Sunday, 28 February 2021

Melaka 2021

Cerita ke Melaka 10 & 11 Januari lepas... 

Sebelum bertolak ke Melaka, kami bersarapan dulu di Restoran Syed Nabi. Isi perut bagi kenyang dulu, baru seronok nak bermusafir.

Menjelang tengahari kami sampai di Jasin. Recce tempat exam Abang dulu.

Kemudian kami bergerak ke Bandar Melaka. Terus ke hotel tapi belum bilik belum ready jadi makan angin dululah di Bandar Melaka. Memandangkan waktu ni kes harian Covid-19 tinggi dan dah ada ura-ura PKP 2. 0 akan dilaksanakan kami memang sangat berjaga-jaga. Tak berhajat untuk singgah di mana-mana tempat menarik walaupun sekitar Bukit St Paul, Stadhuys agak lengang. Sekadar bersiar-siar dari dalam kereta. Walaupun ada request anak-anak ajak naik beca, tapi kami play safe. Insha Allah ada rezeki next time kita datang lagi. 

Perut dah lapar... Kami ke Semabok untuk menjamu selera. 

Dah ke Melaka, wajiblah makan asam pedas ye dak? Snap je gambar tak sedar sudu tu terangkat :D Lapau punya pasal hihi...

Checked in... Hooray! 
Selain asam pedas, wajib juga dalam itinerary kami jika ke Melaka is makan ikan bakar. Kali ni ke Muara Sg Duyung. 

Makan kenyang-kenyang ye Abang...

Balik bilik sambung study okeh!
Biasakan dia dengan ujian berkomputer supaya tak kekok bila mengambil ujian sebenar.

Semoga kejayaan milikmu nak! 
Abang exam sampai petang jadi sementara tu kami checked in dulu di hotel bajet di pekan Jasin. Perancangan asal nak ke rumah Mak Jasin tapi Ummi dimaklumkan Apak ada kontak dengan kes +ve jadinya kami batalkan hasrat. Sudahnya Ummi jumpa Fang dalam kereta saja. Mula tu Fang nak ajak kami ke satu taman rekreasi ni tapi kami tolak dengan baik. Prinsip kami better (be) safe than sorry. 

Buah tangan dari Fang; sushi dan popia basah.

Masjid As Saadah kalau tak silap namanya, berhampiran MRSM Tun Ghafar Baba. Bawa Abang solat jamak disini sebab time rehat tadi tak sempat solat. Ada parents lepak sini juga sementara tunggu anak-anak habis UKKM. Antaranya Sue, jiran Fang di BSP dulu. Dapat juga Ummi berkenalan dengan dia. Baik dan ramah orangnya. 

Dalam perjalanan balik tu, dengar pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa PKP akan dilaksanakan bermula 13/1/2021 (Rabu). Alhamdulillah selesai urusan kami. Rezeki kami juga dapat menemani Abang ke Melaka sebab selepas PKP dilaksanakan hanya 2 orang dibenarkan berada dalam satu kenderaan selain perlukan permit untuk rentas negeri. Apapun khabarnya semua calon sudah menduduki UKKM. Alhamdulillah. 


Friday, 26 February 2021

Orang memberi kita merasa...


Rezeki tak pernah salah alamatkan? Alhamdulillah saban hari ada je jiran-jiran yang rajin berkongsi rezeki. 


Kerepek ubi pedas dari Kak Minah. Ada hamba Allah hadiahkan sebekas besar kerepek (saiz borong) jadi beliau berbagi rezeki dengan jiran-jiran. 

Sos ala kicap pedas ni dari Maksu bulan lepas. Baru hujung minggu lepas kami 'rasmi'. Makan dengan keropok lekor 😋

Kek sempena birthday Uncle Kassim. Terharu Ummi dengan ahli keluarga beliau, walaupun beliau dah masuk tahun ke-2 koma tapi family-nya tetap menjaga beliau dengan baik. Moga beliau diberi kesembuhan dan keluarganya diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus menjaga beliau.

Selain kek, kami sekeluarga dan jiran-jiran dapat set nasi impit, rendang dan sate ni dari keluarga Uncle Kassim. Makan besar kami malam tu. Alhamdulillah. 

