Tuesday, 31 August 2021

Merdeka 2021 ~ A Day Well Spent πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
Uish, semangat 😁

Credit source.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan buat semua. 

Malam tadi dah meeting, pagi-pagi nak keluar jogging. Apa daya, bangun pagi hujan. Apalagi, pakat tarik selimutlah haha... 

Kemudian keluar cari barang basah. The other day nampak ada peniaga jual ikan   di Bolton. Jadi, hari ni terus ke situ...

Rezeki hari ni, beli ikan dapat udang free. Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡. 

Agenda kedua hari ni nak barbeque... Semalam kambing perap dah sampai. Beli dengan kawan Walid, tauke Cafe Kita. Produk ni dihasilkan oleh koperasi keluarga depa. Hebat kan? 

Dua pek hantar ke Jitra. Belum bakar lagi kata Maksu...

Ini tugasan Walid. 

Nasi goreng by Chef Abang.. 
Jus tembikai laici pula airtangan Angah...
Tembikai tu yang Ustazah bagi semalam. 

Kakak pula buat coleslaw. Tapi lupa snap gambar dia huhu... Adik runner & all rounder. Sana dia sibuk, sini dia kacau :D 

Untuk best friends depa...  

Mak-mak depa bagi laksa dan bubur sum-sum...

Lepas Asar, cuaca elok. Barulah dapat keluar jogging. Ku sangka panas hingga ke senja, rupanya 'hujan'!

Nampak sangat dah lama tak keluar ber-jogging πŸ˜…

Jomlah balik, kasut dah terkopak tu! 


Sunday, 29 August 2021

Nasi Kenduri


Selain balik kampung, satu lagi perkara yang sangat dirindui sejak pandemik ni ialah makan kenduri. Betul tak?  

Kenduri last (so far) yang Ummi attended was kenduri kesyukuran di rumah Paklong
pada 1/1/2021. Abang dan Walid pula sempat ke wedding anak Bro Is pada 9/1/2021. Kalau tak silap, seminggu selepas tu semua majlis kenduri tidak dibenarkan. Bila dibenarkan pun, limited untuk ahli keluarga terdekat. Memang rindulah nak makan nasi kenduri...

Alhamdulillah hari ni ada rezeki makan nasi kenduri. Jiran kami, Uncle Husin (UH) buat aqiqah cucu sulungnya. Anak UH ni pengantin PKP,  baby pun lahir masa PKP juga :) Tak dapat rasa nasi minyak Ika sebab kendurinya beberapa kali tunda hinggakan akhirnya dibatalkan terus. Sebab PKP... 

Walaupun sekadar packed food tapi tetap teruja nak makan nasi kenduri :D 

Maaf kalau ada yang tergoda ☺️ Nasi kenduri zaman pandemik ni benda 'rare', nak juga post sebagai kenangan :) Walaupun ada caterer jual nasi kenduri time PKP ni tapi rasa tak sama dengan the real nasi kenduri. Feeling, purpose & event tu yang membuatkannya jadi special. 

 Nasi Beriani, acar timun, kerabu taugeh & daging kambing. 

Dapat tembikai sebijik dari Ustazah, kira complete set-lah menu nasi kenduri ni. Air sirap je takde :) 

To Baby R, moga sentiasa dalam rahmat-Nya, membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi penyejuk mata ibu ayah aamin 🌹

 
Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ Ψ¨Ω†ΨΉΩ…ΨͺΩ‡ ΨͺΨͺΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­Ψ§Ψͺ πŸ’š





Saturday, 28 August 2021

Bangkit Rindu...

Kelmarin 26 Ogos ibu mertua jiran kami, Kak Z meninggal sekitar jam 3.30 pagi kerana sakit tua. Masa arwah Tok masih ada pun, mak mertuanya dah tak sihat, tak boleh bangun pun. Adalah bibik yang menjaganya sepanjang Kak Z sekeluarga keluar bekerja. Sekali sekala Kak Z update perkembangan ibu mertuanya di WA group. 

Seawal jam 8.30 pagi jenazah dah dibawa ke rumah keluarga mereka di PJ. Dek kerana sibuk uruskan PdPR di awal pagi, tak berkesempatan menziarahi arwah. Semalam singgah sekejap di rumah Kak Z, nak bertanya khabar dan mengucapkan takziah. Takde jodoh juga, Kak Z keluar .. 

