Saturday, 7 November 2026

Resepi | Bihun Sup ala Makcik Kantin

Tekak teringin makan bihun sup simple², ala Makcik Kantin. Tak banyak bahan, tak banyak aksesori macam yang dijual di kantin sekolah. 

Maka terhasillah Bihun Sup  serba ringkas ni, untuk juadah makan malam. Kosong je cuma ada sambal kicap dan bawang goreng serta isi ayam dalam kuah sup. Daun sup dan daun bawang pun tak letak, takde stok. 

. 
Jarang Ummi berjaya masak sup kuah jernih begini. Kali ni jadi kuah sup yang jernih seperti yang diinginkan. 

Resepi Bihun Sup ala Makcik Kantin @ Bihun Sup Simple

Bahan-Bahan
Bihun: ½ bungkus (direndam hingga lembut dan dicelur)
Ayam: 4 ketul isi ayam atau bahagian bertulang
1 uncang sup bunjut
1 ketul kiub pati ayam - takde, tak letak. Ummi adjust rasa dengan serbuk perasa. 
Air secukupnya (untuk kuah)
Garam & perasa secukupnya 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Tumis (Dikisar atau ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
1 sudu kecil lada sulah 

Bahan Hiasan & Sampingan
Bawang goreng
Sambal kicap: goreng layu cili padi dan bawang putih. Toskan minyak dan kisar bersama kicap manis dan sedikit air limau nipis. 
# Boleh tambah sayuran dan bebola ikan jika suka/ada. 

Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan yang sudah ditumbuk/dikisar bersama sup bunjut sehingga naik bau wangi. Ummi tumis juga 4 sekawan yang disertakan dalam sekali bersama sup bunjut. 
2. Masukkan air secukupnya dan ayam. Biar ia mendidih sehingga ayam empuk.
3. Masukkan kiub pati ayam/serbuk perasa, lada sulah, serta garam secukup rasa. Biar kuah merenih sebentar. Sesuaikan rasa. Tutup api. Siap! 

Nampak plain, tapi rasa alhamdulillah memuaskan hati dan menambat selera. 

Sumber resepi: SINI. 

Selamat mencuba 🤗

Friday, 6 November 2026

Sarapan Roti Puri Tisha's


Ummi goreng 2 keping roti puri Tisha's ni untuk sarapan. Cicah bersama kuah dhal. Kuah dhal tu Ummi frozen-kan baki dari kuah roti telur. Selain dari tidak membazir, berguna bila diperlukan begini. Tidaklah rajin Ummi nak buat kuah dhal semata-mata nak cicah dengan 2 keping roti puri ni ☺️

Sedap ye roti puri Tisha's ni. 
Rotinya lembut dan rangup walaupun dah sejuk. 
Cuma roti Ummi ni tak kembung, salah teknik menggoreng agaknya. 

Panduan memasak. 
Roti Ummi dah defrost jadi Ummi skipped step #1 tu. Tak tahulah kalau sebab ni yang buatkan roti Ummi tak kembung 😅
Takpelah, next time kita improve :) 

Jenama Tisha's ni memang popular dan antara leading brand dalam pasaran produk makanan sejuk beku. Pengasasnya pasangan suami isteri bumiputera. Alhamdulillah seronok tengok produk bumiputera berjaya tembusi pasaraya-pasaraya besar. 

Kawan-kawan Ummi dah pernah try roti puri Tisha's ni? Atau apa produk Tisha's yang digemari? 


Thursday, 5 November 2026

Kakak | Konvensyen Dasar Pendidikan Digital 2026 @ WTC Kuala Lumpur


Kakak berprogram lagi. 
Kali ni dipilih oleh guru untuk ke Konvensyen Dasar Pendidikan Digital yang diadakan di WTC Kuala Lumpur. Pelajar perempuan F1 hanya Kakak dan Hasya. Selebihnya senior. 

Ada banyak pameran dan reruai.
Dapat macam-macam goodies/freebies, seronoklah. 

Ada button batch, pen, beg, poster anti buli dll ... 

Laptop case dari MDEC. 
Ummi berkenan hat ni, nak kena kecek Kakak ni 😁


Kata Kakak, program ni dapat sijil peringkat kebangsaan. Setakat ni belum dapat sijilnya. Guru kelas dah minta untuk kemaskini markah PAJSK. Ada rezeki adalah Kakak ye. 

Jujur


Kisahnya Adik ada beli barang online, hadiah untuk upcoming birthday Abang. Harga barang dalam RM17++. 