Sebagai balasan, Ummi suruh anak-anak doakan kesembuhan beliau. The least we can do... 

Dapat kelapa muda dari Pak Mus. Sayangnya bukan rezeki kami. Sebiji elok, sebiji tak elok. Walid ter-campur sekali air dari kedua-dua buah kelapa ni. Terpaksa buang sebab masam! Dapat jugalah makan isi kelapa yang elok tu. Nantilah beli kelapa muda kat bawah tu. Sedap minum panas-panas ni. 

Dari Mama Melissa (MM). Rezeki berbuka hari tu. Alhamdulillah. 

Ini pun dari MM juga. Sembang-sembang dengannya... Katanya kawan dia jual cheese tart sedap. Ummi pun sebutlah nak order... Tup-tup 2-3 hari lepas tu MM datang hantar sekotak cheese tart ni. Free pulak tu ❤️ Nak bayar tapi MM kata takyah 😘

Kaswi dari Mak Bee. Sedap, air tangan orang tua-tua. Rezeki berbuka juga. Alhamdulillah. 

Set lai chi kang dari Maklong Ida. Lama dah dapat, hampir terlupa, dah Ummi. Sedap, apatah lagi produk bumiputra. Lagilah puas, dapat minum tanpa was-was. 

Musim panas sebegini memang win dapat hirup lai chi kang 😁

Alhamdulillah dikurniakan jiran-jiran yang baik juga rezeki. Apatah lagi jiran-jiran yang sentiasa memberi :p

Wednesday, 24 February 2021

Throwback ~ Labu oh Labu

Kalau ikut tarikh gambar ni, kejadiannya 2 tahun lepas 🤭 Tapi nak juga share kisah kejayaan Ummi tanam pokok labu dari benih hingga berbuah. Kejayaan tu haha...
 
Berbunga hati Ummi setiap kali melihat kuntuman bunga labu yang mekar ni. Hari-hari belek, sampai boleh kenal bunga jantan vs bunga betina. 

Bunga betina ada putik ditampuknya


Bunga jantan gini... 

Siap kira berapa biji putiknya sambil mencongak di dalam kepala bahagian untuk jiran-jiran. Besar hajat Ummi ni.

Namun, malangnya semua layu dihujung mekar :( Elok saja berbuah sebesar penumbuk, gugur ke tanah. Mulanya Ummi ingat sebiji dua saja begitu, tapi setiap hari begitulah keadaannya. Dari teruja, Ummi terus give up huhu... 


Lama kelamaan pokoknya kering dan mati sendiri. Bukan rezekikan? Tapi, kenapa jadi begitu ye? Sebab putik betik Ummi pun macam ni juga keadaannya. Bila berputik sebesar ibu jari, kering dan gugur. Setakat ni baru 2 biji buah saja yang survived hingga masak. Ada petua? 


Tuesday, 23 February 2021

King dah sihat!

Balik dari Pekan Rabu tempohari kereta Walid, si King berasap! Dalam hati Ummi dah cuak. Teringat peristiwa King rosak di pagi raya 5 tahun lepas. Terus fikirkan soal keselamatan (nak drive balik ke Gombak), jauh jaraknya tu. What if kereta breakdown tengah jalan? Selain tu, kosnya juga besar kalau rosaknya teruk seperti dulu. Ummi suruh Walid segera bawa ke bengkel tapi memandangkan kerosakan bahagian enjin (engine oil leaking) akan ambil masa untuk detect problem (probably kena turunkan enjin) dan mungkin perlu order spare parts untuk gantian sedangkan kami nak balik Gombak hari Sabtu, tawakkal sajalah. Standby minyak enjin untuk top up. Setiap kali berhenti, Walid periksa minyak enjin dan top up jika perlu.

Gambar sekadar hiasan, abang kakak King 😎

Benar bagai diduga, tatkala mendaki Terowong Menora tiba-tiba ada signal di dashboard yang menyala. Allah sajalah yang tahu perasaan Ummi masa tu. Bahayanya kalau kereta rosak dalam terowong tersebut. Automatik terfikir keselamatan anak-anak. Minta Allah jauhkan sebab kalau kereta kami rosak, pasti akan menyulitkan kenderaan lain juga. Banyak kereta masa tu. Doa usah cakap... Terasa lambat dan jauh sungguh nak keluar dari terowong tersebut. Dah lepas tu, berhentilah tepi jalan top up minyak enjin.

