Episod persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk Sesi Persekolahan 2020 yang akan dibuka 2 hari lagi.
Pakaian
Bab paling Ummi teruja dan paling mahir 😂😂😂. Asalkan namanya shopping, pantas je.
Abang - kami hanya beli baju, kasut, stokin dan songkok. Seluar sekolah ada beli bulan 10 hari tu sekali dengan uniform serba berdiri untuk Kakak. Baju seluar yang dah ada tu boleh pakai lagi. Jimat duit alhamdulillah :)
Angah - sama juga dengan Abang cuma tambah seluar dan baju baru sepasang. Seluar yang ada tu nampak dah tanda-tanda nak koyak di lutut tu tapi selagi tak koyak betul pakai dulu kata Walid. Baik boss!
Kakak - the biggest spender this year. Baru masuk darjah 1, semua nak kena beli. Dari kepala hingga ke kaki persiapannya semua beli baru. Alhamdulillah dah buat saving sikit-sikit jadi tidaklah terasa sangat perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.
Shopping baju sekolah kali ni merata-rata; dari Sri Gombak ke Jitra hingga ke Penang.
Harga di Sri Gombak |
Harga di Jitra |
Kasut harga lebih kurang je di tiga-tiga tempat.
Di Jitra tu kedai yang biasa Ummi beli, Ceria Ekonomi Hari-Hari di pekan Jitra. Memang ceria... tauke kedainyalah 😅 Tapi dari segi kualiti, memang berbaloi. Jenama Dexwin yang dijual di situ memang pilihan Ummi. Baju Angah dari darjah 1 hingga nak masuk darjah 3 masih elok, cuma warna putihnya tu dah lunturlah. Baju Abang pun sama. Bila kena tukar tu bukan sebab rosak/koyak tapi sebab dah ketat. Every year memang beli di situ sejak Abang masuk sekolah lagi. Di Penang pula beli kasut sekolah boys.
Semua jenis tudung Ummi beli; awning lembut, awning keras dan takde owning (2-layer). Excited haha.. Semua dah siap jahit, tampal nama dan iron. Tinggal nak sarung je.
Buku
1. Buku teks dah dapat sebelum cuti sekolah tempohari. Semua buku teks yang depa dapat berbalut cuma ada a few yang tak berapa cantik balutannya. Takkan bertahan hingga hujung tahun jadi kami balut yang itu je. Kadang bab ni kita niat sedekah je. Tak payah berkira, balut je bagi cantik kemas. Anak kita pun happy, peminjam seterusnya pun boleh terus guna je.
Proses balut dan cop nama. |
2. Buku tulis/aktiviti semua dah siap beli. Alhamdulillah tahun ni sistem pembelian buku dah ditambah baik. Waktu operasi kedai buku hingga ke petang, dibuka selama +-10 hari termasuk cuti umum Krismas tempohari. Mudah urusan semua alhamdulillah.
Yuran
Bab paling mahal :( sehingga entry ni ditulis, senarai yuran sekolah belum diperolehi lagi. Ummi bajet dalam RM1000 juga untuk 3 beradik ni.
Semalam bayar yuran tuition UPSR Abang sahaja dah hampir RM250. Ini tuition swasta. Yang pihak sekolah buat lain pula. Bertabahlah ibu ayah. Inilah realiti yang perlu kita hadap. Insha Allah semuanya berpahala.
Alat tulis & Beg Sekolah
Alhamdulillah bab ni paling jimat. Stok lama masih banyak disamping hadiah yang depa dapat sempena Hari Anugerah yang lepas juga hadiah dari Maksu. Beg sekolah Kakak guna yang Pasti bagi masa convo. Abang dan Angah guna yang lama je walaupun ada beg Maksu bagi. Ummi lebih suka pakai dulu yang ada, dah rosak/koyak baru diganti. Selagi boleh pakai, pakai je.
From Maksu with ❤️ |
Hadiah dari Pasti |
Ini dari Amin, schoolmaster Kakak bagi time birthday dia.
Moga dipermudahkan segala urusan aamiin.