Showing posts with label Ganu. Show all posts
Showing posts with label Ganu. Show all posts

Wednesday, 11 November 2026

Terbeli Kasut @ Vern's Mesra Mall, Kerteh

Sebelum ke kenduri Cg Hj Nordin, kami ke Mesra Mall Kertih dulu. Kami tiba dari Gombak sekitar jam 11 pagi, terlalu awal untuk terus ke kenduri walaupun ikut kad undangan majlisnya bermula seawal jam 10.30 pagi. 

Kali kedua rasanya kami singgah di Mesra Mall ni. Kali pertama masa jumpa Cg Hj Nordin bulan Jun lepas, balik dari hantar Abang masuk Asasi. 

Kolam yang cantik! Kolam ni guna beras. Ummi selalu kagum dengan ketelitian dan kreativiti pembuat hiasan kolam ni. Bukan senang nak hasilkan sesuatu yang estetik begini. Ambil masa dan tenaga juga. 

Tujuan singgah di Mesra Mall ni asalnya nak cuci mata saja, di samping toilet break dan freshen up sebelum ke kenduri. 

Tapi, menarik pulak tengok offer Vern's ni... 


3 pasang kasut (koleksi tertentu) hanya RM100. Sesuailah untuk Ummi dan gegirls. Ummi suruh Kakak pilih dulu jika ada yang berkenan sebab mek sorang ni agak cerewet bab pakaian ni. Dia pula pakai sandal je untuk kenduri ni jadi eloklah kalau beli kasut yang lebih sesuai. 

Alhamdulillah ada yang dia berkenan. 
Ummi suruh Adik pula pilih. Ummi pun sambil-sambil depa test kasut masing-masing tu ambik juga sepasang kasut untuk dicuba. Walid approved jadi jom la grab cepat-cepat 😁

Reusable bag RM4. 
Lawa kan? 🖤🩷
Kotak kasut pun cantik, munga-munga. Memang berbunga-bungalah hati mak bunga dan anak-anak bunga ni dapat kasut sorang sepasang hihi ... Dari nak tengok-tengok aje, terbeli la pulak kasut sorang sepasang. 

Terus rasmi ... 
Walaupun Ummi Adik dah bawa kasut lain, tapi alang-alang terbeli kasut baru ni, nak juga pakai terus. 

Kasut Ummi dan Kakak design hampir sama. Adik pula pilih sneakers. Sesuailah dengan gayanya yang lasak tu. Pilihan Kakak pula lebih girlish. 

Berhadapan dengan Vern's ni, butik Clarks. 

Buat apa tu Angah dan Kakak? 
Besar dah anak Ummi 2 orang ni ☺️
Sneakers sebelah Angah tu Ummi berkenan (warna dark green). Tunggu next trip la kot ada rezeki dapat beli In Sha Allah. 

Ada offer up to 50% discount di butik Clark's ni.
Tak senang duduklah Walid tengok offer tu. Almaklumlah peminat kasut. 

Ikut jugalah balik sepasang. 

Seronoklah bagi kami shopping di Mesra Mall ni. Modern facilities, with lots of kedai/butik dalam ni. Kebanyakannya established and popular brands. Parking luas, tak payah risau. Mall pun setingkat je, senang nak jalan. Paling best tak crowded. 




Tuesday, 10 November 2026

Makan Kenduri di Kerteh, Terengganu

Alhamdulillah, kami dijemput ke majlis perkahwinan anak kedua Cg Hj Nordin. Sewaktu bertemu di Mesra Mall bulan 6 tempohari, CN ada maklumkan dan jemput secara lisan. Time cuti Deepavali katanya. Jadi, inilah tujuan kami singgah dulu di Kerteh, sebelum meneruskan perjalanan ke KT. 

Kali kedua dapat jemputan kenduri ada tema pakaian. Kali ni strawberry matcha. 

Awalnya Ummi nak beli baju baru, demi nak ikut tema majlis. Tapi bila buka almari ada je baju yang boleh disuaipadankan untuk memenuhi tema. 

Mix & match.
Cuba try test dulu, ahli rumah kata okay. 
 Selendang tu Ummi tak pakai. Tak larat nak control ayu haha ... Ialah, kami datang straight dari Gombak pagi Sabtu tu. Perjalanan ambil masa 4 jam ½. Syukur juga taklah jammed teruk walaupun kenderaan banyak. 

Lagi pula, bila sampai di tempat wedding, rupanya venue open air. Kawasan terbuka jadi agak panas bila tengahari time kami sampai ni. Mujur Ummi tak berselendang, macam over la pulak hihi ... Lepas tu lega Ummi tengok para tetamu lain pun tidaklah fully ikut tema yang disarankan oleh tuan rumah. Macam-macam warna pakaian ada tapi kebanyakannya adalah hijau dan pink here and there. Seboleh mungkin masing-masing cuba untuk ikut tema. 

Nama lokasi majlis ni Memoir The Last Garden. 

Pakaian anak³ pun adalah sipi-sipi warna strawberry matcha tu. Seadanya. 

Kawasan majlis yang cantik. Ala-ala taman istana. 

Pengantin tengah photoshoot. 
Mesti cantik gambar kan, hari cerah. Lighting  perfect. 

Jom la makan... 

Menu utama; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak apa Ummi tak tahu tapi sedap yakmat dan ikan kering. Ada juga sambal lada celah-celah nasi tu. Sedap dooh nasi dan lauk kenduri Terengganu style ni. 

