Tuesday, 30 June 2020

Beraya di Baling 2020


Hari isnin sambung beraya di kampung Ummi pula. Walaupun di hari terakhir Syawal kunjungan kami ke rumah saudara mara tetap disambut meriah. Almaklumlah 'orang keyel' datang beraya. Jangan tak tahu, bagi orang kampung Ummi, asal je tinggal di Lembah Klang, semuanya KL. Dok di Gombak pun depa kata Khola Lumpo 🀭

Rumah pertama dan wajib... Rumah Maklang Di... Depa, terus masuk dalam rumah, Ummi pula merayap ke rumah pusaka. Ambil daun palas dan kait buah gelugor.

Hiris dan keringkan... Jadilah asam keping 

Hijau elok daun palas kampung. Ummi buat stok ketupat untuk raya haji terus :) 

Depa pulak buli Paklang Duan suruh kait rambutan πŸ˜‡

Rambutan tu hijau lagi anak-anak ooi... 

Kemudian, bawa Tok ke rumah Tok Imam. Tok dengan isteri Tok Imam bff, Ummi dengan anak Tok Imam pun bff juga. Rumah wajib ziarah juga ni...

Seterusnya ke rumah sepupu Ummi, Pakngah Hi. Macam-macam yang dijamu oleh Makngah Num. Siap bagi sebalang kerepek bawang dan sebekas kuih 'karas'. Adik Makngah Num ni usahawan IKS di Pendang. Berniaga kerepek dan kuih muih tradisional serata negeri.

Dari situ, kami ke rumah Tok Ngah pula. Waktu Tok Ngah meninggal beberapa hari sebelum puasa, masih belum dibenarkan rentas negeri. Jadi, bila ada kesempatan ni baru kami dapat berziarah keluarga Tok Ngah. Sepupu Ummi, Makcik Chom ni pun, pengusaha kerepek juga. Dapatlah merasa kerepek pisang sira yang sedap tu. Dengarnya pisang untuk dibuat kerepek ni diimport dari Myanmar. Pembekal tempatan tak cukup stok! 

Ikutkan nak singgah beberapa rumah lagi tapi hari pun dah lewat petang. Hujan pulak tu... Insha Allah umur panjang, ada rezeki kita sambung ziarah raya haji ni.
Anak-anak mula tu tak seronok nak balik kampung Ummi, tak puas main dengan sepupu-sepupu di Jitra. Tapi, bila depa balik kampung Ummi, baru depa tau... Best beraya di kampung Ummi. Dijamu macam-macam... Dapat pula duit raya walaupun dah hujung Syawal 😁

Pusing-pusing sekejap pekan Baling sebelum bertolak balik ke Gombak. 


Pasaraya Aneka dah jadi Kedai Eco. Tunggulah raya haji nanti, Ummi nak balik shopping haha... 

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„Ω‰ Ϊ©Ω„ Ψ­Ψ§Ω„

Friday, 26 June 2020

Ho ho ho balik kampung 🎢🎢🎢


Iye, balik kampung... Itu yang tak update blog tu. Biasalah, balik kampung phone letak tepi. Bila balik ke sini kalut nak catch up dengan segala homework anak-anak pula sementelah sekolah dah dibuka semula pada 24 Jun lepas. Walaupun sesi persekolahan untuk form 5 & 6 tapi guru-guru dah terima arahan untuk kembali ke sekolah. Jadi, sesi pembelajaran untuk semua tahap secara maya telah disusun supaya lebih sistematik dan lancar. Maksudnya, berdoyon-doyonlah kerja rumah untuk anak-anak yang 'masuk' ke phone Ummi πŸ˜… Tugas Ummilah pula nak monitor tugasan depa... 


OK, kita cerita pasal balik kampung pula. Jumaat malam kami bertolak ke Ipoh, bermalam di situ untuk jimat masa. Dah lama tak balik kampung jadi nak spent more times with family. Since ini dikira balik raya, kenalah balik dua-dua kampung. Adil dan saksama gitu :)

Rupa-rupanya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung pada minggu terakhir Syawal. Ialah, selagi tak beraya dengan keluarga, selagi tu rasa tak complete raya kan? Sesak Highway Plus menuju ke utara malam tu. Ditambah pula hujan, memang complete set kata orang... Macam balik kampung nak sambut 1 Syawal.

Meriah! 

Alhamdulillah selamat sampai ke Ipoh jam 2330. Esok pagi terus bergerak ke Jitra. 

