Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Wednesday, 15 January 2025

15012025 ~Beli Blender RT

Khabarnya ada sale produk Russell Taylor (RT) di KL Sentral. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, sebab Walid nak beli personal blender untuk juicing. Nak guna blender Ummi nanti kang jusnya berperisa cili, kunyit dan bawang pula 😆

Semalam Walid survey dan berkenan dengan yang ni. Harga RM89.90 (after 50% diskaun). Tapi tak beli lagi. Nak survey dekat kedai Yu Heng dulu. Yang dicadangkan trusted brand juga, RM99.00. Tapi yang RT ni lawa lagi; body stainless steel, nampak modern & stylish

Welcome to our family ❤️
First time beli brand RT ni. Harapnya reliable and tahan lasak. 

Btw, sale ni hingga Jumaat ni. 


Wednesday, 7 February 2024

Testing Testing 1 ~ Micro Pressure Enamel Pot Vieni Joli

 Gara² tonton Wowshop cuti Thaipusam tempohari, terbelilah pulak sebiji periuk 🤭

Lawakan ? 

Ni lah iklannya...

Alhamdulillah yang sampai pun sama...

Dapat free gift; bekas aluminium 5 beradik beserta penutup serta 2 biji bekas plastik Maidronics. 

Sajalah beli periuk tekanan camni, senang sikit nak guna. Takdelah berat dan besar macam electric pressure cooker tu. Nak bawa balik kampung raya nanti pun senang 🤭

Bila periuk dah selamat sampai, marilah kita testing-testing :D 

Kita rasmi dengan masak Kari Daging, ambil berkat la masakkan masakan kesukaan Walid  ☺️

Dekat telinga periuk ni ada lock. Press je to lock/unlock. 

Tadaaaa....

Alhamdulillah, kemenjadiannya seperti yang Ummi harapkan. Daging tu lembut, tapi masih kena gigit², I like ... 

Cuma bila guna periuk tekanan begini, kena sentiasa perhatikan, tak boleh tinggalkan macam EPC. Macam Ummi tadi pun, hampir kering kuah kari ni. Dan masa memasak tu lama jugalah untuk Kari Daging ni, dalam sejam lebih. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati.  

Kot ada yang nak join the club, inilah item nya 👇


Benda baik elok dikongsi :p