Pic: courtesy from Google |
Kerja ini perlukan team work, kata seorang ketua kepada anak buahnya. Team work? Rasa nak termuntah aku dengar, getus seorang kakitangannya di dalam hati.
Come on, don't talk about team work la Bos, if diri sendiri pun tak amalkan, sambung mamat tadi, juga di dalam hati. Bengkek sungguh dia bila diminta agar staff bersatu padu bekerjasama dalam menjalankan misi ini. Bukan dia tidak boleh memberi sumbangan, tetapi kenapa dia saja yang harus berkorban? Jika benar ketuanya seorang yang 'walk the talk' kenapa bosnya tidak mahu melalui 'perjalanan' yang jauh itu bersamanya? Kenapa bosnya memilih untuk mengikut jalan yang lebih mudah, sedang dia di suruh mengikut jalan yang lebih jauh lagi menyusahkan dan memenatkan?Atau hanya keran dia bos, hanya katanya sahaja yang betul?
Pernah mengalami situasi begini? Anda di pihak lain dan ketua anda di pihak lagi satu? Saya percaya ia pernah berlaku walaupun berbeza situasi.
Harga diri atau ego kita akan tercabar sekiranya diminta berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak dan pilihan diri. Kita telah memberi pandangan dan pendapat namun atas sebab yang amat tidak munasabah cadangan dan permintaan kita ditolak. Natijahnya, kita terpaksa mengikut keputusan yang dipaksakan ke atas kita.
Namun, sebagai orang yang beriman kita perlu yakin bahawa ada hikmah di sebalik yang berlaku. Sabar dah redha adalah jalan yang terbaik.