Sunday, 25 January 2026

Nasi Ayam Che Sayang

Untuk lunch hari minggu ni, Ummi masak Nasi Ayam One Pot resepi Che Sayang. Nak puasa ni fyp resepi² Che Sayang di TT Ummi. 

Tulis sini resepinya utk future reference dan sharing. Che Sayang guna 2 pcs whole legs, Ummi guna 1 ekor ayam. CS masak atas dapur gas, Ummi guna pressure cooker. Jadi, Ummi letak sini resepi dan cara berdasarkan olahan Ummi. 

Bahan²
1 ekor ayam potong 4 
4 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan kicap pekat - letak kicap manis 
1 sudu makan gula 
Minyak bijan
Serbuk lada putih 
Beras basmati - basuh bersih dan rendam 15 minit 
Daun bawang / daun pandan 
1 kiub pati ayam 
Air secukupnya 
 
Steps:
1. Gaul ayam bersama 4 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan kicap pekat, 1 sudu makan gula, sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih secukupnya. Gaul rata dan marinade 15 minit. 
2. Panaskan inner pot (set mode stir fry 2 minute) dan masukkan sedikit minyak. Masukkan ayam dan stir separuh masak. Angkat, kemudian Ummi grill hingga masak (boleh guna microwave, air fryer atau api dapur). 
3. Masukkan butter ke dalam inner pot bekas goreng ayam tadi dan panaskan semula periuk. Tumis bawang putih cincang dan hirisan halia hingga naik bau. Masukkan beras basmati, daun bawang/daun pandan, air secukupnya dan kiub pati ayam. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa. 

Sementara tunggu nasi masak tu, Ummi grill ayam. Bila ayam dah masak, sapu pula dengan sos Thai. 

Cara Penyediaan Sos Thai ala Che Sayang:
1. Tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan cili padi hingga lumat
2. Masukkan ke dalam mangkuk, tuang sos cili Thai dan masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul sebati semuanya dan sapu di atas ayam bakar tadi. Siap! 

Sup dan lalapan is a must la kan ... 

Sedia untuk dinikmati! 

Selamat mencuba 🤗



Abang ~ Jamuan Pengawas 2025

Jamuan untuk pengawas sesi 2025, tapi tahun 2026 baru sempat buat. Jamuannya di Hotel Vivatel, Cheras. Bayaran RM 70 seorang (lunch buffet). 

Abang pergi sendiri je, Walid hantar ke TBG kemudian dia naik LRT ke Masjid Jamek, tukar train ke Stesen Miharja. Sampai sana terserempak dengan Adam, alhamdulillah ada geng, sama² jalan kaki ke hotel. 

Kata Abang, banyak pilihan makanan berbanding jamuan di hotel tahun lepas. Tapi, dari segi tempat kali ni bercampur dengan tetamu hotel lain, bukan dalam dewan macam tahun lepas. Takpelah Abang, janji kenyang :) Dapat mug, highlighter set dan jajan kot as a doorgift. 


Saturday, 24 January 2026

Lunch @ Restoran Selera Pantai Timur, Langkawi

Solat sudah, shopping sudah tibalah masa untuk isi perut. Puas juga berpusing² di sekitar pekan Kuah akhirnya kami berhenti di Restoran Selera Pantai Timur. Alhamdulillah lauk masih ada walaupun dah pukul 2.30 petang. 

Gulai daging, ikan siakap bakar dll... 

Pinggan Adik rasanya ni, ada telur rebus tu... Favorite dia telur rebus :) 

Ini pinggan Angah. 
Yang ni trademark dia paru. Favorite sungguh...
Yang lain² tu Ummi tak ambil gambar pun, lapaq 😆 

Pelanggan dah berkurang...
Masa kami sampai tadi agak penuh juga. 
Ada juga tempat makan bawah pokok. 
Gambar first 👆🏻

Alhamdulillah kenyang. Makanan sedap dan harganya murah bagi Ummi iaitu RM64 untuk kami berenam. 

Alamat atau lokasi kedai makan ni Ummi tak pasti. Tapi clue-nya ada papan tanda Pejabat JKR Langkawi. 








Friday, 23 January 2026

Abang Kena Reject 🤭

23/1  genaplah sebulan Abang bergelar lepasan SPM. Setakat ni memang duduk rumah je. Selalu  jadi runner Ummi la untuk ke kedai beli barang. Selain tu, dalam proses nak ambil lesen memandu. 

Tapi ada juga Abang cari² kerja... Hari tu pergi Laundrybar ada kerja kosong. Kena scan untuk info. Pihak sana ada contact Abang. Tapi mereka cari pekerja yang umurnya 18 tahun dan ke atas. Abang belum genap 18 tahun. Lahir pulak bulan 11, lambat lagilah nak cukup umur tu. Jadi, kena reject. 


Kemudian dia nampak iklan untuk jadi tenaga pengajar KQO (Kelas Quran Online) ni. Sebelum tu Ummi vetting dulu, risau takut scammer ke apa kan. Legit ✅

Bila Abang contact, sama juga kriterianya; depa cari calon berumur 18 thn ke atas. Kena reject lagi ☺️

Ummi cari juga info...ada yang kata boleh kalau lepasan SPM tak cukup umur ni nak bekerja tapi kena ada surat kebenaran parents. Dan ada juga yang bekerja gaji hari macam di kedai makan atau katering yang terima lepasan SPM. 

