Sunday, 25 January 2026

Abang ~ Jamuan Pengawas 2025

Jamuan untuk pengawas sesi 2025, tapi tahun 2026 baru sempat buat. Jamuannya di Hotel Vivatel, Cheras. Bayaran RM 70 seorang (lunch buffet). 

Abang pergi sendiri je, Walid hantar ke TBG kemudian dia naik LRT ke Masjid Jamek, tukar train ke Stesen Miharja. Sampai sana terserempak dengan Adam, alhamdulillah ada geng, sama² jalan kaki ke hotel. 

Kata Abang, banyak pilihan makanan berbanding jamuan di hotel tahun lepas. Tapi, dari segi tempat kali ni bercampur dengan tetamu hotel lain, bukan dalam dewan macam tahun lepas. Takpelah Abang, janji kenyang :) Dapat mug, highlighter set dan jajan kot as a doorgift


10 comments:

  1. kira okey la rm70 tu kan..seronok budak budak sesekali jamuan camni

    ReplyDelete
  2. ok dh rate tu utk mkn2 kat hotel

    ReplyDelete
  3. Ok la tu..rate hotel dia..
    yg penting selesa, makanan banyak dan sedap hehehe

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan jugak bayarannya RM70 tapi bercampur dengan guest lain. Ni kalau buat dengan ball room agaknya jadi 100 lebih satu pax. Tapi, kecur pulak tengok gambar kuih talam tu, PH.

    ReplyDelete
  5. Sekali sekala makan kat hotel kan.

    ReplyDelete
  6. Meriahnya jamuan pengawas ada macam2 makananπŸ˜‹

    ReplyDelete
  7. Dah berani Ummi and Walid lepaskan anak bujang sorang. Kami belum berani lagi nak bagi si dara ni keluar sorang. Lagipun tak biasakan naik public ttansport

    ReplyDelete
  8. Makan kat hotel lagi tu. Memang selesa sangat la kan....

    ReplyDelete
  9. Tak apalah join dengan tamu lain. Rm70 fee dah include lunch buffet, okelah yaa πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  10. Nampak kuih muih tu, memang tergugat la

    ReplyDelete