Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Friday, 11 September 2026

Kenduri Kesyukuran Uncle Ron


Dari kenduri di rumah Ustaz Afieq, kami bergerak ke Rawang pula. 

Ada jemputan kenduri kesyukuran dari kenalan Ummi Walid, Uncle Ron. Majlis mula pukul 3 ptg. Banyak masa untuk kami bergerak dari Felda Gedangsa ke Rawang. 

Bye Felda Gedangsa... 
Sebelum masuk highway semula, kami singgah toilet break dan solat di surau Plaza Tol Behrang. Kami ikut highway PLUS. 

Sampai di Tol Rawang sekitar jam 2.45 ptg. Big boss napped kejap sebab nak terus ke rumah kenduri pun masih awal. Nampak pula Cik Mon ni. Mujur dia tak datang ke kereta 😅

Lokasi majlis kedua di Saujana Rawang. Pertama kali juga sampai ke sini. 

Khemah warna strawberry matcha gitewww 
🩷💚

Kenduri kesyukuran ni rupanya sebab anak tuan rumah nak berangkat ke Morocco, sambung belajar. Sebaya Abang, SPM 2025. Pandai budaknya, dapat few offers termasuk dari Al Azhar. Tapi lebih berminat dengan offer KPT, ke Morocco. Alhamdulillah tumpang gembira dengan berita dan cerita yang dikongsi oleh Uncle Ron. Sukses selalu hendaknya 🤲🏻 

Ummi dan Walid je turun kereta. Anak³ kekenyangan dan ada yang nak tidur jadi biarkan dalam kereta. Parkir dekat² rumah kenduri je. 

Ummi ambil bihun goreng dan pulut kuning + rendang ayam pencen. Sedaplah pulak, rugi ambil sikit. Dah la nak kena share pulak dengan Walid 🤭

Walid ambil mee kari. Banyak betul aksesorinya. 

Sama macam kenduri Ustaz Afieq tadi, di sini pun makanannya mewah dengan pelbagai pilihan. Tapai daun pisang tu memang terbaiklah. Ummi ambil kuih bingka ubi, kuih cara, kek pisang dan coq badak. Tapi tak jumpa badak dalam tu :p 

Ada sup kambing. Tak ambil roti, regunya. Kami cuma hirup sup sebab perut dah penuh. 
Kambing golek sedang disiapkan. Takpe, sup kambing ni pun dah cukup enak. 2x hirup sup sedap hari ni. Masa di rumah Ustaz Afieq hirup sup tulang, di sini hirup sup kambing pula. Rezeki Allah bagi hari ni alhamdulillah. 

Jambu potong dan serbuk asam boi. 
Last dah ni kami makan... Tak leh nak masuk dah. 

Terima kasih banyak Uncle Ron jemput kami. Semoga dipermudahkan urusan anakanda hendaknya 🤲🏻 


Tuesday, 8 September 2026

Selamat Pengantin Baru Zira & Ustaz Afieq ❤️

Undangan kali ni datangnya dari Zira, kerani di SRAI. Pasangannya, Ustaz Afieq pula dulu mengajar di sekolah yang sama. Alhamdulillah jodoh mereka. 

Dua pasang pengantin.
Ni majlis bertandanglah kiranya... 

Majlis diadakan di Felda Gedangsa. Seperti biasa kami sangat teruja nak ke tempat baru. 
3 tahun lepas, kami pernah lalu jalan ni, tapi dari Sg Besar. Masa tu kami balik dari temuduga UA Angah di MRSM Sg Besar. Saja nak lalu jalan yang tak pernah lalu. Masa sampai Felda Soeharto (masa tu tak berapa pasti rumah UA di Felda mana), Ummi cakap dengan Walid, "nak datang sini saja² tak lah kan... Unless ada kenduri kahwin". 

Masin mulut Ummi, hari ni kami dapat jemputan makan kenduri di sini. 

