Tuesday, 29 April 2014

Menang GA Amie's Little Kitchen :)




Alhamdulillah.... thumma Alhamdulillah.... hari tu kan saya join contest yang K.Amie anjurkan ~ debar menanti kelahiran. Dan terpilih pula sebagai pemenang. Actually semua yang join dapat hadiah. Bestkan? Baik hati betul k.amie. 

Mula-mula ingat dah tak sempat join sbb hujung bulan lepas saya balik kampung. Tahu sajalah kalau balik kg, tak sempat nak jenguk blog. Tambahan pula ada kenduri dan majlis pertunangan anak buah.

Bila K.Amie extend deadline contest tu teruslah saya mengarang. Tapi biasa-biasa je cerita saya. Tak reti sgt nak tulis tapi itulah antara perkara paling indah pernah berlaku dalam hidup saya. Kelahiran anak pertama yang menjadi penyeri rumah tangga kami. Walaupun dah enam tahun usia Abang, kenangan manis tu masih kekal di ingatan.

Inilah hadiah yang saya dapat!

 Kain batik Borneo... warna pilihan saya semestinya hijau.

Rantai tangan mutiara Sabah...dah set nak melaram di pagi raya. Mokcik over :)

 Keychain dan fridge magnet... bertambah koleksi den.


Dah masak kotak..kena simpan elok-elok. Bak kata K.Amie...nanti mutiara tu melompat masuk laut semula! He he...

Doa saya K.Amie sekeluarga sentiasa diberkati Allah dan murah rezeki sentiasa.. berkat menggembirakan orang lain, insha Allah.

Serangkap pantun khas utk K.Amie

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Walau badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang jua

Terima kasih K.Amie!

Tuesday, 15 April 2014

Al Rawsha Kg Pandan




Itu hari kami ke Restoran Tupai-Tupai, Shah Alam, utk farewell ofismate hubby. Minggu lepas ke Restoran Al Rawsha di Kg Pandan. Kali ni majlis farewell utk hubby pula, yg transfer department bersama sorang lagi staf yg transfer ke Ipoh. 

Dah lama saya teringin nak makan di Rawsha ni tapi asyik tak berkesempatan je. Rawsha kan one of the earliest Arab restaurants yg mula beroperasi di sini.

Cantik tempat ni... ambiance mmg best. Bangunan 2 tingkat tapi 2nd floor tu dibuka bulan puasa biasanya. Utk buffet buka puasa katanya. Surau pun ditingkat dua, selesa dan bersih.


Suka sgt bangunan ni yg ala2 istana lama ni. Pandai owner ni pilih tempat...
Cawangan ke-2 ada di i-city shah alam.






Cuma agak mengecewakan jugak le sbb depa booking nasi mandy ayam & kambing je. Side dishes cam kebab ke, fatoush ke, falafel ke.... air pun air putih je...he he...air asam dan kuah dhal pun semangkuk sup je utk meja kami yg  ada 6 org dewasa. Hukhuk... ish mokcik tak sedar diri...dah le makan free, demand plak :) saje je bagi hint kot2 hubby nak revisit this place. Hehe...



 Bye the way, saya kagum ngan Rawsha ni... Dah la bukak 24/7, delivery service pun ada utk Klang Valley. Nak order sila le call ye...

Ini pulak hadiah farewell utk B... tali pinggang, tie & wallet. Tak dapat le nak pow semua barang org lelaki :)


Monday, 14 April 2014

Butik Ainon Kaman


Saya selalu dengar iklan ainon kaman (AK) ni di radio ikim. Saya takde la amik pot sgt sbb diorang promo pakaian malam. 

Sampailah satu hari tu Umi call bgtau AK ada promosi jubah solat/travel. Umi offer utk sponsor saya jubah tu. Masa tu dekat2 dgn bday saya. Siapa yg beli hari tu dpt special price, rm260. Takde rezeki saya sbb hubby keja. Susah pulak nak ke sana dgn 2 'handbag' tu :)

Dipendekkan cerita, one fine day, hubby bawa saya ke sana. Pusing sana pusing sini baru jumps butik AK ni, terletak di Batu Caves Centrepoint. Owner AK ni rupanya isteri pemilik EZQurban. Kessahnya... Butiknya dibawah pejabat EZQ.

Cantik tersusun dan sedap mata memandang deko butik ni. Hot selling item mereka is jubah inovasi (jubah solat). Jubah ni sesuai dipakai ketika mengerjakan umrah/haji. Selain tu ada juga baju kurunh dan dress yg dijual selain baju tidur. Cuba cek FB or web diorg utk info lanjut ye...

 Sebelah kiri atas tu pakaian ready-to-wear... yg sebelah kanan tu jubah inovasi

 Yang mannequin pakai tu jubah inovasi... ada 4 color - Oren, hitam, putih & grey. Saya pilih grey :)


Terima kasih Umi :)

Sunday, 13 April 2014

Huggies Tester Program


Semasa singgah beli pampers di Manjaku Melawati minggu lepas saya nampak sorang mamat ni tengah pasang bunting. Saya sempat snap gambar. Rupanya ada program anjuran Huggies kat situ next week.


Jadinya tadi kami pergi le ke sana, nak tengok apa yg ada. Saya hanya bawak Angah. Rupanya mereka bagi sample pampers Huggies 2 kpg then minta kita pakaikan pada anak kita. Lepas tu ada hadiah lucky draw menanti. 


Angah  posing atas lori...Apa ke gaya ntah mencangkung plak :)

 Putar roda tu... setiap nombor ada hadiah tertentu

Antara hadiah yg disediakan... amoi tu tak termasuk sekali ye...

