Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Sunday, 21 March 2021

Rodeo Steak House & Grill,, Prima Sri Gombak ~ Dinner sempena Bday Tok Ayah

Family Jitra ber-shell out lagi di rumah Tok Umi sempena birthday Tok Ayah. Mungkin taknak kami terasa hati, Tok Umi minta Ummi order shell out juga. Tapi, sebab baru je Ummi buat shell out minggu lepas, kami pilih menu Western untuk raikan permintaan Tok Umi. Tok Umi yang nak  sponsor pun :D 

Kami ke Rodeo Steak House di  Prima Sri Gombak. Pilih yang dekat je sebab esok hari sekolah. 

Menu masing-masing pilih...


Abang dah tak suka bergambar ... Dah besarkan :p



Pilihan Walid (atas) dan Ummi... Spaghetti Bolognese ni tapau bawak balik. Habiskan makanan anak-anak dulu...

Tak tahulah sebab penat ke, masih kenyang ke, tapi semua makanan ni rasa biashe-biashe je di tekak Ummi. Yang paling sedap and highly recommended pun chicken chop yang Kakak order tu. 

Walaubagaimanapun service, ambient kedai, layanàn staff semua memuaskan hati. Tempat tak crowded jadi selesalah nak makan. Dari segi harga juga berpatutan. Boleh datang dan cuba sendiri makanannya 🤗 

Selain menu Western, ada juga hidangan nasi putih dan lauk-pauk salai. Ini baru ni...first time datang dulu takde set nasi putih ni. 

Cantik hiàsan di dinding kedai. Ada topi koboi, pistol dan meaningful quotes yang dibingkai dan dijadikan hiàsan dinding. 

This one really captures my heart ♥️

Thank you Tok Umi belanja 😘

Rodeo Steak House & Grill
No 78 SG 3 Prima Sri Gombak
68100 Sri Gombak
Selangor 

Wednesday, 16 December 2020

Cendol Pak Samat, Kuala Kubu Bharu

Selepas check out dari GIBS Ecotourism Resort, kami terus menghala ke Kuala Kubu Bharu (KKB),, kira-kira 30km dari situ. Hajatnya nak makan asam pedas yang dikatakan terkenal ada dijual di Dataran KKB. Malangnya satu kedai pun tak dibuka di medan selera tersebut, padahal jam sudah melepasi 11.30 pagi.

Terus kami menghala ke pekan KKB. Berhadapan Masjid Jamek Al Rahimah, nampak sebuah kedai makan yang punya parkir yang luas. Terus kami singgah. Nama kedainya Cendol Pak Samat. 


Menarik menu yang disediakan oleh kedai ni. Persekitaran kedai juga bersih dan selesa. Pilihan makanan yang disediakan ialah 'ala carte', ready made spt nasi ayam, nasi lemak dan nasi set (nasi putih + ikan/daging salai/ itik masak lemak + ulam) serta pelbagai jenis minuman. Semestinya ada pelbagai jenis cendol. Ada juga jualan goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih di pintu masuk kedai.



Konsep layan diri. Kita order, bayar,  diberi nombor giliran pesanan dan tunggulah hingga pesanan siap. Macamana nak tahu pesanan dah siap? Sentiasa pandang papan nombor giliran yang disediakan. Ala, macam pergi bank tu... Tunggu nombor naik baru ke kaunter ambil makanan atau minuman yang dipesan. 

Service sangat pantas. Walaupun kami order 4 pinggan nasi goreng pelbagai jenis dan nasi ayam, semuanya siap hampir serentak. Tidaklah sorang dah dapat makan, sorang lagi pesanannya belum sampai.

Mestilah wajib cuba cendolnya. Sedap! Sedang elok rasa manisnya, Ummi suka. Cendol biasa ni harganya RM2.50 semangkuk. 

Nasi ayam pilihan Ummi. Kongsi dengan Adik. 

Nasi goreng cili padi ni pilihan Kakak. Angah dah makan separuh pinggan baru perasan, depa dua tertukar nasi haha... 
Jumlah keseluruhan RM46. 70 untuk 4 pinggan nasi goreng, 1 set nasi ayam, 2 mangkuk cendol, 3 gelas teh O ais, 1 gelas Milo ais dan 2 gelas air suam. Bagi Ummi harganya berpatutan dengan rasanya, portion-nya, service dan ambience kedai yang bersih selesa. Kedai ni juga patuh SOP norma baharu. Tak sesak dan ada penjarakan sosial yang buat kita rasa selesa tanpa perlu bersentuhan atau bersesak dengan pelanggan lain. 

