelai tudung basahan utk pergerakan kita di hotel (ambil makanan, ke ampaian dsbnya) juga sewaktu di dlm khemah di arafah & Mina.

9. Stock makanan/minuman
Kami bawa banyak biskut dan minuman 3-in-1. Kononnya utk bekalan sewaktu di masyaier. Tapi makanan yg dibekalkan oleh pihak muassah memang banyak. Biskut, buah, air kotak, 3-in-1, maggi semua ada. Kedai runcit di sana pun ada menjual keperluan2 ni.

Tak payahlah bawa stock macam kami ni ye :p

10. Ubat
Kami dulu bawa vaselin sorang 2 botol tapi suku botol seorang pun tak habis. Amalan menyapu losyen setiap malam banyak membantu saya mengatasi masalah tumit kering & merekah. Utk mengelakkan bibir kering pula,  saya banyak minum air zamzam. Time ni la nak minum sepuasnya air mukjizat ni. Utk ubatan lain panadol mungkin paling berguna selain herbal candy utk batuk. Klinik disediakan di setiap maktab jadi tak perlu risau bab ni unless u need a specific ubat for yourself.

Strepsil tu mmg perlu. Tisu x payahlah kat sana pun ada :)

Harap dapat membantu, insha Allah.
Jumpa lagi! 

Monday, 17 August 2015

Memori Haji ~ Hari ini setahun yang lalu...



2 Zulkaedah 1434H

Awal kami bangun pagi itu. Malah semalaman hampir tak lena tidur krn hati gundah dan sedih nak meninggalkan permata hati kami. Dlm masa yg sama juga rasa tak sabar utk menjejakkan kaki ke tanah suci. 


Selepas menghantar Balqis ke nursery yg baru semalam dikenalinya, saya menolong Umi di dapur sedikit sebanyak. Umi menyediakan nasi lemak utk dijamu kpd jiran tetangga yg akan turut mengucapkan selamat jalan kpd kami. Jadual penerbangan kami ditukar dr jam 9.30 pg ke 4.30 ptg. Tidaklah terlalu kelam kabut. 

Bacaan doa selamat diketuai oleh Ustaz Rahman. Sambil kusyuk mengaminkan doa yg dibaca airmata saya berjuraian. Sebak nak berpisah dgn anak2. 

Perkara yg sama berulang saat bersalaman dgn anak2 dan anggota keluarga yg lain :) bila azan zohor berkumandang baru kami mendaftarkan diri, antara yg terakhir. Kami diberi tag nama, beg sandang juga sticker yg mengandungi info tempat penginapan, no bas dll. Seterusnya kami menimbang bagasi,  melalui pemeriksaan imigresen dan kesihatan. Semuanya lancar lalu kami menunaikan solat di dewan yg disediakan. 

Memandangkan kami adalah kumpulan jemaah pertama dari negeri Kedah, kami diraikan dalam satu majlis istimewa. Tetamu khas adalah YAM Tengku Temenggung Kedah, Tengku Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah adinda kpd SPB Yang diPertuan Agong, bersama isteri. Setiap dari kami dihadiahkan sehelai kain sarung oleh kerajaan negeri. Usai majlis, kami bergerak menaiki bas ke lapangan terbang. Terasa istimewa bila bas kami diiringi oleh polis trafik juga lambaian ahli keluarga jemaah sepanjang perjalanan yg jaraknya hanya sekitar 1 km. 


Jam 4.58 kami berlepas ke Madinah dgn pesawat Boeing 777 diketuai oleh Kapten Datuk Nordin dgn dibantu Kapten Edy. Tidak dinafikan hati terasa cuak krn tragedi MH370 dan MH17 yg berlaku sebelumnya. Namun kami bertawakkal hanya kepada-Nya. 

Sekitar jam 9.30 kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Madinah, direct flight. Urusan imigresen sangat lancar. Begitu juga perjalanan kami dari airport ke hotel. W/pun melalui hari yg panjang kami seolah-olah tidak berasa keletihan. Mungkin kerana rasa teruja & gembira menjadi tetamu Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah.