Akhirnya kami hanya dapat berbual di telefon. Katanya "Akak rindulah, bangun pagi ni terus ke bilik arwah... Hari2 rutin akk macam tu, jenguk bilik arwah dulu... Kekok pulak pagi ni (arwah dah takde)..." 

Packed food utk jiran-jiran. Tahlil online kata Kak Z, sesama ahli keluarga mereka. 

Macam tu lah juga Ummi pun. Lepas arwah Tok meninggal, bangun pagi terus jenguk bilik Tok. Kadang tu dok masak di dapur pun toleh-toleh juga ke dalam bilik arwah... Ambil masa jugalah nak hilangkan habit tu, itu pesan Ummi pada Kak Z.  

Malah, sampai sekarang Tok 'hidup' dalam diri kami. Buat itu, buat ini, makan itu, makan ini seringkali sebut pasal Tok. Tambahan pula bila ada sesuatu yang boleh relate macam kematian mertua Kak Z ni. Lagilah kenangan dengan Tok membara, jadi rindu teramat sangat... 

Ummi: Berapa ringgit nasi kerabu ni B? 
Walid: 6 ringgit...lauk ikan goreng...
Ummi: Oo... Dulu dok beli kat Mak lima ringgit setengah...

Itu pagi tadi, masa makan nasi kerabu favorite arwah. Malam tadi pula, perbualan kami berkisar pada topik 'Tok di mana masa Ummi bersalinkan anak-anak :D " 

Kelahiran Abang ~ Memandangkan Ummi masih di labour room dari pagi hingga ke Maghrib,  w/pun pukul 9 pagi dah induce, terpaksalah Walid call Pakcik datang temankan Tok di rumah kami. Masa tu arwah Pakcik duduk di Puchong, bujang lagi. Arwah Tok ni pula ada penyakit darah tinggi. Setiap kali anak menantu nak bersalin ke nak exam besar2 arwah jadi nervous, anxious sampai BP naik. Masakan tidak, malam-malam tak boleh tidur! Masa Ummi nak ke Mekah dulu pun sampai demam2 Tok dok fikirkan keadaan anak-anak kami terutama Kakak yang masih bayi tu.

Kelahiran Angah ~ Tok di kampung, uruskan kenduri kahwin Abg Aqim. Habis kenduri je Tok terus mai rumah kami 😁 

Kelahiran Kakak ~ paling special sebab Tok berkampung sekali dengan kami di Pusrawi. Bersempit- sempit dengan cucu2 tidur di lantai. Walid pula atas sofa bed sebab Tok lagi selesa tidur atas tikar πŸ˜‚ 

Kelahiran Adik ~ Tok dah tak berapa sihat masa ni. Baru didiagnosis dengan kidney problem. Tok duduk dengan Paklong masa ni... 

Apapun itulah aturan hidup... Sampai masa kita akan kembali kepada Pencipta. Yang masih ada ibu ayah, ciptalah sebanyak mungkin kenangan indah. Hanya itulah yang kita ada bila mereka sudah tiada πŸ€—

Al Fatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita. 

Thursday, 26 August 2021

Pishang vs Pishang Crisp

Selalukan dengar budak-budak sekarang sebut perkataan pishang ni. Tahu maksudnya?
 
Inilah maksud pishang yang Ummi jumpa dalam UrbanDictionary. 

Tapi, pishang yang Ummi dapat semalam langsung tak kena dengan maksud di atas πŸ‘† 

Ini namanya Pishang Crisp ...  Dapat Pishang Crisp ni langsung dah tak rasa pishang haha... 

Surprise delivery dari kawan Walid nun jauh di Klang. Terharu sangat πŸ€—

Popia ni intinya pisang. Popia + pisang = pishang :D Pandai depa letak nama, catchy.  Atasnya ada yang ditabur cheese, Oreo, coklat dan Nestum. Crispy sangat esp dimakan waktu panas-panas. 


Tq Zeti. Moga lumayan sentiasa rezeki.

Pishang Crisp
ni diusahakan oleh sepupu kawan Walid ni. Duduk Gombak juga. Patutlah panas-panas lagi time kami terima tu. 

Sedap sangat rasanya. Sesuai sangat sebagai gift/special delivery sebab depa boleh hantarkan. Presentation dan packaging pun lawa. Nanti-nanti dah boleh ziarah rumah sedara-mara, kawan-kawan ataupun apa2 majlis/gathering boleh dijadikan buah tangan. Sekotak tu ada 20-pcs.. 