Malam tu bagi King rehat. Esoknya sebelum balik ke Gombak, beli lagi minyak enjin. Sampai di Tapah, hujan lebat. Lencun Walid sebab terpaksa berhenti juga untuk top up minyak enjin. Bila hujan lagi jelas tompok-tompok minyak yang tumpah. Makin risau hati Ummi :(

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah. Esoknya terus bawa ke WestStar. Dari 4/1 hingga 7/2 King 'masuk wad'. Lambat tu bukan sebab apa; priority diberi kepada service kereta, manakala untuk repair secondary. Pastu PKP 2.0, jumlah pekerja dan masa bekerja dikurangkan. In between bengkel tutup 3 hari sebab ada kes +ve. Banyak betul dugaannya. Mujurlah PKP, Walid tak perlu ke ofis. Alhamdulillah, Queen (kereta Ummi) sihat walafiat sentiasa boleh digunakan. Ke Melaka untuk UKKM Abang tempohari dengan Queen-lah.

Sedih tengok :(


Keluar dari WestStar tu, ingatkan dah OK. Ada lagi yang ujiannya untuk kami huhu... Oxygen Sensor rosak dan ada kebocoran di steering rack. Untuk lebih jimat, kami repair di bengkel biasa sebab jika di WestStar pakai spare part baru dan ori. Bawaklah ke bengkel ayah angkat Walid haha... Bengkel Tauke Leong. Kami ni regular customer dia. Cuma, adakala kami terus ke WestStar untuk major service/repair.

Alhamdulillah hantar pagi, petang dah siap. Semua yang perlu diganti tu Tauke dah buat. 

Post CNY goodies from Tauke Leong 😍

King ni kami beli second hand. Dah hampir seusia dengan perkahwinan kami. Tapi, masih kuat cuma sekali sekala macam kita juga, jatuh sakit :D

Apapun, banyak jasanya pada kami. Satu Malaysia dah pusing. Be good to us always ye King 💪

Monday, 22 February 2021

Abang ~ Pengalaman Menduduki UKKM, PKSK dan Temuduga SMISTA

Memandangkan UPSR dibatalkan bagi batch T6 2020 maka mekanisma baru diperkenalkan sebagai syarat kemasukan antaranya UKKM (diperkenalkan semula) dan PKSK. Semua murid yang berminat layak memohon. Kemudian akan dipanggil untuk ujian kelayakan.

Alhamdulillah selepas beberapa kali ditangguhkan akhirnya selesai sudah ujian-ujian yang perlu diambil untuk melayakkan diri ke MRSM, SBP dan Sek Men Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA) di bawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Setiap satunya memberikan pengalaman tersendiri buat kami terutamanya Abang.

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)

11/1 Abang menduduki UKKM di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.

Memandangkan Abang mohon untuk program Ulul Albab (UA), ada 2 ujian; ujian bertulis (objektif, berkomputer) dan hafazan & jawi. Untuk hafazan ada hafazan surah wajib dan surah pilihan (diberi di pusat ujian, hafal dalam masa 25 minit & tasmik bersemuka dgn ustaz). Manakala untuk ujian jawi, calon diminta menulis semula perkataan rumi ke tulisan jawi. Ada 20 perkataan dan masa yang diberi hanya 5 minit.

Untuk surah wajib (dinyatakan dalam surat panggilan) Abang dapat Surah al Mulk ayat 1-14. Surah pilihan pula Al Israk ayat 1-5). Sesi iv berjalan serentak; 6 panel 6 calon. One to one. Mula dgn hafal surah pilihan kemudian baru surah wajib. Takut lupa kata Abang :D

Jam 3.30 selesai semuanya untuk Abang. Kami hanya datang untuk hantar dan jemput dia, sahaja sebab PKPB masa tu. Untuk lunch, Ummi bekalkan roti dan air sebab in between tak sempat untuk dibawa keluar. Lepas ujian bertulis, rehat sekejap terus masuk bilik kuarantin untuk ujian UA. Besar hati Ummi tengok Abang dah boleh berdikari. Tinggalkan dia sorang-sorang, buat semua sendiri, dah besar anak Ummi ni.

