Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Tuesday, 18 August 2026

Sarapan Pulut Ikan Masin

Beberapa hari lepas nampak Mak Cella makan pulut bersama ikan kedera (belanak). Ikan kedera masin ni favorite arwah Tok Wan dan Tok. Ummi tak makan masa kecik² dulu. Sekarang semua makan, tolak batu dan kayu je kata orang :D 

Dek tergoda dengan pulut ikan masin MC tu, Ummi pun masaklah pulut untuk sarapan pagi. Ikan kedera takde, ganti dengan ikan gelama masin, yang tak kurang sedapnya. 

Kalau hujan lagi syahdu makan menu nostalgia gini... Ummi suka kalau hari hujan sebab Tok tak boleh keluar menoreh. Boleh Tok berehat di rumah. Tapi, fikiran Tok lain pula. Kalau hujan pasti susah hati. Tak keluar menoreh maknanya tak dapatlah duit. Dah besar ni baru faham ☺️

Sambal sardin baki makan malam nak tumpang bergambar sekali. Alang² tu ambillah roti putih sekeping, cicah dengan sambal sardin. 

Alhamdulillah kenyang sampai ke petang. Bila sendirian di rumah, makanan begini pun dah cukup untuk Ummi. 

Saturday, 8 August 2026

Catatan 24 Safar 1448H

Berita paling dinanti sejak tengah malam tadi semestinya berita dari Abang, dah selamat sampai ke belum di Ganu. Ummi terjaga awal pagi, tengok location Abang share baru sampai di R&R Gambang pukul 3.00 pagi. Apapun alhamdulillah dah selamat sampai di kolej sekitar jam 7.45 pagi tadi. Begitulah mak² ni, selagi anak tak sampai ke destinasi, tak senang hati. 

Selesai bab Abang, marilah bersiap... Ada beberapa perkara nak diuruskan. 

OOTD
Again, tudung pemberian Kak Mulan, one of my favorites sebab match dengan banyak blaus dalam gobok.

Angah pula dah minta dihantar ke asrama hari ni, walaupun MC sampai esok. Alhamdulillah bengkak pada muka dan mata dah surut. Cuma ubat kena continue sampai besok pesan Doc. 

Dah berminggu tak hujan, hari ni cuaca mendung dan alhamdulillah hujan turun sekejap sebelum tengahari di tempat kami. 

Nak balik ke rumah selepas selesai segala urusan di luar, Mak Bee called bagitahu ada letak petai di pagar. Masa keluar Ummi dah jeling² petai di gerai seberang jalan. Tak decide nak beli ke tidak sebab teringat Abang baru balik Ganu. Takde geng petai dekat rumah haha... Tapi itulah, dah tertulis Ummi makan petai hari ni, maka sampai juga di pagar alhamdulillah. 

Teringin pulak nak makan petai mentah, makanya ambillah 3-4 mata buat raso². Nasi goreng ni Walid yang masak untuk dinner. 

Ummi jarang sebenarnya makan petai mentah, paling tidak buat sambal atau masa arwah Tok ada, Tok bakar petai untuk Ummi buat ulam. Setakat ni Ummi tak makan petai rebus atau jeruk petai. Tapi Ummi suka sangat tolong Tok picit tangkai petai rebus yang nak dibuat jeruk petai tu. 

Alhamdulillah untuk hari yang baik. 


Friday, 3 April 2026

Menyelusuri Jalan Lama Alor Star - Gurun


Jitra > Pekan Rabu > Stargate seterusnya kami menghala ke Simpang Empat Kangkong (SEK) Kangkong ni nama kampung di Simpang Empat. Bila lalu SEK ni tidak dapat tidak Ummi teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu. Ummi bersekolah di Alor Star, yang berjarak hampir 100km dari kampung halaman di Baling. Memang duduk asramalah kan. Sebulan sekali boleh PB (pulang bermalam). Satu-satunya bas ekspres yang direct dari AS - Baling ialah Bas MARA. Stesen Bas MARA ni dulu dekat Stesen Keretapi AS. Usung beg dari City Point (depan Dewan Dato' Syed Omar) tu lalu Lorong Sempit. Budak² sekolah zaman 90-an tahu la kot Lorong Sempit ni. 