Sedap, memuaskan dan portion mengenyangkan dengan harga yang berbaloi. Service pantas dan para pekerja semuanya efficient. Kawasan parkir pun luas, usah risau. Highly recommended untuk yang datang ke KKB.

Cendol Pak Samat
Pusat Aktiviti Masjid Ar-Rahimah
Jalan Pahang 
44000 Kuala Kubu Bharu 
Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 016 280 7247



Monday, 5 October 2020

Makan Malam bersama Jaja & Family di Restoran Asam Pedas D'Kukus, Pontian

Ada lagi episod Pontian yang tertinggal 😅

Ada satu malam tu kami dijemput oleh Jaja untuk keluar makan malam. Siapa Jaja? Jaja ni anak angkat Tok Umi. Ummi selalu dengar nama Jaja disebut oleh Tok Umi tapi belum pernah bertemu muka. Jadi, kesempatan yang ada ni kami manfaatkan untuk bersilaturrahim. Walaupun baru pertama kali bertemu, Jaja dan suaminya sangat mesra. Rasa macam dah lama kenal. 

Kami bertemu di Restoran Asam Pedas D'Kukus, ikut cadangan Jaja. Suami Jaja orang Pekan Nenas dan Jaja orang JB jadi depa lebih arif memilih tempat. 

Yang terkenal di restoran ni ialah nasi kukus bersama lauk asam pedas. Pilihan ikan ikut selera kita, seperti di kedai ikan bakar. Tapi, memandangkan kami sekeluarga dah dinner sebelum Maghrib tadi, Ummi hanya pesan roti telur. Kata Jaja, roti canai, roti telur dsbnya sentiasa ada, dari pagi hingga ke malam. Elok sangat untuk kami yang dah makan berat tadi. Anak-anak pula berkongsi nasi goreng. Tak makan langsung takut nanti kecil hati pula tuan rumahkan? Jaja dan family pula pilih kue tiau goreng dan nasi putih berlauk tomyam untuk anak-anaknya. Alhamdulillah sedap-sedap makanannya. Portion pun besar. 



Selain balik dengan perut kenyang, kami bawa bersama kenangan manis pertemuan pertama dengan Jaja sekeluarga. Baik budi, ramah tutur kata sentiasa dalam ingatan ❤️ Patutlah Tok Umi selalu sebut-sebut nama Jaja ni, baik orangnya. 

Buah tangan dari Jaja untuk kami. Rasa 'kerdil' dengan kebaikan depa. 

Disebabkan tak rasa signature dish di restoran ni, esoknya sebelum bertolak balik ke Gombak, kami lunch dulu di sini. 


Kali ni baru rasa keenakan asam pedasnya. Kami pilih siakap seekor untuk dimasak asam pedas. Telur dadar dan sayur campur sebagai pelengkap hidangan. Padu! 


Letak kicap sikit dekat nasi tu, fuhh 😋

Harganya sangat berpatutan, sekitar RM50 - 60 untuk hidangan ni beserta nasi putih (6 orang), sepinggan nasi goreng kampung dan air sirap satu jug. Alhamdulillah, kenyang dan berbaloi. 

Ada kesempatan ke Pontian lagi, memang nak repeat :) 

Monday, 14 September 2020

Birthday treat ~ Restoran Mohd Chan, Taman Melawati



Birthday-nya last month tapi baru semalam birthday boy sempat belanja makan :) Sibuk, travel sana travel sini hihi...

Disinilah kami lunch semalam

Restoran Mohd Chan cawangan Melawati.

Menu yang disediakan... Kami pilih set A dan air jug; ice lemon tea. Kalau nak order individual menu pun boleh.


Dari segi ambient biasa-biasa je pada Ummi tapi dari segi service dan layanan staff wajar dapat pujian. Masa menunggu tak lama pun.


Sementara menunggu tu order pau, penuhi keinginan si hantu pau. Siapa lagi kalau bukan Angah. Sedap dan lembut paunya. Inti pun sedap. Paling Ummi suka pau kacang merah. Harga sebiji RM2. 20.

Yes, lauk dah sampai. Bismillah...