Kami ditempatkan di Hotel Al-Haram yg terletak hanya 60 meter dari Masjid Nabawi. Saya ditempatkan di suite 2 bilik di hotel tersebut. Saya berkongsi bilik bersama dua org warga emas, Tokyah (75 thn) dan Makcik Intan (65 thn). Bilik satu lagi pula dihuni oleh 4 jemaah dari Pendang. Mereka berenam mempunyai talian kekeluargaan. Suami pula berkongsi bilik dgn 5 jemaah lain di aras yg sama. 

Sebagai menghormati Baginda Rasullah SAW juga krn rasa rindu yg tak tertahan utk mengunjungi Baginda, kami ke masjid Nabawi malam itu juga. Klik di SINI utk catatan seterusnya.



Sebak bila terpaksa membuang susu yg dipam ke dalam sinki. Bagi ibu yg menyusu memang perlu kekuatan mental yg tinggi bila terpaksa berjauhan dgn anak kecilnya. Namun bila difikirkan bahawa kerja haji adalah satu pengorbanan berlapang dadalah. Anak hanyalah pinjaman sedangkan Dia adalah lebih patut dicintai melebihi segalanya.

Jumpa lagi insha Allah.

Tuesday, 11 August 2015

Memori Haji ~ sumbangan penaja...


Bermula Ahad ini, mereka yg terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini akan mula berangkat ke tanah suci. Bagi yg mengambil peberbangan awal pastinya segala kelengkapan sudah disiapkan.  Manakala yg memilih penerbangan akhir masih ada masa utk menyiapkan kelengkapan. 

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang keperluan2 yg elok dibawa semasa menunaikan haji. Kali ni saya nak kongsi pula barangan yg disumbang oleh Sahabat Korporat TH. Dulu kami tercari2 juga beberapa barangan spt uncang kasut dan batu (utk melontar) tetapi Alhamdulillah ada yg menaja. 

Cabin luggage, sejadah & uncang dari Maybank Islamic.
Bag ni yg digunakan utk ke Arafah & Mina

Mini fan dr Bank Rakyat. Pakai bateri. Bawalah ke Arafah & Mina.
Elok juga bawa kipas tangan sbb di Arafah panas
terutamanya di dlm khemah

Hadiah dari CCM. Hari2 telan utk stamina.
Balik dari tanah suci masih berbaki :)


Water spray utk wudhuk & torch light dari TM.
Jgn lupa water spray ni, mudah utk berwudhuk ketika dlm masjid
atau sekadar spray dimuka tatkala mengantuk.

Krim kaki, minyak cap lang &  ubat batuk  ( candy).
Saya bawa vaselin & losyen utk kegunaan bibir & kaki merekah

Hand wash, wipes & sabun antabax.
Bag galas tu saya sumbat bantal busuk Balqis sbg peneman tidur :) 
P/s: insha Allah I'll blog about my experience as a BF mom menunaikan haji in the next entry.

Uncang kasut & uncang batu tajaan Nationwide

Buah tangan dari Colgate


Simcard Mobily. Simcard ni hanya boleh digunakan di tanah suci.
Try kat Jitra be4 berangkat ke tanah suci langsung tak function. Sampai di Madinah sekali on je dah function.
Sumbangan Takaful Malaysia. 

Face towel from Exim Bank.

Selain tu ada juga sumbangan dari Bank Muamalat, goodie bag berisi majalah dan makanan ringan di atas flight.

Bagi yg ada ibubapa atau datuk nenek yg dah berusia, jika ada masa buka & tunjukkan kpd mereka apa yg ada dlm cabin bag tu. Ada dikalangan warga emas ni yg tak tahu apa kegunaan brg2 yg disumbangkan tu. Ada yg mengangka hand wash tu krim muka, juga ada yg hampir menelan myk cap lang kerana disangka ubat batuk! Juga kalau rasa ada benda yg x perlu dibawa, keluarkan dari bag. Sekurang2nya tidak terlalu berat utk mereka mengusung ke sana ke mari.

Saturday, 8 August 2015

Memori Haji ~ keperluan yg sering terlepas pandang...


Siang tadi kami memenuhi jemputan kenduri kesyukuran seorang teman yg akan berangkat ke tanah suci bulan depan. Kami tak dapat berbual panjang kerana sbg tuan rumah beliau perlu melayan tetamu2 yg hadir ke kendurinya. 