Masa dapat notification, otw dah katanya. Your item will be delivered soon katanya. Nampak perkataan soon tu teruslah Ummi bergegas turun ke bawah. Tengok syok gosok baju masa tu. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Minta QR dia kata nanti sampai dia bagi. Ummi pun ambil duit RM20, masuk dalam sampul dan letak atas tembok. Snapped gambar hantar ke rider tu. Ummi nak keluar ambil Adik di sekolah, tak dapatlah tunggu. 

Ummi balik dari sekolah, belum sampai lagi rider tu. Sampul masih di situ. 

Akhirnya sampai jugalah. Ummi tak keluarlah sebab dah letak duit kan... Perhati dari dalam rumah je sebab dengar bunyi motor. 
Tiba-tiba dia tekan loceng. 

Ada duit kecik tak? 

La, dia nak pulangkan baki. 

Bagusnya dia. Jujur betul. Padahal Ummi dah niat nak sedekah. Lain kali kena tulis "keep the change" la kan. 

Itu kisah pertama. 

Kisah kedua pula, pun sama. 
Ummi terbayar lebih sebab biasanya harga telur ayam kampung yang kami selalu beli dengan Dr Omar tu dah tahu dah harganya. Kali ni pin terus transfer bayaran tanpa tanya harganya. Rupanya telur yang Dr hantar kali ni telur ayam kampung dara, murah 20 sen. Jujurnya beliau, tanya bagi extra tu untuk upah COD ke? Padahal free delivery je pun. Kalau beliau tak cakap memang kami anggap itulah harganya. Bila diberitahu tu, kita pun halalkan saja. Boleh je dianggap upah COD. 

Kisah ketiga pula masa order bihun goreng dengan Acik Mila awal bulan lepas. Rupanya bila dah disusun, AM kira semula kurang 1 pek. Dia siap minta QR untuk transfer semula harga 1 pek tu, RM4. Allah, jujur sungguh! Sedangkan kalau tidak diberitahu, Ummi tak tahu pun sebab bihun tu dihantar terus ke surau. Kalau orang yang tak jujur, mungkin senyap saja. 

Tapi bila jujur ni, untung bukan pada pelanggan. Tapi berbalik kepada mereka juga. Kita sebagai pelanggan rasa seronok berurusan, ringan pula mulut doakan mereka dan semestinya dapat kepercayaan dari kita. Mereka pula pastinya beroleh berkah dan rezeki juga bersih hendaknya. 


Wednesday, 4 November 2026

Brunch @ Nas Bistro Sri Gombak

Ahad lepas kami brunch di Nas Bistro. Malas nak keluar awal, pakat nak layan tidur di pagi minggu yang disimbahi hujan gerimis. 

Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Perut bukan takat menyanyi, berjoget dah kot minta diisi. 
Lapaq dit-dit bak kata Maksu 😅

Kita makan nasi la terus ...
Ummi ambil ikan bawal goreng, peria goreng crispy dan kuah campur. Nallarekek 😋

Walid pula ambil nasi lauk ayam dan telur masin. 

Adik as usual, megi goreng telur mata. 
Tak ambil gambar, Ummi sibuk makan :p
Tapi kureng sikit rasa dia, mungkin bukan cook yang biasa kot. Sebab biasa kami datang sini belah petang. Mungkin depa pun ada shift juga kot. 

Selesai makan, jom la bakar lemak. 
Mana lagi, ukur mall la :D 
Niat nak beli seluar, ganti seluar yang dah carik di bahagian kaki. Lama dah seluar jeans Ummi tu berkhidmat, sampai masa kena ganti baru. Alhamdulillah dapat yang dihajati. Seluar kain denim jenis getah di pinggang dan bertali by Blue Toms. 

Winter Time


Ibu (Pengarah Asasi) pesan pada anak-anak Asasinya supaya bersedia menghadapi 'winter' aka musim tengkujuh. 

Antara pesanan Ibu, bawa payung dan baju hujan. Walid beli payung ni dekat Decathlon, RM49 sekaki. 

"Pakai sampai habis degree nanti"  
🤭

Wind breaker Abang beli online je. Tapi pendek sikit, bukan jenis labuh. Dia dah test pakai pergi kedai time hujan, tak basah katanya. 
Okay, good 👍🏻 

Cuma kasut je masalah sikit. Ikutkan nak beli kasut jenis getah tapi saiz kaki Abang ni susah cari kasut. Jadi dia beli plastic shoe cover. Teringat pulak zaman Ummi sekolah dulu. Kalau hari hujan kami ambil plastik balut kasut sekolah. Tak basahlah kasut sekolah. Zaman sekarang ada item khusus yang dipanggil show cover yang fungsinya sama iaitu melindungi kasut dari basah dek hujan. 

