Since early March, everyday Abang pakai baju sukan ke sekolah. Katanya training untuk hari sukan. Hari-hari cikgu bawak ke padang untuk training.
Makanya, pada 17/3/2013 yang lalu telah berlangsung Sukan Pasti Daerah Gombak, bertempat di Padang Pinggiran BC. Seawal jam 7.30 pagi, kami diminta membawa anak-anak ke padang tersebut untuk pendaftaran dan persiapan. Dengan lurus bendulnya (pengalaman pertama anak masuk acara sukan...:), 7.30 pagi kami terpacak di padang. Kesian Abang, belum sempat bersarapan. Risau pulak saya jika Abang pengsan nanti. Rupanya sebelum acara sukaneka, diadakan dulu acara perbarisan.
Antara kontinjen yang menyertai perbarisan pada hari itu... guru masing-masing bertungkus lumus untuk memastikan anak-anak didik mereka memberikan persembahan terbaik dan hadir dengan idea kreatif untuk acara perbarisan. Ada yang jadi puteri, pari-pari, bunga matahari (Abang & geng la tu), nelayan, panglima dll. Tahniah untuk para guru!
Hampir jam 10 pagi selepas acara perasmian, baru bermula acara sukan. Masa nie, saya tangkap Abang, bagi dia makan dulu. Bukan setakat Abang, kawan-kawannya yang lain juga sama - masing-masing 'mengisi minyak' dulu sebelum acara bermula. Namun, saya sangat terharu kerana ibu masing-masing tidak hanya menjamu anak masing-masing tetapi juga kawan anak-anak. Maklumlah, tidak semua ibu bapa yang hadir, ada yang hanya menghantar kemudian ditinggalkan kerana ada urusan lain. Ada yang hadir dengan bapa sahaja, dengan abang dsbnya. Memang kerjasama tip-top sungguh antara ibu bapa dan pihak sekolah. Malah, ibu-ibu juga bertindak sebagai pom-pom girl untuk anak-anak...:)
Hasilnya? Pasti Abang menang untuk acara perbarisan dan kebanyakan acara sukaneka yang diadakan. Tahniah untuk semua!
|
Abang dan rakan sepasukannya yang telah menang acara perbarisan - mereka inilah kebanggaan kami semua |
Abang masuk dua acara dan alhamdulillah untuk kedua-duanya dapat pingat. W/pun tempat ketiga tapi yang penting dia belajar, bereksperimen dan berani mencuba.
|
Abang 'in-action' untuk acara burung bertelur |
|
Hasil usaha Abang, kebanggaan Umi & Walid |
Sebagai kenangan, saya titipkan video acara tersebut. Jemput tengok kat
SINI ye.