Untuk memudahkan dia saya titipkan beberapa perkara utk rujukan. Moga ada manfaat. Saya kongsikan beberapa keperluan harian yg perlu dibawa ke tanah suci kelak, yg sering kali terlepas pandang. W/bagaimanapun senarai keperluan ini lebih relevant utk jemaah muda ( berusia dibawah 40 tahun) berdasarkan pengalaman peribadi saya mengerjakan haji tahun lepas. 

1. Minyak aromatherapy @ losyen
Saya sangat gembira bila sahabat saya, KJ menghadiahkan set aromatherapy yg mengandungi sabun, bath foam & minyak sebelum berangkat ke tanah suci. Minyak aromatherapy ini saya gunakan setiap malam sblm tidur. Bila berjauhan dgn anak ketika itu saya jadi susah utk tidur. Puas pusing kiri kanan baru lena. Minyak aromatherapy ni sekurang2nya membantu memudahkan kita tidur. Selain tu losyen juga elok disapu terutamanya pada kaki sbb kita byk berjalan disana. Dapatlah menghilangkan lenguh2. Saya bawak losyen baby Balqis & losyen mustajab. Bagi warga emas mungkin minyak angin lebih sesuai.

Hadiah yg sgt sesuai utk bakal haji

2. Panty liner & pad
Benda alah dua ni ada dijual di sana tapi harganya lebih mahal. Seeloknya bawak bekalan yg mencukupi terutamanya panty liner sbb kita akan sgt memerlukannya.  

3. Cangkok S
Cangkok S ni penting utk kita gunakan terutamanya di masyaier (Arafah & Mina). Jika ke toilet masukkan keperluan mandian ( berus gigi, sabun, baju salin dsbnya) di dalam plastik bag. Sangkut dipintu toilet dgn bantuan cangkok S ni. Bilik air/toilet disini bukan macam toilet di R&R kita. Ia hanya digunakan setahun sekali jadi tidaklah diselenggara dgn baik. 

4. Tali penyidai
Yg ni terpulanglah... tapi keperluan membasuh baju di tanah suci agak tinggi. Kita tinggal di sana lama jadi nak tak nak mmg perlu basuh baju. Seeloknya bawa tali utk dijadikan ampaian. Boleh aje sangkut di tangga. Tapi berebutlah he he... dobi di tanah suci dikira mengikut helaian, bukan kilo. Sehelai dlm 7-8 riyal. Kami hanya menggunakan khidmat dobi utk mencuci kain ihram B. Cloth hanger boleh dibawa atau beli saja di sana. Kalau rajin boleh saja sidai pakaian di roof top. 

Pantry yg dijadikan bilik sidai baju. Inilah gunanya tali tu ye

5. Baju tidur yg sesuai
Saya bawa 2 helai T-shirt dan sehelai seluar tidur.  Berdasarkan pemerhatian rasanya kaftan lebih sesuai utk dibawa. Kaftan kan 1-piece garment so boleh jimat ruang bagasi dan ianya amat selesa utk dibawa tidur atau dipakai waktu senggang di bilik. Kesilapan saya bawak T-shirt body fit jadi rasa segan pulak bila berkongsi bilik dgn warga emas. Seksi u! Dlm fikiran saya baju tu hanya utk dipakai tidur. Lupa bahawa bukan sepanjang masa kita berada di masjid dan bertelekung. 

6. Sport shoes
Ini keperluan penting terutama ketika melaksanakan ibadah melontar. Jarak perjalanan sekitar 8km pergi balik dari khemah ke jamrah jadi amat penting utk memakai kasut yg sesuai. Tolonglah jgn pakai kasut bertumit even 1/2 inci pun. Bagi warga tua harap anak cucu dapat belikan kasut flat utk kegunaan mereka. Sport shoe yg saya bawa jenis sarung bukan bertali mcm kasut jogging tu. 

7. Bahan bacaan
Selain buku nota haji yg digunakan semasa  kursus bersiri haji, bawalah bahan bacaan lain utk rujukan spt buku DOA, buku solat2 sunat juga buku agama lain terutama berkaitan haji. Antara buku yg kami bawa ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat. Saya khatam buku ni sewaktu 'period' disana. Sekurang2nya boleh dimanfaatkan waktu cuti tu...selain tu saya juga bawa Quran kecik beserta terjemahan. Selesa guna Quran sendiri boleh dibawa kemana-mana. Time cuti boleh khatam terjemahannya. 