Setakat hampir seminggu balik ke kampus, takde hujan lebat lagi Abang kata. Hujan sikit-sikit, sekejap-sekejap  tu adalah. 
Takpe kita sediakan payung sebelum hujan :D 

Tuesday, 3 November 2026

Sarapan Pulut Inti

Pulut inti kelapa ni Walid beli untuk sarapan kami Sabtu lepas. Lama tak makan, layanlah seketul sebelum makan sarapan wajib kami di hari minggu; nasi lemak :D 

Nasi lemak telur mata. Lauknya Walid beli daging goreng dan gulai daging. Walid peminat gulai daging, jadi jangan pelik gulai daging tu dimakan bersama nasi lemak. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam ✌🏻

Tok pandai buat inti kelapa ni. Ummi tak pandai buat inti kelapa, ada je yang kurang atau lebih here and there. Inti kelapa Tok rasanya konsisten sokmo dan seimbang segala rasa. Inti kelapa ni biasanya Tok guna sebagai inti kuih ketayap, tepung bungkus, kuih puteri mandi selain dimakan dengan pulut. 

Dulu pulut inti ni dibungkus dalam daun pisang, macam nasi lemak bungkus tu. Sekarang mungkin susah untuk dapatkan daun pisang atau untuk kurangkan kos, kuih ni diletak dalam plastic begini. Cepat dan mudah juga tak perlu bungkus satu-satu. Tapi jika dibalut dengan daun pisang, bagi Ummi lebih sedap sebab ada aroma daun pisang dan lebih menarik dari segi mengekalkan keaslian rupa dan rasanya. 

Ada yang suka pulut inti kelapa ni? 
 

Monday, 2 November 2026

Adik | Mega Kuiz Unit Beruniform JAIS


JAIS anjurkan Mega Kuiz yang dibuka penyertaannya untuk murid-murid Tahap 2 SRAI. Alhamdulillah dapatlah Adik join dan menambah sijil. 

Kuiz ni ada 3 Siri, kena jawab selama 3 minggu berturut-turut (setiap Selasa).  

Minggu pertama

Minggu kedua 

Minggu ketiga. 


Alhamdulillah dah dapat sijilnya. 
Cikgu pun dah print draft markah PAJSK, kalau ada penambahan/pembetulan diminta maklumkan. Sempatlah Adik submit sijil ni beserta surat pengesahan Kancil Science Competition peringkat II kebangsaan dari KPM yang baru dapat minggu lepas. Mudah-mudahan ada rezeki Adik tambah markah. 




Happy 13th Birthday Kakak 🎈

Sanah helwah Kakak sayang ❣️

Kali ni bestie Medina nak balas kejutan dari Kakak sempena birthday-nya awal bulan lepas. Jadi set dengan ibunya nak datang melawat Kakak di asrama. Nak tunggu Kakak PB lambat sangat, nanti tak best katanya :) 

Ibu nak masak untuk Kakak. 
Ummi jangan masak apa-apa katanya. 

Menu nasi butter, ayam masak merah, acar timun dan air sarsi. 

Ummi masak juga; goreng mee 2 bungkus dan keropok ikan. Seganlah nak datang berlenggang je, birthday anak sendiri kot 😁
Lagi pula niat nak jamu kawan-kawan Kakak kalau ada yang nak join. Ramai yang outing, Yam sorang je joined. 

Menikmati masakan Ibu yang sedap... 

Hadiah dari Medina 
Dubai Chewy Cookie tu dari F, geng diorang juga. Dia kirim untuk Kakak. Kebetulan Medina jumpa dia sebelum tu. 

Ni pula hadiah dari kawan-kawan sekolah Kakak. Dapat kaftan, stoking, jam, cookies dan kad ucapan kot tu... 

Ni hadiah dari Ummi.
Dia minta awal hadiah ni, ikut je la kan... 
Janji happy. 

Tqsm Ibu masak sedap-sedap
Tqsm Medina dan kawan-kawan lain for the birthday gift & wishes utk Kakak.
Semoga kalian semua sentiasa dlm lindungan-Nya. 

Untuk Kakak, baarakallahu fi umrik 🤲🏻 



Sunday, 1 November 2026

Bye Abang!

Alhamdulillah anak sulong kesayangan Ummi Walid dah selamat sampai ke Ganu awal pagi Sabtu. 

Kali ni bawa luggage.
Sebelum ni bawa beg jenis tali sandang di bahu tu. Lepas tu bawak 2 beg galas, jenuh nak handle kiri kanan depan belakang ada beg 😅 bawa luggage ni senang, sorong je. 

