Monday, 29 January 2018

Rezeki jangan ditolak...


Sebelum ke program team building minggu lepas Walid bagitau depa plan nak makan durian. Umi pun apalagi pesanlah jangan lupa bawa balik 😆 tapi bila Walid call jumaat tu katanya tak tahulah jadi ke tidak nak makan durian tu. Walid kan tak suka durian, jadi ke tidak takde hal pun. Umi yang frust haha...

Tapi itulah kalau dah tertulis rezeki kita, pusing kot mana pun dapat juga, alhamdulillah. 

Rupanya dalam tempat event tu, Dusun Eco Resort tu sendiri ada pokok durian. Boss Walid borong semua untuk anak2 buah dia. Adalah baki 4 bijik depa suruh Walid bawa balik sebab semua dah tak nak. Kenyang la tu 😁 

Sebijik dah selamat masuk perut 😝

My most favorite ulas, kucing tidur 😘



'Makan besar' lah hantu-hantu durian kat rumah ni 😋😋😋
Durian kampung memang sedap... Ulas besar2, isi pun tebal. 

Pulut durian Kedah style
Tak cukup makan gitu je, Umi buat pulut durian; pulut + santan + durian ngap! Tak sangka pula anak2 pun suka especially Angah. Bertambah-tambah dia makan. 

Lagi 2 biji Umi buat kuah durian. Walid bawa ke ofis semalam. Umi buat pulut kukus and Walid beli roti cicah dengan kuah durian tu. 


Alhamdulillah for the rezeki. 

Monday, 22 January 2018

Apa jadi bila kedai dobi sebelah kedai mamak?


Minggu lepas ye yang cuaca sejuk ala2 kat Cameron Highlands tu? Umi sidai baju berhari-hari tak juga kering2... Dengan cuaca lembab dan kadang tu hujan memang tak keringlah baju. Sudahnya kita angkut bawa ke dobi, masuk dalam dryer terus kering. 

Umi bukannya tau guna machines ni. Harapkan Walid je la :) 

Nak dijadikan cerita pula, mesin basuh pulak tiba-tiba rosak. Drummer tak function. Telefon supplier mujur juga masih dalam warranty. Depa datang ambik drummer tu, konon 3-4 hari datang semula bawak spare part baru. Tunggu punya tunggu seminggu jugaklah baru spare part tu ada. Dalam seminggu tu 3-4 kali jugalah kami ke dobi. Bab baju kotor berlonggok ni memang buat Umi sakit kepala. Nak tak nak kena basuh juga. 

Drummer dah dicabut ni...

Sebelah dobi tu pulak ada kedai mamak. Masuk je kain baju dalam machine, jom la kita mamak-ing (lepak kedai mamak 😁). Nak tak nak order jugaklah teh tarik onne 😝 


Kalau setakat air je boleh lagi terima. Ini package dengan makan sekali...padahal baru je lepas dinner 😅
Inilah akibatnya bila dobi dan kedai mamak sebelah menyebelah huhu... yang tak bestnya duit kita asyik keluar je. Depa pulak asyik masyuk je haha... Manakan tidak, dari dok melangut tunggu baju tu kering, baiklah ke kedai sebelah tu. Dapat juga tengok tv hikhik...

Alhamdulillah hari ni technician Beko dah ganti pun drummer tu. Hopefully tak rosak lagi.  


Saturday, 20 January 2018

Kenduri 03/18 ~ Atok bomba sambut menantu 😀


Alhamdulillah nampaknya jemputan kenduri tak putus-putus datang... Setiap minggu bulan ni ada2 je jemputan kenduri. Bulan dua, bulan tiga pun dah ada undangan. Ini yang untung bila tinggal di kejiranan orang-orang pencen haha... Sukahati Umi dapat gantung kuali hari2 minggu. 


Hari ni Timb Pengerusi surau, pesara bomba buat kenduri kahwin anaknya. Abang2 bomba datang naik kereta bomba lagi. Sukalah budak2 ni dapat posing tepi kereta bomba. Bukan selalu dapat peluang gini. 

