Friday, 15 January 2016

Wira Seafood Sri Gombak



Masa zaman study dulu selalu juga makan di Wira Seafood ni. Kerap sangat tu tidaklah cuma kalau duit ptptn baru masuk ke takpun ada birthday kawan2 ke makan la di luar. Yang bestnya pakat dgn member cukup 5-6 orang baru cari kereta. Zaman tu kereta sewa yg glemer Kancil, sewa rm5 sejam. Tong2 duit isi minyak ngam2 je pergi balik ke destinasi. Tak lebih tak kurang. 

Masa berdua dgn hubby pun selalu dating sini. Balik kerja malas nak masak terus dinner sini. Tapi bila anak dah berderet ni jarang la kami makan di luar. Selain faktor kos, nak mengawal mereka pun satu hal juga. 

But last week kitorang decided utk dinner di luar. Saya yang teringin sebenarnya :) malas nak pegi jauh, Wira Seafood pilihan kami. Menu pilihan; ikan kembung 3 rasa, cendawan goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar & tomyam campur. Harga termasuk nasi utk 4 org dan minuman RM49. Oklah... Saya paling suka cendawan goreng tepung, marvelous! 

Harga ikan ikut size. Saya perhatikan almost all pelanggan yg datang akan memilih ikan dan kebanyakannya minta utk dibakar. Sedap kot ikan bakar dia. Boleh try next time :p

Section ikan bakar

Alang2 dah makan di luar tu kira celebrate sekalilah anniversary kami yg dah long overdue, bulan 11 hari tu. Since Umi mabuk teruk dan Abang pun kat kampung sepanjang disember ni baru ada peluang celebrate. Ada dua lagi celebration yg pending, bday Balqis & bday Abang. Insha Allah nanti kita celebrate ye sayangs! 

Saturday, 9 January 2016

Cara mudah lekatkan lencana pada baju sekolah


Maaflah entry masih berkisar tentang hal sekolah anak2. Ikutkan nak share pasal cuti2 Malaysia hujung tahun lepas, tapi jumaat hari tu Abang bawak balik name tag yg dia baru dapat. So weekend ni mmg nak kena setelkan bab ni. Lencana sekolah dah beli sekali dgn buku tempohari. 

Rasanya ramai yg dah tahu kan cara mudah utk lekatkan lencana/name tag sekolah ni. Sana sini org share kekdah ni. Saya pun dapat thru wasap then dekat fb pun ada member share. Nak mudahkan kerja, saya screenshot je wasap & gambar kat fb tu. Ribuan terima kasih kpd pencetus idea ni. Moga Allah permudahkan urusan beliau sekeluarga berkat memudahkan urusan org lain. Memang senang bangat, x sampai 10 minit dah siap 2 lai baju Abang. Last year berchenta jugak nak jahit badge & name tag tu kat baju dia. Herot petot pun ada jugak :) 

Credit to tuan empunya idea

Credit to Nanie salim for this step by step photos

Selamat mencuba!

Tuesday, 5 January 2016

Yuran SRAI 2016


Settled hat ni, alhamdulillah

Entry ni lebih kepada rujukan saya utk future. Ke depan2 boleh tengok balik. Hard copy xde, sekarang ni fahamlahkan semua benda soft copy @ image je (antar gambar thru wassap je). Sebelum delete dlm phone kita 'save' kat sini :) 

Semalam sempat berborak dgn ibu Aqil dan kawannya, Pn X di kantin. Masing2 mengeluh serba serbi mahal. Pn X ada 2 org anak di SRAI, sorang darjah 2 & sorang darjah 6. Mengeluh dia bila dapat tahu yuran darjah 6 RM1600++. 

W/bagaimanapun bukan semua yuran ini perlu dibayar lump sum. Yuran makan & bulanan PIBG boleh dibayar ansuran, bulan2. Dah namanya yuran bulanan kan... Yuran makan sahaja RM500/setahun besar amount tu. Saya pun tahun ni dahulukan mana yg perlu dulu. Prioritized. Yuran bulanan utk makan & yuran PIBG saya bayar separuh2 dulu. Maklumlah tahun ni anak 2 org sekolah kenalah bijak uruskan bajet. 




Harapan sebagai ibubapa moga ianya adalah pelaburan yg menguntungkan dunia & akhirat. Rezeki yg kita belanjakan utk anak2 ada ganjarannya insha Allah. 