Felda Soeharto atas lagi dari Felda Gedangsa kalau dari Behrang. Dari Sg Besar, jumpa Felda Soeharto dulu. Betullah tu sebab dulu kami dari Sg Besar. 

Rasmikan brooch pemberian MZ tempohari. Cantik kan? 

Jauh ye perjalanan kami hari ni. Ummi set meter kereta, 105km dari Prima ke sini. 

Sampai je teruslah serbu nasi...
Ummi ambil nasi minyak, ayam goreng berempah, daging masak hitam, gulai batang pisang, ayam masak kicap dan yang istimewa semestinya sambal tahun/taun. Ummi pernah makan tapi selama ni tak tahu pun namanya. Ingatkan sambal tahun ni nama lain bagi sambal goreng jawa. 

Close up...
Yang dihiris memanjang tu kulit lembu. Ummi dengar tetamu semeja berbual sesama mereka. Ummi ingat sotong kembang 🫣
Walaupun pernah makan, tapi dah lama tak jumpa menu ni. 

Balik rumah, kita Google :)

Pecal! 

Lauk pauk pula dimasak secara gotong-royong. Pastinya sedap dan banyaklah kuantitinya. Rasanya keluarga UA tumbangkan lembu, paling kurang seekor. Sebab selain menu di atas, ada juga sup tulang. Dalam gulai pun ada Kakak dapat limpa, Angah dapat paru. Kulitnya pula dimasukkan dalam sambal tahun. Gulai batang pisang tu katanya dimasak oleh tukang masak import dari Kedah. Patutlah sedap :p 


Makanan yang disediakan sangat banyak dan pelbagai jenis sampai tak termakan. Ada juga dengar emcee jemput makan sambal goreng jawa, favorite Ummi tu... Tapi perut tak muat dah... Ketupat tu Angah nak ambilkan untuk Ummi, pun Ummi tolak. Kenot go dah :D 

Taufufa, getuk goreng... 
Ambil gambar je la :) 

Air balang berbalang-balang... Macam di pasar malam. Meriah sangat kenduri ni, alhamdulillah syukur dapat jadi sebahagian dari tetamu dan merasai kemeriahan kenduri di Felda.  

Laluan menuju ke pelamin... 

Candy booth lawa 😍
Bakul rotan menampilkan elemen klasik. Lurvvv! 

Pengantin dah sampai... Sanggup kami berpanas dok tunggu pengantin ni. Datang jauh² takkan tak tengok depa bersanding kan... 
Yang melagukan selawat masa ketibaan pengantin pula suara macam telan kaset. Padu 👍🏻

Buah tangan dari keluarga pengantin. 

DOA kami agar kedua mempelai berbahagia selalu, dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Selamat Pengantin Baru Zira & Ustaz Afieq serta adinda UA dan pasangannya. Baarakallahu lakum 🤲🏻





Tuesday, 25 August 2026

Wedding @ Alam Maya Kajang 2.0


Kali kedua kami ke Alam Maya, Kajang
Datang awal, tiba sekitar jam 11.30 pagi. Dah ramai tetamu yang hadir terutamanya dari keluarga pengantin. Difahamkan majlis nikah diadakan di sini juga, sebelah pagi. 

 
Jemputan kali ni datangnya dari kenalan lama Walid sewaktu bertugas di Syarikat B. Walid di HQ, En Khai di subsidiary company. Kerap berjumpa bila ada keperluan dan assignment. 15 tahun sudah Walid tinggalkan Syarikat B, sekali sekala berhubung di WA. Bila dapat jemputan istimewa ni, rasa besar hati dan dalam masa yang sama terharu masih diingati. 

Pelamin nikah (outdoor).
Pelamin bersanding pula di dalam. Segan nak mendekat, keluarga pengantin berkumpul di situ. Menunggu acara seterusnya untuk kaum keluarga barangkali. 

Meja pengantin dan VIPs.