Harga? Ummi tak pasti. Seganlah nak tanyakan.... Dah orang bagi free, kita ngap je lah πŸ˜‚

Nak risik-risik, nombor seller kat bawah ni ... 

Jangan pishang-pishang ye πŸ˜… 



Wednesday, 25 August 2021

Tipah Tertipu!

Ceritanya macam ni... Sejak 3 bulan kebelakangan ni phone bill Ummi asyiklah >200 ringgit. Sepatutnya pakej yang Ummi guna ni tak sampai RM200 pun. Bertambah musykil sebab sejak pasang Unifi, anak-anak PdPR tak tumpang hotspot Ummi dah. Jadi, tak perlu top up data pun. 

Nakkan kepastian, Ummi call service provider. Rezeki Ummi hari tu, baru 2x ringing, dah ada orang (customer service staff CS) picked up. Tak sempat 'cakap dengan mesin'... 

Ummi: Boleh tolong check kenapa bil saya tinggi ye? Sejak 3 bulan lepas... 
CS: Ini sebab content... content usage Cik
U: What do you mean by content usage? 

(Tanjat mak, terus speaking London nak...:D ) Sempatlah fikir content tu pasal tengok YouTube kot! 

CS: Cik ada tak terima SMS dari 21888? 
U: Rasa ada...
CS: Setiap SMS tu cajnya RM1 Cik... 
U: Hah???
CS:.. kalau sebulan RM30-lah Cik...

Ya Allah, terasa ruginya. Kita terima SMS tu, kita pulak yang dicaj πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Memang setiap hari Ummi dapat SMS dari nombor ni ... prompt dekat notification tapi Ummi tengok sekilas gitu je. Jarang nak buka/baca SMS unless request TAC no. untuk online banking transactions. Yang selalu ditatap, WhatsApp & Telegram je. 

Sekilas pandang, nampak seperti pesanan khidmat masyarakat je... Sebab tu Ummi biar je. Husnuzon salah tempat rupanya. 

Nampak pulak bawah tu, Ikhlas xxxxx. Ingatkan betul-betullah ikhlas :D Siap puji lagi Ummi ni tau...Bagus depa hari-hari ingatkan pasal jaga jarak, jaga kesihatan... rupanya Tipah tertipu! 

Memang tak perasan langsung RM1 kat kepala mesej tu. Tepuk dahi! 

Sehari seringgit, 30 hari dah 30 ringgit. Banyak tu... Kalau kumpul, setahun dah boleh buat qurban di luar negara ☺️

Ralat sungguh Ummi sebab terlepas pandang hal ni. Kalau dicaj sebab kita guna, taklah terkilan sangat. Kita guna, wajiblah bayarkan... No issue at all. 

Jadi, Ummi teruslah minta depa stop je. Senang je, buat je camni... 

Hantar mesej tulis STOP ALL, that's all. Actually, bila Ummi tengok semula mesej dari nombor ni ada je sesekali dia bagi mesej untuk batalkan langganan ni. Tapi, ialah... Ummi fikir Ummi tak guna pun service-nya jadi ignore je. 

Walaupun ralat, tapi perkara ni tetap bagi pengajaran untuk Ummi. Ummi kongsi untuk perhatian semua, bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Cuba-cubalah check mesej-mesej yang selalu kita terima tu... Kalau ada yang kita boleh terminate, terminate je. Ummi ni jangan kata singgit, kalau sekupang pun Ummi kisah tau! 


 

Monday, 23 August 2021

Al Fatihah ~ Aunty Aishah

Satu demi satu berita kematian yang singgah di telinga sedikit sebanyak mengganggu ketenangan hati. Tapi, apa daya... Kita hamba, perlu akur pada takdir. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Noktah.


Pagi tadi dapat berita Aunty Aishah, best friend Tok Umi kembali ke rahmatullah akibat penyakit yang dideritainya, jam 5.27 pagi, 23 Ogos 2021. Terasa pilu sebab kami sekeluarga kenal rapat dengan arwah. Setiap kali ada majlis/kenduri di rumah Tok Umi pasti Aunty datang. Kali terakhir kami jumpa Aunty masa Uda kahwin dua tahun lepas. Kali pertama dan terakhir kami bergambar dengan arwah 😭

Arwah peramah dan suka tersenyum. Mesra sangat orangnya. Malah, kami tak segan berborak dan bergurau dengan Aunty umpama saudara sendiri. Pernah juga kami beraya di rumah Aunty beberapa tahun lepas. Ada Ummi coretkan kenangan beraya di rumah Aunty sebelum ni. 