Alhamdulillah sedap-sedap belaka bagi tekak kami. The star of the day was Siakap Stim Limau, 5 bintang. And surprisingly, 4-season veges tu pun licin Abang kerjakan hihi... Selalu mana dia makan bendi, kacang panjang, kacang botol & terung... Sayur berdaun macam bayam or carrot tu dia makanlah. Ummi pun suka sebab kacang2 tu semua crunchy. Mungkin teknik masakan kot sebab bendi pun sedap je, tak lembik dan berlendir. Lagi satu, bahannya segar sebab boleh rasa manis sayur--sayuran tersebut.

Butter prawn ni udangnya segar. Rasa manis dan firm isinya. 



Ayam kam heong pun sedap sangat. Sampai menjilat pinggan orang kata :p

The one and only least favourite was crabmeat soup. 


Tapau bawa balik, habislah juga. Tak baik membazirkan.

Dessert of the day, percuma aje. Tak tahulah nama kuih ni. Ada dalam menu tapi lupa. Intinya kacang merah.


Harga makanan boleh tahan, sesekali bolehlah... Ini pun pilih set paling murah haha... RM165 + air RM18 + pau 6 biji + tax lagi, berapa tu? Tapi, dari sudut lain kenangan yang tercipta itu yang lebih mahal nilainya.

Apapun syukur atas nikmat yang diberi. Terima kasih daun keladi Walid ❤️


Thursday, 15 August 2019

Cerita makan-makan dan Sup Tulang Noxxa


Isnin petang selepas Asar kawan-kawan Walid mula tiba. Dua orang datang bersama keluarga manakala seorang datang sendirian. Selain mereka, kami juga menjemput keluarga Zahra dan Aisyah. Acara makan kecil-kecilan sahaja.


Menu utama bihun sup Kedah style. Ummi masak sup daging korban dan celur mee dan bihun. Rencah lain cuma daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan bawang goreng. Sos merah Ummi tak sempat buat. Cuma sediakan sos cili dan sos cili Thai. Selain tu Ummi masak Nasi Tumis Pandan, sambal tumis bawang, ikan bilis dan telur rebus. Timun lupa nak potong! Agak kalut sedikit petang tu jadi saja yang tertinggal :(

Sup Tulang Noxxa Style 


Untuk sup daging/tulang tu Ummi rebus dalam Noxxa PC selama 35 minit. Kemudian Ummi panaskan minyak dalam periuk lain dan tumis bawang, halia serta rempah ratus. Sengaja Ummi tak masak terus dalam Noxxa sebab Ummi tidak mahu kuah yang terlalu berlemak dan berminyak dengan air rebusan daging/tulang tersebut. Nisbah air dan air rebusan daging yang Ummi gunakan ialah 3:1. Ummi letak air banyak-banyak untuk dapatkan kuah yang cair. Jangan lupa masukkan sup bunjut. Untuk perisa, Ummi letak 2-3 ketul kiub lembu. Bila kuah sup dah sesedap rasa, Ummi masukkan semula ke dalam Noxxa. Sebelum tu Ummi keluarkan daging dan baki air rebusan. Yang tinggal dalam Noxxa hanya tulang 'gear box', bahagian yang Walid dapat sebagai petugas korban. Kemudian daging yang direbus tadi Ummi hiris kecil dan top-up dalam kuah bila perlu. Sengaja Ummi buat begitu untuk mengelakkan daging terlalu empuk bila periuk Noxxa dibiarkan dalam mode 'keep warm'.

Persembahan pidato dari Adik Nadeen 😁


Seronok Ummi bila melihat tetamu berselera menjamah hidangan yang disediakan walaupun semuanya serba sederhana. Apa daya, waktu persiapan agak singkat, ini sahaja yang mampu kami sediakan. Kalau ikutkan hati, Ummi nak tempah kuih dan sebagainya tapi sebab 'last minute' takut menyusahkan orang pula. Musim raya masing-masing ada hal... 

Terima kasih kepada semua yang hadir. Ada rezeki kita jumpa lagi naa...

Monday, 23 July 2018

High Tea, Mini Reunion & Raya Gathering all in one



Nak kata beraya tu rasanya tak sesuailah sebab bulan Zulqaedah pun dah hampir separuh. Ianya lebih kepada gathering aka mini reunion untuk kami warga Certianz.