Sarapan dulu di kedai favourite, Kedai Kak Wan

Sampai di Alor Setar jam 11 pagi, singgah sekejap di Hospital Sultanah Bahiyah. Hajatnya nak ziarah Wan Lang (sepupu Tok Wan) yang admitted di ICU. Tapi disebabkan belum waktu melawat, tak dibenarkan.


Terus balik ke Jitra....
Sampai dah... 

Perasan tak?.Langit, awan kat Kedah cantik 😁

Alhamdulillah makanan untuk lunch dah ready. Thanks to Maksu & Hajar, helper Tok Umi.

Gulai ikan Seludu, Ayam Masak Kicap, gulai nangka, ulam semua ada aih! 

Seperti biasa, diari balik kampung kami penuh dengan aktiviti makan-makan dan ziarah rumah saudara-mara. Jom kita jamu mata πŸ€—

Lepas Asar, bermulalah sesi JJCM kami... 
Kedah Fried Chicken

Cucoq Udang Kuah Kacang... 4 ringgit ja 

Teh Ais... Padu ... singgit setengah ja

Jiran Tok Umi buat makan-makan...

Dinner, Una goreng nasi. Lega Makngah 😁


Next day, Ummi buat sarapan. Otak-otak beli dari member, Ciksu. All the way from Gombak...


Sizzling Yee Mee Makngah 😘

Ayaq tangan Makngah juga untuk lunch; Masak Lemak Udang + Rebung dan Sup Ayam Cendawan Shitake.



Keli Bakar + Ayam Asam by Maksu 

Petang tu Ummi pi sekali lagi ke HSB. Punyalah ramai pelawat. Ini tunggu untuk cek suhu dan tulis nama (2nd check point), belum tunggu naik lif lagi. Dalam hati, terfikir tak sempat masuk ni. Jam dah pukul 5.45pm. Waktu melawat habis jam 6.30pm.


Alhamdulillah rezeki Ummi dapat ziarah Wan Lang. Untuk wad ICU ada lif lain. Alhamdulillah syukur sangat. Ummi rapat dengan Wan Lang. Dulu mengaji Quran dengan beliau dan isteri, arwah Tok Teh. Dari Ummi dirisik  bertunang, hingga nikah dan kenduri semua Wan Lang terlibat sebab semua ni  berlaku selepas Tok Wan dah takde :( Hari ni dapat berita gembira dari kampung... Wan Lang dah sedar. Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡

Malamnya kami beraya di rumah Paksu. 

Maksu buat satay homemade πŸ˜‹

Kerahan tenaga hihi... 



Tau apa jadi malam tu? Tengah kalut Uda masak kuah steamboat, tiba-tiba black out satu taman. Candle light dinner sungguh malam tu 😁

Elok kami nak beransur, elok pula ada letrik. Masuk balik rumah Maksu, kemas dan basuh pingganlah jawabnya haha... 

Habis cerita di Jitra, esok ikut Ummi balik Baling pula ye πŸ˜‰

Thursday, 18 June 2020

Resepi ~ Ayam Portugis yang sangat enak


Ada yang nak balik beraya hujung minggu ni? Sempat lagi ni nak beraya dengan sanak saudara di kampung. Ummi nak share resepi yang sangat sedap untuk dicuba. Boleh dijadikan hidangan istimewa tatkala menjamu selera bersama keluarga di kampung.

AYAM PORTUGIS 

Ummi dah cuba waktu Raya 6 tempohari. Raya 6 ni bagi kami maksudnya bila dah habis puasa sunat Syawal (Puasa 6) adalah makan-makan istimewa untuk meraikannya. Sebab orang dulu-dulu raya kedua (2 Syawal) dah mula Puasa 6 jadi bila 8 Syawal tu sekali lagi nak sambut raya. Kadang tu siap bakar lemang lagi sekali. Paling tidak pun ketupat palas mesti ada.


Resepi ni ala rendang juga dari segi bahan dan teknik memasaknya. Cuma tiada pengguna an kerisek dan ayamnya di goreng terlebih dahulu serta menggunakan buah keras untuk melemakkan masakan. 


Ayam Portugis
Sumber: SundayStar

For Chicken:
1/2 a chicken - cut into 12 pcs
Turmeric powder
Salt

For Blending:
5 red chillies
5-7 cili padi (depends)
50 g dried chilles - I used 15
4 red onions
6 cloves garlic
5 cm turmeric
4 cm ginger
6 candlenuts (buah keras) 

For Cooking:
1 red onion - cut into rings
250 ml coconut milk
2 stalks lemongrass - crashed
3 tamarind pieces (asam keping)
Cili padi - for garnish
# Ummi tambah 2 s/b gula putih dan 1 s/b gula merah.

