Tuesday, 7 January 2025

Recap ~ Week 1, 2025

1st Jan ended with a beautiful sunset ❤️

2nd Jan boss ICU turun melawat tapak projek berhampiran rumah. Semoga isi berbangkit dapat diselesaikan dgn berhikmah 🤲🏻

Solat Jumaat pertama tahun 2025. 
Penampakan tokoh kesayangan ramai, Tun M bersama anakanda² di Masjid Negara. Teropong juga Walid tapi beliau dalam dewan solat utama. 

Perkampungan UPKK. 
Sekolah sediakan 1 set stationery berserta 2 batang pensel khat utk setiap pelajar utk menghadapi UPKK 🌹

Siri 1 berkelah di asrama :) 
Anak soleh #2 tu skipped breakfast dan lunch, nak tunggu Ummi datang bawa makanan. Layannnn ...

Anak solehah tertinggal jam, nervous sangat kot 🤭 

Hari ke-7 Jan baru dapat table calender 2025. Tqsm Paksu SA.

Semoga yang baik² saja utk hari² seterusnya 🤲🏻 



07012025 ~ Petik Buah Betik

Pokok betik ni tumbuh hasil campak² biji je. Biasanya biji² cili ke betik ke Ummi masukkan dalam air basuhan beras dan buat siram pokok². 

Hari tu pokok ni elok dah berbunga, tapi ditimpa dahan pokok besar yang dipotong tahun lepas. Sedih dah Ummi time tu. Tapi alhamdulillah panjang umurnya. Kembali berpucuk dan berbuah. 

Buah pertama dimakan burung. Tak sedar pun dah masak sebab buahnya kecik. Ingatkan nak besar lagi rupanya betik jenis kecik. 

Buah kedua Ummi dah petik minggu lepas. 

Kecik tapi manis sangat! 
Agaknya betul juga kata arwah Tok, cuaca panas akan hasilkan buah²an yang manis. Seminggu dua ni memang cuaca agak panas dan kering, hujan pun sekejap². Manakala kalau hujan, buah² macam betik, tembikai hasilnya kurang manis. Terlebih air kot :) 

Buah ketiga Ummi sedekah dekat burung dan tupai juga. Kecik sangat, tak padan nak petik pun. 

Adik dan buah keempat. 

Alhamdulillah merasa juga hasil berbudi kepada tanah. 


Monday, 6 January 2025

06012025 ~ Tanam Pokok Rubber Plant ( Ficus Elastica)

Mak Bee bagi Ummi sebatang pokok. Selalu tengok pokok ni ditanam sebagai pokok hiasan tapi tak pernah tahu namanya. Thanks to Google, dapatlah juga namanya; Rubber Plant (Ficus Elastica). Pokok ni bergetah mungkin sebab tu namanya rubber kot :) 

Masa Mak Bee offer dia bgtau pokok ni dia semai dari induk, tinggi ni katanya sambil tunjuk tangan ala² takat lutut je. Sekali cabut , dekat setinggi tembok dah! Terpaksalah Ummi keluarkan pokok lidah jin dalam pasu tinggi dan transfer ke pasu rendah sikit. Rubber Plant ni Ummi masukkan pula ke dalam pasu tinggi.

Saja survey harganya di online platform, cecah RM100 pun ada ye anak pokok ni. Rezeki Ummi dapat free, alhamdulillah ☺️
 
Hidup dengan subur ye...
Bagi dia tumbuh elok dulu baru nak letak luar pagar. 

Sunday, 5 January 2025

Kakak ~ UPKK 2024 & The Journey

Bermula 6 Jan - 9 Jan 2025 Kakak akan menduduki UPKK. Exam mula petang ni... 


Kali ketiga anak ambil UPKK, Ummi lebih tenang :D 

Terima kasih banyak pihak sekolah yang sama² berjuang dan berkorban masa utk anak². Dari mula buka sekolah lepas cuti baru² ni, memang all out buat program UPKK. UASA dan PSRA dah lama selesai, fokus sekolah utk anak² T5 sajalah. Selain tu, bermula dari lepas raya hinggalah hujung Disember lepas, sekolah juga anjurkan tuition UPKK setiap hari Isnin dan Selasa. SRAI sekolah satu sesi, silibus KPM dan KAFA digabungkan jadi masa pembelajaran agak pendek. Jadi, setiap hari I/S tu, guru² ambil masa 1 jam lagi untuk ajar subjek² UPKK. 

Program Gerak Gempur. 

Jumaat petang bermula Perkampungan UPKK pula, diikuti majlis bacaan Yasin UPKK sebelah malamnya. 

Kelas Pecutan UPKK setiap pagi hari exam. Sebab exam UPKK sebelah petang. Sebelah pagi juga anak² buat bacaan Yasin dan solat hajat bersama guru². 