Tuan rumah untuk gathering ni Fang, bff Umi. Rezeki kami berdua dapat kerja sebumbung lepas grad many many years ago :D. The other guests were Ibu & KJ. Fang & Ibu were among the first employees of CE. Umi joined later. Now masing-masing dah bawa haluan sendiri tapi the friendship never end. Hari-hari pun dok membawang dalam WhatsApp group 😇 

W/pun hanya berempat (plus family masing-masing), seronok sangat sekali sekala berjumpa macam ni. Yang lain ada komitmen masing-masing. No problem. 

Popia carbonara cheese dari tuan rumah. 




Rendang & pulut kuning dari ibu. KJ bawa kek tapi Umi lupa nak snap gambar. Ala, kek marble je 😜 kuah durian tu pun tuan rumah masak juga. Special request by yours truly. 

Mee kari nyonya Umi punya air tangan :) 


Ada durian juga. W/pun baru dikeluarkan dari freezer, laku keras juga duriannya. Umi bawa balik sikit. Dah selamat jadi bubur kacang durian dah 😋


Thanks fang for having us. Next year kita jumpa kat Nilai Impian pulak, insha Allah. 


Tuesday, 10 July 2018

22 Syawal ~ Bila orang bujang datang beraya...


Cerita 22 Syawal...


Our regular raya guest, A in the house. Last year dia bawak geng, satu department diajaknya. Ada dalam 50 orang include kids. Tahun ni Umi takde mood nak masak banyak-banyak and remind Walid to inform A not to invite the whole department again 😅 kalau ada yang nak datang tu datang in small group Umi tak kisah. Tahun ni rasa tak larat sebab Adik pun dah 2 tahun, tengah lasak. Penat! Umi pergi market cari bahan nak masak pun kena bawak dia. Masa kat supermarket dia tidur. Terpaksalah carry dia sebelah tangan, pegang bakul sebelah tangan. Mencabar kekuatan fizikal dan mental. 

This year they agree to come around 2-3 families. Oklah tak penat sangat Umi nak masak and layan. Umi bajet tetamu dalam 8-10 orang dan masak menu & kuantiti spt berikut;

Nasi minyak (8 pot)
Ayam rendang cili api (1 1/2 ekor)
Acar timun
Papadom
Fruit platter (tembikai merah, kuning & anggur)
Kek batik 
Murtabak
Air Oren & Nescafe 




Tup-tup yang sampai 3 orang je! Yang berkeluarga pun datang solo je. Kaum bapak pulak tu semua. Takde geng Umi nak menyembang 😕 lauk pauk nasi semua tu kamilah makan sarapan & lunch esoknya :( nasib baik sedap 😜

Last-last Umi naik atas konon nak tidorkan Adik. Umi yang tertidur! Penat memasak satu hal. Merajuk orang tak datang pun ye jugak :(

Depa kat bawah buat apa?
Layan world cup! Pukul 12 habis game baru balik. Whatever haha...

Tuesday, 9 January 2018

Ramly Bistro Masjid Saidina Hamzah



Ada sekali tu Walid bawak balik burger Ramly. Sedap ala2 burger McD. Tapi next time bila suruh Walid beli katanya kedai dah tutup. Sayang rasanya sebab produk dah OK, packaging semua cantik setanding dgn jenama terkenal tu... Rupanya they temporarily close for renovation 😊. 

Now dah reopen. Masih di tempat yang sama juga, depan pintu masuk Masjid Saidina Hamzah Kg Batu Muda, dekat2 dengan tanah perkuburan tu. 





Tempat dah cantik, ada yang open air dan ada yang berhawa dingin. Selesa dalam tu. Memang style fast food chain, kerusi meja sofa semua ada. TV pun on je. Dua TV, dua channel berbeza. Pening kepala hehe...

Ini yang kami order... 





Ala2 burger yang famous tu kan? Taste wise ? Superb! 

Harga berpatutan. 

Waktu operasi dari 8.30 pg - 11 mlm. Last order at 10 pm.

Bistro ni bukan saja jual burger semata tapi ada food lain juga, ala carte & set. Cater utk breakfast sampai lah ke dinner & supper. Dah tutup pukul 11 kan boleh lah supper sekali dak 😉
 Aiskrim pun ada tau... 



Kalau teringin nak makan buffet pun ada juga. But on weekdays only. Harga sangat berpatutan i.e. dewasa rm12.00, kanak2 rm8.00 dari pukul 12.00 t/hari - 2.00 ptg. Dah plan nak dating dengan Walid. Tunggu lah bila free... Insha Allah.