Sunday, 31 December 2023

Cuti Sekolah Day 12-14 ~ Study @ PPAS Gombak

Kakak & the geng dah sepakat nak ke PPAS Gombak untuk study. Buka sekolah 3.1.2024 dah UASA. 

Siap tempah hoodie jacket seragam 😇
Tapi mujurlah semua depa urus sendiri, duit pun pakat guna duit sendiri. 

First day Mama Nurin temankan...

Second & third day Ummi pula ambil turn teman depa. Tak haraplah Ummi nak biar depa walaupun dalam library ni dikira selamat. Sekarang ni apa saja boleh berlaku tak kira masa, tak kira tempat. 

Abang, Angah  & Adik pun ikut.

Angah jumpa Isaac & siblings. Mula² dia study dengan Isaac, lepas tu pakat main game dekat computer. 

Macam Kakak & the geng pun datang sini sebenarnya bukan nak study sangat, lebih kepada nak outing bersama 😁 Nak pergi mall memang parents masing-masing tak bagilah kan, pergi library oklah, asalkan ada orang dewasa temankan. 

Cafe di PPAS Gombak ni dah beroperasi...
Lepas buat revision depa mai lepak cafe pulak.  Hanging out cara underage BBNU :D 

Ummi pun suka lepak kat cafe ni, santai je. Satu lagi rasa selamat sebab dalam library kan.

Nanti exam make sure semua naik pentas ye  🤲


Saturday, 30 December 2023

Cuti Sekolah Day 11 ~ Kembali ke Sarang

Selepas 5H4M balik kampung, tiba masa kembali ke sarang :D


Jadi, pagi tu Maklong jemput breakfast di rumah dia pula. Begitulah setiap kali Geng Gombak balik kampung, bergilir² ambil turn buat makan-makan, alhamdulillah terima kasih Geng Jitra ❤️

Maklong masak nasi lemak, goreng ikan keli dan goreng mi segera. Tok Umi pula bawa Rendang Ayam Kampung untuk regu dengan nasi lemak. 

Tok Kodiang buat ketupat palas & bihun sup. Maksu masak rendang dan Kak Una buat cheesekut. Makngah bawak perut 😆

Sebelum berpisah, sesi tapau menapau dulu. Bekalan ni lah jadi lunch kami. Tak singgah makan dah, cuma berhenti solat & ke tandas saja sepanjang perjalanan 8 jam balik ke Gombak tempohari.

Alhamdulillah perjalanan balik lancar walaupun banyak kenderaan. Kenderaan banyak tapi moving takpe, janganlah 'sangkut' tak bergerak, itu yang bosan. Oh ya, balik 26.12 (Selasa) dapatlah tol percuma. Dari Jitra nun dapatlah jimat dekat RM50 alhamdulillah. Sabtu 23.12 masa balik ke Baling tu pun tol percuma, jimat RM3.50, sebab kami dari Jelapang ke Kuala Kangsar je. 

Sampai di rumah terus masuk dapur tanak nasi haha...  Lapar satu hal, tak sabar nak rasa ikan pekasam member Ummi jual pun iye juga...

Walaupun dijamu macam-macam tatkala di kampung, menu simple gini tetap menjadi pujaan hatiku 😁




Friday, 29 December 2023

Cuti Sekolah Day 10 ~ Piknik di Tasik Darul Aman, Fantasia Aquapark & Ke Perlis

Sesekali balik kampung, penuh aktiviti bersama keluarga yang dirancang dan dihadiri. 

Pagi Xmas tu kami ke Tasik Darul Aman, piknik di situ sebelum bawa kiddos masuk Fantasia Aquapark Fun-tastic (Fantasia).

Team Bola Tok Ayah FC :D 

Menu potluck pagi tu...

Ummi ditugaskan goreng bihun dan rebus kacang poi dan kacang tanah. Kurang sedap sebab rebus guna PC. Isi jadi 'kesit' (kecut ?). Kalau Tok Umi bagitau awal, Ummi rebus guna api biasa je lagi sedap rasanya. 

Pinggan Makngah haruslah ambik semua makanan kan? Roti wrapped tu by Maklong, nasi goreng, popia carbonara & kopi 0 by Maksu

Fantasia buka pukul 10.
Anak¹¹ main dekat tepi tasik dulu, ada playground.

