Wednesday, 7 January 2026

Status Update: 1-7 Jan 2026

Tahun ni malas nak buat Recap Series, penat 😅 
Buat siri Status Update (Whatsapp) je la ye, untuk kenangan sendiri... Up status WA ni pun ikut mood dan ikut keadaan juga. Bukan semua benda dikongsi. 

Status update pertama di tahun baru. 

Walid ajar Abang isi minyak kereta dan isi angin tayar. Umminya sampai sekarang tak reti bab ni (isi angin tayar) 🤭

Abang Angah masa umur² dia tak pernah pulak minta nak tidur rumah kawan, mai tang dia nak sleepover la, nak outing  dengan kawan² la 😇 

Ikutkan ada lagi updates tapi cukuplah 3 ni je Ummi simpan di blog ni. 

Azam tahun baru 😉



Buku Sekolah 2026 ✅

Rasa singkat pulak cuti sekolah kali ni. Minggu depan dah buka sekolah utk sesi 2026. Banyak lagi urusan belum selesai. Almaklumlah balik kampung minggu lepas sampai seminggu ☺️

Alhamdulillah hari ni selesai pergi beli buku sekolah Adik. Kelmarin beli buku sekolah Angah dan Kakak. Buku² pun ada yang belum sampai stok. Kakak sebab F1 kot, kena bayar siap² untuk buku yang belum dapat. Nanti bawa je resit untuk tuntut buku bila stok dah sampai. Angah dan Adik pula nanti buku dah sampai, baru pergi beli. 

Senarai buku. 
Sebelum pergi ke sekolah, Ummi semak dulu stok buku tulis belum guna di rumah. 

Buku Penulisan BM Kakak masih ada 1 belum guna. 

Ummi tampal sticker dan tulis nama Adik.

Buku tulis tahun lepas masih belum guna. 
Buku² tulis Angah pun banyak yang masih belum guna. Ada yang Ummi suruh sambung guna buku yang sama je sebab masih banyak ruang kosong. Yang bertulis cuma 2-3 muka surat pertama je. Ada subjek guna buku aktiviti je. Alhamdulillah banyak jugalah yang dapat dijimatkan. Lepas ni proses balut buku pulak. Abang ada, boleh uruskan :) 

Kos Pembelian Buku Sekolah Sesi 2026 
(setakat 7/1)
Adik : RM59.80
Kakak: RM256.10
Angah: RM68.90

Pending (tunggu stok buku sampai).
Adik : RM19.50
Kakak: -
Angah: RM69.70

Alhamdulillah, selesai bab beli buku. 
Ada beberapa lagi kelengkapan sekolah nak kena beli. Semoga dipermudahkan utk semua 🤲🏻 

#kurang bw sebab banyak urusan di luar 🙏🏻

Tuesday, 6 January 2026

Angah ~ Friendly Match Bola


Ahad lepas, bertempat di Arena Sukan KL Angah dengan kawan² Acrux dia lawan bola dengan team SMAWIP.  Menang, salam 4-0 la :) 

Sewa padang bola RM800 untuk 1½ jam, beserta pengadil, linesmen dan photographer. RM800 tu bahagi dua antara Acrux dan Zentrix. Team Angah bayar RM25 sorang. Lagi ramai main, lagi murahlah bayarannya. 

Pandai juga nampaknya anak Ummi main bola haha... 
Gambar pun cantik², nampak pro sebab gambarnya diambil oleh photographer Arena Sukan ni la... 

Seronok main di padang cantik dan proper gini. Tapi modal keraslah 😌

Wedding @ Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati


Alhamdulillah, dijemput ke kenduri kahwin lagi Ahad lepas. Kali ni undangan dari Imam Zawawi, ke majlis perkahwinan anak lelakinya. Walaupun Ummi nak pergi makan kenduri, tak boleh gantung periuk. Anak⁴ dah tak nak ikut makan kenduri, kecuali kenduri keluarga atau sahabat² rapat kami yang depa pun kenal. Jadi, dapur Ummi tetap berasap. Masak simple² je untuk anak⁴ sebelum keluar rumah. 

Dewan masjid tapi cantik dekorasinya, dan selesa sebab ada aircond

Kami datang lepas Zohor. Tetamu dah tak ramai. Tapi ada juga 2-3 pasangan jemaah surau yang baru sampai macam kami. 

Mee Kari dan kuih. Kuih tu Ummi tak tahu namanya. Tekstur macam kuih talam, tapi rasa savoury. Ala² kuih Cara Berlauk. 