Tertarik pulak nak cuba. Bila buka bungkusannya, nasi dagang ikan aye. 
Favorite! 

Keropok lekor panas-panas. 
Dah la suasana majlis santai, memang ralit layan kopok lekor ni. 

Apam Balik Ummi tak rasa. Angah ambil ni. 

Ummi ambil agar-agar santan dan satu kuih ni. Gebu macam bahulu tapi ada inti. Kuih manis, intinya savoury. 

Port healing 😁

Terima kasih Cg Hj Nordin atas jemputan istimewa ni. Pengalaman manis dan istimewa untuk kami merasai suasana kenduri di Terengganu dan menikmati juadah kenduri terutamanya nasi minyak Terengganu yang enak. Ummi secara peribadi memang menggemari nasi minyak Terengganu. Nasinya tu sedap, ada rasa manis-manis dan ianya juga tak berempah. 

Kenduri anak Cg Hj Nordin ni kenduri kedua di Terengganu yang kami hadiri. Kali pertama makan kenduri di Terengganu tahun 2009 rasanya. Kenduri kahwin Aunty Nazia. Lauk daging kerbau. Masa tu Abang masih bayi. Bawa sekali arwah Tok, jalan-jalan sambil makan kenduri. 

Cenderahati dari tuan rumah. 

Isinya keropok ikan dan air kotak. 
Sesuai untuk kudapan kami dalam kereta :) 

Terima kasih banyak Cg atas jemputan istimewa ni. Seronok tengok Cg tersenyum lebar bila nampak Walid. Semoga ukhuwah berkekalan hendaknya 🤲🏻 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 






Ke Ganu Kite

Sekolah cuti 4 hari sempena Deepavali. 
Jom la kita Cuti-Cuti Ganu 🤗

 Seawal 6.30 pagi kami mulakan musafir. 
Baca news katanya Jumaat petang dah start jammed. Kan dapat diskaun tol 50% Jumaat dan Sabtu tu. Alhamdulillah perjalanan kami pagi Sabtu tu lancar. Kereta banyak tapi moving.  

Setengah jam je masuk Pahang dah. 
Heaven rasanya bila jalan lancar begini. 

Destinasi pertama, Kerteh. 
Langit membiru, lurvvv 🫰🏻 

Selesai urusan di Kerteh, naik ke KT. Jumpa buah hati pengarang jantung Ummi. Traffic slow sebab lori ni accident. Nampak driver macam tak injured alhamdulillah. Time ni hujan, mungkin jalan licin itu yang terbabas. 

Sampai KT ambil Abang di asrama, bawa ke homestay. 2x dah stay sini, suka sangat sebab selesa, bersih dan berhampiran dengan kampus Abang. Owner pun mudah berurusan. Bila homestay dah ready, pukul 11 -12 pun dia bagi check in. Tak berkira.

Dah sampai Ganu, kepok lekor slalu la... 
Beli keropok lekor rebus. Abang suka keropok lekor rebus jadi Ummi beli la khas untuk Abang. Walaupun dah berbulan di sana, nak cari kedai kepok lekor pun tak reti lagi 🫣
Sebelah tu satar goreng. Inti satar dibalut dengan kulit popia dan digoreng rangup. Dua² ni kami beli di kedai Keropok Lekor Sri Tepoh. Famous kot kedai ni sebab masa nak masuk highway pun ada satu lagi kedainya. Keropok Lekor Sri Tepoh 2 nama kedainya. Sama tuan la kot, kan...

Petang keluar ke Mydin Mall Gong Badak. Abang nak stock up makanan dan minuman. Berkenan Ummi dengan kek lapis ni, beli 1 pek. Beli juga tembikai siap potong satu bekas. 

Mek sorang tu pulak tertinggal baju dan tudung jalan² dia 😬
Mujurlah dekat Mydin ni ada blaus yang dia berkenan, RM20 je. Pastu cari pula shawl nak match dengan blaus tu. Macam-macam la anak dara sorang ni. Tapi shawl dekat sana murah, 1 helai 10, ambil 2 helai RM16. Wajiblah ambil 2 helai kan. Murah, rugi tak grab :D 

Malam beli bungkus dan makan di homestay je. Ummi pesan nasi goreng belacan, lain macam rupanya. Tak pastilah ni nasi goreng belacan atau bukan. Nak kata salah order, yang lain semua betul pulak. Nasi gorengnya dihidangkan bersama ayam pad kra pao, hirisan mangga, bawang dan telur dadar. Hirisan mangga tu sedap, lemak-lemak rasanya. 

Pagi Ahad bersantai dulu depan TV. Hujan, tu yang syok tu bermalas-malas depan TV. 


Malas-malas pun pukul 8.30 dah sampai kedai makan 😁 
Ulat buku tu tengah marathon nak habiskan novel tebal. Ralit sungguh dok baca novel tu. 

Selesai isi perut, jom masuk bandar. 
Kenderaan belum banyak. Tapi sesak jugalah KT cuti Deepavali ni...orang luar datang bercuti, orang lokal pun keluar bersama keluarga sempena cuti umum hari ni (Ahad). Tapi, sesak sesak di KT tidaklah rasa serabut macam sesak di ibu kota 🫣 
Rasa tenang, ada vibe slow life dekat sana. 

To be continued, panjang dah entry ni :)