8. Makanan kering ~ sambal, serunding dsbnya
Untuk hari biasa rasanya tiada masalah bab makan minum. Menu yg disediakan kebanyakannya boleh diterima dek tekak. Kalau x lalu pun ada kafe maktab juga kedai makan berhampiran hotel. Ada juga masyarakat Pattani yg menjual makanan di kaki lima. Yg ni kena hati2 jika nak membeli sbb saya pernah terkena lauk basi. Berlainan di Arafah & Mina. Jika ada yg menjual makanan pun spt kebab & roti sahaja. Itupun sukar utk membeli sbb terlalu ramai jemaah. Demand over supply. Pihak muassah memang sediakan food spt biasa sepanjang masyaier tak perlu risau. Cuma jika ada lauk tambahan spt serunding atau sambal bilis kering lebih berselera makan. Kita perlu banyak tenaga utk ibadah melontar jadi kena makan. Pagi 10 Zulhijjah (raya haji) kami hanya disajikan dgn nasi putih dan telur rebus utk sarapan. Ramai yg tak lalu makan. Bukan cerewet tapi sbb takde sambal. Mujur teman sekhemah, Hjh Amy bawa bekal serunding & sambal bilis kering, lajulah kakjah makan :)

Hidangan pagi raya haji

9. Krim
Jika anda melazimi pemakaian krim muka, bawalah extra stock. Kat sana harga sekali ganda lebih mahal. Krim muka penting sbb cuaca di tanah suci lebih panas terutama waktu siang. Begitu juga ubat gigi, pun mahal. Berbelas2 riyal utk tiub besar. 

11. Mug air panas
Keperluan air panas agak tinggi di masyaier. Dapur pula agak jauh dari khemah. Kadang tu terpaksa berpapasan dgn jemaah lelaki. Utk kemudahan bawalah mug yg stainless steel tu supaya senang. Muassah hanya sediakan cawan plastik utk setiap jemaah. Jika ada mug stainless steel tu air lebih tahan lama panasnya dan jika saiznya besar boleh isi banyak air panas. Boleh disimpan atau share dgn rakan sekhemah. Saya kesian dgn warga emas sbb kebanyakannya teringin nak minum air kopi/ Teh tapi tak berani atau segan nak ambil air panas. Ada yg takut sesat.  Time ni la jemaah muda boleh bantu, share atau dapatkan air panas utk mereka.

Banyak lagi yg ingin saya kongsi. Insha Allah ada kesempatan saya coretkan. Jika ada personal enquiries please leave your comment and email address. Insha Allah saya bantu mana yg boleh. 

Monday, 3 August 2015

Raya raya raya...



Weekend lepas beraya sakan kami. Dari pagi ke petang asyik beraya. Selain dapat bertemu sanak saudara rakan taulan yg best dapat makan macam2. Tapi bila nak tidur muhasabah balik rasa 'ngeri' plak macam2 masuk ke perut. Kesian perut kena kerja keras selepas sebulan rehat.

Sebelum bertolak ke Kajang sabtu pagi tu sarapan nasi minyak, ayam goreng & dalca. Nasi minyak ni saya masak utk jamu ofismate B yg dtg beraya jumaat malam tu. Masak 3.5 pot tapi bila tengok berselera beno depa makan, saya masak lagi 2 pot standby. Yg standby ni la jadi rezeki sarapan kami.

Di rumah AP kami dijamu mee goreng, nugget & Teh O. Makan lagi....
Sepatutnya kami ke sg chua tapi dek kerana majlis akan bermula jam 1, kami terpaksa excuse sbb byk jemputan lain menanti. Nak kejar masa. Terus balik ke Gombak.

Kami lunch di rumah Taufik, yg mengadakan kenduri tahlil & majlis pertunangan adik iparnya. Makan nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang daging, kuih 2 ketul & sate secucuk. Juga 2 gelas Teh tarik.