Alhamdulillah terima kasih sekali lagi Tn Hj Zawawi sekeluarga atas jemputan. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Monday, 5 January 2026

Prep & Simpan Sayur

Terinspirasi tengok Kakmim prep lauk basah untuk hidangan berpantang anakanda Awan, balik pasar terus Ummi siang sayur -mayur dan simpan dalam tipuware. Dulu rajin buat gini, lepas tu malas and now di tahun baru ni rajin semula :D 

Lauk² basah Ummi simpan dalam ziplock bags. Nanti dah cuci freezer tu nak letak dalam tipuware juga, lebih teratur dan senang nak ambil. Dalam ziplock bags ni kadang beku tu melekat pulak satu sama lain, ambil masa nak pisahkan. 

Balik dari pasar, singgah makan roti canai kari kambing lagiiiii... Tapi kali ni di Kg Melayu Sri Gombak Indah. Pun sedap roti canainya, lembut je. Penebar rotinya muda lagi. Suka tengok anak² muda rajin berniaga begini. 

#Entry tertunda lagi 🙏🏻


Tukar Decoder Astro


3.1 technician Astro (3rd party) datang tukar Astro Box yang lama (4 segi) tu dengan Astro Box baru jenis bulat ni. Namanya Ultra Box @ Astro Ulti Box. Astro Box lama tu dah tak boleh guna katanya lepas 31/12/2025. 

Remote Astro yang baru
So far Ummi tak sempat explore lagi, tunggulah sekolah buka nanti barulah Ummi boleh conquer TV :p 

Sunday, 4 January 2026

Selamat Pengantin Baru Cg Azmeen & Isteri ❤️

Alhamdulillah dapat jemputan makan kenduri lagi. Jemputan pertama untuk tahun 2026. 
Jemputan kali ni datangnya dari pengantin lelaki sendiri, Cg Azmeen. 


Majlis sebelah petang, dari jam 4.00 ptg - 10.00 mlm. Kami pergi sebelah petang. Jauh juga Puncak Alam tu jadi pergi awal lebih mudah nak cari rumah CA. Ini pun nyaris salah majlis sebab di lorong sebelah pun ada khemah! Agaknya sebab ada 2 kenduri itu yang kenduri CA dibuat sebelah malam. 

Kami singgah solat Asar di Musolla Al Musaffirin, Bandar Sri Coalfields yang terletak di perkarangan stesen minyak Caltex ni sebelum ke rumah CA. Cantik dan terjaga suraunya. 

Pelamin CA di luar rumah... 

Nasi putih, daging masak lemak, ayam masak merah, sambal jawa, daun salad dan ikan masin bulu ayam. Lepas tu ada tauhu sumbat. Sedap sangat! Rasanya tauhu sumbat paling sedap kot Ummi pernah makan. Ada laksa juga 😋

Makanan² lain pun sedap belaka alhamdulillah. 

Cenderahati dari CA untuk para tetamu. 
Terima kasih sekali lagi atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru Cg & isteri 🌹


Hadiah Top Commentator dari Blogger Tot ❤️


Alhamdulillah rezeki awal tahun, Ummi terpilih sebagai Top Commentator di blog Secawan Kopi, Sekebun Cerita milik rakan blogger kita Tot @ Nur. 

Rajin juga Ummi bersembang dengan Nur rupanya :) 

Nur hadiahkan;
1 naskhah Planner 2026
1 unit penunjuk Al Quran 
1 helai tudung bawal warna hijau 
1 unit beg kecil/ pencil case 
1 unit keychain 
1 unit pocket mirror
1 unit bekas plastik

Sekali lagi, tqsm Nur. 
Semoga bertambah berkat dan luas rezekinya dan Sulaiman beroleh kejayaan cemerlang dlm SPM hendaknya 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 

Saturday, 3 January 2026

Pusing² Batang Kali

[Entry tertunda]

Adik Kakak kami tinggalkan bersama para guru dan rakan² Kem Rimba Tamu sebab kedua²nya nak balik naik bas. Kembali ke jalan besar, sepatutnya kami ambil kiri untuk balik ke Sri Gombak. Tapi alang² dah sampai, marilah kita teroka tempat ni...


Cikgu² kata ada kedai makan kepunyaan mantan guru SRAI, Cg Zaila berdekatan sini. Kami pun memang kelaparan. Ummi sarapan tosai je, mana maunya perut orang Kedah kan :p 
Nak juga cari nasi 😅

Nampak ada orang jual rambutan segar tepi jalan, beli seikat. Sedap dan lekang isinya. Nama tempat ni Kg Genting Malek. Pernah dengar namanya ? 

Akhirnya kami sampai di masjid Kg Sg Masin. Kg Sg Masin ni pun Ummi baru tahu kewujudannya. 