Tada... inilah hadiah yg Angah  dapat. Masuk keta berebut dgn Abang.

Selingan sikit... hari tu kan kami makan kenduri kawin Iman&Farah, then hari ni keluar cerita kawin mereka di slot Raikan Cinta Astro. Tapi cover majlis nikah dan resepsi kat hotel je. Majlis utk kawan2 kat kediaman Datuk Nik tak termasuk. Jadi takdelah muka mokcik nak inteprem :) he he...

Iman&Farah




Thursday, 10 April 2014

Hatinya lebih suci...


Isnin lepas Hubby mengambil cuti utk menyelesaikan beberapa urusan, termasuk pendaftaran sekolah Abang. Kami ke beberapa sekolah utk membuat tinjauan dan pendaftaran. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di stesen minyak Petron Taman Melati. 

Sedang kami anak beranak menunggu di dalam kereta, kami didatangi oleh seorang pokcik jual keropok. Biasa kita jumpa kat stesen minyak or parking kan... dikatakan mereke ni datang dari sekatan Thailand. Mencari rezeki dgn menjual keropok kering. 

Pokcik tu offer saya keropok tapi saya tolak dgn baik tapi dlm hati rasa bersalah sgt sbb kesian kat dia. Kalau taknak beli sedekah je lah kat dia...bisik hati kecil saya. Tapi saya tak buat pun! Pokcik tu masih berdiri ditepi kereta kami sambil mengagah-angah Angah. Mungkin dia masih berharap saya beli keropoknya. Tiba2 dia ternampak Balqis sdg tido atas car seat lalu ditegurnya..."oh ada budak kecek" (loghat mereka ala2 kelate). Then saya nampak tangannya meraba pouch dipinggangnya lalu dikeluarkan seringgit dan dihulurkan kpd saya... "sedekah kat budak kecek tu" 

Balqis bersama duit yg disedekahkan kepadanya oleh pokcik yg berhati mulia
Allahu Akbar! Dang! Time tu jugak saya rasa nak sorok muka dalam but keta. Malunya hanya Allah yg tahu. Saya dah tak mampu nak pandang muka dia...

Memang diakui saya agak memandang rendah kat pokcik tu...tapi Allah tunjukkan bahawa hatinya lebih suci... berapalah sgt yg dia dapat dari menjual secara kecil-kecilan gitukan..tapi dia sanggup bersedekah utk org lain. Saya tak pandang rm1 tu sbg kecil tapi keikhlasan dan kesanggupan bersedekah dlm situasinya yg menginsafkan saya. 


Doa saya moga Allah melindungi beliau dan keluarganya, serta melimpahkan rezeki yg berkat utk beliau sekeluarga. Amin. 

Sukan Pasti 2014


YB tak datang... anta wakil je rasmikan 
Ahad lepas ialah hari sukan Abang. Tahun ni Abang masuk 4 acara; lari dalam guni, kitar semula, burung bertelur dan lari berhalangan. Tapi dapat pingat emas satu ja... yg lain semua saguhati. Hehe... 
Tahun ni x cukup training rasanya sbb seminggu sebelum sukan cuti sekolah. 

SUKPA 2013 dulu depa rajin training sbb tu jadi juara keseluruhan. Tahun ni hanya juara kumpulan je. Perbarisan pun kalah jugak. 

Tak kisahlah menang ke kalah ke... yang penting mereka dapat pengalaman dan pendedahan serta belajar erti kerjasama, persaingan dan semangat berpasukan. 



Sedang menerima pingat...

Abang wakil Pastinya untuk senaman / warm-up

Parents turut sama membantu cikgu menyiapkan anak-anak
utk acara perbarisan.

Tahun ni saya tak tolong.... menguruskan Balqis dan masak siap2 dirumah. Kebetulan hari tu takde air. Jadi uruskan dan selesaikan segala urusan rumahtangga dulu.

Penyokong2 setia Abang :)


Tahniah Abang! I'm so proud of you! 

Tuesday, 8 April 2014

Bunga-Bunga Cinta.....




Subhanallah! Cantikkan? Agak2 kat mana ni? Korea ke Japan? Salah! Hikhik...

Gambaq ni kawan saya ambik (baca: tangkap) di negeri paling utara, Peghelih :) saya sendiri pernah tengok fenomena bunga sakura Malaysia ni masa blk kg...kat tol Hutan Kampung. Pokok ni biasanya ditanam berderet di kiri kanan hi-way atau jalan sbg pokok hiasan. Jika anda lalu hi-way Plus cuba tengok kiri kanan esp bila laku Pendang, Aloq Staq & Jitra. Bila musim  berbunga, sangat cantik. Bunga ada tiga warna bertukar ganti ikut masa. Mula berkembang putih, then pink kemudian purple sebelum ianya layu berguguran. Kalau tak silap saya gitulah aturannya.


Kalau pengantin ambik gambar kawin sure meletop kan? Ohsem background.. ala2 kat oversea gitu... :)

Tiba-tiba rasa nak blk kampung pulak....aish!

P/s: pinjam gambaq Mangah :)

MH370 : Lost but never forgotten...



MH370
March 8, 2014 : vanished
March 24, 2014 : ended in the Southern Indian Ocean

It's been a month... how I wish we could have a solid closure for this tragedy... my thought and prayers still and always with the victims and their loved ones. 

Terasa betapa kerdilnya diri disisi Dia, Maha Pencipta. Penguasa seluruh alam. 





















A self reminder...