Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Friday, 27 March 2026

Ke Gunung Jerai @ 5 Syawal

Memandangkan Walid cuti raya lama kali ni, kami ambil peluang untuk cuti-cuti Malaysia; staycation di puncak gunung tertinggi di Kedah, Gunung Jerai. Ini kali pertama Ummi ke Gunung Jerai. Walid pernah ke sini, waktu kecik dulu. Anak⁴ macam Ummi, first timers juga. 

Dari kaki gunung ke puncak 12km. 
Boleh bawa kenderaan sendiri atau naik van sewa. Kami pilih naik kenderaan sendiri. Perjalanan naik ke atas ± ½ jam. 

Ramai yang berpesan supaya hati², jalan naik ke gunung sangat sempit dan berliku². Macam naik Cameron Highlands ikut Tapah dulu². 

View di pertengahan perjalanan... Kalau musim padi menghijau mesti lagi cantik. Sekarang padi dah dimesin, yang tinggal petak² sawah warna keperangan. 

Tanah merekah, kesan cuaca panas dan kemarau  di negeri Jelapang Padi. 

Sampai di sini hanya kenderaan yang menginap di The Jerai Hill Resort saja dibenarkan masuk ke dalam. Yang datang untuk bersiar², ada public parking disediakan selain medan selera dan tandas awam. Surau pun ada atas ni. Ada pilihan sama ada nak menginap di atas sana atau balik hari. 

Subhanallah! 
Pemandangan sangat mengagumkan. Daratan dan laut seakan bersatu. Nampak juga Pulau Bunting (pulau tak berpenghuni, di Yan).

View sebelah sini nampak rumah², bangunan dan sawah padi. 

Banyak tempat menarik untuk dilawati. Ada yang percuma, ada yang berbayar. 

T-rex! 
Nak tengok lagi banyak dinosaur kena masuk ke Dino Park. Ada sound effect, berbunyi je si T-Rex ni :) 

Nak masuk sini RM5 tak silap...dapatlah tengok best view dari puncak Gunung Jerai ni. Ada cafe sebelah luar ni, bolehlah nak kopi² sambil layan sunset

Pencawang Gunung Jerai. Selalu nampak pencawang ni dari kejauhan. Ingatkan puncak gunung dekat situ πŸ˜…

Angah & Adik nak main flying fox. Bayaran RM 15 sorang. Bayaran secara QR sahaja. 

Jungle Fun Garden ni tak pasti ada apa dalam tu, tak masuk. Tiket RM 10, waktu operasi sampai pukul 10 mlm katanya. 

Archery dan paintball. Semua ni berbayar. Kakak nak naik SkyBike tapi tutup. Sebab cuti raya ke apa Ummi tak pasti. 

Banyak hydrangea. Kembang besar², cantik! 
Sejuk ke atas ni? 
Tak sejuk sangat tapi nyaman. Rasa selesa sebab tak panas membahang. Sejuk² manja je senang cerita :) 

Stay time for more In Sha Allah.

# update blog sikit² dan blog walking slow², masih beraya πŸ™πŸ»









Wednesday, 21 January 2026

LGK D3: Dataran Lang, MAHA Tower & HIG Mall

Hari terakhir di Langkawi.
Haruslah ke Dataran Lang ni, untuk beberapa keping foto kenangan :) 

Sampai sini tengahari, tapi gigih juga berjalan hingga ke hujung sana. 

Sebelum sampai sana, singgah beli makanan ikan. Ada tasik depan ni... 

Animal lover ❤️

Bukan setakat ikan, kura² dan biawak pun ada.

Tak lama pun di sini, sebab panas berdenting. 

Next destination is MAHA Tower. 
Datang sini sebab nak tahu apa yang ada di sini. 

Ada deck untuk tengok sunset, ada cafe dll. Kami tak masuk, cuma tinjau² je dari lobi. Ada admission fee untuk ke tingkat² atasnya. 

Dekat aras lobby ni ada few cafes. Kami masuk sampai sini saja, sekadar nak tengok tempat.

Destinasi terakhir, HIG Mall. 
HIG= Haji Ismail Group. 

Rambang mata hangpa... 
Rasa semua nak beli. Tapi sebab takut kena tahan dengan kastam nak keluar dari Langkawi nanti, kita beli sikit je la :D 

HIG Mall ni banyak pilihan dan harganya lebih murah. Patutlah rasa berbelah bagi nak beli di Chenang semalam, rupanya ada rezeki lebih baik menanti hari ni alhamdulillah. 

Yang ni Ummi beli. 

Dah selamat dirasmikan oleh tuannya 🫢🏻

Macam² ada...
Coklat pun ada ye :) 

Alhamdulillah dah dapat apa yang dihajati. Memang senyum la Ummi keluar dari mall ni :) 

Sebelum ke destinasi seterusnya kami tumpang solat dan khidmat diri di surau dan bilik air HIG Mall ni. Surau besar, selesa dan bersih. Begitu juga bilik airnya, bersih πŸ‘πŸ»




Tuesday, 20 January 2026

LGK D2: Urut Kaki & Shopping Time!