Sebelah masjid ni la kedai makan CZ. Namanya Sepakat 2. Alhamdulillah lauk pauk masih ada wpun dah hujung². Ada juga nasi ayam dan roti khurasan. Petai atas tu pun Ummi beli dekat gerai sebelah Sepakat 2 ni. 

Gambar makanan dan kedai Ummi tak ambil sebab lapaq 😆 Ambik nasi, cuci tangan terus makan. Dah pukul 3 hangpa... 

Beli juga karipap. Sedap, inti pun penuh. 

Selesai makan tengahari, kami balik ikut signboard ke pekan Batang Kali. Sampai di pekan, barulah rasa familiar dengan tempat ni. Pekan Batang Kali ni dah beberapa kali kami sampai. 

Nampak satu lagi Restoran Sepakat (Sepakat 1). 

Dah jumpa jalan balik :) 

Di pertengahan jalan, nampak kereta Cg H. Balik sorang la Cg sebab Kakak, Aqiel & Fahim naik bas. Masa datang je tumpang Cg. 

Alhamdulillah program pun berjalan lancar dan yang penting selamat dari sebarang perkara yang tak diingini. 

Bakar Lemak vs Lemak Bakar

Cerita sebelum balik kampung... 

Bakar lemak.
Ini bukan cerita bakar lemak dengan bersenam ke ber-brisk walk ke tapi proses membakar  lemak untuk menghasilkan lemak bakar :) 

Tadaaa...
Lemak Bakar yang super umphhhh 
Sepiring kecil je, tapi puas jugalah makan berdua dengan Walid. Nak makan boleh, tapi berpada². Peringatan untuk diri sendiri ☺️ 

Ini sarapan, tapi Ummi ambil nasi putih sebab terliur tengok nasi putih panas². Then ada pula lauk hati lembu goreng begini, teruslah senduk nasi dan ceduk hati lembu ni. Ummi suka hati lembu masak begini tapi tak reti nak masak sesedap ni. Hati lembu goreng begini specialty Tok. Bila nampak lauk begini memang terus teringat 🥹

Restoran Elianie ni dekat Kg Laksamana, Batu Caves. Sedap² masakannya. Selain menu ala Kelantan, ada juga roti canai Melayu. Lauk pauk banyak pilihan. Harga pun taklah mencekik. 

Fanny ada tanya sebelum ni apa beza roti canai Melayu dan mamak. Nak cerita bezanya tu Ummi tak pandai sangat, cumanya roti canai Melayu biasanya diusahakan oleh orang Melayu, tekstur roti canai lebih lembut, ada rasa manis² jika digigit dan kuahnya tak terlalu berempah. Mungkin kawan² boleh tambah info 🤗


Friday, 2 January 2026

Seketika di Kuala Perlis

Lepas solat Zohor, kami bertolak ke Kuala Perlis. 

Sebelum tu makan tengahari dulu. Tok Umi masak. Ummi hantar Abang Kakak je ke dapur hihi... Sibuk berkemas sebab pukul 11 cleaner homestay nak datang kemas. Ada guest nak check in pukul 2 ptg. 

Kanak² riang ni main Happy Family sementara nak tunggu lunch ready. Bila kami checked out dari rumah Tok Umi, cucu⁷ lain pun balik rumah masing² juga. 

Cantik cuaca di Kedah dan Perlis hari tu... 


Masjid Al Hussain Kuala Perlis ni dibina atas air. Kalau air pasang nampaklah masjid ni dikelilingi air laut.

Ni air surut... Nampak tiang masjid.

Cantiklah jubin di masjid ni...

Ramai pengunjung sedang beristirehat sebentar di perkarangan masjid.. ada yang menanti feri dan RORO dari Langkawi. Ada yang menjemput ahli keluarga balik dari Langkawi dsbnya. Masjid ni ada kemudahan parkir kereta yang agak banyak. Tapi, had parkir hanya 2 jam. Oklah, tak perlu masuk ke parkir berbayar kalau nak singgah sekejap menunggu feri. Tapi Ummi tengok ramai yang singgah solat alhamdulillah. Bercakap pasal parkir ni, dari awal sampai iaitu di simpang ke Kuala Perlis ni lagi dah ada beberapa penunggang motorsikal yang follow kita untuk ajak masuk ke tempat parkir mereka. Sampai begitu sekali ye... Kalau takat RELA yang usher ke parking okay je. 
Datang sini tahun 2023 dulu takde pula gini... Bebas je nak cari parkir sendiri. 

Nampak ada orang jual aiskrim kelapa beli la nak try. Sedap 👍🏻 
Lepas tu Angah beli Mee Goreng, pun sedap. Ada food trucks dalam perkarangan masjid ni. 

Kincir angin moden.

Sekitar jam 6.40 ptg kami mula meninggalkan Kuala Perlis. Ke destinasi seterusnya.