Alhamdulillah UKKM Abang sebelum PKP 2.0, dapat juga kami sekeluarga temankan. Ada yang dapat UKKM di luar Selangor selepas PKP 2.0, terpaksalah berdua sahaja dengan ibu atau ayah. Rezeki masing-masing... 

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

27/1 giliran Abang ambil PKSK. Selain ujian bertulis (objektif, berkomputer) ada ujian penulisan iaitu Artikulasi Penulisan. Kalau tak silap, markahnya hanya 10% tapi bab ni yang Ummi paling risau. Untuk persediaan, Ummi daftarkan Abang untuk beberapa kelas antaranya dengan Cikgu Bob dan Cg Zuraidi.

Yang best-nya tajuk yang keluar hari tu Ummi ada discuss dengan dia sebelum ke pusat ujian. Dapat jawab katanya. Alhamdulillah harapnya adalah rezeki Abang.

Untuk PKSK ni Abang hanya ditemani Walid. Itupun sekadar drop off sebab PKP masa ni. Mujurlah dekat. 

Temuduga SMISTA


Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya 13/2 lepas Abang dipanggil untuk iv SMISTA. Sama juga kali ni, hanya Walid temankan Abang. Itupun drop off juga then balik rumah dulu sebab iv Abang lama, dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang. Lunch disediakan. Rezeki Abang :)

Ada roadblock. Polis nampak Abang berbaju seragam sekolah siap bersongkok, terus disuruh jalan 😁 Surat panggilan iv pun ada sebagai bukti cuma polis tak minta. Waktu Walid sorang nak jemput Abang, tunjuk juga surat tu. 

Format ujian lebih kurang UKKM; ada ujian bertulis dan hafazan. Cuma, permohonan SMISTA ditapis dulu berdasarkan markah PBD, UPKK, PAJSK dll. Hanya yang lulus kriteria tertentu baru dipanggil untuk iv.

Ujian hafazan agak tough. Calon diberi 8 potong ayat tanpa nama surah dan diminta hafal dalam masa 30 minit. Usai tasmik, ada sesi temuduga. Alhamdulillah penemuduga Abang agak santai orangnya dan soalan-soalannya tidaklah berat. Sekadar tanya pendapatan ibu ayah, pencapaian koko... Soalan bonus untuk Abang, berat berapa? 🤭

Alhamdulillah selesai semua ujian dan iv. Ummi pun lega sangat sebab sepatutnya dah lama boleh tutup buku bab ni. Tapi disebabkan PKP, PKPB, PKPP semuanya terpaksa ditunda. Selagi belum exam, selagi itulah Abang kena buat persediaan, terus belajar subjek sekolah rendah. Sebenarnya dia dah hilang semangat. Selalu tanya "Kenapa nak kena ulangkaji subjek sekolah rendah, Abangkan dah form 1?" Ummi pun sama. Rasa macam tak boleh nak bergerak ke depan selagi tak setel bab ujian-ujian dan iv ni. Sekarang baru rasa lega. Teruskan berdoa untuk dapat keputusan terbaik buat Abang. 

Walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Besar ujian, besarlah hikmahnya انشاء الله  









Sunday, 21 February 2021

Bilik study baru...

Sebelum ni semuanya di living hall; sofa, meja makan, TV dan study station. Di mata Ummi, semak dan sesak sangat nampaknya. Sepanjang PdPR memang tak boleh on TV takut mengganggu anak-anak yang sedang belajar. Tapi boring sebenarnya especially bagi yang tiada kelas. Ummi pun boring haha...

Paling tak seronok ditempat terbuka sebegini kadang tu bila kita lalu di belakang, imej kita appear dalam camera. Apatah lagi kalau anak-anak lupa set background yang bersesuaian. Nak selamat, kadang tu bertudunglah Ummi walau dalam rumah. 

Finally we decided to move the study station to bilik bawah, which was previously occupied by Tok. 