Gen Alpha singgah Kopi Saigon dulu beli kopi. Ummi Walid depa tapau teh ais ikat tepi dekat warung nasi lemak ja :p 

Nak beli tiket Bas MARA bukannya boleh on the spot. Habis sokmo! Bas terawal kami boleh ambil jam 2.00 ptg. Bas terakhir jam 4.30 ptg. Jadinya seminggu sebelum tarikh PB adalah wakil Geng Baling akan keluar beli tiket. Terima kasih Su dan Kak Yana yang selalu jadi runner beli tiket 🌹

Bas MARA akan lalu jalan lama AS - Gurun. Sampai di Gurun, belok ke Jeniang, tak terus ke Sg Petani (SP). Sebab tu ada penumpang dari Sik akan naik bas MARA ni juga. Depa turun di Jeniang atau Batu 5. Masa tu Beris Jaya (jalan shortcut ke Baling) belum wujud. Kalau nak ke SP, ada bas ekspres lain. Sebab tu mengimbau kenangan sangatlah bagi Ummi bila kami telusuri semula jalan ni... 

Rumah Makan Percuma tajaan Ayam Bismi di Simpang Empat. Dulu takde tempat ni :) 

Berasap! 
Orang bakar jerami kot ... 
Gambar pun kelabu asap jadinya 

Nampak kedai makan kampung, terus berhenti. Lauk dah tak banyak tapi bagi Ummi lauk ni dah lebih dari cukup; hati goreng bawang cili (favorite!), telur masin dan sayoq keladi,  hangpa πŸ˜‹ 
Boh pulak kicap mudim, tak pandang dah kiri kanan :) 

Warong Long Nora. 
Dah masuk Kota Sarang Semut rasanya kawasan ni. Depan sikit jumpa Balai Polis Kota Sarang Semut. Sampai dah dewasa ni Ummi masih amazed dengan nama tempat ni. Unik sangat! 

Pernah sekali tu tiket bas MARA habis. Tok Wan hantar Ummi balik asrama, naik bas lompat-lompat (tukar bas from one destination to another destination sampailah ke destinasi akhir). Dari Parit Panjang ke Jeniang, kemudian Gurun, Pendang, then Alor Star kot. Tak ikut Sungai Petani, sebab situ lagi ramai orang berebut bas nak ke AS. Tok Wan hantar/teman sampai Ummi selamat sampai di pagar sekolah. Pastu Tok Wan terus balik, nak kejar bas balik ke Baling pulak πŸ₯Ή

Dalam bulatan tu perkataan Kota Sarang Semut. Kami dan tersalah simpang sebenarnya ni πŸ˜…

Balai Polis Guar Cempedak. 
Orang Kedah sebut Guaq ja. 

Berlin dah masuk peta :D 

Depan sikit jumpa pekan Gurun. Tapi sebab kami nak ke Gunung Jerai, maka kami belok kanan. 

Perjalanan ke Gurun tu TBC la ye... Ada tempat best kami singgah. Stay tuned πŸ€—





Tuesday, 17 March 2026

Koleksi Sampul Raya

Alhamdulillah jumpa dah beg harta karun (warna hitam) yang Ummi dok cari² ni 😁
Dalam beg ni Ummi simpan sampul raya; yang belum guna, dah guna (recycle) dan sampul² yang cantik dan unik. Kalau blogger BK tengok mesti terpegun kan :D 

Sampul² ni masih dalam plastik. Macam² sumber dapat sampul raya ni.

Dulu bank antara yang banyak keluarkan sampul raya. Diagihkan kpd orang ramai dan tak terhad kepada yang ada akaun bank dgn mereka shj. Ummi masa kerja dulu pun banyak berurusan dgn geng Corporate Comm bank². Selalu dapat diari, planner dan kalau musim raya tu dapatlah sampul raya. 