Asal senyum je mesti mata tutup :D

Budak2 ni bukan nak makan nasi kenduri pun. Ada ice cream cone, itulah yang depa angkut. Sorang dua cone pulak tu. Bila Umi tegur, Angah siap komplen "angah baru makan dua" 😊 cukuplah tu nak, ada orang tak makan pun lagi :p

Sedap betul lauk pauknya. Habis ke laut diet Umi. Eh, diet tu apa ye 😜


Kuih kuih, dessert macam-macam sampai tak termakan. Ada pulut ikan masin, teringin juga tapi bila dah pekena nasik terus kenyang. Makan bingka ubi kayu je sebagai dessert. Alhamdulillah kenyang. 

Terima kasih daun keladi ye Atok Bomba (as the kids fondly call him)...

Door gift yang manis, set sudu & garfu; 


Moga pengantin baru saling lengkap melengkapi seperti sudu & garfu yang sentiasa bergandingan 💝

Wednesday, 17 January 2018

Bintang


Kelmarin.
Kakak: Umi, Cikgu cakap siapa jawab betul Cikgu nak bagi bintang
Umi: wow bestnya! Kakak dapat tak?
Kakak: dapat! 
Umi: mana bintangnya? Umi nak tengok 

(Umi memang suka provoke anak2 dgn soalan2 yang menguji fikiran dan mencetuskan imaginasi hehe...bagi sel-sel otak berhubung 😉)

Kakak: belum dapat, Cikgu tak bawak. Ada kat rumah... Nanti Cikgu bagilah. 

Semalam.
Kakak: Umi, kakak dapat bintang hari ni. Empat! (Sambil tunjuk 4 jari)
Umi: wah good lah kakak. Mana bintang nya Umi nak tengok?
Kakak: dah simpan
Umi: simpan kat mana?
Kakak: Cikgu suruh simpan dalam HATI

Auw...epic sangat punchline Cikgu 😍

Eh kat tudung pun ada bintang lah :D 

Monday, 15 January 2018

Kenduri 02/18 ~ Weding di Dewan Beringin



Dulu masa Umi & Walid menyewa di fasa satu, ada satu keluarga ni tinggal berjiran. Bukanlah jiran dekat cuma setaman. Umi selalu nampak salah seorang anak jiran ni yang chubby & montel. Kami gelar dia Adik debab 😆 tak pernahlah panggil dia face to face gitu sebab tak berkesempatan pun jumpa dia secara dekat. Walid selalulah jumpa Adik ni di surau. Umi pulak time tu belum ada rezeki anak, memang sukalah usha Adik ni, geram tengok kemontelan dia haha...

Fast forward, kelmarin kami ke Dewan Beringin meraikan wedding anak jiran ni. Umi tercari-cari juga kelibat Adik debab ni tapi tak perasan. Umi pun dah tak cam sebenarnya sebab kami pindah dari situ pun dah lebih 10 tahun. Rasanya dia dah kurus kot. Dah remaja pun Adik debab ni... Entah2 yang kawin tu kot 😂 

Sedap mee ni. 

Apapun tahniah untuk mereka sekeluarga 💝 

Semalam pula di Pasti kakak ada jamuan birthday. Birthday Haikal yang ke-6. Moga jadi anak yg soleh ye Haikal 😘



Ginilah cara anak2 Pasti ni makan. Makan dalam dulang sama-sama. Comel je tengok Cikgu atur nugget tu. 5 ketul maknanya 5 orang setalam :) 


Nama panjang 😁


Saban hari ada je keletah anak2 yang menghiburkan dan menggelikan hati Umi.  Tadi Umi tengah berwirid usai solat Maghrib. Datang si Angah sambil membawa handphone mainan, letak di telinga. 

Angah: hello...
Kakak: hello.. (sambil letak tangan di telinga, gaya menjawab telefon) 
Angah: siapa ni?
Kakak: Balqis
Angah: ooo Balqis... Nama panjang?
Kakak: balqiiiis (sambil panjang kan sebutan 'qis')
Angah: bukan, nama panjang apa?
Kakak: balqiiiiiiiiiiiiiiiiis (berapa harkat tak taulah panjangnya haha)

😂😂😂

Yang Angah pun satu, cakaplah nama penuh, ini nama panjang. Maunya kakak tak sebut nama dia cenggitu 😇


Teringat pulak Umi cerita qunut panjang vs qunut pendek 😂

Thursday, 11 January 2018

Kenduri pertama 2018...



