Saturday 11 November 2023

Masak² Edisi Deepavali | Sabtu

Sekolah cuti 4 hari sempena Deepavali (Sabtu - Isnin). Makanya, buka restoran 24 jam la Ummi 😆

Sarapan
Nasi lemak sebungkus tu Angah bawa balik dari surau.

Minum Pagi

Walid pergi Kursus Umrah Percuma, sambungan Kursus Umrah Percuma bulan lepas.
Ummi tak ikut kali ni sebab kurang sihat. Batuk kronik yang boleh mengganggu majlis :) 

Atok bagi bihun dan kuih muih untuk kami. Kali ni kehadiran separuh dari hari tu, makanya makanan banyak lebih. Mungkin cuti panjang ramai balik kampung atau keluar kawasan. 

Lunch
Dinner
Ayam Gunting by Chef Abang. 
Eh, Sedaplah anak bujang Ummi masak 😁 Dia ambil resepi dekat MStar. Esok adik³ request buat lagi :D 

Lepas Isyak, meronda kejap kotaraya KL...

Supper
Mi Segera Goreng, again by Chef Abang. 
Abang ada bolehlah merap dia :D 

Alhamdulillah, syukur selalu. 

8 comments:

  1. Oo PH ada je kat rumah ye cuti panjang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Ako, tak kemana pun... Kita jaga KL 😂

      Delete
  2. Saya langsung cari di google kapan hari Deepavali ini 😁. Ternyata Minggu ini yaa. Di sini normal seperti hari lain soalnya.

    Kalo cuti panjang seperti ini jujurnya saya LBH suka di rumah. Krn tahu di banyak tempat pastiiii ramai 😅

    ReplyDelete
  3. Terliur pulak ada kicap lada gambar pertama tu.

    ReplyDelete
  4. cuti2 ni memang open 24 jam restaurant rumah kan. hahaa..

    ReplyDelete
  5. Rajin abang melayan adik.
    Kyra tadi minta dia goreng sayur chinese style…sekali masa dok tumih garlic hangit pulak. Menggelabah dia

    ReplyDelete