Paling ditunggu, sampul raya Maybank. Warna kuning tu dah tau dah mesti sampul Maybank. Yang warna soft green tu versi dulu². Yang terkemudian warna kuning diraja, warna korporat Maybank. 

CIMB

Bank Muamalat ni 'kawan baik office' Ummi dulu. Kami selalu bekerjasama dlm menjayakan program khususnya yang berkaitan dengan perbankan & kewangan Islam. 

Affin Bank

 
RHB, Public Bank dan Ambank. 


Yang cantik² macam ni Ummi suka simpan, at least sekeping setiap design

Banyak lagi yang cantik² lawa² dan rare tapi malas nak ambil gambar dah... Tapi, dalam banyak² sampul ni, yangπŸ‘‡πŸ» paling Ummi suka... 

Nostalgia sangat!
Tengok lukisan ni teringat arwah Tok dengan Maklang Di dok buat ketupat :) 
Dulu memang kami akan bersila atas dangau/pangkin/jemuran begini sambil arwah Tok masukkan pulut dalam sarung ketupat. Lemang yang dah diisi dengan pulut dan santan pula disandar dulu di tepi dangau/jemuran sementara arwah Tok Wan pula sibuk hidupkan api nak bakar lemang. Tugas Ummi angkut lemang bawa ke Tok Wan untuk dibakar. Lepas tu tolong tengokkan api. Kalau kuat sangat, kena tarik kayu api jauh sikit dari lemang. Kalau api nak padam, kena cepat² susun kayu api bagi api melekat semula di kayu. 

Dan, sampul tu juga pasti ada sentimental value terutamanya bagi peminat jenama duCk. Ummi tak pernah pakai tudung duCk tapi Ummi suka baca blog pengasasnya dulu. 

Begitulah, sekeping sampul raya ada seribu satu cerita  :) 



Thursday, 29 January 2026

Cucur Ubi

Kami panggil cucur ubi, bahasa bakunya keledek goreng :) Makanan favorite Ummi ni, nak² yang arwah Tok buatkan. Dulu kalau tak cucur pisang, cucur ubilah yang paling kerap Tok sajikan. Makan time panas² pun Ummi suka, kalau dah sejuk pun Ummi suka. Kadang bila Tok keluar menoreh, lapar² angkat tudung saji jumpa cucur ubi ni gembira bukan kepalang πŸ˜„

Cucur ubi ni antara makanan yang kerap juga muncul dalam menu berbuka puasa kami selain agar² merah. Arwah Tok Wan wajib ada kuih buah Melaka time berbuka. Ummi pula kalau ada cucur ubi ni, tak pandang dah buah Melaka tu. 

Semalam Kakak puasa perdana (puasa ramai² di asrama). Ummi di rumah pun gorenglah cucur ubi ni, tumpang vibe puasa :) 
Sambil makan, sambil imbau kenangan berpuasa dengan ayah bonda dulu². Rindu πŸ₯Ή 


Tuesday, 18 November 2025

Ikan Pekasam

Menyelam dalam chest freezer kelmarin, jumpa sebungkus ikan pekasam. Beli masa balik kampung raya hari tu la agaknya sebab itu last time kami balik kampung setakat ni. Walid ada la balik in between tu. Tahun ni Abang SPM, Kakak PSRA, hujung² minggu sentiasa padat jadual dengan program berkaitan diorang sebab tu tak balik kampung sekerap dulu. 

Nampak je ikan pekasam tu teruslah teringin. Goreng separuh je, sebab Ummi sorang je makan. Itu pun 3-4x makan baru habis sekerat ikan ni. Ummi bukan penggemar tegar ikan pekasam. Ikut mood dan ikut menu juga. Kalau kena gaya, boleh habis sekali makan je. Kalau ada geng makan tu, seronoklah juga, pakat kutis² (cubit²) ikan pekasam ni. 

Siapa suka ikan pekasam πŸ™‹πŸ»? 







Saturday, 4 October 2025

Jom Menyicah!

Kami panggil menyicah (merujuk kpd aktiviti makan buah bersama colek). Manakala kuah colek kami panggil garam belacan.

