Showing posts with label Morning Walk. Show all posts
Showing posts with label Morning Walk. Show all posts

Friday, 1 August 2025

Riadah @ Taman Tasik Sri Gombak

Lari dari kebiasaan, kali ni beriadah di Taman Tasik Sri Gombak (TTSG). Kalau beriadah dengan family, pergi ke tempat² begini lebih sesuai. 

Ramai pengunjung, pelbagai kaum dan peringkat umur. Bila beriadah di tempat proper begini lebih seronok dan bersemangat sebab semua orang datang dengan tujuan yang sama, nak beriadah. 

Lama tak datang sini.
Baru perasan jambatan tu dicat baru. Terang betul warnanya. 

Selain brisk walking, guna juga peralatan bersenam yang disediakan. Hari ni memang berpeluh sungguhlah sebab brisk walking dan guna peralatan senaman ni. 

Lepas beriadah, sarapan pula Pulut & Ikan Kering. 
Mantappppp :3 



Thursday, 31 July 2025

Morning Walk 30.7

Ada kawan² blogger tanya Ummi morning walk sorang ke berteman? Kita 'lone ranger' je wak :D 

Hajatnya nak naik Bukit Pencawang hari ni.

Masa mula mendaki nampak sepasang couple, ingat nak follow depa. Tup² depa melencong ke lain. Atas sikit ada sorang male jogger. Takpelah, segan pulak nak follow dia. Plus dia laju, Ummi ni termengah² haha... Tapi kali ni naik lebih tinggi la dari minggu lepas tu, takat kaki bukit je. At least adalah progress :) 

Balik rumah, Cik Leha mesej 👇🏻

Bukit ni 'makanan' Cik Leha je.... 
Depa selalu picnic kat atas ni. 
Ummi pula baru sekali dua naik sini. 

Sebab tak jadi naik bukit, Ummi pusing padang ni la satu round
Padang ni besar sikitlah dari standard size padang bola. Tapi tidaklah sebesar padang sekolah rendah Ummi dulu. Sekolah kampung kan, kawasan luas. Sebahagiannya kecil darinya tukang kebun tanam pisang. Bahagian yang masih kosong dan terbiar pun besar juga. 

 Sekali tu Ummi dan beberapa orang kawan kena denda dengan coach olahraga kami, Abg Mat. Abg Mat ni kerani sekolah tapi bertanggungjawab coaching kami sebab dia ada background sukan kot. Garang ya amat! Dengan misainya melentiknya tu tachodddd 😆
Punca kena denda tu sebab kami bertugas di kelas dulu hari tu, jadi lambat sikitlah turun ke padang . Dulu kan kita ikut duty rooster. Setiap hari tu memang ada murid bertugas bersihkan kelas kena buat. Tahu Abg Mat denda apa? 
Lari, 7 pusingan! 
Penat tu jangan cakap la,  malu pun iye haha... 

Padang baru dipotong rumputnya, best la tak banyak kemuncup. 

Otw balik, lalu rumah jiran, nampak pokok bidara. Ada buah la... Yang Acik Sopiah tanam belum berbuah. Ummi suka buah bidara, rasa masam² manis. Tapi yang baka kampung ni tak pernah makan. Selalu beli yang Siam (Thailand) punya. 

Wednesday, 30 July 2025

Morning Walk 29.7

Hari ni tukar route; keluar lorong masuk lorong sekitar perumahan ni. Try juga route baru yang Ummi plan last week

Terserempak dengan Pak Tam & Mak Tam, peniaga roti canai di kawasan kami ni. Mak Tam tengah petik daun kari. Pak Tam tunjukkan serai yang ditanamnya, banyak rumpun juga. Siap offer suruh Ummi ambil. Takpe Pak Tam, saya pun tanam serai juga di rumah :) 

Suka tengok keluarga Pak Tam ni. Anak pertama dan kedua lulusan Syariah USIM, tapi tak kekok bantu mak ayah meniaga roti canai. Yang ketiga bakal jadi pewaris business Pak Tam agaknya, dia tak sambung belajar. Yang keempat hingga ke tujuh semua sekolah agama/tahfiz. Yang sebaya Abang di SAM, yang bongsu tua setahun dari Adik di maahad tahfiz dekat² sini. Dulu tengok dia dalam stroller baby, sekarang dah besar dah. Anak ramai Pak Tam ni tapi dia kuat berusaha. Kalau bulan puasa tu ambil 2 tapak meniaga di Bazar Ramadhan. Berbagi tugas dengan Mak Tam untuk jaga Bazar. Berkat usaha keras depa anak beranak ni, 2 tahun lepas kot dapat pergi Umrah satu keluarga. Subhanallah! 

Balik rumah belek tanaman...

Hari tu nampak sorang jogger ni potong bunga ni dekat rumah jiran. Mungkin nak letak dalam pasu, buat hiasan penyeri meja. Ummi pun nak ikut juga tapi pasu takde lagi. Letak dalam pasu kaca cantiklah kan... 

Buah apa tak tahulah. Subur pulak pokoknya, berkongsi pasu dengan pokok cili. Biar je dulu sebab buahnya lawa 😁

Dah >12 jam since last meal, jom la makan. 
Nasi goreng w ikan masin. Aduh, nikmatnya! 