Method:
1. Marinate the chicken with salt and turmeric powder then fry the chicken until cooked. Set aside.
2. Blend all the ingredients for blending and set aside.
3. In a wok, hear some oil and saute the onions until softened.
4. Pour in the blended ingredients and stir till aromatic and a layer of oil emerges (pecah minyak).
5. Add coconut milk, lemongrass and tamarind pieces and some water if necessary. Stir evenly and cook for 5-10 or until the mixture turns into a thick gravy.
6. Add the chicken and stir evenly for a while.
7. Season with salt and sugar.
8. Garnish with cili padi. 

Sedap dimakan bersama ketupat, lemang ataupun nasi minyak, nasi hujan panas dan yang seangkatan dengannya :).

Selamat mencuba!

Tuesday, 16 June 2020

Menu DSSS ~ Week 1

Rasanya ramai yang tahu tentang Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) kan? Untuk setiap pinggan makan kita tu disarankan kita mengambil 1/4 karbohidrat (nasi/roti), 1/4 protein (ikan/ayam/daging) dan 1/2 vitamin/serat (sayur/buah-buahan).


Diet ni sebenarnya disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kempen Pinggan Sihat Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2017.

Sejak minggu lepas Ummi dah start balik DSSS ni. Sebelum ni dah buat sejak hujung tahun lepas tapi on-off dan tak konsisten. Sebelum PKP tempohari pun sama. Then puasa now start enjin balik. Perhaps this time Ummi lebih istiqomah πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Jom tengok menu Ummi sepanjang minggu lepas... Mana tahu ada yang mencari-cari idea untuk sediakan menu DSSS ni. Mana yang baik/betul tu silakan ikut. Kalau silap tu abaikan ye, Ummi ni budak baru belajar πŸ€—

 Hari pertama kelam-kabut lagi diet Ummi 😁

Hari kedua pun masih caca marba πŸ˜‚

 Hari ketiga baru dapat rentak...

 Better...

Ini baru betul...

Pinggan suku-suku separuh  IKEA 

Day 7 berjaya maintain alhamdulillah 

Berkesan tak? Ummi turun 1.2kg okeh within 5 days πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ 5 days sebab day 3 baru Ummi timbang berat. Kicked off on 9th June, on the 11th baru weighing. Lagi satu, Ummi puasa minggu ni, hence the weight loss is quite significant. Apapun syukur 😊


Saturday, 13 June 2020

Update Kebun


Jom ke kebun belakang rumah Ummi...  Dah lama tak share update kebun sekangkang kera Ummi tu. 


Kunyit ni sebelum ni Ummi ingat dah mati sebab dari elok berdaun, lama kelamaan daun jadi kering dan layu. Mujur Ummi tak korek buang umbisinya. Sekarang dah berpucuk kembali alhamdulillah.


Halia ni ada kisahnya... Sehari sebelum kita sambut puasa tempohari, jiran Ummi Mak Bee mencari lengkuas untuk rendang. Semua kedai di kejiranan kami semuanya habis stok lengkuas. Akhirnya, Mak Bee minta lengkuas di kebun Ummi. Selama ni Ummi tak pernah pun ambil lengkuas di kebun sendiri hihi... 


Berguna rupanya lengkuas yang selama ni jadi hiasan je di kebun Ummi. Manalah tahu, next time ada orang perlukan halia, Ummi tanamlah halia juga :)


Ini pokok betik di luar rumah, sedang galak berbuah. Lepas Ummi letak baja buah, terus lekat buah. Alhamdulillah.


Tapi yang di belakang rumah ni, masih belum lekat buahnya. Berbunga sentiasa tapi bila berputik, jadi kering dan gugur. Dah 2x letak baja. Ada petua tak Wak (Warisan Petani)?


Yang ini pun dah berputik. Tapi baru sebiji. Sama juga kes di atas, putiknya gugur. Belum rezeki nampaknya...


Tebu Ummi tumbang sebatang. Tak sangka pula anak-anak suka dan pandai makan tebu. Especially Angah tu.

Selain tu peria katak di luar rumah juga. Sedang rancak berbunga/berbuah. Peria ni paling sedap bagi Ummi  goreng bersama telur. Kalau buat ulam cicah dengan sambal tempoyak pun sodap tau!