Mula-mula kosongkan dulu bilik ni. Bilik ni kami renovate masa nak sambut kelahiran Abang, almost 13 years ago. Cat mahal tu Abg Pian guna, sampai sekarang nampak elok. Nak sambut anak sulung khenn... 

Alhamdulillah anak-anak nampaknya lebih selesa dan fokus. Ummi pun senang nak monitor sebab sebelah ofis Ummi iaitu dapur :D Sambil masak sambil boleh mengajar. Supermom sangat haha...

Alhamdulillah it was also a timely decision. Elok je lepas pindahkan tempat belajar ni ke dalam bilik, cikgu kelas Abang bagi jadual PdPR baru, mula besok. 

Kelas 7.30am hingga 4.00pm- 4.30pm daily. Eloklah tu, boleh biasakan diri dari sekarang. Bulan 4 nanti dah mula kelas bersemuka انشاء الله 

Belajar rajin-rajin ye anak-anak... Ummi Walid dah cuba yang terbaik untuk sediakan ruang yang conducive untuk belajar. Ambil peluang dan manfaatkan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah bagi. Peringatan mesra untuk diri sendiri juga :)


Friday, 19 February 2021

Resepi ~ Set Nasi Beriani, Dalca & Acar Timun

Ummi nak share resepi nasi beriani 1 Rejab hari tu. Semalam Mama Aisyah cakap sekali lagi, sedaplah kak nasi beriani tu... Naik segan juga Ummi sebab Ummi ni masak style campak-campak je. Sukatan bahan lebih kepada reference saja. Sebab tu kadang sedap, kadang biasa je. Apapun resepi tetap Ummi simpan dan rujuk. Dan satu lagi, nak memasak ni perlukan keikhlasan especially kalau nak berbagi rezeki. Masa memasak tu banyakkan berselawat dan berdoa agar makanan kita jadi sedap dan asbab untuk mengeratkan silaturrahim. انشاء الله sedap jadinya nanti. 

Ummi rujuk pada resepi Nasi Beriani Udang yang Ummi pernah masak sebelum ni. Tapi, bahan-bahan Ummi olah ikut kesesuaian sebab kali ni masak nasi beriani biasa je. 

Resepi: Nasi Beriani

Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
5 cawan air - Ummi sukat ikut ruas jari
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi 
2 s/b rempah beriani [bancuh dengan sedikit air menjadi paste]
1 kiub pati ayam 
Garam

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
(bahan bertanda * dihiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan-bahan lain/Bahan Hiasan 
1/2 cawan kismis
Daun ketumbar 
Bawang goreng 

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan air, susu cair, kiub ayam dan garam. Masakkan saperti nasi biasa.
5. Bila nasi dah kering, taburkan hirisan daun ketumbar dan kismis
6. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
7. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan bolehlah dimakan bersama dalca dan acar timun. 

Noxxa Style:
1. On stir-fry mode.
2. Ikut langkah 1- 4.
3. Off stir-fry mode. Tutup periuk Noxxa.
4. Set HP mode 8 minutes.
5. Once beep, release wap dulu. Buka periuk dan masukkan bahan-bahan hiasan dan sambung langkah 6 & 7.

Sebelum ni, Ummi masak nasi HP 7x tapi sekarang ni 8x. Suka sebab nasi jadi kering elok.  

Untuk dalca, Ummi cedok ilmu dari dapur Kak Azie. Rupanya dalca tanpa santan lebih enak dan lebih cantik rupanya. Lebih istimewa, hirisan bawang merah dam daun kari ditumis berasingan (tumis darat) dan kemudian barulah dimasukkan ke dalam dalca. Agak renyah tapi hasilnya umpph 😋

Resepi: Dalca Tanpa Santan 
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg tulang lembu - Ummi ganti dgn kaki,, hati & pedal ayam
5 sudu besar serbuk kari daging - 60 gram 
1 cawan kacang dal - direbus bersama kaki & pedal ayam 
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 liter air 
1- 1 ½ sudu besar garam
1 kiub ayam 
1- 1 ½ sudu kecil pes asam jawa
¾ cawan minyak masak 

Bahan kisar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Sayuran
2 biji ubi kentang - belah empat
1 batang lobak merah - potong
2 biji terung panjang - potong
1 biji tomato belah empat
3 batang cili hijau - potong 2 (tak letak) 
1 mangkuk kacang panjang 