Menjelang tengahari, dapat pula berita, Hj Man S/U surau kami menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, akibat Covid-19. Ummi tak cam arwah tapi Walid & the boys kenal sebab selalu jumpa di surau (sebelum pandemik). Beberapa malam lepas, Abang joined majlis bacaan Yasin secara maya dengan kariah surau, memohon kesembuhan buat arwah. Namun, Allah lebih sayangkan arwah :( 

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Pusu. Ummi dapat tahu tanah perkuburan ni sekarang dikhususkan untuk pesakit Covid yang meninggal dunia. Beberapa jemaah surau juga hadir memberi penghormatan terakhir buat arwah, walau sekadar melihat dari jauh. 

Didoakan agar arwah keduanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin.

Take care semua. 


Friday, 20 August 2021

Rezeki Berbuka

Tahun ni Hari Asyura jatuh pada hari Khamis. Ramai yang ambil kesempatan untuk berpuasa semalam, alhamdulillah. Anak3 pun ikut Ummi puasa Hari Tasu'a dan Hari Asyura (9 & 10 Muharram respectively). 

Credit source. 

Puasa Hari Tasu'a Ummi masak Laksa Terengganu. Sambil tu Ummi order food dari Cameron Highlands. Curlasssss you... 


Sepatutnya order Ummi ni sampai hari Isnin, kemudian Selasa katanya ... Pastu seller cakap Rabu pulak. Ummi ok je sebab kenal seller ni... Mak kawan Pasti Kakak dulu. Adalah masalah logistik yang tak dapat dielakkan. Kita faham, waktu pandemik ni banyak ketidaktentuan dan dugaan.  

Time delivery pun ada ujian juga :D Mula tu katanya nak hantar tengahari. Then petang... Dari Zohor, hingga Asar sampailah dah nak Maghrib strawberries tak sampai-sampai. Hari tu pulak hujan lebat sungguh... Ikutkan dah tak mengharap tapi alhamdulillah lagi beberapa minit nak Azan, strawberries sampai. 

Ummi excited nak makan scones with strawberry jam ni. Terbayang dah dok di Cameron Valley Tea House! 

Sejuk dah scones ni tapi 'ade aku kisah?' haha... Bertahun-tahun dah tak jejak kaki ke CH, since Angah dalam perut. Now, he is 10-y/o already. Lama sangatkan?

Semalam pula, berdenting-denting loceng pagar berbunyi. Mula tu cucu Kak Leha datang hantar pecal... Tak lama kemudian, anak Kak Ana pula hantar bubur sum-sum. Alhamdulillah rezeki menjelang berbuka. Sedap-sedap pulak tu airtangan depa... 

Kek Pisang tu Ummi buat...Mentang-mentanglah ada strawberries, depa hias dengan strawberries... Pisang punya kek, strawberry dapat nama haha... 

Ummi tak masak special untuk berbuka semalam, jadi hari ni barulah Ummi balas bekas....

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ Ψ¨Ω†ΨΉΩ…ΨͺΩ‡ ΨͺΨͺΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­Ψ§Ψͺ πŸ’š

Tuesday, 17 August 2021

Sambal Telur Petai


Sana-sini orang jual petai dan buah-buahan bermusim yang lain. Alhamdulillah walaupun tak dapat balik kampung, puas jugalah makan buah-buahan ni. 

Berbalik kepada petai, sekarang ni macam-macam resepi menggunakan petai kan? Dulu-dulu seingat Ummi petai ni dijadikan ulam mentah, dibakar atau dijeruk. Sekali sekala dibuat sambal bersama ikan bilis. Sekarang ni macam-macam; nasi goreng petai, ikan bakar petai dsbnya. Yang terbaru Ummi dapat tahu ialah Sambal Telur Petai. 

Nampak Uda up video masak Sambal Telur Petai ni di status WA-nya,  Beli petai terus cubalah resepi mudah ni. Buat sambal telur pecah macam biasa, last sekali masukkan petai. Gaul sebati, renehkan seketika bagi petai layu sikit. Tutup api. Siap! 

Makan dengan nasi panas, adoi berebut-rebut dengan anak-anak haha...

