Thursday 4 July 2024

Abang ~ Majlis Pengiktirafan Murid Cemerlang

Alhamdulillah rezeki Abang dapat naik pentas utk majlis ni. Ianya meraikan para pelajar yang berjaya meraih Gred Purata Calon (GPC) 2.00 dan ke bawah dalam UASA sesi lepas (2023/2024). Juga ada Anugerah Ulul Albab untuk murid² cemerlang hafazan. Turut diraikan guru/panitia cemerlang serta graduan SPM tahun lepas yang dapat 8A dan ke atas. 

Walid tolong Abang pakai sampin. 
Dress code untuk penerima anugerah ialah baju Melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan, termasuk jemputan kehormat dan para guru. 

With Ilham. 
Yang tak terlibat dengan majlis anugerah ni ada prep macam biasa. Dewan tak muat nak tampung semua pelajar, plus ibu bapa lagi. Jadi yang terlibat saja dibenarkan masuk ke dewan. 

Abang dapat untuk kategori emas. Dua lagi kategori platinum dan berlian. Setiap kategori ni based on GPC, makin kecil GPC, makin cemerlang. Walaupun Abang dapat kategori emas, (3rd category) tetaplah Ummi happy, bahagia dan bangga dengan pencapaian Abang. Boleh jadi role model untuk adik³ إن شاء الله 

So proud of you Abang ♥️

Dapat sijil dan wang tunai.
Choc bouquet Ummi DIY. 

Bersama Ustaz Rahim dan kawan² sehalaqah yang dapat anugerah. Alhamdulillah 5 dari 10 anak¹⁰ halaqah Ustaz naik pentas 👍 UR pun dapat anugerah panitia. Tahniah Ustaz! 

With Aufa. Tahniah Aufa dapat Anugerah Ulul Albab 👍 F1 dulu rajin juga dia datang melepak dengan kami sekeluarga. Sekarang dah besar, segan kot :D 

Mak Afiq belanja photoshoot. Abang, Afiq & Luth serta adik² Afiq dalam gambar tu. Tq MA 🌹

Walid pula belanja diorang lunch. 

Walid tak join majlis Abang ni sebenarnya sebab kena attend meeting PIBG SRAI. Berbagi tugas dan berbagi anak juga kami hari tu. Kakak ikut Ummi, Adik pula ikut Walid. 

Apapun syukur semuanya berjalan lancar. 

Tahniah sekali lagi Abang!
Keep shining and stay humble ❤️ 


½ Hari dalam Hidup

Seronok pulak tengok rutin harian mak² esp housewives dekat TT. Ada yang share rutin harian, ada yang share belanja dapur, kemas mengemas dsbnya. Tapi Ummi malas nak rekod² video, kita tulis je la. Aci kan? Haha... 

Okay pagi ni nak restock barang² basah sikit, nak gi pasar. Dah siap masuk kereta, keluar balik sebab hari nampak makin gelap. Bukak semula pagar yang baru dikunci, tarik ampaian ke dalam sikit takut kena hujan. 

Masuk semula dalam kereta, alhamdulillah titisan hujan mula turun. Tak lebat, tapi cukup membahagiakan :) 

Dah sampai di pasar...
Bajet terkumpul utk hari ni RM63.00. Jom tengok apa yang boleh dibeli dgn bajet ni... 

Alhamdulillah dapatlah ayam seekor, ikan senangin 2 ekor, ikan selar 6 ekor, sotong + udang. 

Bayar RM55.00, dapat diskaun sekupang :D 

Santan ½ + kelapa parut sebiji RM6.20. 

Nasi lemak RM3.60. 
Overspent RM1.90 🤭

Tak jadi nak ke Mart Bagus, masih hujan. Terus balik ke rumah. 

Sempat petik hasil tanaman sebelum hujan kembali lebat. 

Ketung ketang ketung ketang setel bersihkan hidupan² laut dan darat ini 😁 

Membawang :p 
Tips nak senang kopek bawang is rendam dulu dalam air dalam 10 minit ke... Kulit bawang jadi lembut, gosok² pun boleh tanggal haha... Lagi satu, dgn cara ni kulit bawang tak berterbangan di tiup angin, sebab dah basah. 

Pinjam kipas comel Kakak, malas nak angkat stand fan ke belakang ni. 

Nasi is done :D 
Masak dalam mug, untuk Ummi sorang je. Ini pun berbaki, bolehlah Kakak buat nasi goreng balik sekolah nanti. Petang² lapar je kerjanya sebab penat kan... Pagi training utk MSSD BoJa, petang training choral speaking pulak. 

Ayam Masak Merah siap! 
Betul² bersilat ye tuan puan 😆
Lauk ni untuk di-frozen-kan, sebab esok dan weekend ni Ummi dijangka busy. Kekdahnya bersusah² dahulu bersenang² kemudian atau pun boleh juga guna kata² motivasi ni; jika anda gagal untuk merancang, anda merancang utk gagal. Hah, takut kan? Hahaha... 

Isi ayam untuk lauk dinner dan daging korban, lupa nak bawak keluar awal² pagi tadi. 

Finally, dapat lunjoq kaki sat... 

Lunch time! 
Terung pipit tu dah selamat Ummi buat Sambal Goreng + Bilis. Makan dengan nasi, daun salad dan telur mata pun dah cukup sedap bagi Ummi. Kalau Walid dia suka makan berkuah, paling tidak kicap. Ummi pulak suka kering² gini. Gaul nasi dengan sambal terung pipit tu pun jadilah. 