Bayaran masuk RM20, dewasa & kanak-kanak harga sama. Bawah 4 tahun rasanya masuk percuma. 

Walid dengan Paksu jaga kids. Maklong dengan Kak Una masuk juga sebab Amani underage. Tapi dalam tu pak² menakan tolong jaga. Ummi dengan Maksu dok lepak makan sembang makan sembang 3 jam tak berenti! Depa masuk pukul 10, keluar pukul 1. Sambung makan lagi 😆

Lepas Zohor Ummi dan Walid bawa Tok Ayah dan Tok Umi ke Perlis. Pergi ikut Changloon, balik ikut Kodiang. Anak¹¹ semua di rumah Maksu. Kalau bawa seorang, nanti SEMUA nak ikut, baik kita tinggal semua :D 

Di Perlis banyak bukit batu kapur yang bagi Ummi semuanya unik dan cantik. Dengan kehijauan sawah padi terbentang gitu, memang menarik perhatian sangattttt. 

 Roundabout menuju Padang Besar. Padang Besar pun dah berpuluh tahun tak jejak kaki huhu... 

Kilang simen. 

Lalu Kodiang pasti akan nampak bukit yang glamour ni...

Inilah Bukit Mok Cun. Nama sebenar bukit ni Ummi  lupa 😅

Sampai di rumah Jitra, anak-anak tengah tolong Maksu di dapur...

Belikan depa takoyaki untuk minum petang.

Malamnya makan nasi ayam di rumah Maksu...

Alhamdulillah balik kampung memang tak pernah tak makan banyak, dan banyak kali haha... 

Thursday, 28 December 2023

Cuti Sekolah Day 9 ~ Singgah di SP & Balik Jitra

Sabtu di Baling, Ahad balik Jitra pula. Singgah dulu jumpa kawan sekolah Ummi, beli ikan pekasam dia buat. Ummi bawa balik Jitra as buah tangan untuk depa. Depa selalu makan pekasam Kodiang, bagi rasa pekasam Berlin pulak :p

Lepas tu singgah di SP, ziarah Umar yang berkhatan awal cuti sekolah tempohari. 

Rajin depa, tengah buat kerja sekolah 👍

Singgah sekejap je, mak mertua Abang Anas pun takde, sedang mengerjakan Umrah manakala Abg Anas pun ada di KL. 

Dalam pada nak keluar dari taman perumahan ni, nampak banner tepi jalan...

Ada sale, jom la kita masuk 🤭

Ada harga borong, ada harga runcit. Rempah Cap O tu RM20/20 pek kecik. Murah la satu pek singgit. 

Snapped gambar sebab ingatkan minyak kelapa. Bila belek balik baru perasan minyak masak Cap Kelapa 😅

Susu ni murah 6 kupang dari 99S :) 

Kakak beli susu YBFF ni, sedap juga. Tak manis sangat...

Beli juga hadiah bday untuk Kak Una. 

Menjelang Zohor baru sampai Jitra.
Petang tu Kakak dan Alya pakat buat nasi goreng... 

Sebelah malam pula Uda masak; 
Koktel tu Maklong buat.
Merajuk Adik sebab tak disuruh buat koktel. Ummi pun tak tau malam tu ada makan², bako². Sumbangan Ummi sekadar masak nasi untuk dibuat nasi goreng je haha... 




Wednesday, 27 December 2023

Cuti Sekolah Day 8 ~ Reunion KHJ


Awal kami checked out dari Meru, Ipoh. Pukul 8.40 dah mulakan perjalanan menuju destinasi seterusnya...


Sebelum tu, sarapan dulu di tempat biasa; Restoran Kak Wan

Ada ikan kedera masin, amik sekoq buat lauk makan dengan nasi goreng 😋

Marilah kita mendaki ...
Alhamdulillah perjalanan lebih lancar pagi ni. 

Jam 11.40 sampai pekan Baling...

Masuk Kedai Eco sat, beli buah tangan untuk anak cucu 😆 

Sampai di tempat perjumpaan, kenduri dah mula. Kami terlepas acara pengenalan ahli keluarga, tahlil dan ucapan wakil keluarga dari Pattani. Ummi generasi ke-6 dalam keluarga besar ni. Abang dan adik³ generasi ke-7, ingat tau. 