Semoga segala usaha dan pengorbanan guru², anak² dan ibu ayah juga membuahkan hasil yg terbaik utk anak² 🤲🏻

Tuition UPKK Ustzh Lela dah habis minggu lepas (29/12). 

Gambar hari pertama Kakak tuition Utszh Lela (5/5/2024). Simpan sini utk kenangan. 

Petang dan malam Ahad tu rezeki Kakak dapat masuk kelas ulangkaji Ustzh Azizah pula. Ustzh Azizah buat kelas percuma sepanjang minggu UPKK ni. Sesi petang tu 3k joined di Zoom, 2.8k tengok live di FB. Semoga Allah permudahkan urusan Ustzh dan rahmati Ustzh sekeluarga dan anak Ustzh berjaya cemerlang dlm SPM 🤲🏻 

Suatu masa dulu, Abang pernah berguru dengab UA. 

Good luck Alya! 
Kakak dan Alya (sepupu) lahir sama tahun. 
Hari ni sama² akan berjuang utk UPKK. 

Ummi doakan Kakak dan kawan² termasuk anak kawan² blogger antaranya anakanda Fatimah (anak Lady), Adam (anak SR), Daus (anak Kak Amie, x sure ambil UPKK ke tidak) dan semua anak² T5 beroleh kejayaan cemerlang hendaknya utk UPKK kali ni. 9A semuanya aamin 🤲🏻


05012025 ~Terima Kasih Orang Baik

Alhamdulillah selesai masalah (ujian sebenarnya) yang Ummi hadapi sejak bulan 9, 2024. Syukur, setiap kali Dia datangkan ujian, setiap kali itu juga Dia hadirkan orang baik² utk bantu dan dipermudahkan jalan keluarnya.

Ummi doakan kedua insan yang baik hati dan pemurah ni sentiasa diberikan rezeki yang luas lagi berkat, sihat selalu dan sentiasa dlm lindungan dan rahmat-Nya. Ada kebaikan yang kita hanya mampu balas dgn DOA, sementelah bukan wang ringgit yang mereka mahukan. 

Gambar hiasan :) 
Pisang pemberian Cik Leha. 
Rasanya Pisang Nangka ni... 
Buat serawa sedap 😋

Minum Petang @ Heetam Coffee, Sri Gombak


Jumpa satu lagi port ngopi yang baru sebulan lebih beroperasi di Sri Gombak ni. Adik la dok promote, katanya cafe ni milik parents kawan dia, A. 

Antara menu yang ada ...
Tak try yang ni sebab kami datang lewat petang. Next time boleh bawa Abang Angah...

Menu lain... 

Cantik dan kemas dekonya...

Kami order Cafe Latte, Coconut Latte dan Double Choc Vanilla kot namanya...dengan Kid's Meal 1 set; ada fries & nugget. Masing² pun masih kenyang, late lunch tadi. 

Sementara menunggu tu, Mama A hantar sepinggan cheesy fries ni. Percuma sebab kawan A katanya 🤩

Then, Mama A hantar pulak sebiji Big Mouth Burger! A belanja katanya... 
Aduh, segan dah Ummi ni 😌
Burger ni sedap gilerrr ye... Yang ni memang Ummi plan nak repeat. Hari tu cuit² je sebab Adik pun kemain erk ngap burger ni... selalu dia tak berapa gemar burger

Lama jugalah berborak dengan parents A. Ayahnya sekapai dengan kami, orang Kedah jumpa geng memang sakanlah berborak kan wpun tak pernah bersembang sebelum ni :) 

Seronok bila ayahnya cerita tentang business mereka ni. Sebelum ni depa jual madu asli, then biji kopi and finally buka kafe. Business kopi depa ni bukan setakat kafe yang baru dibuka ni saja, tapi depa juga supplies biji kopi utk kafe² ternama. Tumpang bangga ye 👍🏻 Depa juga ada ladang kopi di Sintok, Kedah. Luas juga kawasan dengarnya. Adalah idea Ayah A nak majukan ladang tu. Mudah-mudahan berhasil 🤲🏻 

Wpun Ummi tak minat berniaga tapi Ummi suka dengar kisah² inspirasi dan kejayaan usahawan² khususnya bumiputera. Kalau mampu support, kita support la kan. 

Adik bawa balik beberapa biji roasted coffee, yang Mama A letak di kaunter sebagai hiasan 😇 Balik rumah dia nak cuba tumbuk, guna lesung batu...

Kopi Adik :D 

Ada sesuatu yang Mama A hadiahkan juga. Nanti Ummi cerita... 