Jemputlah masak ye πŸ˜…

Monday, 16 August 2021

Al Fatihah ~ Datuk Seri Hj Ahmad Zaini Bin Othman


Pagi semalam dapat berita sedih... Salah seorang regular speaker yang banyak terlibat dalam program-program perbankan & kewangan Islam yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerja Ummi dulu telah kembali kepada ke rahmatullah. 


Credit source. 

Mula kenal arwah as 'En Zaini, Ambank' then beliau menerajui AmIslamic. Kemudian beliau beralih angin ke MBSB. Antara jasa besar beliau ialah berjaya menggabungkan MBSB dan Asian Finance Bank sebagai full-fledged Islamic bank. Moga ianya diterima sebagai amal soleh dan beroleh ganjaran berterusan dari-Nya 🀲

In his younger days... 

Credit source. 

Arwah mudah didekati walaupun adakalanya nampak serius. Tapi, bila kita menyapa, beliau mudah tersenyum, ready smile. Senang bekerjasama dengan beliau. 

Doa Ummi agar arwah tenang di sana Ummi serta rohnya ditempatkan di kalangan para solihin aamin. 

Sedih bila recently ramai pula yang Ummi personally kenal dijemput pulang. Antaranya Ah C, mekanik & owner bengkel motorsikal di kejiranan kami. Ummi kenal nama je, tapi Walid & the boys kenal sangat dengan dia. Walid tu kalau takde kerja, pergi kedai Ah C lah ... service motorlah, tukar kusyenlah, isi angin tayarlah macam-macam... Bola kempis tak cukup angin pun pinjam pam Ah C. Tapi semua tu sebelum Covid lah. Bila dah PKP awal tahun ni, jarang-jaranglah bengkelnya dapat dibuka. Tapi, bila dah boleh buka tu kedainya tak buka juga. Tertanya-tanya juga kenapa...hinggalah minggu lepas baru dapat berita, rupanya Ah C dah meninggal (6/8/2021), kerana Covid juga :( Rapatnya hubungan Ah C dengan penduduk sini sampaikan berita pemergiaannya turut diwar-warkan dalam group surau. Orang baikkan... 

Take care everyone. 

 


Thursday, 12 August 2021

Resepi ~ Pulut Sekaya

Di Kedah, kuih ni kami panggil pulut sekaya. Dan Ummi baru tahu rupanya di Terengganu namanya Tok Aji Serban. Cute! 

Teringin nak cuba bila tengok di TV baru ni, rancangan Tangan Seni yang memaparkan resepi ni. Nampak senang je. Tapi, tak sempat salin resepinya. Bila di-Google alhamdulillah jumpa resepi yang sama as featured on TV. 

Resepi: Pulut Sekaya

Bahan Lapisan Pulut
1 1/2 cawan beras pulut - basuh dan rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam halus

Bahan Lapisan Sekaya (atas)
5 biji telur gred A - Ummi letak 4 biji
1 cawan santan pekat
2 keping nisse/gula Melaka - Ummi letak 1 je tapi lebihkan gula pasir
3 s/b gula pasir - Ummi letak 5 s/b
2-3 s/b gula perang - Ummi tambah 
1/2 cawan air
Daun pandan - disimpul
1/2 s/t garam halus

Cara-cara 
Lapisan Pulut: 
1. Toskan beras pulut
2. Satukan beras pulut, santan dan garam dalam bekas sesuai.
3. Kukus 30 minit atau hingga pulut masak.

Sementara pulut dikukus, sediakan bahagian sekayanya. 

Lapisan Sekaya:
1. Masak nisse, gula, garam bersama air dan daun pandan. Bila semua sebati, tapis dan biarkan suam
2. Di dalam bekas lain, kacau telur bersama santan dan garam. Bila sebati, masukkan air gula tadi dan kacau rata. Tapis sekali lagi. 
3. Bila pulut masak, keluarkan dari kukusan. Tekan pulut hingga mampat dan rata kemudian tuang campuran telur dan air gula tadi keatas pulut. 

4. Kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga masak. Balut tudung periuk kukus supaya tiada wap menitis ke atas kuih.
5. Bila masak, simpan kuih dalam peti ais selama 1 jam barulah dipotong dan dihidangkan. 

Warna kurang menyerlah sebab Ummi guna nisse seketul je, habis stok. Tapi, alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Si hantu kuih tradisional tu siap tanya, "susah tak Ummi buat kuih ni? Indirectly request buat lagi. Siapa lagi, Angahlah! 
 