Ada budak nak ikut ke Ganu :D 

Boarding passs.
Kali ni naik bas Express Adik Beradik juga. Abang belum install apps depa jadi boarding pass kena print dekat kiosk. Caj RM2, bayar guna TNG e wallet. Kalau ada apps, terus scan je phone pada mesin pengimbas sebelum turun ke platform menunggu. 

Yang Ummi bulat merah tu info untuk beli tiket bas online direct with TBG. Baru-baru ni kan keluar memo dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang katanya mulai 1 Nov 2026 ni pembelian beli tiket bas hanya melalui terminal bas. Take note ye Abang. 

Kali ni bas lewat 15 minit je. 
Last time sejam lebih bas delay. 

Sampai sana sebelum Subuh.

Lepak di masjid dulu tunggu orang Azan. 
Lepas solat barulah order e-hailing balik ke kampus. Senang sekarang, order e-hailing je. Ummi dulu usung bas dari Puduraya ke Bangkok Bank atau ke CM (Central Market) dulu untuk solat di suraunya tu. Kemudian berebut pulak naik bas Metro atau Bas Mini warna pink tu balik ke kampus. Dulu rasa penat, sekarang bila dikenang balik seronok juga merasa pengalaman begitu, menjadikan kita lebih berani, berdikari dan kental. 

Begitulah nak, bukan senang nak senang. Gunakan dan nikmati masa muda remaja ni untuk belajar ilmu kehidupan juga, bukan setakat ilmu dalam kelas ❣️

Saturday, 31 October 2026

Ninjaz Special Clearance Sale @ Prima Sri Gombak


Ninjaz Sri Gombak ni tengah buat clearance sale sampai 2 Nov (Isnin). Petang semalam kami singgah la tengok apa yang best. Ternyata banyak juga yang menarik hari. Itu yang laju Ummi up entry ni supaya yang berminat boleh ke sini. 

Depa buka khemah atas 5 parking lot. Banyaklah jualannya tu kan... Ummi tanya staff dia, nak pindah ke? 

"Eh tak, buat jualan akhir tahun ni nak clear kan stok"

Lega Ummi dengar, sebab anak-anak selalu ajak Ummi ke Ninjaz ni. Kalau pindah susah juga kami :) 

Ada barang serendah seringgit je... 

Hotwheel cars, ada yang 5 ringgit, ada yang 10 ringgit. Abang kecik-kecik dulu sukalah mainan ni. 

Earphone RM 5 je. 
Yang bagusnya diorang test dulu function ke tak setiap earphones ni sebelum kita bayar. Ummi ada ambil 1 set ni, bila staff dia tengok phone Ummi (nak test) rupanya tak compatible dengan lubang earphones dekat phone Ummi tu. Yang Ummi ambil tu jenis petak, phone Ummi  jenis bulat tempat cucuknya tu.

Tak tau la kuat ke tidak angin mini fan ni. Tak beli pun la wpun kalau nak buat gift comel-comel, mur-mur tu sesuailah ni... 

Botol air, toys pun banyak pilihan juga

Beg tu lawa... 

Yang ikut kami balik; 

Lampu tidur, RM5 je ... 

...tapi lawa 😍 
Rasa macam nak pergi beli lagi, buat hadiah untuk anak-anak & cucu-cucu buah  :D 

Beg ni Adik pun berkenan, ambillah 1. 
Dapat sekali 3 button batch. 
Ni pun macam nak pi beli lagi, RM 10 je. 
Hujung-hujung tahun ni kan banyak nak buat gift exchange events esp gegirls Ummi ni. Boleh la stand by hadiah siap-siap. Yang bertukar hadiah depa, yang dapat hadiah pun depa. Tapi yang prep hadiah ni Ummi depa 😉

5 ketul ni pun ikut balik. 
Singgit je satu. Ni pun sesuai nak bagi gegirls kan. Depa suka gantung dekat beg. Hari tu Ummi dengan Adik nampak ada sorang cikgu KAFA pun gantung keychain gini dekat beg beliau. Cikgu pun minat hehe...  

Ummi ambil 2 set earphones. 
Pun nak pi beli lagi. Tamak 🫣

Towel ni Ummi tak tau pasai pa pi beli... Kain dia kesat, macam kain felt. Mujoq la 3 ringgit ja. Tapi ikut pada gambar (nak baca instructions tak reti) banyak juga kegunaannya. 

Total spent RM 33 tadi.

Psst: Celcomdigi sebelah Ninjaz ni ramai orang,  ada offer iPhone katanya untuk plan pasca bayar. Kedai emas hujung tu pulak adik Ninjaz tu kata ramai sebab emas turun harga. Sempat ye kami bergossip, sementara dia check earphones Ummi beli tu function/not 😁