Bahan Tumis (Darat)
2 sudu minyak masak
8 biji bawang merah - hiris
2 tangkai daun kari

Cara-cara 
1. Rebus kaki dan pedal ayam bersama kacang dal. Dengan Noxxa, tekan HP 7x. Bila beep, off button. Keluarkan kaki dan pedal ayam. Sambung semula HP 15 minit lagi untuk kacang dal. 
2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata lagi sehingga garing. Masukkan air dan biarkan sehingga terbit minyak.
3. Masukkan kaki ayam, hati dan pedal. Gaul sebati. 
4. Campurkan kacang dal beserta air rebusannya ke dalam kuah dalca. (Kak Azie campurkan bahan tumisan ke dalam kuah rebusan daging & kacang dal). 
#Boleh masukkan santan jika suka. 
5. Masukkan kiub ayam. 
 6. Masukkan sayuran dari yang keras sehingga yang mudah lembut dan masak sehingga lembut. 
6.Masukkan tomato, pes asam jawa dan garam. Renihkan seketika.
7. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan daun kari sehingga keperangan. Tuang ke dalam periuk sekali dengan minyak. Jangan dikacau. Tutup periuk dan biarkan selama beberapa minit sebelum dikacau. 
7. Perisakan dengan garam. Tutup api. Siap! 

Acar Timun air tangan Tok sentiasa jadi kegemaran Ummi. Ringkas dengan campuran timun, bawang besar, cili padi dan cili merah serta garam, gula dan cuka. 

Resepi: Acar Timun Tok
Sumber: Puan Hazel 

Bahan-bahan 
Timun - kopek dan lorekkan dengan garfu 
Bawang besar - potong bulat atau separa bulat nipis-nipis
Cili padi/cili merah - potong halus

Bahan kuah 
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka - boleh diganti dengan jus limau atau asam keping (rendam dahulu untuk dapatkan airnya) 

Cara-cara 
1. Satukan ketiga-tiga bahan dan bancuh dengan sedikit air panas. Kacau hingga gula hancur. Sesuaikan rasa. Acar timun kegemaran Ummi ialah yang rasa manisnya lebih dominan. 
2. Campurkan bahan kuah ke dalam hirisan timun, bawang dan cili tadi. Siap! 

Selamat mencuba 🤗




Thursday, 18 February 2021

Hotel Sun Inns, Meru (Ipoh, Perak)

Sekarang ni makin banyak hotel yang dibuka di Meru, Ipoh. Demand tinggi area ni especially during festive seasons. Kami pun dah banyak kali menginap di Meru ni bila balik kampung. Macam-macam hotel dah kami stay. 

Yang terbaru kami menginap di Hotel Sun Inns awal tahun ni. Bila dah dapat sijil mati Tok, hari Sabtu sebelum balik ke ibu kota kami singgah dulu di Baling untuk serahkan sijil mati tu bagi urusan khairat kematian kepada sepupu Ummi. 
Dari Jitra ke  Baling dah 1 1/2 jam. Kemudian 3 jam lagi untuk sampai ke Meru/Ipoh. Tahu sajalah kalau dari kampung nak balik ke ibu kota, bukannnya lepas Subuh berdesup keluar rumah. Nak masak, makan-makan, singgah sana singgah sini dekat pukul 10 baru bergerak. Sampai di Meru tempohari pun dah hampir pukul 4. Eloklah berehat dulu. Esok (Ahad) bukan kerja pun :D 

Hotel Sun Inns Meru... 

Kami pilih family room... 4 katil. Bersih, kemas dan selesa hotel ni walaupun sedikit sempit untuk kami berenam. 
Pertama kali stay hotel yang ada kipas & aircond sekali.

Dalam beg ni diisi dengan tuala dan remote controller TV & aircond. Masa check out return to the hotel seperti mana kita dapat semasa check in. 

Ummi tak ingat dah berapa rate, tapi <RM150 kalau tak silap. Standard rate for budget hotel-lah. Lokasi hotel ni di belakang Gulati's, di shoplot baru. Berhadapan dengan Sun Inns ni ada lagi satu hotel bajet juga. Next time انشاء الله