Heetam Coffee ni selang 2-3 pintu dengan Restoran Thaqwa. Dulu Zazi's Kitchen, sekarang ZK dah tutup dan sekarang Heetam Coffee beroperasi di sini. 

Selamat Maju Jaya buat Heetam Coffee!
Tqsm for your hospitality Ayah & Mama A 🌹

Heetam Coffee 
Pusat Bandar Sri Gombak, 
53, Jalan SG 3/1, 
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10 pg - 10 mlm (Isnin - Sabtu) 


Saturday, 4 January 2025

04012025 ~ Ke Giant Batu Caves Sekali Lagi

Selepas hantar Kakak ke Perkampungan UPKK di sekolah, kami ke Giant Batu Caves (GBC). GBC tengah ada sale jadi Ummi bercadang nak beli barang² mcm groceries ke toiletries ke at discounted price la macam hari tu. 

Sekali bila masuk, banyak rak dah kosong! 

Mungkin suppliers dah keluarkan barang masing²... Ikut kata staff last day depa buka GBC13/1 ni. Sementara Giant baru nak siap, staff GBC ni akan ditugaskan sementara di outlets lain katanya. 

Sedih pula tengok. Walaupun Ummi jarang datang sini, but we know it is there. Kot ada keperluan, sinilah tempatnya nak cari barang. 

Rak² barang dapur dan toiletries mostly dah kosong. Frozen food pun sama, tak banyak dah. Yang tinggal pun jenama yg Ummi tak kenal. Barang² basah; ayam, ikan, sayur, buah²an masih ada. Yang kering² macam ikan masin, ikan bilis pun tak nampak dah. 

Ada barang yang murah dan ada yang masih mahal. Kena check betul² harganya sebab kami terkena tadi. Harga dipamerkan tak sama dengan harga di mesin cashier. Ada ke patut correction tape harga RM30! Dah la longgok² dekat clearance section, display price dlm 6 ringgit lebih je, tapi bila punch 30 hinggit. Mujurlah Walid perati satu² harga yang dia scan tu. 

Side table ni pun sama. 
Harga clearance RM30. 
Masa punch RM49, sistem belum update kot. Depa check semula, dapatlah harga RM30 tu...

Balik rumah Adik tolong Walid pasangkan...

Siap! 

Bahagian barang rumah dan pakaian ada lagilah yang tinggal. Itu pun dah surut banyak dari sebelum ni. 

Jumpa t-shirt dan blouse harga 10 ringgit, beli la utk gegirls. Boleh buat basahan. Beli juga cermin dan selimut untuk Adik. 





Buffet Breakfast @ Warong P. Ramlee, Gopeng


Warong P. Ramlee ni berada dalam compound yang sama dengan The Kandu Resort. Tapi gambar ni Ummi snapped dari jalan utama. Maksudnya orang luar boleh masuk ke warung ni dari jalan utama ni. Tetamu resort pula boleh berjalan kaki ke sini dari bahagian dalam resort. Bangunan berasingan tapi bersebelahan. Depan Warong P. Ramlee ni Warung Labu Labi. Agaknya orang² sini peminat Allahyarham Tan Sri P Ramlee kot :D Yang menulis ni pun sama la, semua dialog filem Allahyarham boleh kata hafal semuanya! Menurun ye dari arwah Tok Wan ke Ummi and now Adik pula big fan P Ramlee 😆

Memandangkan kami dapat 2 kupon breakfast, Ummi dan Walid singgah la warung ni sementara anak⁴ mandi dan bersiap di bilik. 

Tak pastilah sebab dah hampir pukul 10 kami datang ni atau memang ini je pilihannya..

Makanan berat ada Nasi Goreng Kampung dan Mee Goreng je. Telur mata ke telur rebus ke takde. Kami pun dah kenyang makan roti canai kampung tadi, jadi tak kisah sangat pun. Cuba kalau belum makan, maunya pot pet juga mulut Ummi ni 🤭

Teh tu sedap. Biasa orang guna jenama apa ye kalau teh pekat gini? Depa sediakan teh kosong je, Ummi tambah susu segar dan gula. Tapi, jadi pekat elok dan warnanya pun cantik. 

Menu² ni pun ada... Tapi berbayar la

Lama tak jumpa tisu pink ni ... 
Setting meja cantik, ada vibe kampung dan old school. 

Banyak gambar² lama artis² sezaman Tan Sri P Ramlee. Basikal tu macam dalam filem Sarjan Hassan, dgn topi putih tu... 

Basikal Cik Salmah :) 

Alhamdulillah selesai sudah kisah 2H1M kami di The Kandu Resort cuti sekolah bulan 12 baru² ni. 

Dari 'Gopenghagen' ni kami bertolak ke destinasi lain pula. Stay tuned 🤗