Saturday 18 November 2023

Ceramah Motivasi & Ujian Diagnostik F3


Pagi tadi singgah sekejap di sekolah Abang. Ada Ceramah Motivasi oleh Ust Rozie Rejab @ Ustaz Md Rodhi bagi yang mengenali beliau secara dekat. Kami sampai tu slot Ustaz baru habis. Tapi, sempatlah Walid bertegur sapa dgn Ustaz dan bergambar. Sempat pula buka akaun emas dengan syarikat Ustaz. 

Sementara Walid berurusan, Ummi ke kantin. Tolong edarkan makanan untuk anak² F3 ni. 

Kemudian depa masuk semula ke surau untuk ambil Ujian Diagnostik Math.

Pihak KISB F3 bekerjasama dengan UiTM Seremban untuk program ni. Untuk beberapa minggu, tutor dari UiTM akan datang mengajar Math di sekolah Abang. Setiap murid bagi sumbangan RM20/bulan bagi yang berkemampuan. 

Contoh soalan. 
Ummi pun belum tentu boleh jawab ni 😅

Terima kasih Dato' M dan AJK KISB F3 yang lain atas inisiatif ni. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang cemerlang untuk anak² kita 🤲

4 comments:

  1. Terisi dengan program-program yang bagus. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. الحمد لله على كل حال

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga membantu pelajar2 di sekolah abang utk menjadi remaja yang berilmiah dan beradab.

    ReplyDelete
  4. Bagus program2 mcm ni utk pelajar2 sekolah..

    ReplyDelete