Angah @ Langkawi, 12 tahun dulu :)

Seronok cuti² kami kali ni, seimbang antara aktiviti jalan²/melawat dan aktiviti santai/bebas. Fleksibel. Mungkin sebab anak⁴ pun dah besar, takdelah terikat dengan masa sangat. Dulu depa kecik, kena ada waktu tidur, waktu nak salin pampers dsbnya... 

Ditambah pula kami stay di tempat tumpuan pelancong, semuanya walking distance je...  Abang pun dah boleh diharap bawa Angah atau Kakak keluar. Adik je la Ummi @ Walid teman. Jadi masa untuk diri sendiri tu banyaklah. 

Pagi kami buat aktiviti island hopping, petang aktiviti bebas. 

Petang tu Ummi dengan ditemani Kakak ke salah sebuah tempat urut di Pantai Chenang ni. Ummi buat foot massage je, ½ jam. Nak urut badan 1 ½ jam, lama sangat dan rasa badan tak ready untuk diurut. Kakak nak buat mani & pedi tapi staff keluar makan (time rehat dia). Jadi dia teman Ummi je. Ummi sorang je client masa tu.

Ada beberapa kedai urut di sini. 
Ummi pilih yang ni. Harganya RM 30, 30 minit. Lepas pukul 9 mlm harganya RM 38 kot. Selesai Ummi berurut tu, Walid pula datang.  Tukang urut Ummi orang Langkawi juga. Suaminya pun tukang urut. Baguslah kan, dapat juga peluang pekerjaan untuk orang sini. 

Selesai Walid berurut, kami ke Warisan Duty Free. Hajatnya nak shopping pinggan mangkuk.

Corelle ada, Pyrex ada... Pilih je mana yang berkenan..

Berkenan set ni... 

Hampir² depa ni ikut Ummi balik Gombak :p 
Berkenan dua²... Tapi sayang, teko tak disertakan sekali. Tak nampak pulak teko yang sesuai dengan set hijau tu. Teko putih banyak juga pilihan. 

Keluar dengan Kakak dah, dengan Walid pun dah. Adik pulak nak jalan dengan Ummi... 

Apalagi, pergi kedai cekelat la :D 
Eastern ni kedai duty free yang paling murah dan banyak pilihan coklat. Packaging pun cantik² dan premium. Sesuai nak dijadikan souvenir. Bab harga tu Angah la rajin keluar masuk kedai buat comparison. Ratusan jugalah RM terbang di sini. Masing² nak beli untuk makan sendiri dan bagi kawan². Mentang² la Tok Umi bagi duit untuk shopping ☺️ 

Selesai berurut dan shopping, kami ke cafe hotel. Nak redeem minuman percuma yang pihak hotel sediakan. Ingatkan nak order fries ke sandwich ke untuk minum petang tapi tak dapat. Staff cafe sibuk prep untuk acara malam nanti, sambutan tahun baru. 

Malamnya memang duduk bilik je la... Walid keluar beli makan malam kemudian kami layan filem P Ramlee. Nak keluar dari hotel memang tak lah, sebab sesak. Sini tempat orang nak sambut tahun baru. Nak tunggu bunga api pun, tunggu dekat bilik hotel je. Sebelah motel ada bar  pulak, jenuh tadah telinga dengar muzik depa sampai pukul 1 pagi lebih πŸ˜‡







Monday, 19 January 2026

LGK D2: Island Hopping & Mandi-Manda di Pulau Beras Basah


Itinerary hari pertama;

Hari kedua kami pilih aktiviti outdoor pula. Seawal 8 pg Walid dah ke lobi hotel, mencari PIC  aktiviti island hopping. Petang semalam dah tanya² few providers. Paling murah dapat harga RM320, kena drive sendiri ke Jeti Tanjung Rhu (around 30 minutes dari hotel). Alhamdulillah ada slot kosong pukul 10 pg. 

" Rezeki encik ada slot kosong. Biasanya orang  book sehari awal" katanya. 

Lambat decide sebab Ummi berbelah bagi nak island hopping ke just naik bot tepi pantai sebelah petang macamπŸ‘†πŸ»ni... 

Menunggu van... 
Pakej kami ni termasuk transportation ke jeti, pergi dan balik. Harganya RM350 (private boat). Dan lagi best, naik bot di Jeti Teluk Baru, yang hanya 10 minit dari hotel. Tak perlu ke Jeti Tanjung Rhu. 

Van dah sampai... 

Semua excited naik van pelancong :D 

Cantikya jeti ni ! 
Seronok tengok pemandangan bot² berlabuh gini... Rasa tenang je. Jeti Teluk Baru ni tempat baru dibuka. Pelancong yang naik dari sini Ummi tengok semuanya dibawa oleh van pelancong. Beza dengan di Jeti Tanjung Rhu yang kebanyakannya drive sendiri ke sana. 