Murah rezeki nampaknya kami sekeluarga tahun ni... Minggu pertama January dah dapat jemputan kenduri alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, moh la kita ke Masjid Khalid al Walid, Jln Padang Tembak. 

Kenduri aqiqah & birthday anak kawan Walid diadakan di dewan masjid. First time kami sampai area mindef ni dan first time juga makan kenduri aqiqah di dewan masjid. Kalau makan kenduri kahwin di masjid tu dah beberapa kali. 

Cantik, bersih dan lapang kawasan masjid ni. Kami sampai sejurus sebelum zohor. Elok je azan berkumandang, terus ke dewan solat. Ni lah advantage bila kenduri dibuat di surau/masjid. Boleh solat on time, berjemaah lagi. Lagi satu yang best, parking lot memang banyak... Tak payah park tepi jalan :) 


Sempat juga Umi lepak sekejap dekat wakaf di sini. Ada 3-4 wakaf juga kalau tak silap Umi. Memang terjagalah kawasan masjid ni. Hijau dengan pokok2 je...

Ada juga kolam besar di luar masjid. Kalau bela ikan koi banyak2 mesti lagi best. Umi nampak 2 ekor anak ikan je hari tu...tak surelah kalau ada kat area lain sebab kolam ni besar juga. 



Meriah sungguh kendurinya... Makanan pelbagai jenis, dari lauk pauk hinggalah ke pencuci mulut semuanya sedap2 belaka. The best of course lah kambing masak hitam 👍👍👍

Candy buffet yang semestinya jadi tumpuan Angah & kakak. Kejap ambik itu, kejap ambik ini... 


Goodie beg pun isinya special, ada kalendar kuda dengan gambar baby Aariz...so special. Thanks mama papa Aariz for having us. 

Tuesday, 9 January 2018

Ramly Bistro Masjid Saidina Hamzah



Ada sekali tu Walid bawak balik burger Ramly. Sedap ala2 burger McD. Tapi next time bila suruh Walid beli katanya kedai dah tutup. Sayang rasanya sebab produk dah OK, packaging semua cantik setanding dgn jenama terkenal tu... Rupanya they temporarily close for renovation 😊. 

Now dah reopen. Masih di tempat yang sama juga, depan pintu masuk Masjid Saidina Hamzah Kg Batu Muda, dekat2 dengan tanah perkuburan tu. 





Tempat dah cantik, ada yang open air dan ada yang berhawa dingin. Selesa dalam tu. Memang style fast food chain, kerusi meja sofa semua ada. TV pun on je. Dua TV, dua channel berbeza. Pening kepala hehe...

Ini yang kami order... 





Ala2 burger yang famous tu kan? Taste wise ? Superb! 

Harga berpatutan. 

Waktu operasi dari 8.30 pg - 11 mlm. Last order at 10 pm.

Bistro ni bukan saja jual burger semata tapi ada food lain juga, ala carte & set. Cater utk breakfast sampai lah ke dinner & supper. Dah tutup pukul 11 kan boleh lah supper sekali dak 😉
 Aiskrim pun ada tau... 



Kalau teringin nak makan buffet pun ada juga. But on weekdays only. Harga sangat berpatutan i.e. dewasa rm12.00, kanak2 rm8.00 dari pukul 12.00 t/hari - 2.00 ptg. Dah plan nak dating dengan Walid. Tunggu lah bila free... Insha Allah. 


Sunday, 7 January 2018

Persiapan & Perbelanjaan Sekolah Anak2 Sesi 2018.


Dah masuk minggu ke-2 sesi persekolahan tahun 2018 ni. Alhamdulillah anak2 nampaknya gembira belaka bersekolah tahun ni. Yuran, duit buku dan segala kelengkapan dah setel alhamdulillah. 

Umi nak rekodkan di sini perbelanjaan untuk sesi persekolahan tahun ni. Senang untuk rujukan Umi di kemudian hari, boleh buat reference utk sediakan bajet tahun depan. 

Umi grab this offer. OK juga ada sale macam ni. Sepasang baru rm34.50. 

Kakak dan purple berpisah tiada. Kasut ni beli untuk jalan2 asalnya sebab tu tak masuk dalam bajet sekolah. Since Cikgu cakap pakai kasut selain putih pun boleh, kakak pakai lah kasut ni. Kasut putih pinjam Angah punya je, pakai pun bila ada acara rasmi. 