Percubaan pertama Ummi buat tempoyak sendiri. Lagi 2 hari bolehlah makan Insha Allah.


Ada lagi ni. Tapi cukuplah dulu... Nak pergi buat sarapan 😊

Selamat berhujung minggu!


Thursday, 11 June 2020

Balik kampung ke?


Mula-mula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)... 
Kemudian PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan) untuk sesetengah kawasan...
Seterusnya PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)...
Semua ni bermula pada 18 Mac hingga 9 Jun 2020. 84 hari keseluruhannya jika tak silap Ummi.

Dan akhirnya mulai semalam, 10 Jun bermula PKP Pemulihan (PKPP). 


Alhamdulillah negara kita  dah memasuki fasa pemulihan dalam perang melawan Covid-19. Semalam hanya ada 2 kes, yang terendah sejak Mac. Alhamdulillah.

Banyak sektor ekonomi dan sosial yang telah dibuka. Juga akan dibuka pada 24 Jun nanti ialah sesi persekolahan untuk anak-anak yang akan mengambil peperiksaan awam seperti SPM, STPM dan yang seangkatan dengannya.


Yang paling menggembirakan ramai orang pastinya point pertama tu kan... Melompat kami anak beranak bila dengar PM kata dah boleh balik kampung. Hooray! Dan Ummi yakin ramai yang dah sampai di kampung halaman masing-masing kan? Member Ummi pun Mek Ani awal pagi tadi dah bertolak ke KB. YDP sekolah Abang semalam lagi dah sampai JB 😁. 

Alhamdulillah nikmat bila dapat kembali kebebasan. Yang penting, kita terus berjaga-jaga. Sesuaikan diri dengan new norms, Insha Allah selamat.

Kami? Ada juga perancangan untuk balik kampung walaupun ikutkan Walid nak balik raya haji nanti je. Tapi, itulah Tok di kampung dah tak sabar nak balik ke sini. Lagi pun dengarnya durian dah mula gugur dan tengah banyak di pasaran sana. Memang nak kena baliklah kan?

Nak kena Maksu n πŸ˜‹

Ada yang dah sampai kampung ke?

Tuesday, 9 June 2020

Rezeki Durian πŸ˜‹


Waktu Ummi singgah di H&A Craft buat bayaran curtains, pemiliknya ada maklumkan suaminya sedang menjual durian berhampiran Petron Sri Gombak. Durian kampung... Dari Beranang... Sekilo RM15.

Disebabkan keinginan nak makan durian belum membara, Ummi chill je dulu. Sambil tu dalam hati, mencongak... Kalau nak beli, kurang-kurang pun 2 biji. Harga pun mesti dalam 30 ringgit lebih ni. Tunggulah bagi stock banyak dulu. Harga mesti jadi lebih murah. Last year Ummi beli durian Batu Kurau, dijual ikut saiz. Ada yang RM15, ada yang RM20 dsbnya. 2-3 kali repeat beli.

Tapi dah tersurat rezeki kami makan durian semalam. Sampai di rumah nampak jiran sedang menjinjing durian masuk ke rumah. Menjeling ke dalam Hiluxnya, bertimbun-timbun buah durian.
Ringan je mulut bertanya... Jual ke bang? Dah dia kata ye, teruslah serbu haha... Durian dia ambil dari Raub. Pukul 7 tadi dia ke sana. Memang rezeki kamilah dapat beli durian fresh. Dapat juga diskaun, harga jiran-jiran alhamdulillah. Mustang King pun ada tapi kami prefer D24.

2 biji RM47. Rezeki anak-anak 

Kucing tidoq 😍

Alhamdulillah isi semuanya elok...

 Bila dah ada durian, apa lagi masak pulutlah. My all time favourite, sama dengan arwah Pak. 


Pulut durian ni paling sedap makan dengan durian fresh. Kembang kuncup hiding Ummi bila anak-anak cakap ' fuh, sedap betul pulut durian Ummi ni. Padahal yang sedap tu duriannya haha...  Cuma, pulut yang ditanak tu biarlah lembut, baru sedap. Santannya pula janganlah terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang saja tapi kena cukup lemaknya, barulah pulut durian kita sedap.

Lemang Pak Ali. 
Lalu MRR 2 tadi singgahlah beli sebatang. 


Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„Ω‰ Ϊ©Ω„ Ψ­Ψ§Ω„