Saturday, 30 April 2022

Dah Sampai Kampung?

Ummi doakan agar semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

Jangan lupa baca doa keluar rumah, doa naik kenderaan dan niat yang baik. Moga diberi kelancaran dan dipermudahkan segala urusan kita semua 🤲

Stay safe semua! 

Friday, 29 April 2022

Hari Matematik Antarabangsa 2022

14/3 yang lepas Angah joined sambutan Hari Matematik Antarabangsa 2022 secara atas talian. Antara pengisiannya ialah perkongsian asal usul Matematik. Di akhir program baru kuiz dibuka. Jika lulus, dapat sijil peringkat kebangsaan tak silap Ummi. 

Masa kuiz dijalankan Ummi keluar beli barang,  jadi 100% Angah jawab sendiri. Tak salah, Angah cakap skor dia 4/6. 

Beberapa hari kemudian, riuh-rendah dalam WA group sekolah ada yang dah dapat sijil. Masing-masing tunjuk sijil anak. Ummi pun tertunggu-tunggu juga sijil Angah, tak nampak bayang. Dalam hati, mungkin skor Angah tak capai 100% sebab tu tak dapat sijil :( 

Tapi, kalau dah rezeki tu kan ...
Semalam, ada kenalan share email PIC  untuk collect sijil bagi yang belum dapat. Risau juga mula tu takut scam. Tapi Ummi cuba juga send email to that person. 

Alhamdulillah tengahari tadi dapat e-sijil yang dijanjikan :) 

Ada few events lagi yang Ummi plan nak daftar untuk Angah antaranya Virtual Run Hari Guru dan Grow Sihat انشاء الله. 

Thursday, 28 April 2022

27 Ramadhan ~ Rezeki Mencurah-curah Umpama Hujan

Menjelang Maghrib 27 Ramadhan hujan turun lebat selebatnya. Moq-Tot sampai lencun berlari masuk dalam rumah time kami solat Maghrib usai berbuka semalam. Kesian dia... 

Rezeki pun mencurah-curah, alhamdulillah...

Tak sempat order kuih raya dari Solehah sebab ingatkan dia akan open order lagi bila masuk bulan puasa... Rupanya laku keras betul kuih raya dia. Tapi, dah namanya rezeki kami, dapat juga merasa. Tq Cik As sudi berkongsi rezeki ☺️

Sebelum tu Cik As bagi duit raya dan Munchy's untuk kudap2 balik kampung nanti. 

Duit raya dari Aunty B, officemate Walid. 

Sampul raya dari kawan Walid di Alam Flora. Baguslah company ni, rajin raikan staff. Hari tu masa majlis khatam Quran dapat raya box sorang satu ..

Ada sejadah, kain pelikat, tasbih digital...
Seronokkan bila majikan layan staff dengan baik.

Ini pula duit raya dari SRAI untuk murid-murid. Hari ni ramai yang dah start cuti dan balik kampung.

Ini duit raya Adik dari cikgu-cikgu, Afiq & Farhana. 

Adik dah start cuti. Hooray! 

Ada juga parents lain yang terlepas pandang pasal cuti hari ni. Awal sangat cikgu bagi memo 🤭

Selamat balik kampung dan balik kampung dengan selamat :D 



Mr DIY Sri Gombak yang Baru

Sebelum ni Mr DIY ada satu outlet di Sri Gombak, sebaris dengan Marry Brown, Farmasi Multicare dan Restoran Nur. 

Tak cukup satu, sekarang depa dah buka satu lagi cawangan di Sri Gombak, bersebelahan tanah kosong depan Petron tu. Dulu kedai tayar tak silap tempat ni. Kalau nak ke Pasar Sri Gombak tu boleh nampaklah... 

Ikutkan Ummi nak cari farewell gifts untuk Tr. Z dan Cg Nain tapi biasalah.... Tengok itu ambil, tengok ini ambil... Lagipun kedai besar, 2 tingkat luas, selesa dan banyak barang seronoklah tour kedai. Pelanggan pun tak sampai 10 orang. Advantage pergi kedai di luar waktu puncak... Tapi, tak best-nya poket lebih senang bocor :( 

Susunan barang pun kemas dan teratur. Lampu terang benderang 👍

 Ada daily promotion

Belikan gegirls beg sandang...  Adik punyalah happy sampai nak nangis :D 

Happy shopping 😁

Wednesday, 27 April 2022

Ramadhan 25 ~ Misi Tukar Duit Raya GAGAL :(

Bab tukar duit raya ni task Walid, setiap tahun. Ummi cuma bagitau amount dan tukarannya aje. Tugas Ummi masukkan duit raya dalam sampul raya. Suka buat kerja ni sebab rasa macam orang kaya, duduk dikelilingi duit haha... 