Ada Mee Kolok! 
Selalu baca kawan² blogger khususnya Carneyz dan Kakmim kongsi pasal Mee Kolok, hati terus teruja nak mencuba bila di depan mata. Pertama kali rasanya Ummi makan Mee Kolok ni. Dan pertama kali juga jumpa hidangan Mee Kolok di majlis kenduri begini. Selain Mee Kolok kebanggaan rakyat Sarawak ni, ada juga Laksa Sarawak. Tak silap, isteri EK orang Sarawak. 

Ummi dah ambil nasi sebenarnya. Masa menuju ke meja kami, baru perasan booth Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Nak ambil laksa Sarawak tapi siapa pulak nak habiskan? 

Walid ambil bihun sup tulang dan chicken tenders. Menu semua sedap dan melambai² :) Terima kasihlah tuan rumah, sediakan pelbagai jenis makanan yang super sedap dan istimewa. 

Cendol sedap, berasa santannya. 
Teh tarik Ummi tak try kali ni, minum air kosong dan round kedua air sirap (punch). Lega rasa dapat minum air sejuk tatkala cuaca panas dan kering pada hari itu. 

Ok last dah :)
Dessert sedap ni namanya banana pudding. Ingatkan aiskrim tapi bila makan tu rasa creamy dan tak cair pun.  Ummi siap tanya vendor namanya sebab sedap sangat 😁

Bagus adik ni, siap terangkan satu persatu cara hasilkan banana pudding ni. Acik Gen X ni angguk je la hihi ... 

Eh, puding tu bukan yang terakhir. Ambik aiskrim sorang satu sebelum balik :D 

Alhamdulillah sedap semua makanan yang tuan rumah sediakan. Terima kasih atas jemputan, kami sangat hargainya. Tahniah buat kedua mempelai dan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia selalu hendaknya 🤲🏻 

Goodie bag yang mewah dengan pelbagai cenderahati, alhamdulillah. 

Sekali lagi, terima kasih EK sekeluarga.



Thursday, 13 August 2026

Cik Ana Balik Umrah

Alhamdulillah selamat kembali ke tanahair dah jiran kami, Cik Ana yang ke tanah suci baru² ni. CA pesan dekat Adik suruh ajak Ummi datang minum air zamzam :)

Kurma, kismis dan kekacang. Air zamzam dalam jug kuning tu. Dalam bekas plastik tu serawa nangka Ummi bawa untuk CA. 

CA ni kadang tak keluar rumah sebab sakit lutut katanya. Tapi alhamdulillah sepanjang di tanah suci CA sihat walafiat. Ulang alik ke masjid, tawaf, saie, ziarah semua boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Begitu juga kakaknya yang berusia lebih 70 tahun. Alhamdulillah rezeki mereka dapat beribadat dengan sempurna dan sihat. 

Buah tangan dari CA. 

Perfume Sabaya tu untuk Adik dan Kakak.
Yang hijau tu Raudhah, untuk Ummi. Wangi bau keduanya. 

Mudah-mudahan kita pun dijemput sebagai tetamu Allah juga 🤲🏻

Wednesday, 5 August 2026

Rezeki dari Kulim

Cik Aida balik kampungnya di Kulim. 
Singgah di rumah hantar buah rambai dan cempedak. Begitulah CA ni, kalau balik kampung rajin bawa buah tangan untuk kami. 

Masa keluar ambil Adik Ummi dah berhajat nak singgah beli cempedak di seberang jalan utama tu. Patah balik terlepas pulak gerainya. Tup² Maghrib tu CA muncul depan pagar rumah bersama sebiji cempedak dan seplastik buah rambai, alhamdulillah. 

Makanya mencucur cempedaklah kita :) 

Buah rambai tu takde peminat, kecuali Ummi je makan. Dulu, di dusun Tok Wan ada beberapa batang pokok rambai. Tapi hanya sebatang yang berbuah lebat dan manis. Di bawah pokok rambai tu la tempat kami bermain dan melepak waktu petang. Pokoknya besar dan rendang. Tapi semuanya hanya tinggal kenangan, dah ditebang :( 

Buah cempedak tu ada separuh lagi belum digoreng. Banyak isi walaupun buahnya tidaklah besar mana. 

