Showing posts with label Gegirls. Show all posts
Showing posts with label Gegirls. Show all posts

Saturday, 21 June 2025

Cuti Rehat @ 20.6 | Jumaat

Anak² SRAI direhatkan semalam (Jumaat) sebab hari ni ada program KAMIL. Adik Kakak dua² tak masuk KAMIL Zon ni. Kakak dilamar untuk masuk team Nasyid, main percussion sebab cikgu² nampak dia main dengan baik masa KAMIL Sekolah hari tu. Tapi Kakak tolak pelawaan cikgu³ dgn baik sebab dia nak fokus untuk MSSD BoJa. Training BoJa ni pun dah banyak dia skipped kelas. Plus dia nak masuk untuk acara KAMIL Negeri nanti. Mujurlah cikgu³ hormat keputusan Kakak dan Ummi pun tak nak paksa dia. Bagi dia ruang untuk belajar buat keputusan sendiri. 

Bila anak² cuti, sempatlah Walid breakfast di rumah dulu sebelum keluar ke ofis

Pagi semalam hujan... 
Lepas sarapan kami layan movie Indonesia di Netflix. Cerita seram konon² beranilah nak tengok pagi² kan... Judulnya Petaka Gunung Gede (Haunting of Mount Gede). 

Anak² tutup mata dengan tangan/bantal bila hantu keluar ... Umminya pun sama 😂 
Ambil komik Adik, intai subtitle je part seram² tu... Adoi la... Dah tua² ni baru perasan penakut juga Ummi ni haha... Kecik² dulu takdelah penakut macam sekarang. Filem Perjanjian dengan Syaitan lakonan Seniwati Azean Irdawaty  dan Rahsia lakonan Noorkumalasari antara yang seramlah bagi Ummi. Tapi steady je tengok. Cuma part kepala Noorkumalasari berpusing² tu sampai sekarang rasa goosebumps 

Sempat juga sambung baca buku. Entah bila nak habis pun tak tau la tapi Ummi bertekad nak aktif balik membaca buku secara fizikal ni. 

Untuk lunch, Ummi masak Sup Daging dan celur mee kuning. Jadilah Mee Sup simple untuk kami anak beranak sebelum keluar ambil Angah di asrama. Okay juga adik²nya cuti, takdelah rushing sangat nak menjemput dia. 

All the best untuk kawan² Kakak yang masuk KAMIL Zon 💪🏻