Sunday 19 November 2023

Kedai Makan Pak Raub, Jln Pedas-Linggi

Dari sekolah Abang kami meneruskan perjalanan ke Selatan. Sampai di Exit Pedas-Linggi, Walid ajak singgah makan tengahari di Kedai Makan Pak Raub. Katanya tempat ni jadi pilihan ramai, terkenal dengan makanan Nismilan seperti masak lemak dan salai². 

Masak Lemak Daging Salai. 

Kedai biasa, tapi sambutan luarbiasa :D 

Lokasinya +-200m dari Plaza Tol Pedas-Linggi. Ambil kiri hala ke Pedas-Linggi. Kedainya pun sebelah kiri, berhadapan jalan masuk Taman Mawar Ehsan. Nampak banyak kereta parkir tu, di situlah ia. Beroperasi setiap hari, kecuali Jumaat. 

Pak Raub pesan, "Jumaat jangan datang, kedai tutup " :D 

Pilihan Ummi; Perut Masak Lemak, Telur Masin dan Jantung Pisang Rebus. Sambal belacan siap di pek dalam bekas kecil tu. 

Alhamdulillah semuanya sedap walaupun tak sepedas masak lemak Nogori yang biasa Ummi makan. Maksudnya tidaklah pedas berapi hingga berpeluh² 😄Elok juga, kanak-kanak pun boleh makan. 

Jumlah makanan kami berlima RM48. Airnya percuma dan free flow. Semalam ada air sirap, kopi O dan air sejuk. Kalau nak order air lain pun boleh. 

Jualan kerepek dan produk IKS juga banyak. 

Nak ke kedai Pak Raub, ambil kiri. Nak ke rumah KJ, ambil kanan :) 
Ada rezeki kita gi Rembau pulak ye. 


12 comments:

  1. Menyelerakan sungguh pilihan lauk-pauh PH. Saya ikut terliur hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tadi Kakak cakap, "Sedaplah Ummi lauk perut ni haha..." dia dah teringat² lauk ni Kak Amie :D

      Delete
  2. Mana-mana pergi ke restoran di Nismilan, teruja dengan masak gulai. Boleh kira berpuluh jenis lauk semua gulai sampai rambang mata. Orang pula sentiasa ramai. Syukur harga masih mampu bayar.. Harga masakan tradisional di S2 ni agak mahal. So bolehlah LZ pergi suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak jauh sgt dah tu LZ, bolehlah JJCM sini bila free...

      Delete
  3. Popular. Rasanya kawan emak saya cadang makan di sini tapi saya tiada kesempatan ke sini.
    Hehe takpe, saya ada saudara-mara buat masak masak lemak yang pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung NA, boleh makan selalu lauk-pauk N9 ni...semua sedap² saya suka :D

      Delete
  4. daging salai masak lemak. fuhh! sedap tu. sini susah nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun kalau ke N9 mmg cari daging salai masak lemak ni...

      Delete
  5. Sedap nampak masakannya, kalau ada asam pedas, asam pedas pun sy tak pandang. Suka masak lemak² gini 🤭

    ReplyDelete
  6. Port baru rasanya ni..SA x pernah pi yang sebelah kiri, selalu pi yang sebelah kanan..mesra wheelchair x PH?

    ReplyDelete
  7. Suka mask lemak daging salai atau apa je.. Tapi tak tahan kalau jenis yg pedas hidup tu ..tak tahan den :P

    ReplyDelete
  8. Langsung naik appetite melihat menu2 nya kak 😄. Menu seperti inilah yg saya cari kalo sedang liburan ke Malaysia. Cari makanan rumahan ❤️.

    ReplyDelete