Terima kasih daun keladi ye Cik Aida 🤗


Monday, 3 August 2026

Wedding @ Setia Eco Templer, Rawang

#NurulfoundherMan 
Trend sekarang orang buat hashtag gabung nama pengantin kan... Dah beberapa wedding Ummi pergi yang buat begini, semuanya kreatif belaka. 

Undangan kali ni hadir dari mantan GB SRAI, Ustazah Rabiah. Keempat² anak Ummi kenal dan sempat belajar di bawah pentadbiran UR, walaupun Abang hanya sempat jumpa UR waktu ambil sijil berhenti sekolah saja. Sebab zaman Abang zaman PKP, banyak PDPR. Tahun lepas UR pindah, jadi Adik pun sempat dengan UR sebagai GB. Baik, lembut dan mudah didekati orangnya. Senang dan selesa berurusan dengan beliau. UR pesan suruh bawa semua (anak⁴) datang ke kenduri ni. Alhamdulillah kebetulan semua ada, dapatlah hadir. Bukan setakat dapat jumpa UR, bertemu juga dengan guru² SRAI yang sudah berpindah sekolah dan yang masih mengajar di SRAI semasa majlis berlangsung. Anak⁴ pun seronok dapat jumpa guru² mereka. 

Majlis perkahwinan anak sulong UR ni diadakan di Templer's Ballroom yang sangat indah dan gah.

Ummi tak habis² perhati chandelier ni, lawa! Terasa vibe mewah tu... 

Laluan nak ke dewan pun vibe hotel. Memang istimewalah tempat ni. Mana² township/kediaman pun kalau bawah Eco World (Eco Majestic, Eco Grandeur etc) memang sedia maklumlah lawa² dan grand belaka. 

Pintu masuk utama... 

Ruang bergambar.
Kami lupa nak bergambar di sini, excited bergambar di photo booth yang boleh direct print gambar tu... Alhamdulillah kali ni cukup 6 beranak dalam satu frame :)

Ummi dan Adik masing² recycle je baju. Tak sedondon pun kali ni. 

First round, kongsi makan bihun goreng, bihun sup dan kuih muih dengan Walid. Tetamu belum ramai jadi dapatlah makan dengan tenang. Dewan pun luas dan selesa, tak perlu rushing untuk bagi tempat duduk kepada tetamu lain. Masih banyak meja kerusi kosong. Datang awal sebab nanti nak hantar Angah Kakak balik ke asrama. 

Walid ambilkan nasi dan lauk untuk Ummi. 
Sedap semuanya 😋

Kakak ambil kuih seri muka dan kek batik. Ummi ingatkan brownies, rupanya kek batik coklat dilapisi pula dengan deco macam brownies. Sedaplah agaknya, 2 ketul dia makan sorang je. Suruh share seketul dengan Adik, terus tarik muka :p Ummi makan kuih seri muka, sedap. Cukup lemak manisnya, sampai berseri² muka kita ahak! 

Last but not least, aiskrim 🍦
Abang dan Angah ambil apam balik dan roti bakar. Ummi jadi mem besar hari ni, tukang makan je apa yang depa ambik :) 

Sebelah dewan ada swimming pool 😍

Cenderahati dari pihak tuan rumah; beras Faiza Ummi Basmati 250g. Dapat 4 pek, cukup sekilo kata Abang :D 
Ummi tertarik dengan paper bag ni, nampak outstanding dan sweet sangat.

Alhamdulillah terima kasih banyak Ustazah atas jemputan 🌹 
Didoakan agar kedua mempelai berbahagia selalu hendaknya 🤲🏻 
Selamat Pengantin Baru Nurul & Aiman!