Selamat mencuba πŸ€—

Wednesday, 11 August 2021

Pengacara Nona

Baru-baru ni Media Prima buat rombakan pengacara, deejay bertukar tempat dan slot. Malah, ada yang ditamatkan kontrak. Antaranya program Melodi, menyaksikan aktres Nabila Huda menjadi hos baru. Ummi tak kisah sebab dah lama tak tengok rancangan ni. 

Tapi, bila dapat tahu pengacara Nona pun bertukar orang, terus datang perasaan 'alamak, tak best lah'! Selama ni Ummi jarang terlepas menonton Nona sebab suka Mira Filzah jadi pengacaranya. Bagi Ummi, Mira ada pesona tersendiri, seperti kebanyakan pengacara Nona terdahulu. 

Credit: Media Hiburan

Antara yang legend of course Puan Sri Normala Samsuddin, Azizah Ariffin, Datin Norjuma Habib (sekadar menyebut beberapa nama)... Tak salah Ummi in house talent yang terakhir ialah Fiza Shabjahan sebelum tugas pengacara Nona diberi kepada artis/selebriti. 

Selain Mira Filzah, Ummi suka Datin Fouziah Ghouse mengacarakan Nona. Bagi Ummi, dia ada tarikan tersendiri yang membuatkan mata Ummi melekat di TV hingga akhir siaran. 

Sekarang tugas digalas oleh si cantik manis, Amyra Rosli. Untuk episod pertama Ahad lepas, usai segmen tribute untuk Mira, Ummi terus tutup TV. Sorry Amira, bukan tak suka tapi ambil masa sikit untuk dapatkan semula mood menonton Nona πŸ˜…

Siapa pengacara Nona favorite anda? 

Tuesday, 10 August 2021

Olimpik Tokyo 2020

8 Ogos 2021 berlabuhlah tirai temasya Sulan Olimpik Tokyo Edisi 2020 selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik yang melanda seluruh dunia. 

Walaupun awalnya terdapat keraguan malah bantahan, tapi Jepun berjaya membuktikan kemampuan menganjurkan sukan terbesar dunia ini. Semangat orang Jepun memang luar biasa. Pantas bangkit di setiap kali ditimpa musibah. Hiroshima, Nagasaki, tsunami, gempa bumi malah Covid-19 juga tak mampu mengalahkan semangat juang mereka yang sangat tinggi. Setinggi dan seteguh Gunung Fuji barangkali. 

Credit source.

Negara kita di tangga ke-74 keseluruhan. 

Mula tu Ummi tak follow sangat malah terlepas momen pasangan Aaron Chia- Soh Wooi Yik menang pingat gangsa untuk acara beregu badminton lelaki. 

Congrats guys! 

Tapi, momentum mula hadir bila menyaksikan kehebatan Nur Dhabitah Sabri berentap dalam acara Women 3M Springboard. Dari pusingan kelayakan hingga ke final Ummi dengan gegirls tak terlepas memberi sokongan kepada Bitah. Frust juga bila tak dapat medal tapi kita yakin dia dah buat yang terbaik.

Then, follow pula aksi our diving queen, Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform individu. Pandelela ni dah menang 2 pingat Olimpik;  pingat perak di Olimpik Rio 2016 dan pingat gangsa di Olimpik London 2012. Hebat kan? 

Credit source. 

Tapi, nasib tak menyebelahi beliau di Tokyo. Sedih bila first round beliau hanya dapat 18.00 mata. Second round onwards markah tinggi tapi dah tak mampu nak kejar esp 2 atlet China yang mana juaranya (Quan Hongchang) berjaya kaut 'perfect 10' 3 kali. Markah penuhlah agaknya tu... 

Credit source.

Baru 14 tahun guys... 

Akhirnya saat yang dinanti, dengan penuh harapan nak tengok Datuk Azizul Hasni Awang (DAHA) rangkul emas sulung negara, malangnya belum rezeki dia dan kita, seluruh rakyat Malaysia. Geram pula dengan Jason Kenny yang pecut awal-awal haha... Geram lagi dengan mamat Australia tu huhu... Tapi, itulah namanya pertandingan. Pasti ada yang memang, ada yang kalah. 

Credit source.

Namun, beliau tetap menang di hati kita πŸ€—

Credit source.

He made us proud too...

Credit source. 

See you in Paris 2024 Shah Firdaus!