Bahan asas; gula,cili, kicap dan sedikit belacan. Maklang Di rajinlah buat garam belacan ni. Dia dan adik beradiknya rajin menyicah. Depa suka menyicah buah kelubi, buah cermai dan buah pelam (mangga). Ummi pula buah² masam gini tak boleh makan, gigi sensitif. Rasa ngilu dan berkerut muka wpun hanya terbayang kemasaman buah² ni. 

Jadi, pilihan Ummi buah jambu batu, jambu air atau pun jambu bertih. Rumah Tok Teh banyak buah jambu bertih ni. Berjelak (gugur dengan banyaknya) di bawah pokok jika lambat dipetik. 

Ada jambu batu Walid beli untuk Abang, jadi Ummi keluarkan namplawan by Kak Nee yang Walid beli di Bukit Kayu Hitam, tahun lepas 😁 
Ummi simpan dalam freezer, duduk elok dia dalam tu. Letak dekat rak bahagian dalam (pintu) tu. Taklah beku keras kejung, biarkan sekejap pada suhu bilik, dah boleh makan.

Eh, Walid dan Kakak pun sukalah menyicah :) 

#Alhamdulillah ada perkembangan positif tentang sukarelawan kita yang ditahan oleh zionis laknatullah. Teruskan DOA kita utk mereka dan rakyat Filastin 🀲🏻

Tuesday, 29 July 2025

Morning Walk 28.7

Selagi ada semangat dan diberi peluang menikmati indahnya pagi hari, kita teruskan rutin πŸ’ͺ🏻

Baru tahu asap putih tu dipanggil contrails ( jejak kondensasi) πŸ‘‡πŸ»


Hari ni lalu rumah sewa kami dulu. Dah bertukar wajah. Apa khabar Kak R dan En G tuan rumah kami dulu? Dah lama terputus hubungan. Baik tuan rumah kami ni. Ingat lagi KR pinjamkan curtains untuk kami sebab kami belum ada curtains masa tu. Benda kecik bagi sesetengah orang, tapi sangat besar bagi kami yang baru nak mula hidup masa tu. Perabot pun cuma beli meja makan secondhand, set bilik tidur dan peti ais satu pintu je. Untuk washing machine, besties; Uncle SA, Cik Ani, Aunty Shima and semestinya Mommy Zya & Uncle Nas tong² duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Dapatlah beli mesin basuh semi-auto, jenama Samsung dengan RM500 tu. Tahan lama mesin basuh tu. Dari rumah sewa sampai pindah rumah sendiri masih mampu berkhidmat. 

Rumah sewa kami ni pernah juga dikunjungi oleh seseorang yang dah bergelar VIP sekarang. Pakat duduk bersila je, rumah kami takde sofa :D 
Masa tu beliau tengah siapkan tesis PhD, minta tolong Walid untuk edarkan survey form berkaitan IBF, in which Walid pun masa tu kerja dalam bidang perbankan. Walaupun dah jadi orang besar, sikap dan perwatakan mesra dan humble beliau dan isteri masih kekal. Seronok tengok beliau makin 'terbang tinggi'. 

Betul² menyelusuri jalan² kenangan ni 😁
 

Monday, 21 July 2025

Suro by Surau

Alhamdulillah puas makan Bubur Asyura @ Suro tahun ni. Versi Utara sudah, versi Pata Timo yang biasa disebut suro pun dapat rasa kali ni. 

Surau buat program masak bubur asyura ni Sabtu lepas. Tapi kami tak dapat join. Setengah hari dekat sekolah Abang, petang pula urusan Kakak. 

Tapi dapat juga rasa alhamdulillah. 
Ikutkan Cik Ana nak bagi lagi sebekas tapi cukuplah satu je sebab yang betul² makan suro Ummi je. Walid rasa gitu² je. Anak⁴ pun takde yang minat. 


Biasanya versi Pata Timo ni Ummi kurang gemar sebab ada rasa berempah banding dengan versi Utara yang manis. 