Stationary set sorang satu.
Untuk Abang tak banyak spent pun utk keperluan sekolah dia. Baju seluar, beg sekolah tahun sudah masih elok jadi pakailah dulu. Abang pun tak banyak songeh. Maybe second quarter of the year kita tukar. Untuk awal tahun ni kita dahulukan yang lebih penting. Prioritized. 


Tahun ni Abang pilih kasut tali. Biasalah dah jadi abam besar kat sekolah :)



Yang banyak spent adalah untuk Angah sebab dia baru naik darjah satu. Semua kena beli sebab nak pakai seluar baju Abang darjah 6 nanti pun belum tentu muat 😁 macam Abang dulu juga, Umi beli baju seluar 3 pasang, boleh tukar setiap hari. Lagi 2 hari pakai baju sukan dan baju melayu. Singlet pun Umi beli 5 pcs senang tak kalut kalau yg dibasuh tak sempat kering. Umi suka letak nila kat baju putih anak2 so takes time sikit kadang tu nak kering.



Kakak pula since she is our first daughter yang sekolah, beli jugaklah uniform baru untuk dia. Ikutkan size angah dengan kakak ni lebih kurang je tapi beza jantinalah pulak. Baju senaman Angah pun elok lagi, padan dengan kakak tapi Walid cakap beli je baru untuk kakak, bagi dia happy. Boleh buat ganti especially time practice untuk hari sukan nanti. Yuran kakak ni banyak juga tapi all in; buku, uniform, yuran, alatulis etc. Yuran bulanan naik lagi, rm140 😕

Ini apa yang kami spent. Yang takde dalam list tu memang tak beli lah. Contoh beg sekolah Angah pakai yang dapat masa convo hari tu. Beg kakak pun 'beg M' tu je. Buku tinggal kat Pasti je. Kalau ada homework baru bawak buku balik rumah so takde hal dengan beg tu. Konsepnya mana yang boleh pakai, kita pakai. Dah rosak/tak elok/tak muat baru kita ganti. Bab berjimat cermat ni serah kat Umi memang pakar haha...

Inilah kosnya... banyak tu memang banyak tapi untuk menuntut ilmu kita redha je.



Sekarang ni tinggal nak bayar monthly fee je lah. Bila dihitung, lebih kurang rm200 juga seorang untuk duit poket, yuran makan, pibg dan transport. Yuran bulanan kakaklah paling mahal w/pun baru tadika huhu... Tapi memang pun, yuran tadika sekarang mahai belaka. W/bagaimanapun Umi yakin rezeki untuk anak2 ada. Sentiasa ada. Janji kita usaha dan uruskan pemberian-Nya dengan baik dan amanah. Sikit ke banyak, kena sentiasa bersyukur.

Friday, 5 January 2018

Kakak first visit to hair salon...


Antara item yang Umi masukkan dalam checklist persediaan masuk sekolah kakak is gunting rambut. Nanti dah pakai tudung ( termasuk dlm uniform Pasti) senang sikit nak bela rambut pendek. Senang keja Umi sebenarnya 😊


Ahad lepas Umi bawak kakak ke satu salon ni, Graceful Kay di Prima Sri Gombak. Kedainya sebelah Pustaka Rakyat, tingkat 1. Kay ni friendly jugaklah. Bolehlah layan berborak dengan dia. Salonnya memang luas dan selesa. Even Umi bawak Adik sekali pun tak mengganggu. 






Umi nak buat layer cut tapi Kay advise potong biasa (straight) or bob cut. Tak berani pulak Umi nak try bob cut sebab kakak tak pernah berambut pendek camtu... Takut Walid marah pun ye juga sebab Walid suka je stylekan rambut kakak hehe... 



Tau kakak nak style macam mana? Macam Nisa (watak yg dibawa oleh Mia Nasir dalam telenovela Dendam Aurora 😇) Nisa tu cantik bagi dia so dia nak ikut style macam Nisa hehe... 

Inilah hasilnya....


Kay ni pula geram tengok rambut Adik, terus dia trim sekali rambut Adik 😁 Umi OK je as long as Adik OK :)  ikutkan dia nak potong lagi tapi Umi tak kasi. Biarlah panjang dulu sebab nak tengok macamana gayanya rambut Adik. 



Upah potong rambut kakak rm10. Adik free je :D