Wednesday, 15 June 2016

Iftar @ our home sweet home


Sabtu lepas, meriah teratak kecil kami dgn kehadiran keluarga Anak Cucu Tok utk berbuka. Semua adik beradik Umi (mil) beserta keluarga masing2 kecuali paksu hadir. Actually it was a make-up session sbb family paktam & pakjang sibuk masa Umi jemput makan2 di rumah kami before puasa hari tu. Paksu & family je dapat datang time tu, dgn family makngah jamiah sepupu Umi. Tujuannya nak kenalkan 'orang baru' (Nadeen) dan nak jumpa adik beradik since Umi ada kat kl. 

Lauk pauk semua maktam yg masak. Kami tuan rumah cuma masak nasi, buat air dan hidang buah je. Mula tu saya ingat nak buat satu lauk or salad tapi balik dari Pusrawi follow up jaundice Nadeen dah penat terus tidur. 

Menu maktam memang gempak, menggoda sungguh bagi orang yg tengah berpantang ni; daging rusa masak kicap, udang galah masak lemak, pecal, paru sambal, tauhu sumbat & salmon masak asam pedas. Menu utk org berpantang were sup tulang & ayam kampung goreng. Tapi bukan utk saya je, utk sumer orang. Terbaiklah maktam. 

Lepas solat maghrib berjemaah, kekanak riang pakat main mercun pop. Kelakar tengok gelagat Ryzq yg berani2 takut dgn mercun pop tu. Juga gelagat maktam yg asyik bermain dgn cucunya, mikael. Padahal baru seminggu tak jumpa hikhik... maklumlah cucu sulung hehe...




Cicit2 Tok. Lupa nak masukkan Nadeen & mikael sekali

Tok (arwah) sempat tengok cicit2 dia sampai Angah je. Itupun Tok dah jatuh sakit, Angah masa tu baru berusia dlm 5-6 bulan. Dia pun tak ingat nenek (moyang) dia. Moga arwah Tok tenang di sana. Al fatihah. 

Alhamdulillah seronok dapat berkumpul macam ni. Moga ada kesempatan di lain masa. 

Thursday, 9 June 2016

Baby#4: The D-Day


Monday, May 23rd/16 Syaaban 1437H

Dear Nadeen, 


Since 12 midnight Umi dah start puasa. The next morning nurse suruh Umi mandi and get ready by 6 a.m. utk masukkan tiub kencing. Tunggu punya tunggu around 7 baru nurse datang. Itupun dia sempat tanya, nak masukkan sekarang (tiub kencing) atau di Operation Theater (OT) nanti. Laju je Umi jawab "Kat OT lah". Sempatlah Umi bergerak ke sana ke mari dulu. Hehe...

9.30 gitu nurse datang bagitau OT dah call. Umi diminta utk baring atas katil sorong. Everyone was excited. Abang & Angah were besides me, on my right & left side. Whereas Kakak didukung oleh Walid. Rasa macam dlm drama pulak :p 

Sampai di OT, both heroes were so terkejut bila nurse cakap " OK sampai sini je". Terus muka Angah berubah. Masa ni touching betul, sampai nurse pun cakap "insha Allah selamat". Umi tengok mata dia merah je :) selalu tengok adegan dlm tv je. Kali ni happened pada diri sendiri. Berebut2 anak2 nak salam & cium umi. Umi rilek je sbb bila tengok anak2 rasa kuat semangat, nak keluar dari OT nanti dlm keadaan selamat, sambil dlm hati terus berdoa mohon Allah bagi peluang sekali lagi utk bersama anak2 & suami tersayang. 

Bila masuk dalam OT, Dr bius terus menjalankan tugasnya. Agak sukar mencari point sbb belakang Umi bengkak disebabkan tekanan darah tinggi kata doktor. Bila dah kena bius tu (epidural) akan ada satu stage yg kita akan rasa hopeless & helpless. Saat ubat tu nak meresap dalam urat saraf, rasa lemah sangat2, pening, nak muntah semua bersimpul satu. Sampai Umi cakap dgn doc, tak laratlah doc... Rasa macam dah nak habis nyawa pun ye jugak. Huhu... Lepas 1-2 minit kita akan OK, badan jadi kebas. Paralyzed. Umi dapat lihat, rasa dan dengar spt biasa cuma tak rasa sakit. Sesekali terpandang darah, gunting melalui pantulan lampu atas katil cepat2 Umi beralih pandang :) malah time doc jahit & tarik2 serta gunting benang tu pun umi boleh rasa & dengar. Ngeri! Masa kelahiran abang2 & Kakak Nadeen Umi tidur je lepas baby 'keluar'. Tidur sbb takut hikhik. 

Alhamdulillah tepat jam 1035 Nadeen selamat dilahirkan. Serentak berkumandang azan yg dipasang di radio. Syukur hanya pada Allah. Untuk kali ni, baby diletakkan bersama Umi, sejurus selepas dilapkan sedikit sebanyak. Proses ni dipanggil skin to skin. Rasanya Pusrawi dah fully transformed to hospital rakan bayi, that's why buat macam ni. Nadeen was with me masa doc tengah jahit luka. Once the procedure almost done & Nadeen pun dah breastfeed baru nurse ambik semula. Berbeza dgn kelahiran sebelum ni, baby akan terus dibersihkan sejurus bersalin then dibawa kepada Walid utk azan then terus dihantar ke nursery. Kali ni baby dan Umi sama2 ditolak ke wad on the same time. 

Alhamdulillah semua settle by tengahari. Kalau tadi masing2 berdebar, sekarang semua dah boleh tersenyum gembira. Angah yg tiba2 senyap dan monyok back to his usual self, ceria dan hyper :p 

Happy tak sangga dapat adik :)

Selepas 5 malam di wad, both Umi & Nadeen boleh balik rumah. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 


Monday, 6 June 2016

Ahlan ya Ramadhan


Credit source

Alhamdulillah bertemu lagi dengan ramadhan yg dirindui. W/pun masih 'dalam hari' tapi kedatangannya tetap dinanti. 

Untuk urusan makan minum sahur & berbuka setakat ni Mak mertua uruskan. Next week kitalah kena ambik alih sbb Tok Umi dah nak balik kampung. Dapatlah tumpang pahala orang berpuasa dak? 

Abang setakat tengah hari tadi OK lagi. Tak sebut lapar dahaga cuba kami risau tengok dia aktif sangat main dgn adik2 dia. 

Selamat menyambut bulan ramadhan dan meningkatkan amal ibadah di bulan mulia ini. Moga kita beroleh taqwa yg dijanjikan serta al-rayyan juga menjadi milik kita. Aamiin.