Tapi yang ini sedap. Rasa rempah tak overpowering. Seimbang semua rasa πŸ˜‹

Muharram pun dah menuju penghujung. Sekejap je masa berlalu. 

Saturday, 12 April 2025

Buah Gajus, Buah Muyu & Pokok Letup-letup

Balik raya hari tu sempatlah kenalkan anak⁴ dengan buah² nadir yang jarang² dah nak jumpa sekarang ni. 

Buah Gajus 

Buah gajus atau Janggus/Jangguih. Ada jenis yang bila masak buahnya berwarna merah. Terpegun la sekejap anak⁴ bila ditunjuk biji buah ni yang berada di luar tu. Selalu dengar je teka teki buah apa biji di luar tu. Kali ni depa tengok depan mata buah gajus ni. Biji buah ni kami dulu suka bakar. Buahnya tak makan sangat tapi bijinya ni jadi rebutan. Sedap berlemak. 

Buah Muyu 

Ummi nampak buah warna merah  ni berguguran di tanah. Macam kenal buah ni. Tanya Tok Cik betullah katanya Buah Muyu. Silap pulak tak snapped gambar buahnya di tanah tu. Dalam gambar ni tak nampak sangat rupa buahnya. 

Tinggi pokoknya pun... 

Pokok Letup-letup 

Banyak pulak Ummi nampak Pokok Letup-letup ni di rumah Tok Ayah balik kali ni. Ada khasiat perubatan kan buah ni. Ummi tengok dekat TT sorang ni, orang Columbia pun ada tanam pokok ni. Depa panggil ground cherry

Gemuk pokok yang ni, berbuah sampai ke tanah :D 

Dekat rumah kami pun ada sepokok, Adik tanam benih pokok bunga, tau² pokok letup-letup ni yang tumbuh. Biji benih bunga tu tak hidup pulak πŸ˜… 

Pokok letup-letup jenis menjalar pun masih ada  di depan rumah kami ni. Tumbuh meliar je. 

Saturday, 22 February 2025

Buah Timun Tikus

Ada sekali tu, Ummi bersihkan kawasan depan rumah tu, cabut rumput dan pokok² kecil. Tiba² arwah Tok tunjukkan satu pokok, katanya ni pokok Timun Tikus. Boleh makan buah ni. Ummi sekadar angguk sebab rasanya ni baru pertama kali Tok perkenalkan pokok ni. Pokok ni tumbuh sendiri, macam pokok letup-letup. 

Semalam balik dari beli 'nasi biru' tu Ummi nampak buah Timun Tikus ni bergayut dekat pokok mangga di bengkel En Zul. 

Mudah nampak sebab warna merahnya tu sangat terang. Lawa tau warnanya.

Buah Timun Tikus ni ada khasiatnya dalam perubatan tradisional. Dan tak silap juga ada yang jenis hijau saja even dah matang. Yang ni jenis besar (sebesar ibu jari), pahit rasanya  dan satu lagi lebih kecil. Yang Tok tunjukkan dekat Ummi tu saiznya sebesar jari kaki kelingking je kot. Kecik sangat tapi katanya yang kecik ni lagi manis dan sedap. Yang dalam gambar ni pahit. 

Pokoknya jenis menjalar macam pokok letup-letup juga. 

Sebenarnyakan bila tengok dekat TT atau group WhatsApp sedara mara, banyak rupanya tumbuhan² yang Ummi rasa macam takde khasiat rupanya berguna dalam perubatan tradisional khususnya. Ada tumbuhan Ummi ingatkan jenis rumput² je rupanya boleh jadi ubat πŸ˜… 

Ialah, kecik² dulu manalah nak ambil tahu sangat kan...