Tahun ni pun ingat macam tu juga .. Sebab ofis Walid dikelilingi oleh bank-bank. Masing-masing terlupa yang sepanjang Ramadhan ni Walid ke ofis Shah Alam, bukan HQ 🙆

Isnin lepas dah round Prima SG, tengok ramai sangat orang beratur di luar bank. Esok-esok ajelah Ummi datang semula. 

Makanya hari ni bila pergi bank, semua cakap "(tukar) duit raya dah habis" Huwaaa ...


Try ke sini pula...

Pun habis :( 

Ummi: Duit lama-lama pun takde ke?
Staff: Kita tunggu masjid bank in duit tabung, Puan

Sakan betoi pakat nak raya tahun ni noo... 
So, anak2/cucu2 buah, harap faham ye situasi Makngah 😜

Meanwhile, anak4 dah mula terima duit raya...

Tq Cik Aida 😘

Kakak ~ Tq Amani, Auni & Aisyah 🌹

Adik pun hari-hari dapat duit raya dari kawan-kawan... 

Tq Mustaqim & Aina 🌹

Tq Aisy 🌹

Lepas rayalah agaknya dapat balas pemberian mereka; tunggu keadaan reda sikit di bank-bank :) 


Cuaca lembut je hari ni kan...





Tuesday, 26 April 2022

24 Ramadhan ~ Main Bunga Api

Malam tadi Dahlia datang, ajak Geng Main main bunga api. Sanggup tu ajak ibu ayah dia datang, nak main bunga api dengan kawan-kawan. Di tempat baru tak meriah kata ibunya. Sunyi je, semua orang tak keluar rumah :( 

Sakanlah budak-budak ni main... Banyak betul stok bunga api Dahlia bawak ... Campur dengan stok Aisyah lagi, macam dah malam raya dah :D 

Pokok jambu Ummi pun main bunga api juga :p 

Penutupnya, ayah Dahlia bakar bunga api ni ... 

Bergambar depan rumah jiran, sebab ada lampu lip-lap lip-lap. Baru terasa vibe raya ☺️ 

Bukan setakat bunga api, Dahlia juga bawa kuih raya dan duit raya untuk kawan-kawan dia. 

Tq Dahlia 🌹

Nanti raya kitorang ke rumah Dahlia pula, انشاء الله




Sunday, 24 April 2022

10 Terakhir

Sedar tak sedar, dah malam ke-23 Ramadhan. 

Moga direzekikan kita semua bertemu Lailatul Qadar 🤲

Untuk baki Ramadhan yang tinggal, marilah kita tingkatkan ibadah. Paling senang, sedekah setiap malam. Sedekah pada tabung surau/masjid, beli @ belanja makan (buka puasa) anak/isteri/keluarga dan orang berpuasa, berkongsi rezeki dengan jiran-jiran dsbnya. Nak lagi mudah, sediakan tabung di rumah. Setiap ahli keluarga dapat menyumbang.  Ditakdirkan malam itu Lailatul Al Qadar besarlah gandaan pahala yang kita dapat. Mudah-mudahan...



Saturday, 23 April 2022

20 Ramadhan ~ Berbuka di SRAI

Pihak sekolah mengadakan majlis berbuka untuk guru-guru dan AJK PIBG semalam. Ahli keluarga juga dijemput sekali, bayar ikut kepala (pax). Alhamdulillah, kehadiran memuaskan 👍

Majlis berjalan seperti dirancang, alhamdulillah. 

Berbuka ringkas dulu .. 
Ummi makan kurma, karipap dan air mineral je. Kalau di rumah tu berbuka hadap nasi dulu 🤭

Usai solat Maghrib baru bergerak ke kantin untuk makan malam atau 'makan besar' kata Ust PK. 

Cantik kantin depa sekarang. Gambar ni masa petang. Sebelah malam Ummi tak snap gambar pun, segan pulak dengan cikgu-cikgu :) 

Nasi apatah, ala-ala Korea agaknya. Bagus juga packed sebegini, senang nak simpan jika tak habis. Banyak mana sangatlah Adik makan kan ...