Datuk & Nenek sebelah arwah Tok Wan kahwin sepupu begitu juga sebelah arwah Tok. Jadi, kiri kanan atas bawah Ummi ada kaitan kuat dengan KHJ. 

Angah & Kakak meneliti susur galur keturunan kami. Ummi pun sebenarnya kena study semula sebab masih samar². Ditambah pula Ummi '4 jalur' keturunan; Tok Masena, Chey Talib, Chey Salleh dan Chey Deraman. Orang yang dulu Ummi kenal sebagai kawan , rupanya pangkat anak sedara dengan Ummi 🤭 Cikgu kelas Ummi darjah 6  dulu pun rupanya 3 pupu dengan Ummi. Sebelum ni bukan tak ambil tahu, cuma kurang peduli sebab kita kecik lagi. Arwah Tok Wan dan Tok pun cuma cerita secara lisan. Bila ada carta begini lebih nampak dan faham. 

Penyerahan keris pusaka, yang sebelum ni dipegang oleh Pakcik Samad, sepupu Ummi kepada waris Hj Talib. Ummi terlepas acara ni, kalau tak boleh Ummi korek asal usul keris ni. 

Sekitar majlis...
Jutaan terima kasih kepada kaum keluarga yang bertungkus lumus sejak Khamis untuk menguruskan majlis. 
Masakan tidak, 2 ekor lembu ditumbangkan sempena majlis ni. Macam nak kenduri kahwin jugaklah, pakat merewang sebelum majlis. 

Paling seronok majlis ni ialah dapat mengenali lebih dekat saudara mara jauh dan dekat. Semoga ukhuwah yg dibina bertambah kukuh. 

Alhamdulillah Allah bagi peluang kami menyambung silaturrahim kali ni. Edisi pertama dulu Ummi tak ikut, takde dalam group WA lagi 🤭



Cuti Sekolah Day 7 ~ Hitting the Road Again

Selasa sampai rumah dari Penang, Jumaat angkut bagasi lagi. Maaf ye, tak sempat nak ziarah kawan² maya beberapa hari kebelakangan ni ☺️

Awal² dia dah psycho Ummi 😂 
Hari² tidoq atas luggage bag, dengan harapan Ummi bawak dia balik kampung :D 

Destinasi kami ialah Meru, Ipoh. Sejak dah 40-an ni tak larat nak drive malam² hingga ke kampung. Sejenis yang tidur awal, jadi mata tak tahan kalau dah masuk pukul 10 lebih. Jadi, eloklah kita overnight dulu di Ipoh. Lagipun Walid kerja ½ day, perlukan rehat yang cukup untuk drive ke destinasi seterusnya esok hari

Bertolak dari Gombak sekitar jam 3.15 ptg, sampai di Meru, Ipoh sekitar jam 8.30 mlm. 5 jam baru sampai, trafik sesak teruk Jumaat tu. Dari Tol Jalan Duta nak ke R&R Rawang pun hampir sejam...

Bawa bekal jagung rebus, cucur bawang & kepok lekor. .

Depa 2 ni wajib bawak :p

Ajak juga Makcik & the gang jumpa di Ipoh  tapi Makcik gi bercuti di oversea. Hebat 😆
Sampai di Meru, cari makan dulu. Kami pilih Restoran Edy, belakang PETRONAS Meru. 

Alhamdulillah, makanan semua sedap. Service pun cepat, good job 👍 Total cost makan malam ni RM74.60. 

Now depa rajin order Milo tabur (bukan Milo Kakak kata, rasa lain. Mungkin depa pakai serbuk coklat jenama lain). Sebelum ni depa selalu order sejenis air tu, tapi  Ummi Walid dah ban sebab banyak pewarna & perisa tambahan. 

Then kami checked in di T Hotel. Pernah beberapa kali dah check in di sini, jadi takdelah teruja sangat nak stay sini ditambah dengan fasiliti yang nampaknya dah kurang terjaga. Tapi, kelebihannya bilik besar dan harganya sangat berpatutan (RM106 + RM 6 for tax utk family room). Location wise pun sangat strategik. 

Apapun alhamdulillah dapat berehat secukupnya, itu yang penting.