Sunday, 3 January 2016

Selamat bersekolah anak2




Abang masuk darjah dua tahun ni. Kami belikan dia sepersalinan pakaian baru utk tahun ni, dari songkok sampai ke kasut.  Ikutkan baju sekolah dia tahun lepas muat lagi tapi disebabkan kerap sangat direndam dgn clorox, baju tu reput. Ada kesan koyakan dibahagian tangan. Hanya sehelai je yg selamat :) saya mmg kerap rendam baju dia dgn clorox sbb tak tahan tengok comot sana sini. Kasut pun terpaksa beli baru sbb kasut tahun lepas hanya sempat dipakai 2 minggu je. Ada student tertukar kasut dgn Abang masa program di dewan sekolah. Yg ditinggalkan sepasang kasut lama yg dah hampir haus tapaknya. Kesian Abang. Kali ni macam2 tanda saya letak kat kasut dia supaya tak tertukar lagi. Harapnya dah masuk darjah 2 ni dia pun lebih pandai jaga barang2.


Hari ni juga Angah masuk tadika. Semalam dia demam. Mujur hari ni dah OK. Angah tak banyak karenah cuma bab bersiap tu lama sikit. Pakai bedak, minyak rambut, ubat ketiak (deodorant), sikat rambut semua buat sendiri. Deodorant pulak sebelah kiri deo Walid, sebelah kanan deo Umi. Itupun saya dah remind jgn pakai minyak wangi/ cologne yg mmg rutin dia lepas mandi :)

Hasil karya pertama Angah, dapat 2 bintang. Umi bangga nak! Hahaha



Ini pula anak buah kami, Una. Darjah 1 tahun ni. Nampak nerd je tapi dialah yg paling suka menyakat sepupu2 dia. Kawan gaduh abang masa di kampung. Masa dia orientasi minggu lepas kami masih di kampung. Pagi tu dia datang rumah Umi utk breakfast, lengkap beruniform sekolah beserta apron! Takut tertumpah air/kuah ke tudung baru katanya. Una Una... 

Selamat menempuh alam baru anak2. Belajar rajin2, jadi insan berguna k. 

Saturday, 2 January 2016

Nostalgia balut buku


Sekejap je dah masuk tahun baru. Dah hari ke-2 dah pun. Esok lusa anak2 mula bersekolah. Bermulalah rutin harian yg sibuk. Bukan setakat ibubapa, tapi semua org rasanya terasa tempiasnya. Especially jalan yg akan kembali sibuk seawal pagi. Saya yg SAHM ni pun tak bolehlah nak golek2 atas katil lepas subuh hehe... Tahun ni pulak 2 org hero bersekolah. Banyak perkara nak diuruskan. 

Hari ni Angah dapat uniform dan buku sekolah. Maka bermulalah ops balut buku. Ada 14 buah. Separuh lagi masih belum sampai. Ikut pengalaman lepas, boleh tahan banyak juga buku depa ni. +- dlm 20 buah buku Abang dulu. Sakit jugaklah pinggang ni. Mujur juga buku Abang dah dapat sblm cuti sekolah hari tu. Dah siap berbalut semua. Nama pun dah tulis. Pakai rubber stamp je sebenarnya :)

Setiap kali balut buku sekolah anak2 pasti saya teringat kenangan balut buku dgn arwah Pak. Dulu2 pakai kertas minyak je. Segulung 20-30 sen je seingat saya. Pak lah tukang balut. Saya hanya disuruh duduk diam. Mak pula di pelantar mengasah pisau torehnya (pisau motong kata org kg saya). Pak cermat & teliti orangnya tapi kerjanya pantas. Pak ada sebilah pisau lipat 10sen yg digunakan khusus utk potong daun pisang buat alas buluh lemang atau meraut buluh utk dijadikan wau. Pisau ni memang hak peribadi Pak, takde sesapa berani guna/pinjam. Sambil2 membalut buku, Pak akan bercerita kisah silamnya yg tak berpeluang belajar tinggi. Hanya darjah 3 sekolah Inggeris. Tak sempat habis belajar Jepun pula menjajah. W/pun cerita yg sama diulang2 saya tak jemu mendengarnya. Sekali sekala diselitkan nasihat agar saya belajar rajin2 setinggi mungkin. Pak 'pergi' sewaktu saya di tahun tiga, tak sempat melihat saya menerima ijazah. Tapi sekurang2nya arwah sempat melihat saya ke menara gading. Al fatihah utk Pak. Moga Allah mengampuni & merahmatimu ayahanda. 

Moga 2016 membawa lebih kegembiraan, kebahagiaan serta kejayaan utk kita semua. W/pun dengar2 tahun ni lebih mencabar terutama dari aspek ekonomi tapi kena stay positive. Kita ada Allah tempat bergantung segala harap. Don't give up! 

Credit