Wednesday, 30 March 2022
Buffet Ramadhan @ De Palma Hotel Shah Alam (managed by The Blanket Hotel)
Tuesday, 29 March 2022
Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan
Pertamanya Ummi mohon maaf kepada MAMAPIPIE & JOMJALAN selaku penganjur sebab last minute participation. Banyak kekangan kebelakangan ni dan pelbagai perkara luar jangka yang berlaku.
Walaubagaimanapun, Ummi tetap nak mencuba dan memberi sokongan sebagai meraikan ukhuwah di alam maya. Mamapipie antara yang rajin meninggalkan komen di blog Ummi. Thanks a lot Mama 😘
Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan |
Ummi dah usha Website Jomjalan tu, memang banyak sangat post menarik dan berguna untuk cari info berkaitan tempat menarik, hotel, tempat makan, dsbnya. Pendek kata, one-stop-centre untuk cari info berkaitan cuti-cuti :)
Dalam banyak-banyak tu, Ummi tertarik dengan post ni... Harga Tiket Legoland Malaysia sebabnya impian anak4 nak ke sana. Cumanya, dari segi kosnya masih dalam pertimbangan (dan tabungan) hehe... Bila baca post ni, nampaklah gambarannya terutama dari segi peruntukan yang perlu disediakan.
Bak kata Jomjalan sendiri, "Harga tiket masuk Legoland ini memang bakal buat anda berpeluh. Bukan apa, sebab ini taman tema antarabangsa, jadi harganya bukan rate Malaysia. Kalau anda ada ramai anak, rancang lawatan anda, dan menabunglah lebih awal."
Itulah kekangannya, sampai sekarang anak4 belum jejak kaki lagi ke Legoland tu :) Tapi, depa tak putus asa, pakat usaha kumpul duit dan dah 'bayar' seorang RM100 kepada Ummi sebagai duit tiket masuk Legoland. Walid syaratkan setiap sorang bayar RM100, balance Walid top-up. Apart from that, kami juga ada buka Tabung Legoland sebelum PKP 2019 dulu . Semangat tau, sebab nak raikan anak4 tu... Every month pakat bayar RM5/seorang. Dalam setahun dapatlah RM360 (RM5 x 6 org x 12 bulan). Bila PKP, terhenti sekejap operasi menabung sebab frustrated tak boleh rentas negeri haha...
Dok kira-kira ni, kalau menang RM500 ni, berdesuplah kami ke Legoland :) انشاء الله kalau ada rezeki ☺️
Untuk syarat #3, Ummi nak ajak kawan-kawan maya Ummi; Ily, Cik Ayu dan Kak Laili . Yang lain bukan tak nak ajak, tapi ramai yang dah join :)
Good luck semua!
Monday, 28 March 2022
Makan di Cafe Serambi Johor
Sunday, 27 March 2022
Buah
Saturday, 26 March 2022
Pertama Kali Makan Roti Canai Sarang Burung
Thursday, 24 March 2022
Padi yang Tumbuh 🤔
Wednesday, 23 March 2022
Big Orange Hotel, Sungai Petani
Tuesday, 22 March 2022
Happy 11th Birthday!
Monday, 21 March 2022
Back to School 2022/23
Friday, 18 March 2022
Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!
Last minute sokmo Ummi ni kalau bab giveaway ni :) Ini pun dah last day GA SR baru Ummi ada masa nak join... Apa daya, kita hanya merancang... kadang tewas juga dengan ujian :(
Walaubagaimanapun, sebagai tanda sokongan, Ummi join ye SR :D
Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!
Tentang entry SR yang Ummi suka, banyak! Haha... Tapi paling Ummi suka ceritanya tentang nak sambung PhD. Ala, cerita SR menginap di ILD UiTM Bandar Enstek tu... Walaupun sekadar intro, Ummi tumpang gembira sebab antara benda yang buat Ummi excited ialah bila dapat tahu kawan-kawan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Mungkin ada kaitan dengan impian sendiri yang belum kesampaian. Sebab tu rasa happy sangat bila ada kawan/kenalan yang sambung belajar.
Last but not least, all the best semua!