Setakat ni Abang pun belum bersungguh nak bekerja jadi Ummi pun takdelah menyuruh atau menghalang. Kalau dia nak kerja pun Ummi suka, dapatlah pengalaman dan isi masa dengan perkara berfaedah. Dapat bergaul, improve communication skill, time management dsbnya. Selain tu dapatlah rasa susah cari duit. Sekarang semuanya provided. 






Thursday, 22 January 2026

Gelagat Bosses

Patutlah senyap, pakat lena rupanya 😁

Dua² ni stray cats, tapi most of the time memang duduk di rumah kami esp yang kecik tu. Namanya Kenit. Yang oren ni Cheeky. Time dia datang tu saiznya lebih kurang Kenit je. Sekarang dah sado :D 

Emon. 
Mula² Ummi tengok tidur dekat lantai je...

Tak lama kemudian, dia pun nak tidur atas tilam juga. Cadar tu dah la Ummi baru basuh, lepas Angah kembali ke asrama minggu lepas 😌

Waktu siang Walid takde bolehlah lepak dalam rumah. Malam² semua tidur luar kecuali big boss ni 👇🏻

Hat ni siang malam memang dalam rumah. Keluar sekejap je ambil angin segar :D 

Ni Peah, tengah dating dengan BK atas bumbung 😆
Peah memang kena duduk luar je, masuk rumah suka kacau dapur. Bukak periuk, curi lauk, jatuhkan pinggan mangkuk kepakaran dia la... Pening Ummi :) BK tu macam ada tuan, sebab tak pernah makan pun dekat rumah kami. 

Si Leo on off datangnya... Kalau lapar dia balik la sini. Si Kecik yang datang awal tahun lepas dah tak muncul.  Hampir 3 minggu dia duduk sini. Rasanya anak kucing Cik Nora tu... 







Cuci Freezer

Alhamdulillah kita dah masuk bulan Syaaban. Makna kata, tak sampai sebulan Ramadhan akan menjelma. Mudah-mudahan ada rezeki kita semua bertemu dengan bulan penuh barakah ni 🤲🏻

1 Syaaban kelmarin Ummi minta Abang tolong cuci chest freezer. Banyak ais berkumpul di dinding freezer, jadi sempit pulak freezer tu. 

Selam² Abang jumpa ketupat palas frozen. Ummi ingat ada seplastik je, rupanya berplastik² juga.

Cantik lagi warna daunnya tu...

Kumpul² dapat 2 bekas tipuware bulat ni. 
Cukuplah stok untuk raya nanti, tak perlu Ummi buat lagi. 

Alang² tu, kukus 6-7 biji yang dalam plastik kecik. Takde rendang pun onz, cicah je dengan susu pekat 😋

Simpan semula dalam freezer. 


Hari ni pergi market top up barang basah.
Mas Tauke Ikan kata harga ikan dah mula naik, menjelang CNY.  Sampai la puasa, raya gitulah trend-nya. 

Apa yang tak naik harga sekarang ni? 






Wednesday, 21 January 2026

LGK D3: Dataran Lang, MAHA Tower & HIG Mall

Hari terakhir di Langkawi.
Haruslah ke Dataran Lang ni, untuk beberapa keping foto kenangan :) 

Sampai sini tengahari, tapi gigih juga berjalan hingga ke hujung sana. 

Sebelum sampai sana, singgah beli makanan ikan. Ada tasik depan ni... 

Animal lover ❤️

Bukan setakat ikan, kura² dan biawak pun ada.

Tak lama pun di sini, sebab panas berdenting. 

Next destination is MAHA Tower. 
Datang sini sebab nak tahu apa yang ada di sini. 

Ada deck untuk tengok sunset, ada cafe dll. Kami tak masuk, cuma tinjau² je dari lobi. Ada admission fee untuk ke tingkat² atasnya. 

Dekat aras lobby ni ada few cafes. Kami masuk sampai sini saja, sekadar nak tengok tempat.

Destinasi terakhir, HIG Mall. 
HIG= Haji Ismail Group. 

Rambang mata hangpa... 
Rasa semua nak beli. Tapi sebab takut kena tahan dengan kastam nak keluar dari Langkawi nanti, kita beli sikit je la :D 

HIG Mall ni banyak pilihan dan harganya lebih murah. Patutlah rasa berbelah bagi nak beli di Chenang semalam, rupanya ada rezeki lebih baik menanti hari ni alhamdulillah. 

Yang ni Ummi beli. 

Dah selamat dirasmikan oleh tuannya 🫶🏻

Macam² ada...
Coklat pun ada ye :) 

Alhamdulillah dah dapat apa yang dihajati. Memang senyum la Ummi keluar dari mall ni :) 

Sebelum ke destinasi seterusnya kami tumpang solat dan khidmat diri di surau dan bilik air HIG Mall ni. Surau besar, selesa dan bersih. Begitu juga bilik airnya, bersih 👍🏻