Angin kuat! 
Kami cuma bawa baju salin dan sedikit makanan. Pakej ni termasuk mandi di Pulau Beras Basah. Walaupun tak berhajat nak mandi, Ummi bawa juga tuala (standby). Dekat jeti ni ada few gerai, yang jual nasi lemak pun ada. Ummi ni naif, tak terfikir pulak nak beli makanan untuk trip ni. 

Life jacket disediakan πŸ‘πŸ»
Ummi ingat botnya perlahan atau santai² je rupanya laju ya amat! Terlompat² rasanya dilambung ombak. Tapi menyeronokkan dan memberi pengalaman baru. 

Betapa kerdilnya kita dan besarnya pengharapan kepada-Nya bila berada di lautan begini. Walaupun trip ni untuk suka²/bersiar², tapi didiklah hati untuk mengagumi kebesaran Allah SWT. 

Batu-batuan yang membentuk pulau. 
Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau semula jadi. Selain Langkawi sendiri, Pulau Tuba satu lagi pulau yang didiami oleh manusia. Yang selebihnya pulau² kecil begini dan mungkin tidak sesuai didiami. 

Singgahan pertama, Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk pulau tu umpama seorang perempuan mengandung tengah berbaring? Sebab itulah namanya Tasik Dayang Bunting. Kami cuma tengok dari jauh. Ada pakej yang bawa pelancong untuk ke pulau ni. Biasanya kata pemandu bot orang ke Tasik Dayang Bunting di pulau ni untuk ikhtiar dapatkan zuriat. 

Di sebelah kanan kami pula Pulau Buaya. Bentuknya macam buaya kan? Sekitar ni saja ada 4-5 pulau yang ada. 

Ramai juga pelancong ambil pakej island hopping ni... Kalau pelancong Mat Saleh, depa sewa jet ski...

Seterusnya kami ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti eagle feeding. Pulau Singa Besar ni paling banyak burung helang tinggal. 

Bye Pulau Singa Besar... Jeti tu dah uzur, terbiar je. Tak pastilah ada jalan lain untuk naik ke darat. 

Parasailing. 
Seronok tengok orang baik, tapi faktor usia membuatkan Ummi jadi overthinking 😌
Tak berani nak try

Menghampiri Pulau Beras Basah. 
Geng Mat Saleh yang naik jet ski tadi pun baru  sampai... Meriah pulau ni. 

Hampir sampai ke pulau, pemandu bot bagi roti sorang sekeping, untuk bagi ikan makan. 

Jinak dan banyak sangatttt ikan di sini! 

Ramai! 
Kemuncak pakej kami ni mandi-manda di Pulau Beras Basah. Kami diberi masa 2 jam untuk mandi-manda. Lamanya huhu... 

Pantainya cantik juga... Tapi Ummi lagi suka mandi di Pantai Chenang. 

Kecik je pulau ni...

Kalau tak nak mandi, bolehlah bersantai ambil angin laut. Seeloknya bawalah tikar, lebih selesa untuk duduk dan berkelah. Kami ni tikar pun tak bawa, makanan pun ada jajan sikit² je. Tak cukup info sebab tu tak prepare awal. Tercengang tau masa pemandu bot kata 2 jam kat sini πŸ˜…

Selok beg jumpa roti krim ni alhamdulillah boleh la buat alas perut. Masa ni mulalah teringat nasi lemak acik dekat Jeti Teluk Baru tadi. Sedap kalau dapat berkelah makan nasi lemak ni... 

Satu²-nya gerai jual makanan dan minuman. Depa jual burger, fries, air kelapa... Harga double la... 

Ada tandas (bayaran RM1) dan bilik air untuk mandi/tukar baju (bayaran RM2). Tapi itulah walaupun dikenakan bayaran tapi kebersihan out. Sebatu dah boleh bau busuknya tu :( Mungkin bekalan air terhad, tak boleh nak mencuci selalu tandasnya tapi tak adil juga untuk pengguna yang kena bayar utk guna kemudahan tu. 

Selesai anak² membersihkan diri, kami cari pemandu bot kami dan ajak balik wpun belum cukup 2 jam. 

Balik ikut jalan lain :) 

Arrived at the jetty...

Gerai jualan... Kami cuma beli gambar sekeluarga yang diambil oleh photographer di sini. Murah je, RM15. 

Pergi balik dengan driver van yang sama tapj vannya lain. 

Kawasan ni sempit sangat, parking double triple. Nak sampai ke simpang, van dipandu mengundur 😁

Apapun alhamdulillah trip pulau ke pulau ni satu pengalaman yang sangat menarik dan berharga untuk kami sekeluarga. 

Untuk lunch, Walid beli packed food di warung berhampiran hotel. Alhamdulillah untuk hari yang indah ❤️