Tuesday, 29 July 2025

Morning Walk 28.7

Selagi ada semangat dan diberi peluang menikmati indahnya pagi hari, kita teruskan rutin 💪🏻

Baru tahu asap putih tu dipanggil contrails ( jejak kondensasi) 👇🏻


Hari ni lalu rumah sewa kami dulu. Dah bertukar wajah. Apa khabar Kak R dan En G tuan rumah kami dulu? Dah lama terputus hubungan. Baik tuan rumah kami ni. Ingat lagi KR pinjamkan curtains untuk kami sebab kami belum ada curtains masa tu. Benda kecik bagi sesetengah orang, tapi sangat besar bagi kami yang baru nak mula hidup masa tu. Perabot pun cuma beli meja makan secondhand, set bilik tidur dan peti ais satu pintu je. Untuk washing machine, besties; Uncle SA, Cik Ani, Aunty Shima and semestinya Mommy Zya & Uncle Nas tong² duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Dapatlah beli mesin basuh semi-auto, jenama Samsung dengan RM500 tu. Tahan lama mesin basuh tu. Dari rumah sewa sampai pindah rumah sendiri masih mampu berkhidmat. 

Rumah sewa kami ni pernah juga dikunjungi oleh seseorang yang dah bergelar VIP sekarang. Pakat duduk bersila je, rumah kami takde sofa :D 
Masa tu beliau tengah siapkan tesis PhD, minta tolong Walid untuk edarkan survey form berkaitan IBF, in which Walid pun masa tu kerja dalam bidang perbankan. Walaupun dah jadi orang besar, sikap dan perwatakan mesra dan humble beliau dan isteri masih kekal. Seronok tengok beliau makin 'terbang tinggi'. 

Betul² menyelusuri jalan² kenangan ni 😁
 

Friday, 25 July 2025

Morning Walk 25.7

Alhamdulillah masih diberi nikmat berpagi-pagian menikmati indahnya alam. 

Cantikkan bunga kacang mungai ni... Kalau perasan ada lebah dekat bunga tu. Once in a blue moon dapat snap gambar gini sebab selalu lebahnya terbang belum sempat capture gambar. 

Tapi bila dongak ke langit, jerebu teruk! 
Sebab dah melangkah keluar rumah, teruskan saja langkah. Ikutkan Ummi nak try new route tapi sebab ada janji dengan seseorang pukul 8 jadi habis satu pusingan biasa, balik rumah kejap. 

Singgah gerai lontong semalam. 
Beli nasi lemak pulak hari ni dan pulut kuning. 
Beli juga kuih Seri Muka Durian dan Talam Keladi. 

Sabtu Ahad off la morning walk ni, pelbagai agenda menanti 💪🏻

Thursday, 24 July 2025

Morning Walk 24.7

Hari ni keluar lewat sikit, around 7.15 am. Cuaca nampak cerah alhamdulillah. 

Nampak pokok sukun. Banyak juga buahnya. Ada nostalgia dengan buah sukun ni. Ada sekali tu Ummi ikut Tok Cik Nah, Maklang Ja dan beberapa orang lagi kait buah sukun berhampiran rumah Wan Mat. Dah jadi satu peraturan zaman tu kena balik rumah sebelum Maghrib. Ummi ni nak balik dah tapi dalam masa yang sama teringin nak rasa buah sukun ni. Tokcik Nah suruh tunggu sat, nak kait bagi sorang sebiji. Tunggu punya tunggu sampai Tok mai turut (panggil balik rumah). Tu takpe lagi, sampai rumah kenalah marah dgn Tok Wan. Mujurlah saat genting tu Tok Cik Nah sampai, bagi buah sukun yang Ummi tak sempat ambik. Kalau tak mau kena rotan dah kot 😅

Hari ni Ummi pergi ke Bukit Pencawang. Tapi sampai kaki bukit je. 

Asalnya hutan juga kawasan ni. Sekarang dah ada perumahan, semua rumah semi D. 
Bukit dekat belakang perumahan ni. 
Terserempak lagi dengan Acik belakang rumah. Dia baru nak naik, Ummi pula nak turun. Tapi Acik nak naik atas bukit 💪🏻

Sebelum balik rumah, singgahlah beli lontong dekat tepi jalan utama. Pertama kali beli, sedap 👍🏻 

Beli juga kuih Seri Muka. Favorite Adik ni. 

Sebab start lewat morning walk tadi, sambunglah berkebun sekejap nak bagi cukup masa beriadah. Jumpa kentang dah bertunas, tanam je la. Inspired tengok TT datin_anita67 dan verygoodgardening menuai hasil kebun masing², Ummi pun terajinlah hari ni. Tanam kentang ni nak tengok jadi ke tidak macam depa tanam :D 




Wednesday, 23 July 2025

Morning Walk 23.7

Hari ni berjaya buang kemalasan, keluar morning walk seawal 7 pg. 

Awan tebal, gaya macam nak hujan macam pagi semalam. Kalau hujan pun okay sebab dah berminggu bumi bertuah ni tak hujan. 

Acik jiran belakang rumah lagi laju... 
Takpe, Acik jalan dulu. Saya nak santai² je menikmati morning walk saya. 

Hujung jalan tu Acik jumpa geng, patah balik ikut route lain seiring dengan gengnya. Seronok pulak perhati gelagat orang. Selalu pagi² dok bergaduh dengan Peah dan anak⁴ dia je 😂

Petai bergayut! 
Hebat ye dalam kawasan bandar pun boleh hidup pokok petai ni. Di kampung Ummi dulu, pokok petai tumbuhnya di hutan atau kebun getah. Tapi ada juga sepohon dua Paklong tanam dekat rumah Tok Wan. 

Durian pun ada! 

Ikutkan nak naik Bukit Pencawang tapi risau pula bila dengar ada harimau kumbang dekat area kubur sana. Manalah tahu dia dah sampai ke sini juga. Terserempak juga dengan monkeys dekat area rumah Uncle Shah. Buat dunno je la. Dia tak kacau kita, kita pun tak kacau dia ✌🏻 

Alhamdulillah almost 8 am sampai rumah semula. Kira berjaya cover Fasa 2 & 3 hari ni. Mudah-mudahan istiqomahlah kan 💪🏻