Thursday, 20 June 2024

Mee Goreng Mamak

Minta Walid tolong beli telur dan roti balik kerja semalam. Sambil² tu selit order juga untuk kunyah²... Dapat goreng pisang pun jadilah hihi... Sekali dibelinya Mee Goreng Mamak 😁

Siap dengan Teh Ais sekali... 
Sengaja tak masukkan dalam pinggan, makan macam ni teringat zaman kecik² dulu... Arwah Tok Wan bila dapat duit belanja dari Paklong mesti ke Pekan Kupang beli Mee Goreng dan Mee Kuah Mamak. Tapi sayang, Ummi tak pernah tau kedai mana yang Tok Wan beli tu. Dan Ummi pun jarang ke Pekan Kupang berbanding Pekan Baling sebab kalau nak ke Kupang kena tukar bas dari kampung Ummi tu. Sama ada ke Pekan Baling dulu, kemudian ambil bas hala ke Kulim, Butterworth atau SP. Satu lagi pilihan, tunggu dekat Batu 42, tahan je bas² ni kat tepi jalan. Nak lagi senang, bonceng je motor Tok Wan 😁

Dari nak cerita pasal MGM Walid beli ni, termasuk pulak cerita kenangan ye... 

Saturday, 2 March 2024

Buah Kumbar

Cik Leha baru balik dari Hatyai. Bulan 9 hari tu anak menantu ke sana, bulan ni turn CL pula. Kami juga yang untung jadi jiran depan :p

Buah tangan dari Cik Leha...

Ada sebotol Thai Tum Yum macam Cik As bagi dulu, buah Kundang Madu dan buah kumbar. Buah kumbar ni seakan buah salak, tapi kulitnya lebih cerah warnanya. Rasanya masam seakan buah kelubi tapi ada juga yang manis seperti di atas ni. Biasalah, buah²-an kalau dari Siam sana semuanya maneh² :D Buah Kundang ni pun maneh ya amat... 

Di dusun Tok Wan dulu ada seperdu pokok kumbar. Buahnya selain diperdu pokok, ada juga kadang lekat di akarnya. Tapi rasanya masam! Kadang kami ambil yang muda, makan bijinya. Biji dia rasa akan² buah kabung. Tapi, pokok kumbar kepunyaan Chey Eil manis leting! Selalu jadi sasaran Ummi dan Maklang Ja. Pokoknya pula membiak berperdu-perdu, semuanya pulak manis. Puas makan. 

Terima kasih daun keladi Cik Leha ye ☺️


Wednesday, 14 June 2023

Pokok Sepelas @ Mempelas

Bila nampak anak pokok ni tumbuh berhampiran pokok jambu depan Rumah tu, sengaja Ummi biar dia tumbuh. Sebab pokok ni ada memori tersendiri dalam kotak ingatan Ummi :)

Besar dah dia, menjalar dan menumpang di pokok jambu. 

Salah satu kegunaan daun pokok sepelas ni ialah pengganti kertas pasir. Arwah Tok Wan dulu kalau buat lastik (kami panggil (teghebey), gasing atau senapang kayu akan gosok kayu yang digunakan tu dengan daun sepelas ni. Nanti licinlah, macam guna kertas pasir tu.

Satu lagi kegunaan daun sepelas ni ialah untuk menggosok periuk. Zaman dulu masak memasak di atas dapur kayu, jadi asap kayu tu menyebabkan periuk jadi hitam. Caranya; ambil daun sepelas dan sedikit pasir dan digosok pada periuk. Pasir tu pasir tepi telaga, bersih dan ada mata air keluar dari pasir tu. Berkilat jadinya! Tok Cik Ya champion bab sental periuk ni hehe... Dulu kami membasuh pinggan mangkuk di telaga (perigi). Macam dalam cerita² P Ramlee tu ... Segala pinggan mangkuk, periuk belanga dibawa ke telaga milik arwah Tok Nik dan sama² membasuh di situ. Bekalan air paip di rumah sangat terhad. Kadang ada air, kebiasaannya tiada langsung bekalan airnya :( 

Walaupun Ummi familiar dengan daun sepelas ni tapi Ummi tak pernah perasan pokok ni mengeluarkan bunga yang sangat cantik! 

Bunganya ada bau lembut. 
Ummi nampak lebah kelulut berterbangan dan hinggap di bunga ni. Mencari nektar barangkali. 

Pokok begini jarang diberi perhatian, tapi tetap ada keistimewaan dan kecantikannya.