Sekian, segmen ½ hari dalam hidup untuk kali ni :D 

Wednesday 3 July 2024

Bikin Kuih Lapis


Sedari pagi teringin nak makan kuih² manis, tapi malas nak keluar pergi beli. Solusinya, kita rajinkan diri 💪 

Alhamdulillah semua bahan pun ada; 
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir 
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung 
1 kotak kecil santan 
Sedikit garam 
3 cawan air 
Sedikit pewarna pilihan 

Let's go! 
1. Satukan tepung beras, gula pasir, tepung gandum, tepung jagung, garam, santan kotak dan air. Gaul sebati semuanya 
2. Tapis adunan ke dalam bekas lain
3. Bahagia adunan kepada 2. Ummi bahagi +-2 cawan setiap adunan. Satu adunan biarkan warna asal, manakala 1 adunan lagi letak pewarna pilihan dan gaul sebati 

4. Panaskan kukusan. Balut penutup agar air kukusan tak menitik atas kuih nanti 
5. Sapu minyak pada loyang 
6. Ambil 1 cawan adunan putih, tuang ke dalam loyang. Tutup pengukus dan kukus 5-6 minit (setiap lapisan). Kalau lapisan masih ada bahagian cair, kukus lagi supaya adunan putih dan berwarna tidak bercampur. 

7. Ambil pula adunan berwarna dan tuang ke dalam loyang. Ulang proses #6 hingga habis semua adunan. 
8. Kukus 30 minit lagi atau hingga kuih lapis masak sepenuhnya. Ambil lidi, cucuk kuih. Sekiranya kuih tak melekat di lidi, kuih dah masak dan boleh tutup api. Angkat loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk baru potong
9. Sedia untuk dinikmati. 

Lapisan 3 & 4 bercampur, salah teknik. Sepatutnya bagi lapisan bawah keras dulu baru tuang adunan utk lapisan seterusnya (step #6). Lurus sangat Ummi ni, cukup 6 minit je terus tuang adunan seterusnya 😅 Walaupun begitu, dari segi rasa tak kalah ye :p 

Terima kasih Lesung Pipit untuk resepi yang mudah dan menjadi ni, walaupun tidaklah sempurna kejadiannya. Amatur khennnn :) 

Selamat mencuba 🤗

Tuesday 2 July 2024

Abang ~ Leadership Camp @ Kem Permata, Melaka

Kem Kepimpinan Tingkatan 4
7-9 Jun 2024 I Jum- Ahad 
Kem Permata Resort, Melaka 


Abang ke Melaka awal bulan lepas, ada leadership camp. Objektif program sebagai persediaan untuk mengambil alih kepimpinan sekolah sementara F5 nak fokus kepada SPM. Bersama para pelajar ialah guru² halaqah mereka seramai 15 orang. Batch Abang 148 orang, 4 buah bas semuanya berkonvoi ke negeri Hang Tuah. 

Menerima amanat dari PK HEM sebelum berangkat. 

Bergambar kenangan bersama Tn Pengetua. 

Persinggahan pertama, Masjid Al Jauhari, Alor Gajah untuk solat Jumaat dan khidmat sosial. Pihak masjid pula menyambut baik kedatangan anak² permata Al Quran dgn menjamu makan tengahari alhamdulillah. 

Seharian dok teropong Abang dalam gambar² Ustaz/Ustazah share akhirnya dah sampai di kem baru nampak muka anak soleh sorang ni 😁 

Terus ke dewan, ingatkan boleh rehat² :D 

Malam tu juga ada night walk... Masuk kebun kelapa sawit kata Abang...

Esok pagi pula diorang ada qiyamullail...
Senaman pagi.
Fasi semua macam abang² askar 😅
Larihan/aktiviti pun boleh tahan lasak juga.

Kemudian jungle trekking...
Balik tu baru diorang bersarapan. Kemudian sambung lagi aktiviti...

Masak memasak ...

Petangnya pula ada outdoor activities antaranya river crossing...


Kena rendam dalam sungai :D 

Kemudian sambung lagi outdoor activities... Kem ni lengkap serba-serbi. Bilik pun ada aircond. Setiap orang bayar RM250 untuk program 3H2M ni termasuk makan, tempat, fasi, aktiviti... Kata Abang ada juga team Bomba berprogram di sini sama hari dengan sekolah Abang. 

Perbincangan berkumpulan, untuk program sebelah malamnya pula... Padat sungguh aktivitinya. 

Kemudian sambung lagi aktiviti. Tidur lewat kata Abang. 

Last activity di kem sebelum balik, tower challenge. Group Putera menang rasanya...

Majlis penutup. 

Checked out from the camp. Plan asal nak masuk bandar, melawat sekitar Bukit St Paul, tapi sebab dah behind schedule depa singgah di A Famosa Premium Outlet. 

Window shopping je la 😁 Abang nak beli kasut futsal, tapi tak cukup bajet hihi... Duit ada RM50 je. Sepasang RM70, tapi kalau beli 2 pasang RM100 je. Takde member yang nak beli kalau tak boleh split the cost

Pukul 9.30 depa singgah solat di Kajang kemudian ke Lotus untuk makan malam. Tersasar sikit perancangannya sebab PLUS highway jam. Ada accident dekat Exit Bandar Ainsdale, treler terbalik rasanya. Apapun alhamdulillah pukul 11 malam selamat sampai di asrama. 

Satu program yang sangat bermanfaat dan membekas di jiwa anak² GEXXIN 👍