Rata-rata geng mak-mak sibukkan minggu ni. Anak-anak yang bersekolah menengah akan kembali bersekolah secara bersemuka. Yang tinggal di asrama pun akan kembali ke asrama hujung minggu ni. Anak-anak f1 macam Abang pun akan ke sekolah masing-masing buat pertama kali. Yang berjaya ke SBP daftar pada 6/4 manakala MRSM pula 7/4. Lebih kurang seminggu je lagi. Puasa di asramalah anak-anak ye tahun ni 🤗
Ummi pun cuti sekolah ni memang fokus urusan persekolahan Abang je. Kelmarin uruskan pemulangan buku teks dan 'potong nama' di SAM. Urusannya sekejap je tapi nak ke sana yang ambil masa, 1 1/2 jam juga.
Comel je nama borang ni... Borang Bersih Diri Pelajar ☺️ Selain serahkan buku teks, salinan surat tawaran SBP juga perlu diserahkan kepada SAM untuk rekod depa. |
Sampai di Gombak, terus ke masjid pula mengadap nazir masjid untuk sahkan segala dokumen berkaitan, kemudian buat medical check-up. Sehari suntuk juga selesaikan urusan ni.
Itu urusan di luar...di rumah pula sibuk menguruskan kain baju, buku-buku dan segala perkara yang berkaitan seperti gosok baju, label baju dsbnya...
Iron on label Ummi tempah online, lepas Abang dapat offer SAM dulu lagi. Sekarang nak masuk asrama baru letak label. |
Inipun ada beberapa item belum ada antaranya kasut prep. Kasut di Bata tu habis diborong orang! Harap adalah rezeki hujung minggu ni nak cuba cari lagi... Demand anak sorang ni, ajak cari di Yebeng taknak. "Bata lah best sikit Ummi" 🙄 Sebenarnya dah jumpa kasut yang berkenan tapi takde saiz. Worst case scenario, beli je kat kedai biasa sebab sayang pula kalau nak lenjan kasut sekolah (kasut kulit hitam). Lagipun kalau dari pagi hingga ke malam berkasut kulit tak selesa juga nanti.
Alhamdulillah Abang dapat offer awal, masa result keluar 19/3 lepas. Banyak masa untuk buat persiapan. Ada juga anak kawan dapat offer hari ni (selepas rayuan) tapi tarikh regi sama juga 6/4. Agak kelam-kabut juga nak buat persiapan. Apapun syukur dah berjaya dapat tempat. Yang masih menanti tawaran, Ummi doakan dipermudahkan urusan mereka semuanya.