Ada lagi lepas tu... singgah rumah jiran, sempat juga jamah lemang 2 ketul & rendang daging. Balik rumah terus tidur kekenyangan :)

Dinner tak mlm tu? Of course, nasi lagi you :)

Ahad pula saya buat nasi goreng simple je utk breakfast. B beli nasi lemak bungkus sorang satu tp sy makan sikit je, sekadar rasa je.

Then we off to rumah Paksu. Maksu sediakan mee kuah, kuih karipap & pulut seri muka juga buah mangga. Saya makan semua kecuali karipap. He he...

Kemudian ke section 2, ziarah Ani yg baru bersalin. Ingat nak singgah kejap je tapi she asked us to stay for lunch. Shahrul dah keluar beli nasi Arab daa... makan le lagi lamb mandy. Ikut hati nak tambah lagi sbb lamb tu sedap tapi sbb nak 'simpan perut' utk ke rumah Incik Bos hubby  (EH) makan sikit je la...konon!

Sampai rumah EH mmg dah kenyang. Nasi Arab kan cepat kenyang. So makan kek coklat, nasi impit & rendang juga pulut kuah durian je (?) He he... Itupun share dgn Mak & anak2. Main menu nasi ayam. Abang je pulun makan bertambah-tambah.

Ikutkan kami ada jemputan di Wangsa Maju tapi skip yg ni. Sebab janji dgn AP nak beraya di rumah Paktam. Kena dahulukan keluarga la kan... Terus kami ke Sg Buloh. Saya makan soto & aiskrim je kat rumah Paktam. Perut dah full and badan pun dah penat. Rasa nak balik rumah berehat je. Open house jiran belakang rumah pun kami tak larat dah nak pegi.

Itulah cerita raya kami minggu lepas. Hujung minggu ni dah ada jemputan menunggu. Rezeki jangan ditolak kan?


Koleksi Pakaian Tradisional Versi Moden by Zalora you!


Dah masuk pertengahan syawal tapi kemeriahannya masih terasa kan? Sana sini ada open house. Bila nak ke open house tu mestilah nak bergaya kan? Sekarang dah senang, 'just a click away' je kata Mak den :) macam kat Zalora tu macam2 pilihan yg ada... designers' collection pulak tu.

Baaaanyak sangat choice sampai rambang mata, dari kurung tradisional hinggalah ke jubah. Sekarang memang trend kan orang pakai jubah or long dress/maxi. Designers pun berlumba2 merekacipta design yg meletop semuanya. Cer tengok koleksi baju kurung hasil sentuhan pereka-pereka seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Nurita Harith dll yg semuanya cantik menarik memang dabomm :)

Namun rekaan baju atau pakaian tradisional yg lama (asal) tak harus terus dilupakan. Tiada yg lama tiadalah yg barukan? Jom kita imbas semula rekaan asal koleksi pakaian tradisional kebanggaan kita sebelum diberi sentuhan moden; 


Cuba tengok yg kiri tu rekaan baju kurung pesak yg asal. Rekaan ni memang evergreen kan, sejak zaman berzaman dipakai oleh wanita di Malaysia. Di sebelah kanan tu rekaan baju kurung versi moden. Bajunya kebih singkat dan rekaan kain pun sedikit berbeza. Kurung pesak biasanya regu dgn kain susun tepi kan. Itulah evolusi mengikut zaman. 



Haaa.... yg ke-2 ni pula rekaan baju kurung moden tahun lepas (sebelah kiri) dan rekaan baju kurung moden terkini utk tahun ni, berpotongan ala kimono (sebelah kanan). Kimono-inspired style ni trending untuk tahun ni kan? Kalau tak silap masa akad nikah Syarifah Sakinah hari tu besties dia semua pakai baju kimono style ni; Marsha, Jihan, Elfira dll. Macam comel je kan... 


The third one is my favourite, jubah. Dulu, rekaan jubah adalah loose & straight sot gambar sebelah kiri. Now pelbagai koleksi jubah moden spt gambar sebelah kanan mewarnai dunia fesyen tempatan. Tinggal nak pilih je ikut citarasa empunya badan. Yang penting ukur baju di badan sendiri ye.

Invitations utk open house for this weekend pun dah start coming in, mokcik nak kena cari baju jugak ni :) 

Jom shopping!