Masuk Isyak, kembali semula ke dewan sekolah. Solat Isyak diimamkan oleh Ust AA, guru kelas Abang darjah 2 dulu. Manakala Ust Anep, guru Hafazan Abang merangkap guru kelas Kakak sekarang jadi imam terawih. Ust Anep kalau dia imamkan solat memang boleh buat kita kusyuk dan asyik. Suara sedap, gerak solat dia penuh tertib rasa nikmat sangat solat. 
الحمد لله

Makanan banyak... Ada yang balik awal, jadi mana yang lebih tu GB dan cikgu-cikgu agihkan dan suruh bawa balik sorang sikit... 

Lauk sahur pagi tadi; sambal Ikan tongkol dan kailan goreng. Nasi putih pun dibekalkan sekali. Alhamdulillah. 

Nasi Arab ni Walid bawa balik kelmarin. Depa makan di Hadramawt tak silap...

Garlic bread Uncle Syafiq & Aunty Ariha kongsi beli dan sedekah pada team members. Bagus depa ni, rajin berkongsi rezeki. 

Thursday, 21 April 2022

Resepi ~ Kuih Kurma Kukus

Bulan puasa ni banyakkan stok buah kurma? 

Tahun lepas Ummi buat Cekodok Kurma, tahun ni Ummi cuba pula buat kuih @ puding kurma. Sesekali nak pancing selera anak-anak... Sebab depa ni kurang gemar makan kurma kecuali Kakak dan Abang. Itupun Kakak suka kurma Ajwa aje.

Resepi:  Kuih Kurma Kukus @ Puding Kurma
Sumber: RASA

Bahan-bahan
Kurma secukupnya - Ummi letak dalam 17-20 biji
2 cawan santan
2 sudu makan (membukit/penuh) tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
Sedikit garam 

Cara-cara
1. Kurma dibuang biji dan dihiris dan disusun di dalam bekas yang sesuai - Ummi guna kurma yang telah dibasuh dan disimpan dalam peti ais. Isinya lembut dan basah-basah

2. Satukan tepung gandum, tepung beras, santan dan garam. Gaul sebati kemudian ditapis ke dalam bekas berisi kurma tadi
3. Panaskan kukusan kemudian kukus kuih selama 10 - 15 minit. 

4. Tutup api dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong/dihidangkan.

Rasa adunan tepung dan santan tu seakan bahagian atas tepung talam, lemak-lemak gitu. Mungkin lepas ni Ummi boleh oleh sikit untuk jadikan tepung talam kurma :) Kalau rajinlah kan ☺️

Selamat mencuba 🤗

19 Ramadhan ~ Clorox Punya Pasal 😬

Selalunya bila angkat kain baju di ampaian Ummi akan sangkut kemeja dan seluar kerja Walid di rail tangga ke sementara nak bawa naik ke atas. Jarang sangatlah nak biarkan di dalam bakul bersama baju-baju lain. 

Tapi, kalau benda dah nak jadi, dia jadi juga 🙆... Semalam Ummi letak seluar kerja sekali dalam bakul baju yang hendak digosok. Entah siapa terjatuhkan sebekas botol Clorox jenis spray ni tak tahulah ... Dari semalam Ummi nampak botol tu tertonggeng atas seluar kerja Walid tapi tak berhajat pun nak alihkan. 

Sekali ko, angkat je botol tu hari ni setompok putih kat situ ..

Gone sehelai seluar :( 

Menu Sahur 
Nasi Putih
Lauk berbuka semalam
Telur Dadar 

Menu Berbuka
Nasi Beriani
Kurma Daging 
Acar Timun
Papadom
Air Sirap Bandung
Buah mangga & strawberry 
Teh Ais, Kopi Ais, Murtabak - Bazar 

Masak lebih untuk jiran-jiran sama ..  Sajalah masak nasi beriani hari ni sebab Walid berbuka di luar, nak makan nasi Arab katanya. 

Puding Kurma. Sedap juga rasanya, seakan tepung talam. 

Nak makan sebiji-sebiji masam sangat. Belah dua tahanlah sikit. 

Dah masuk malam ke-20... 

Mudah-mudahan kita terus istiqomah Dan berusaha untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan 🤲